nabilahz08_'s Reading List
2 stories
APRICITY | C by itstheqiel
itstheqiel
  • WpView
    Reads 83,493
  • WpVote
    Votes 5,899
  • WpPart
    Parts 47
【SERIES 2】 (n.) - The warmth of the sun in a cold winter's day. "Literally a carbon copy of Darwin Naufal, but with Amelda Iris's attitude" Kata-kata itu sudah terlalu biasa buatnya. Senyuman palsu, lensa kamera yang tak pernah berhenti mengekori-semuanya datang tanpa dipinta. Keterkenalan yang wujud hanya kerana dia dilahirkan sebagai anak kepada dua ikon terkenal dunia. Dean Anmir, pewaris sebuah empayar perniagaan dan anak sulung kepada pelakon lagenda, membesar dengan bayangan masa lalu ibunya yang penuh luka. Trauma melihat ibunya bertarung dengan kesempurnaan sekaligus merasakan dirinya adalah beban keluarga, menjadikannya seorang lelaki yang memendam segala rasa dan sentiasa mempersoalkan kelayakannya dalam sesuatu perkara. Perkahwinan tanpa cinta bersama Arabella Erysha bermula atas dasar saling membantu-Dean melunaskan hutang Bella, dan Bella membantunya mencari jalan untuk merawat luka emosinya. Namun, Bella tidak sekadar memenuhi perjanjiannya. Dia membawa kehangatan ke dalam hidup Dean yang dingin, menyentuh hati lelaki itu dengan cara yang tidak pernah Dean jangkakan. Walau begitu, rasa bersalah dan ketakutan terus menghantui. Hinggalah satu tragedi membuka mata Dean, memaksa dia memilih antara terus tenggelam dalam bayangan silam atau berjuang untuk kebahagiaannya bersama Bella. Mampukah Dean melepaskan masa lalu yang membelenggu dan membuka hati kepada peluang baru? Atau adakah dia akan terus membiarkan kebahagiaan itu berlalu begitu sahaja?
TERBIT | HER FAVORITE INSPECTOR  by hanaaeh__
hanaaeh__
  • WpView
    Reads 437,629
  • WpVote
    Votes 6,665
  • WpPart
    Parts 11
BEBERAPA BAB AWAL SAHAJA UNTUK TUJUAN PROMOSI {BLURB : HER FAVORITE INSPECTOR} Pertemuan yang tidak pernah disangka kini menjadi titik pengenalan buat mereka.Niat jejaka itu hanya mahu membantu dengan hati yang ikhlas.Namun, siapa sangka? Allah telah mengaturkan segalanya.Perasaan itu muncul tanpa diminta walaupun ia tahu hubungan yang ikhlas tidak mungkin terjadi. Kerana mereka punya rasa yang sama,mereka akan bersatu tanpa diminta.Cinta adalah keberanian,keberanian untuk mengungkapkan walaupun tidak tahu akan terbalas tapi sudah lega membebaskan. "Selepas apa yang terjadi antara saya dan awak,awak nak ke bertunang dan jadikan saya isteri awak?Saya ni dah macam memutar belitkan keadaan,dari awal kita jumpa" -NUR MUNAWARAH "Cuba lihat kehadiran saya sebagai pelengkap awak." -MOHD DANIEL KHAN Gaduh jadi sayang?Benci jadi rindu?Perasaan itu menjejaki mereka tanpa diundang. Sejauh manakah hubungan mereka akan terjalin?Atau ini semua hanya lakonan semata?Mungkin mereka akan tewas pada perasaan sendiri?Atau ego menguasai? "Ka..kalau awak tak balik macam mana?" -NUR MUNAWARAH "Saya akan pulang dengan pelbagai cara,Nur.Kalau saya masih bernafas saya akan pulang dengan bunga.Kalau dikatakan saya mati,saya akan pulang dengan keranda bersalut bendera."-MOHD DANIEL KHAN Mungkin dia akan pulang.Atau mungkin tidak?Benarkah dia akan pulang bersama cinta suci itu? Atau semuanya hanya janji palsu?