Favourite ( ˘ ³˘)♥
13 stories
H Squared ✓ by hanzerry
hanzerry
  • WpView
    Reads 8,648
  • WpVote
    Votes 1,560
  • WpPart
    Parts 37
𝘴𝘩𝘰𝘳𝘵𝘦𝘯 𝘢𝘴 𝘏², 2024 Warning: Bacaan 15+ sahaja. Kisah mereka bertukar tubuh di bawah langit bersalji Malaysia. Haifa Auliya, gadis yang berasal dari Kuala Lumpur. Pelajar 17 tahun membawa maksud apa? Ya, SPM. Tetapi kerana sikapnya yang suka membandingkan result sendiri dengan kawan baiknya, dia tidak menyedari tindakannya akan meragut nyawa sendiri. "Kenapa Sofia boleh buat, aku tak boleh?" - Haifa Kim Imani, jejaka yang menetap di STAPS. Rupa parasnya seperti orang KPOP idol memberikannya trauma paling perit di dalam hidup. Setiap kali teringat akan traumanya, dia akan stres dan buat perkara pelik-pelik. "Sebab muka aku kacak macam ni, I got harassed. So I won't take off my mask anymore." - Kim Pada suatu pagi yang bersalji, Haifa dan Kim tiba-tiba bertukar tubuh. Bangun-bangun saja, diri mereka sudah berada di dalam bilik orang lain. "Kau siapa sebenarnya?" - Haifa "Hakim. Panggil Kim." - Kim "Oi kau merokok ke? Kalau ya, aku haramkan kau merokok pakai badan aku!" - Haifa "Aku cuma nak lepaskan stres. In the best way." - Kim Haifa mengingatkan Kim untuk sentiasa berkelakuan baik apabila mereka bertukar tubuh. Namun, lelaki itu telah membuat satu kesilapan paling besar sepanjang dia menjadi 'Haifa'. Haifa berada di ambang maut. Tanpa disedari, Kim dan Haifa telahpun membongkar 'dunia fantasi' mereka. Started: 11 May 2024 Ended: 24 July 2024 Beautiful cover by @harlyz_ 🤍 - DON'T STOP SHARING ABOUT PALESTINE --
MY LOVELY CAT  [OG] by Atsuka_su
Atsuka_su
  • WpView
    Reads 283
  • WpVote
    Votes 47
  • WpPart
    Parts 8
Yuna menghidap penyakit kanser otak. Dia sering menyendiri dan menjadikan kucingnya, Yuki sebagai teman. Suatu hari, kejadian yang tidak diingini berlaku kepada Yuki. Kehilangan Yuki menyebabkan Yuna mengalami tekanan perasaan dan menyebabkan penyakitnya bertambah teruk. Semakin teruk penyakit Yuna sehingga dia sering berimaginasi dan bercakap seorang diri. Ramai pelajar di sekolah mula membenci dan menjauhinya kerana dia sering bercakap seorang diri. Ada juga pelajar yang mengatakan dia sudah hilang akal. Ibu bapa Yuna hanya mampu bertawakal selepas pelbagai usaha dilakukan untuk memulihkan anaknya kembali. Ada juga sekumpulan pelajar perempuan yang cuba berkawan dengan Yuna. Suatu hari mereka membawa Yuna ke sungai untuk berborak dan bersembang. Kemudian, kejadian yang tidak diingini berlaku Yuna terjatuh ke dalam sungai. Waktu itu Yuna tidak mampu berenang untuk menyelamatkan dirinya kerana arus sungai terlalu deras. Tanpa disedari Yuna diselamatkan oleh seseorang yang tidak dikenalinya. Yuna tidak mengesyaki siapa yang menyelamatkannya kerana dia sudah tidak bermaya lagi. Siapakah dia ? Adakah Yuna mampu sembuh semula ? Mengapakah Yuna sering bercakap seorang diri? PROLOG " Mungkin dia wujud di dunia ini, Tapi suatu hari dia pasti kembali lagi ! "
Dendam Eafy ✔️ by aishzy
aishzy
  • WpView
    Reads 946,581
  • WpVote
    Votes 33,842
  • WpPart
    Parts 69
Pernah dengar istilah dendam memakan diri? Istilah benci bertukar sayang? Istilah itu semua berada dalam cerita mereka. Tentang pasangan yang dahulunya sahabat karib, kini sudah menjadi mangsa sang jejaka. EAFY LEO. Dia cuma mahukan hak keadilan di atas kematian ayahnya akibat ditembak oleh seorang konco musuh Catch. Mungkin semua sudah tertulis apabila Hanis juga ada kaitan dalam hal ini. Atau lebih tepat, Hanis menjadi mangsa keadaan. HANIS. Bukan main kepalang lagi rasa terkejutnya apabila bangun sahaja daripada pengsan, dia telah berada di sebuah bilik mewah yang sangat asing. Peluang untuk melepaskan diri makin bercahaya apabila kelibat Eafy muncul di ruang mata. Hanis fikir, sahabatnya itu adalah seorang penyelamat. Malah... Lain jadinya! "Kau percaya tak, kalau aku cakap... Aku adalah penculik sebenar?" Didera, diseksa dengan kejam dan lebih teruk lagi, dia diperkosa! Mana sifat belas kasihan lelaki itu? "Kalau aku mengandung, aku akan lari dari sini!" Kata-katanya itu bukan sahaja di mulut. Setiap apa yang dipertuturkan, dia sematkan dalam hati. Andai kata ada janin di dalam kandungannya, maka Hanis akan melarikan diri daripada kurungan Eafy. "Hannah, can I marry your mama?" Setelah apa yang mereka lalui, akhirnya mereka telah mengecapi kebahagiaan berumah tangga. Namun, satu demi satu ujian makin menduga. "Bad news, markas diceroboh polis." ••• Start : 3 October 18 End : 27 Januari 20 Status : Completed Genre : Romance © No plagiarism
𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐂 ] by CikArdel
CikArdel
  • WpView
    Reads 147,552
  • WpVote
    Votes 7,519
  • WpPart
    Parts 71
1st series of Black Butterfly. 𝐍𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐄𝐥𝐢𝐧𝐚 𝐱 𝐊𝐲𝐭𝐨𝐫/𝐀𝐫𝐢𝐳 𝐋𝐮𝐭𝐟𝐲 𝐊𝐲𝐭𝐨𝐫- kacak, pendiam, pendendam dan seorang anak yatim piatu. Hidup membesar bersama ibu tirinya. Kehidupan yang berbolak-balik. Kemarahan yang sering membelenggu diri. Tidak pernah hidup bahagia dari kecil. Dia menggunakan nama samaran sebagai Ariz Lutfy. 𝐍𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐄𝐥𝐢𝐧𝐚- gadis biasa, pintar, hidup sederhana dan sentiasa hidup bahagia. Dia anak orang berada. Kemewahan hanya lah ibubapanya bukan terletak pada dirinya tetapi siapa sangka kerja bapanya adalah sebaliknya. Pertemuan antara mereka tidak dijangka. Pertama kali bertemu membuat gadis itu ingin menolong lelaki itu. Tetapi, siapa sangka ada yang memerhati dan menjadikan gadis itu umpan pada suatu permainan menjatuhkan lelaki itu. Kehidupan mula bertukar. Bahagia derita kian berubah. Apakah yang akan terjadi antara mereka? "𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖." Original story written by Cik Ardel Cover By: @tsweetestrain- Genre: 𝐌𝐲𝐬𝐭𝐞𝐫𝐲, 𝐓𝐡𝐫𝐢𝐥𝐥𝐞𝐫 and 𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 ⚠️ 𝐖𝐀𝐑𝐍𝐈𝐍𝐆!: Kandungan yang mengandungi abuse, self-harm, suicide, kekejaman dan darah. ⚠️ 𝐈𝐧𝐜𝐥𝐮𝐝𝐢𝐧𝐠 𝐢𝐧𝐬𝐮𝐥𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐰𝐨𝐫𝐝𝐬. 𝐒𝐓𝐀𝐑𝐓: 28/6/2022 𝐑𝐄𝐏𝐔𝐁𝐋𝐈𝐒𝐇𝐄𝐃: 23/9/2022 𝐄𝐍𝐃: 06/6/2024 .
The Deaf Girl by syahhnn
syahhnn
  • WpView
    Reads 877,606
  • WpVote
    Votes 45,205
  • WpPart
    Parts 45
Farhan tidak senang duduk selagi dendamnya belum dibalas. Dia harus menegakkan keadilan keatas kematian ibu saudaranya. Fikir dia akan berdiam diri melihat ibu saudaranya menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam keadaan terseksa begitu? Semuanya berpunca dari dia! Farhan pasti akan menuntut bela kematian Sharifah Nadine "Far- Farhan... anak aun- auntie-... anak auntie..." - Nadine Setelah mencari dan menyiasat, akhirnya dia jumpa juga sepupu dia merangkap anak ibu saudaranya. Tidak sangka pembunuh Nadine itu merupakan seorang gadis. Tidak berfikir panjang lagi, dia mengambil keputusan untuk mengawini gadis itu. Hampir setiap hari dia menyeksa gadis itu. Dipukul, dicaci, dihina. Tapi dia jerit atau tengking sekalipun, hanyalah sia-sia. Kerana gadis itu mempunyai kekurangan untuk mendengar. Farhan tidak peduli. Asalkan gadis itu mendapat balasan yang setimpal. Satu per satu kebenaran terbongkar setelah beberapa tahun berlalu. Kebenaran yang Farhan sendiri tidak tahu mahu percayainya ataupun tidak. "Haiy! Sini jangan kacau uncle. Sini." "Siapa pula Tuan Nik ni?" "Aku... aku sebenarnya..." ------------------ @March2020 - @November2020
Ikatan Cinta (Sedang Diedit) by CikMirela
CikMirela
  • WpView
    Reads 14,630
  • WpVote
    Votes 2,257
  • WpPart
    Parts 35
Semuanya bermula apabila Jasmin tersilap menjemput orang di lapangan terbang detik memalukan yang mempertemukannya dengan Encik Jerk. Sejak itu, mereka sering 'tidak sengaja' bertembung, dan anehnya, Ehsal sentiasa muncul saat Jasmin dalam kesusahan. Bagi Ehsal, ada rasa janggal yang tak dapat dijelaskan. Sehari sebelum pulang ke Semenanjung, dia sudah pilih pemandu lelaki di aplikasi teksi. Tapi kenapa yang muncul seorang perempuan? Dia muncul tanpa dirancang. Tapi kenapa hati mula tak tenang setiap kali dia tiada?
SAYAP LUKA [TERBIT] by __syhadh
__syhadh
  • WpView
    Reads 10,243
  • WpVote
    Votes 88
  • WpPart
    Parts 10
﷽ - SYUHADAH 1st BOOK TAJUK ASAL: DIARI HATI ALIF TAJUK BARU: SAYAP LUKA ISBN: ISBN 978-967-0078-87-8 HARGA SM: RM25 HARGA SS: RM28 TERBITAN: MUST READ SDN BHD "Arif tak nak. Arif tak nak abang sakit sebab Arif. Tak payah ibu, ayah. Jangan benarkan pembedahan itu." - Arif "Dia kata dia nak tengok kita semua bahagia... tapi dia sendiri yang menderita seorang diri." - Aqil Alif selalu jadi yang kedua-dalam keluarga, dalam cinta, dalam hidupnya sendiri. Sejak kecil, perhatian ibu ayahnya lebih tertumpu kepada adik kesayangan, Arif, yang sakit tenat. Alif sanggup korbankan impiannya demi menjaga adik, tapi semuanya musnah bila Arif pergi dahulu. Hidup diteruskan, tapi ujian tak pernah berhenti. Cinta hatinya, Naura, dikahwinkan dengan Rizal pembuli zaman sekolah yang masih berdendam. Bila dituduh mencuri, Alif dihalau oleh keluarganya sendiri. Terpaksa membawa diri ke Kuala Lumpur, Alif temui harapan baharu di sebuah rumah anak yatim. Tapi tubuhnya pula mula sakit-dan diagnosisnya bukan berita baik. Saat dia cuba bangkit semula, hadir pula adik kembarnya, Aqil, yang membuatkan dia terasa semakin terpinggir. Alif hanya mahu disayangi. Tapi bila dunia terus menolak, adakah cinta dan keluarga itu masih berbaloi untuk diperjuangkan? Sayap Luka ialah kisah tentang kasih yang dipinggirkan, tentang luka yang tidak berdarah dan tentang seorang lelaki yang cuba mencari makna wujudnya dia sebelum dia benar-benar hilang dari dunia yang tidak pernah memilihnya. Boleh beli di TikTok Must Read SDN. BHD. ✨
DEAR PRINCE [C] by tsweetestrain
tsweetestrain
  • WpView
    Reads 13,326
  • WpVote
    Votes 712
  • WpPart
    Parts 18
Known as TOGETHER BEFORE Apa kau pernah membayangkan jika suatu hari nanti putera raja datang dengan berkata dia mencintai kau seadanya? Dia memilih kau sebagai pendamping hidupnya dan dijamin hidup bahagia bersamanya, selamanya. Tetapi itu sungguh mustahil. Rara tidak perlu putera raja dalam hidupnya, kerana janji akan bahagia yang dilemparkan tidak mungkin tercapai. Mungkin putera raja tidak ditakdirkan untuk Rara, tetapi ada satu lelaki yang boleh menjadi putera di hati Rara. Dia Zayan, budak lelaki yang suka menangis. ❝ Kalau awak nak couple dengan saya, cium saya. ❞ Ketika itu Zayan dan Rara berusia tujuh tahun, mereka fikir kalau mereka berdua akan kekal menjadi pasangan kekasih sampai kahwin. ❝ Selama ni enam tahun kita couple. Tapi aku baru tahu couple haram, kita putus, okey? ❞ Zayan berubah, menjadi seorang yang berhati dingin. Rara menunggu sampai mereka berdua menjadi dewasa, kerana sudah berjanji akan bersama semula dengan menjadi suami isteri. Setelah dewasa dan menjadi suami isteri, apa yang berlaku? ❝ Trust me, no one can replace you, princess. ❞
Cinta Tepi Dulu  by CikMirela
CikMirela
  • WpView
    Reads 686
  • WpVote
    Votes 65
  • WpPart
    Parts 3
Adriana jauh dari kata sempurna. Dia cerewet, keras kepala, dan hidupnya penuh dengan rules yang dia sendiri cipta. Kawan-kawan dia dah lama putus asa nak faham. Tapi Ishaan? Dia tak pernah cuba ubah Adriana. Dia cuma diam, senyum, dan tunggu gadis itu runtuhkan sendiri temboknya. Ada sesuatu tentang Adriana yang buat lelaki itu bertahan bukan kerana mudah, tapi kerana dia tahu, di sebalik kerasnya gadis itu, tersembunyi luka yang minta didakap. Dan entah bila, Adriana jadi satu-satunya kacau yang Ishaan mahu dalam hidupnya.
AFTER THAT [C] by tsweetestrain
tsweetestrain
  • WpView
    Reads 8,012
  • WpVote
    Votes 690
  • WpPart
    Parts 18
-- after that ♡ Setelah banyak menghadiri perjanjian temu, Najiha menganggap perjanjian temu yang seterusnya ialah menuju perkahwinan. Lelaki berwajah tampan tetapi kelihatan baik hati. Dia bakal suami Najiha. ❝ Saya Harith. Nanti dah kahwin, awak rasa nak panggil saya apa? ❞ Harith yang cepat blushing dan terlalu cepat overthinking bertemu Najiha yang pendiam dan selalu beriak biasa. Perkahwinan kontrak? Bukan. Mereka ialah pasangan suami isteri yang berusaha saling mencintai. Dan Najiha mengatakannya kepada Harith. ❝ I'm yours because you're mine, abang ❞ Cover by @yyouraphrodite