MaisarahRazak3's Reading List
12 stories
𝖳𝖾𝗇𝗀𝗄𝗎 𝖶𝖺𝗅𝖽𝖺𝗇 : 𝖧𝗂𝗌 𝖥𝗂𝗋𝗌𝗍 𝖫𝗈𝗏𝖾  ( Hiatus ) by seokjinshiiiiiiiiii
seokjinshiiiiiiiiii
  • WpView
    Reads 1,578
  • WpVote
    Votes 199
  • WpPart
    Parts 5
ఌ︎ 𝑴𝒚 𝒔𝒆𝒄𝒐𝒏𝒅 𝒔𝒕𝒐𝒓𝒚 ఌ︎ Tengku Muhammad Waldan Ardean Zariff Bin Tengku Muhammad Wildan Adwa Zariff adalah seorang jejaka yang sangat tampan dan banyak gadis yang tergila-gilakan dirinya tetapi dia tidak tertarik kerana dia tahu bahawa gadis-gadis itu mahu akan rupa dan hartanya. Tengku Muhammad Waldan Ardean Zariff adalah seorang CEO di Syarikat Golden WAZ's Company. Suatu hari, Waldan baru keluar dari kereta di hadapan syarikatnya. Setelah keluar, aku ternampak seorang gadis yang baru keluar dari kedai makan mamak sebelah syarikatku. Aku terpesona dengan kecantikan dan keayuan gadis itu. Aku mahu gadis itu menjadi milikku. Aku dapat tahu bahawa gadis itu memohon kerja di syarikatku. Aku sangat gembira tak terhingga. Tengku Arisha Flora Binti Tengku Adyan Farid ialah seorang yang sangat cantik dan menawan tetapi dia sangat dingin dan tidak berperasaan kerana dia pernah dicurangi oleh bekas teman lelakinya sewaktu mereka belajar di Universiti Malaya. Semenjak daripada itu, dia menjadi dingin terhadap lelaki dan dia sudah tidak mempercayai lelaki itu. Selepas habis belajar, dia pergi temu duga di satu syarikat dan dia bertemu dengan CEO syarikat. Di situlah kali pertama Arisha bertemu dengan jejaka itu. Selepas diterima kerja, dia selalu diberi banyak kerja sampai larut malam untuk siapkannya. " Sebenarnya aku dah lama suka dekat kau, Mon Amour " terus terang Waldan kepada Arisha. " Tapi aku tak sukakan kau, Waldan " Arisha menolak cinta Waldan kerana dia tidak percaya dengan kata-kata manis lelaki. Tetapi lelaki itu terus-menerus mengganggunya sehingga membuatkan aku berasa rimas dengannya. Adakah gadis cantik yang bernama Arisha itu akan membalas kembali cinta seorang jejaka yang bernama Waldan? DISCLAIMER ❗❗❗ 📌 NO COPYRIGHT 📌 NO PLAGIAT 📌 100% IDEA AUTHOR 📌 MAYBE ADA KESALAHAN EJAAN 📌 30% IN REAL LIFE, YANG LAIN ADALAH IDEA SENDIRI. START : 11 AUG 2024 END :
Dr. Adam Ukasyah by violetheree
violetheree
  • WpView
    Reads 7,347,331
  • WpVote
    Votes 329,165
  • WpPart
    Parts 59
Nakal, gedik, sexual harassment dan banyak lagi gelaran yang diberikan oleh Irish Arissya kepada Dr. Adam Ukasyah, merangkap pensyarah mudanya. Hubungan Irish dan Dr. Adam boleh diibaratkan seperti kucing dan anjing. Tak pernah nak sebulu. Lebih-lebih lagi apabila Irish mempunyai masa silam menyebabkan dia membenci lelaki. Namun begitu, semakin Irish ingin menjauhkan dirinya dari Dr. Adam, semakin Dr. Adam ingin mendekatkan dirinya kepada Irish. "Dr., ini serius." - Irish Arissya "Saya tak cakap pun yang kita tengah buat lawak sekarang ni." Dr. Adam Ukasyah Hari demi hari, hubungan mereka semakin akrab. Tidak seperti hubungan seorang pensyarah dan pelajarnya. Apatah lagi selepas Irish terpaksa menjadi kekasih jadian kepada Dr. Adam. Hubungan mereka seperti selangkah ke hadapan. "So, are you done eye-raping me?" - Irish Arissya. "Yes. Thank you for the service." - Dr. Adam Ukasyah Namun begitu, apakah kesudahan bagi kisah mereka berdua? Adakah hubungan mereka akan berakhir sebagai status pelajar dan pensyarah? Atau sebaliknya? Teruskan membaca. Insyaallah tak akan menyesal. Start : Jan 15 2020 End : June 14 2020 Status : completed
2.0 | Tuan Aryan Darmish © by asyaash_
asyaash_
  • WpView
    Reads 558,705
  • WpVote
    Votes 30,495
  • WpPart
    Parts 58
TAD series 2 [Completed] Tuan Aryan Darmish anak ketiga kepada Ayeena Danisha dan Tuan Aayyan Danish. Muka sebijik muka bapaknya. Penat mak lahir bapak yang dapat lebih. Akibat satu peristiwa tak terduga, Aryan ditemukan semula dengan Natalya Rozella melalui takdir mereka. Natalya seorang gadis yang cantik paras rupa serta akhlaknya. Gadis yang pernah menjadikannya sebagai crush. Gadis polos itu telah diperangkap oleh sahabat karibnya sendiri, Elianna Saffya. Semuanya kerana dengki. Namun, plannya gagal dengan munculnya seketul hero salah alamat iaitu Aryan Darmish, kekasih hatinya sendiri. Aryan yang tidak mengetahui perkara sebenar itu, menuduh Natalya yang memerangkapnya sehingga mereka berdua ditangkap khalwat. Anak bapak sungguh, bapak kau dua kali kena cekup! "Kau sengaja nak perangkap aku kan?!" "Saya kenal awak pun tak, dah kenapa saya nak perangkap awak! Fikir la sikit. Muka hensem otak senget tak guna juga." Ada sahaja jawapan daripada mulut Natalya. Muka baik tapi mulut tu perghh pedas menyentap jiwa raga. Oleh kerana ingin menutup malu keluarga, mereka dikahwinkan. Aryan tampak sahaja macam tidak suka. Tapi jauh di sudut hatinya, dialah manusia paling gembira. "Ingat eh! Aku tak benarkan kau sentuh aku paham?!" "Eleh, awak ingat saya hengen sangat nak sentuh awak ke hah? Euwww. Awak pun jangan sentuh saya." "Tak, abang tarik balik kata-kata tu. Sentuhlah abang. Tugas bini kena jadi bantal peluk bila tidur." Baru sahaja hubungan mereka mahu membentuk, ada pula malaun jibake datang kacau. Semak samun betul. "Stay with me no matter what, sayang!" "Saya akan pergi kalau itu yang abang nak." Kata-kata cinta diungkapkan di saat mereka menempuh dugaan rumah tangga. Dapatkah rumah tangga mereka bertahan? Adakah mereka akan tetap bersama? Start : 24/12/2021 End : 22/5/2022
1.0 | Tuan Aayyan Danish © by asyaash_
asyaash_
  • WpView
    Reads 1,313,942
  • WpVote
    Votes 59,379
  • WpPart
    Parts 73
TAD series 1 [Completed] 📌Amaran story ini cringe ya, memandang this is my very first story Ayeena Danisha. Seorang gadis berumur 19 tahun. Seorang pelajar yang cemerlang di kolejnya. Memang famous habis la budak ni. Sebab rupa parasnya yang cantik, bulu mata lentik, kulit putih kemerah-merahan, mata berwarna hitam likat dan hidung mancung. Dia seorang yang ceria dan peramah. Aayyan Danish. Seorang jejaka tampan yang mempunyai sepasang mata greyish green, rambut light brown dan hidung mancung. Nama lebih kurang tapi perangai macam langit dan bumi. Satu je sama. Ego. Aayyan bekerja sebagai lecturer sementara selama setahun setengah. Atas sebab perjanjiannya dengan ayahnya. Kemudian dia akan mengambil alih syarikat ayahnya dan menjadi CEO. Typical drama melayu anak orang kaya jadi CEO. Ikatan pertunangan terjalin atas dasar cinta. Namun ada suatu tragedi yang menyebabkan mereka jadi renggang. Kepercayaan hilang dengan mudah hingga timbul rasa benci antara satu sama lain. Selepas 2 tahun berpisah, kini bersua kembali. "K-kalau ikutkan hati memang tak nak! Tapi kalau dah terpaksa nak buat macam mana, nak ja la!" "Sekali lagi aku tanya nak kahwin dengan aku ke tak?" "Ish ya laa nak. Haa nak kawin. Jom kawin!" Untuk menjaga maruah keluarga, Ayeena terpaksa menerima Aayyan dalam hidupnya sebagai suami. Sudahlah lelaki ni paling dia anti. Dan sekarang jadi suami pulak. Bala! "Mummy!" "La pulak anak sapa pulak ni?! " "Anak kita." "Hah?!" Dapat anak express. Mantap hang Ayeena! "Ye sayang mummy!" "Anrique sayang, tunggu mummy!" "Mummy sentiasa ada untuk Anrique." "Mummy sayang Anrique." Aayyan tersentuh melihat layanan Ayeena terhadap anaknya, Anrique Danial. Sedang diulit kebahagian, tiba masanya badai melanda. Macam-macam dugaan yang melanda. Dapatkah mereka bertiga bahagia macam keluarga normal di luar sana? Siapakah Ariana Humayra? Siapa pula Aiman Haqir ? Start : 15/8/2021 End : 22/10/2021
AZEL [BAD MAGICIAN] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 113,431
  • WpVote
    Votes 11,856
  • WpPart
    Parts 25
"Tak guna punya jantan!" KEPERCAYAAN Jina punah serta-merta apabila hubungannya bersama Tengku Hayyan diputuskan atas pemakaiannya pada malam itu. Rasa dirinya seolah-olah sengaja diperkotak-katikkan oleh lelaki berlagak kaya itu. Kalau dah tahu dirinya tak cantik, mengapa Tengku Hayyan bersungguh-sungguh menggodanya dahulu? sekarang bila dah jatuh cinta, nak ditinggalkan sesuka hati? Apa? lelaki itu fikir, maruahnya boleh dipermainkan dengan cinta palsu ke? Lebih bertambah api kemarahan Jina apabila dia dapat menangkap hubungan sulit Tengku Hayyan bersama seorang wanita yang tidak dikenali. Apa-apa pun, dia takkan biarkan Tengku Hayyan bahagia bersama wanita itu! "Aku akan pastikan hubungan kau dengan perempuan tu akan putus! kau fikir orang macam aku tak reti nak balas dendam huh?!"-JINA "Well... rancangan yang bagus." -MISTERI "PENCULIK!!" Spritttttt!!!! Lelaki pelik itu muncul secara tiba-tiba. Latar belakangnya langsung tak dikenali, tapi dialah paling bersungguh-sungguh meyakinkan Jina bahawa dia boleh menjayakan misi memporak-perandakan hidup Tengku Hayyan. Tetapi hanya untuk tiga permintaan sahaja. "Betul ke kau boleh buat apa-apa saja?"-JINA "Tiada yang mustahil dalam magic. Kalau nak aku lesapkan dia depan mata kau pun aku boleh buat." "Tapi peliklah. Kenapa kau nak tunaikan tiga hajat jahat pulak? Jin baik buang kau ke sampai kau tersakiti?"-JINA "Sebab tak semua dalam dunia ni, perlu dibalas dengan kebaikan. Dan lagi satu, aku bukan jin. Aku Kian Arzhel. Panggil Azel!" Siapakah Azel yang sebenarnya? Adakah misi mereka bakal berjaya dan apakah tiga permintaan jahat yang Jina bakal minta? "Aku rasa aku dah ada permintaan terakhir" Jina "Tak nak dengar."-Azel Semakin sukar Azel hendak menunaikan permintaan Jina apabila hatinya mula diganggu perasaan aneh. Akibat fikirannya sering terganggu dengan bayangan wajah wanita itu, sulap matanya juga jadi tak terkawal. "I miss you, Jina."-TENGKU HAYYAN "Kau masih percayakan, dia?"-AZEL
MR PIRATE [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 5,755,222
  • WpVote
    Votes 410,090
  • WpPart
    Parts 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatkan Husna teringat sampai sekarang. Mengapa Mr Blue? Kerana di dalam mimpi indah itu cuma menampakkan mata biru yang dianugerahkan buat lelaki itu. Sangat cantik. Buatkan dia jatuh cinta pada pandangan kali pertama mata mereka bertembung. Dan dia pasti, bukan cuma dia sahaja yang merasakan perasaan aneh itu. "Salah satu kenangan yang mahal. Adalah pertemuan kita."- misteri. Kemunculan Nathan iaitu bakal Ceo Ocean Resort, buatkan Husna semakin yakin jodohnya berada di jarak yang dekat. Lelaki itu juga memiliki mata biru sama seperti mimpinya. Namun disaat dia ingin meluahkan isi yang terbuku dihati, nasib malang menimpa diri sendiri. Dia terperangkap ditengah-tengah pulau. Atau lebih menakutkan, di kawasan zone merah. "Sudah nama pun Lanun. Kalau jumpa sesuatu yang berharga, tak mungkin aku akan lepaskan. Rugilah kalau macam itu."- Lanun "Saya akan cari jalan keluar walau apa pun caranya asalkan bukan tinggal dekat tempat miskin ni!"- HUSNA "Kalo kau mau keluar, keluarlah, tapi kalo aku jumpa kau balik. Memang teruk nasib kau nanti aku kerjakan."-LANUN Si Lanun itu memang lelaki tak mempunyai hati. Kalau ada pun, mungkin dah digoreng dengan minyak tanah. Egh, boleh jadi gila kalau dia terus tinggal di kampung kecil ini. "Sampai bila lagi kita nak tunggu, pa? Nasib Husna dalam bahaya. Kita kena selamatkan dia sekarang!"-Nathan "Siapa aje yang boleh hidup dekat tengah-tengah pulau sana? Mungkin Husna dah mati lemas?"- Datin Khadijah Apakah nasib malang yang bakal menimpa Husna? Adakah dia menjadi tawanan si Lanun atau sebaliknya? "Kenapa awak tutup sebelah mata ek? Saja nak acah-acah Lanun?"-Husna "Setiap cacat cela yang dilahirkan bersama ada keistimewaannya. Dan istimewa tu hanya untuk yang teristimewa juga."-Lanun Siapakah Mr Blue yang sebenarnya? "It's you?!"-Husna
THE SPLIT : BRAHMS by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 583,285
  • WpVote
    Votes 46,534
  • WpPart
    Parts 33
"Awak! Ada satu kunci tak cukup untuk bilik ni. Awak letak dekat mana? Biar saya pergi cari."- NAYRA Bila THE RULES BRAYAN dah dihapuskan. Aku fikir aku dah boleh teroka semua bilik-bilik yang ada di dalam rumah ini tanpa takutkan lagi hukuman kerana melanggar peraturan. Bahkan, ada satu bilik berkunci ditingkat tiga yang tidak pernah terusik langsung. Buatkan aku diserang rasa curiga sekali lagi. Tetapi kata Bayan, ia cuma bilik kosong yang pernah menjadi milik seseorang suatu ketika dahulu. Siapa? "Betul ke kau tak nak teman aku pergi outstation? Macam mana kalau aku tiba-tiba rindukan isteri aku?."-BRAYAN "Betul. Awak janganlah risau. Saya pandai jaga diri. Lagipun, Elly kan ada untuk teman saya dekat sini."- NAYRA Selepas dia pergi meninggalkan aku dan Elly di rumah yang besar dan luas ini. Satu demi satu perkara pelik yang terjadi. Kadang-kala sampai buatkan Elly terjaga kerana bunyi seperti ada seseorang pecah masuk ke dalam rumah. Bila diperiksa, tiada apa-apa yang mencurigakan. CCTV pun tiba-tiba sahaja terpadam. Hendak pendekkan cerita, suatu malam. Semua persoalan kami sudah terbongkar. Muncul seorang figura bertopeng penuh misteri di dalam rumah milik Brayan. Yang peliknya tujuannya bukan untuk mencuri barang berharga di dalam rumah ini, tetapi... Aku. Akulah tujuannya. "I'm Brahms. B-R-A-H-M-S. Bram's. Akulah yang selamatkan kau masa kebakaran tempoh hari. Ops! Tak perlu ucapkan terima kasih. Aku buat semua tu, sebab aku gentleman." "Kenapa awak tak pernah bagitau saya awak ada personaliti lain?"-NAYRA "Sebab personaliti dia jauh beza dengan aku. Sejujurnya, aku malu bila jadi diri dia."-BRAYAN "Siapa pun nama yang keluar dari tubuh ni,aku tetap Brayan. Aku tak pernah sesekali anggap diri sebagai BRAHMS. Walaupun aku fikir aku orang lain, tapi perasaan disini tetap sama. Aku suami kau, yang cintakan kau sejak kali pertama kita berjumpa. Yang takkan sesekali biarkan kau terluka atau tinggalkan kau buat kali kedua."
THE RULES: BRAYAN [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 5,118,679
  • WpVote
    Votes 354,980
  • WpPart
    Parts 92
"Maaf, Nayra. Saya terpaksa pecat awak." Perkataan pecat itu sudah 20 kali aku dengar. tak tau sebab mengapa dipecat. malang sungguh hidupku. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba muncul pula surat misteri di hadapan rumah. Katanya, tawaran pekerjaan menjadi pembantu rumah. Gaji yang ditawarkan sungguh mengejutkan. Sepuluh ribu ringgit sebulan! Tak terkata Nayra dibuatnya. "Saya Nayra, saya ada dapat surat tawaran kerja jadi housemaid tempoh hari. Saya cuma nak tahu kalau saya masih layak bekerja di sana?" "Oh, saya memang nantikan awak telefon. It's okay, I will call the driver. Dia akan jemput awak nanti." Pelik. Selalunya aku yang patut ke sana, tapi mereka yang menjemput aku serupa aku ni tetamu istimewa. "Just call me, Madam. Ini rumah Tuan Brayan. Dia tiada di rumah buat masa sekarang, so dia suruh saya carikan orang untuk jaga rumah ni. And, saya gembira bila awak terima tawaran tu." "Tuan Brayan ke mana?" "Awak tak perlu tahu tentang tu. Tugas awak cuma jaga rumah ni seperti nyawa awak." Jaga rumah macam jaga nyawa, tak ke seram bunyinya? Tapi aku cuma fikir pasal duit, apa pun yang berlaku aku perlu redha sahaja. Dan setelah bersetuju dan sign kontrak, Madam berikan aku satu kertas peraturan. 1. Tak boleh bawa lelaki masuk 2. Dilarang bawa masuk makanan dari luar 3. Sentiasa letakkan note di pintu jika mahu keluar 4. Jangan benarkan lelaki masuk rumah Fuh! ketat sungguh peraturannya. Patutlah gaji tinggi bukan main! Tapi ada sesuatu yang tak kena, mengapa peraturan nombor satu dan empat sama? mungkin tersalah tulis? "Don't always stand outside the house, I don't like other men looking at you."-MISTERI note itu dilekatkan pada kepala katil milikku. Tapi siapa yang letak? bukankah aku seorang sahaja di dalam rumah ini? "Madam, are you sure yang Tuan Brayan tak ada di sini?" Makin hari, makin rasa diperhatikan. Benarkah lelaki itu tiada di rumah? atau dia sebenarnya selalu ada disampingku? "how dare you break my rules, Nayra!"