Douy.
6 stories
Acah-acah Sweet by syaznixon
syaznixon
  • WpView
    Reads 78,258
  • WpVote
    Votes 8,324
  • WpPart
    Parts 47
Nurul Iesha; definisi 'hodoh' di mata semua. Namun hakikat itu dia ketepikan kerana kehadiran Khai sudah cukup untuk membuatkan dia rasa-bahagia. Sayang, bahagia itu sekadar pinjaman. Dengan kepergian Khai, hidup Iesha kucar-kacir. Dia mula mempercayai kata-kata orang lain. Keyakinan dirinya musnah begitu saja sehinggalah terdetik dalam hati, hanya Khai sahaja mampu membaiki hidupnya. Maka bermulalah misi untuk memenangi hati jejaka yang sebelum ini hanya mempergunakannya. Siapa sangka, lain dikejar, lain pula yang datang? Aiman Wong; definisi 'sempurna' dalam segala hal. Khabar angin tentang Aiman dan Iesha sedang dilamun cinta mula tersebar apabila Iesha memuatnaik gambar jejaka itu sebagai langkah pertama untuk membuat Khai cemburu. Anehnya, Aiman tidak menafikannya. "So? Nak acah-acah sweet?" Kisah cinta klise pun bermula. Pemenang Anugerah Wattys 2020 Kategori "New Adult"
Stalker-Ish by syaznixon
syaznixon
  • WpView
    Reads 15,622
  • WpVote
    Votes 2,514
  • WpPart
    Parts 46
Kecantikan dijadikan kayu ukur nilai sesuatu atau seseorang. Semakin indah rupa, semakin tinggi nilainya dan semakin ramai yang mengejar, berfantasi menjadikannya hak milik sendiri. Namun bagi Aina, kecantikan hanyalah satu sumpahan. Aina Arissa, gadis lasak yang berubah 180 darjah setelah bertahun menetap di Kanada. Kepulangannya ke tanah air tidak bersendirian melainkan bersama Afiq, jejaka yang sah bergelar tunangnya kerana hendak membalas budi. Meskipun ada rasa sayang, sifat suka mengongkong Afiq terkadang menyesakkan dada. Kemudian kesalahfahaman pula membawa Aina lebih dekat kepada Daenish Reazal, jejaka yang 'dicop' stalker olehnya. Ketika bersama Daenish, Aina dapat menunjukkan warna sebenarnya. Keselesaan ditambah pula dengan kebaikan hati Daenish, membuatkan dia terpaut tetapi dia sedar dia masih bergelar tunang kepada Afiq. Tatkala dia cuba menjauhkan diri, Daenish pula menyatakan perasaannya. Dinding yang Aina bina untuk menjaga hati Afiq runtuh begitu saja. Akhirnya, siapa yang menjadi dambaan hati? Afiq yang serba ada atau Daenish yang menerima seadanya?
Mrs. Aidan: My Little Bride by thefatiha__
thefatiha__
  • WpView
    Reads 6,150,431
  • WpVote
    Votes 140,540
  • WpPart
    Parts 27
(COMPLETED) AIDAN HARIZ "Janji adik akan tunggu abang?" NUR TASNIM "Adik janji" 🌼🌼🌼 Dua insan, Satu janji. Dan disini, kisah Tasnim bermula. "Bila abang panggil, menyahut! Bila abang cakap pandang mata abang!" Aidan menguatkan cengkamannya pada lengan Tasnim. Berkerut muka Tasnim menahan sakit. "Sekarang pandang mata abang. Tell me why are you doing this?" Mata Tasnim berkaca. Bibir diketap menahan sebak. "I love you abang..."Tasnim menunduk. Cincin di jari manis Aidan direnung. "But you are not mine." Tangisan pecah. Aidan terkedu. Silapnyakah? 🌼🌼🌼 A promise meant to be broken. Apabila janji tersebut dimungkiri, siapakah yang harus dipersalahkan? "Something told me i'm gonna love you forever"
Melodrama by syaznixon
syaznixon
  • WpView
    Reads 25,125
  • WpVote
    Votes 3,941
  • WpPart
    Parts 53
Sebut saja nama Daiyan Islam, semua pasti mengenali pelakon wanita yang menjadi pilihan pertama sutradara sepanjang masa. Berbeza dengan dirinya di kaca televisyen, Daiyan bersifat terlalu berahsia. Bersuara hanya bila ditanya dan sering hanyut dalam fikiran sendiri. Kemunculan Mark Sufyan, pelakon baharu yang bagaikan garis selari dengannya memberikan rasa baharu dalam hidup Daiyan. Umpama MSG dalam masakan, hidup Daiyan yang mulanya hanya dipenuhi dengan kerja, kerja dan kerja, akhirnya hadir bibit-bibit cinta. Dalam perkenalan yang singkat, masing-masing mula menaruh perasaan. Sayangnya, hubungan mereka juga terpaksa dirahsiakan. Daiyan mungkin heroin Mark dalam realiti, tetapi bukan dalam drama yang mereka bintangi. Sedikit demi sedikit, hidup Daiyan menyerupai drama-drama yang pernah dibintangi. Pengakhirannya pula bagaimana? Sebagai protagonis... atau antagonis?
Oxytocin by syaznixon
syaznixon
  • WpView
    Reads 51,188
  • WpVote
    Votes 6,072
  • WpPart
    Parts 46
Sekuntum bunga perlu mengharungi lebatnya hujan dan teriknya matahari sebelum mengembang, melebarkan kelopak harum semerbaknya. Itulah falsafah yang Emilia Rose pegang. Yakin bahawa suatu hari nanti, gadis bertubuh gempal sepertinya juga akan menjadi gadis yang ingin dimiliki oleh jejaka. Sayangnya, dia tersilap memilih masa. Tiga tahun kemudian, dia juga mengembang menjadi bunga yang seindah namanya. Nama Emilia Rose meniti di bibir para jejaka. Ramai yang cuba mendekati, tetapi dia terlalu naif untuk memahami. Hanif Ayman, pelajar bidang farmasi yang berada di tahun terakhirnya muncul di hidup Emilia. Jejaka Melayu yang sukar didekati itu malahan berminat untuk berteman dengannya. "Saya kata saya tak berminat nak bercinta. Tak bermaksud saya tak nak berkawan dengan awak." - Hanif Ayman Bukan Emilia tidak sudi berteman. Cuma... dia takut. Takut mengulangi kesilapan yang sama.
[B1] MAHFUZ (TERBIT) by bellofa
bellofa
  • WpView
    Reads 3,159,892
  • WpVote
    Votes 36,259
  • WpPart
    Parts 16
(2020 - belum di-edit. Ayat berterabur) "Mungkin sudah tertulis disana, kau dan aku bukan takdir" - kawasan bahaya HAHA