DaniaNia680958's Reading List
2 stories
Cikgu Praktikal is Mine !  by agneestar
agneestar
  • WpView
    Reads 265,575
  • WpVote
    Votes 11,767
  • WpPart
    Parts 81
Qhaira Tasneem satu satunya anak kepada pasangan Tajuddin dan Noraini. Dengar saja nama seperti perempuan yang mempunyai sifat lembut tetapi sebaliknya perangainya mengalahkan lelaki. Suka akan aktiviti dan permainan yang lasak. "Muka je handsome tapi otak senget ! " - Qhaira Tasneem SPM pun tak lepas lagi tiba tiba Qhaira Tasneem dipaksa berkahwin dengan lelaki yang tak pernah didugainya untuk menjadi pasangan hidup di dunia ini. Impossible ! "Kau ni lelaki ke perempuan ha ? Ganas semacam. " - Muhammad Khairul Mereka hidup sebagai suami isteri. Semakin hari rasa cinta itu semakin dekat. Rasa cemburu menguasai diri masing-masing. "Betul cakap dia cinta pertama memang sukar untuk dilupakan dan dia adalah cinta pertama aku" Adakah jodoh mereka dapat bertahan lama pada usia muda ini ? 14July2018 - 29Feb2024 (the end)
SUAMIKU GURU DISIPLIN 2 by azreenwardah9
azreenwardah9
  • WpView
    Reads 15,483
  • WpVote
    Votes 359
  • WpPart
    Parts 52
Busyairi dan Hanisah melayari bahtera rumahtangga yang sangat bahagia dengan kehadiran Zafir, Zafirah dan juga Zafri. Kehadiran tiga orang zuriatnya ini berjaya menambahkan lagi rasa cinta, kasih dan sayang pasangan suami isteri ini. Sepuluh tahun usia perkahwinan mereka bukanlah tempoh masa yang singkat. Perkahwinan manalah yang tidak pernah dilanda badai. Perkahwinan Busyairi dan Hanisah yang dibina dalam tempoh masa yang lama ini mula goyah dan hampir tiba di penghujungnya setelah kehadiran Fahrin Husam yang juga merupakan teman sekerja Hanisah. "Abang minta maaf sebab minta Hanis kahwin dalam usia yang begitu muda. Abang tahu abang dah halang Hanis enjoy masa muda-muda dulu. Sepatutnya Hanis enjoy dengan kawan-kawan dulu kan." sayu kedengaran suara Busyairi. "Saya dengan Fahrin tiada hubungan istimewa la bang. Berapa kali saya nak cakap benda yang sama? Abang dah tua-tua ni makin kuat pulak cemburu eh?" perli Hanisah. Fahrin mula jatuh cinta pada Hanisah tanpa mengetahui status Hanisah. Fikirnya Hanisah masih muda dan belum berkahwin. Berkali-kali Fahrin mengajak Hanisah berkahwin tetapi ditolaknya. Fahrin mula berputus asa. "Mungkin sayalah bakal suami awak nanti!" Fahrin berseloroh. Tapi kenyataannya itu serius. "Saya dah kahwin!" terkeluar juga kenyataan ini dari mulut Hanisah. Satu peristiwa yang telah menimpa Busyairi dan membuatkan Hanisah tersedar daripada lamunannya. Dia berasa kesal atas perbuatannya pada suaminya, Busyairi. "Abang, Hanis sayang abang. Abang dah janji dulu takkan tinggalkan Hanis. Maafkan Hanis abang!" Hanisah meraung sekuat hatinya. Masihkah ada maaf buat isteri yang amat dicintai itu? Busyairi semakin tekad untuk melepaskan Hanisah demi melihat isterinya berbahagia dengan orang lain. "Selamat tinggal Hanis! Abang pergi dulu." sayu matanya memandang Hanisah dan anak-anaknya.