Completed Reading
5 cerita
H Squared ✓ oleh hanzerry
H Squared ✓
hanzerry
  • Membaca 7,374
  • Suara 1,420
  • Bagian 37
𝘴𝘩𝘰𝘳𝘵𝘦𝘯 𝘢𝘴 𝘏², 2024 Warning: Bacaan 15+ sahaja. Kisah mereka bertukar tubuh di bawah langit bersalji Malaysia. Haifa Auliya, gadis yang berasal dari Kuala Lumpur. Pelajar 17 tahun membawa maksud apa? Ya, SPM. Tetapi kerana sikapnya yang suka membandingkan result sendiri dengan kawan baiknya, dia tidak menyedari tindakannya akan meragut nyawa sendiri. "Kenapa Sofia boleh buat, aku tak boleh?" - Haifa Kim Imani, jejaka yang menetap di STAPS. Rupa parasnya seperti orang KPOP idol memberikannya trauma paling perit di dalam hidup. Setiap kali teringat akan traumanya, dia akan stres dan buat perkara pelik-pelik. "Sebab muka aku kacak macam ni, I got harassed. So I won't take off my mask anymore." - Kim Pada suatu pagi yang bersalji, Haifa dan Kim tiba-tiba bertukar tubuh. Bangun-bangun saja, diri mereka sudah berada di dalam bilik orang lain. "Kau siapa sebenarnya?" - Haifa "Hakim. Panggil Kim." - Kim "Oi kau merokok ke? Kalau ya, aku haramkan kau merokok pakai badan aku!" - Haifa "Aku cuma nak lepaskan stres. In the best way." - Kim Haifa mengingatkan Kim untuk sentiasa berkelakuan baik apabila mereka bertukar tubuh. Namun, lelaki itu telah membuat satu kesilapan paling besar sepanjang dia menjadi 'Haifa'. Haifa berada di ambang maut. Tanpa disedari, Kim dan Haifa telahpun membongkar 'dunia fantasi' mereka. Started: 11 May 2024 Ended: 24 July 2024 Beautiful cover by @harlyz_ 🤍 - DON'T STOP SHARING ABOUT PALESTINE --
24. The Grimm Reaper oleh TintaHitamTanpaArah
24. The Grimm Reaper
TintaHitamTanpaArah
  • Membaca 147,272
  • Suara 13,321
  • Bagian 50
Awalnya Serigala dan Rusa berfikir hanya mereka sahaja yang mempunyai kutukan ini. Mereka fikir selama ini tiada siapa selain mereka yang dapat melihat wajah mereka tanpa meragut nyawa seseorang itu. Siapa sangka pertemuan Beruang, Kucing dan Musang Bersama Serigala serta Rusa di suatu malam membawa mereka kepada pertemuan bahawasanya, terdapat seseorang yang tidak akan mati jika melihat wajah mereka berlima. Diberi sebuah sumpahan dimana sesiapa melihat wajah mereka orang itu akan mati, lima lelaki hidup dalam persembunyian dan bertopeng muka haiwan. Semua orang menggelar mereka sebagai The Grimm Reaper. Si manusia yang disumpah memilik rupaparas yang rupawan tetapi mematikan. Tiada sesiapa mengetahui rupa sebenarnya mereka sehingga bertembungnya mereka dengan seorang Pemposyen Bernama Edith Winter. Serigala memburu Guardian dia. Rusa memburu batu yang diculik dari mereka. Beruang, Kucing dan Musang terdesak hendak melepaskan diri cari cengkaman kekejaman Raja Aragog si pemerintah kejam. Bagaimana perjalanan The Grimms Reaper nanti?Dapat ke mereka menuntut semula kebebasan di atas sumpah yang menimpa mereka? November 2020 Mula 29/10 Tamat 3/11
DIARI HATI ALIF [CS] oleh __syhadh
DIARI HATI ALIF [CS]
__syhadh
  • Membaca 9,634
  • Suara 56
  • Bagian 12
﷽ - SYUHADAH 1st BOOK Membesar sebagai anak sulung memang tidak mudah. Sentiasa tersakiti, diberi penekanan dan tidak diberi perhatian penuh. Perit. Ya, itulah yang dirasai oleh Alif Zahari. Namun, dia masih bersabar kerana dia yakin, akan adanya cahaya di penghujungnya. "Alif, ayah suruh kamu jaga adik. Bukan suruh kamu keluar pergi main! Kamu sedar sikit yang kamu itu dah besar, tak usah lagi pergi main dengan budak-budak degil dekat luar itu!" "Nasib baik adik kamu tu tak jatuh dalam parit. Kalau tidak, malam ini, kamu jangan masuk rumah!" Tidak bersalah, tapi dipersalahkan. "Ibu ni tak habis-habis dengan Arif tu! Arif tu dah mati, ibu. Dah mat-..." "Mulut kamu tu jangan kurang ajar sangat ya, Alif! Arwah adik kamu baru saja meninggal! Kamu ni memang tak ada perasaan betul!" Demi keluarga, dia sanggup berkorban nyawa. Demi cinta, dia sanggup terluka. Demi menagih secebis kasih sayang, dia sanggup melupakan segala impian. Demi meraih cinta Tuhan, dia sanggup mengubah kehidupan. Dia insan biasa, namun terpaksa menanggung beban luar biasa. Terimalah, Diari Hati Alif. Watak yang ada dalam kisah ini tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. START: 4 APRIL 2023 END: 28 JUN 2023
MENANTI KAMU [C] oleh __syhadh
MENANTI KAMU [C]
__syhadh
  • Membaca 9,879
  • Suara 830
  • Bagian 56
﷽ Cover by: @tsweetestrain - SYUHADAH 2nd BOOK SYAHIDAH, yang hanya merasai nikmat kasih sayang seorang abang sepanjang dia membesar. Nak kata dia anak yatim? Tidak. Dia masih ada mak dan ayah. Cuma, tiada kasih sayang yang dia dapat daripada kedua mereka. Sering dimarahi. Sering dibenci. Sering diberi penekanan tetapi tiada setitik pun penghargaan yang didapati. Nasib baiklah ada abang yang memahami. Kerana abangnya itu juga pernah merasai apa yang dia alami. Anak sulung. Pastinya lebih teruk layanan terhadap abangnya itu dahulu. Namun, sang abang menyimpan rahsia yang sangat besar daripadanya. Bukan sengaja dia berbuat demikian. Dia tidak mahu perasaan adiknya itu terganggu. Dia tidak mahu merosakkan sedikit kegembiraan yang dirasai adiknya itu. SYAH tahu, suatu masa nanti, rahsianya akan terbongkar. Jadi, dia berusaha sehabis baik untuk melindungi dan menjaga adiknya walau apa pun yang berlaku. "Saya dah lama tunggu awak, SYAHIDAH." Ketika itu, muncul pula seorang lelaki yang sanggup menunggu cintanya dibalas oleh SYAHIDAH. Lelaki itulah yang selalu ada bersamanya sejak di bangku sekolah lagi. Fikirnya, lelaki itu hanya ingin mempermainkan perasaannya semata-mata. Rupanya tidak. Dia ikhlas menerima segala kekurangan yang ada pada diri seorang SYAHIDAH. Terimalah, MENANTI KAMU. • GENRE: SLICE OF LIFE. START: 21 JULAI 2023 END: 20 NOVEMBER 2023
DEAR PRINCE [C] oleh tsweetestrain
DEAR PRINCE [C]
tsweetestrain
  • Membaca 11,810
  • Suara 654
  • Bagian 18
Known as TOGETHER BEFORE Apa kau pernah membayangkan jika suatu hari nanti putera raja datang dengan berkata dia mencintai kau seadanya? Dia memilih kau sebagai pendamping hidupnya dan dijamin hidup bahagia bersamanya, selamanya. Tetapi itu sungguh mustahil. Rara tidak perlu putera raja dalam hidupnya, kerana janji akan bahagia yang dilemparkan tidak mungkin tercapai. Mungkin putera raja tidak ditakdirkan untuk Rara, tetapi ada satu lelaki yang boleh menjadi putera di hati Rara. Dia Zayan, budak lelaki yang suka menangis. ❝ Kalau awak nak couple dengan saya, cium saya. ❞ Ketika itu Zayan dan Rara berusia tujuh tahun, mereka fikir kalau mereka berdua akan kekal menjadi pasangan kekasih sampai kahwin. ❝ Selama ni enam tahun kita couple. Tapi aku baru tahu couple haram, kita putus, okey? ❞ Zayan berubah, menjadi seorang yang berhati dingin. Rara menunggu sampai mereka berdua menjadi dewasa, kerana sudah berjanji akan bersama semula dengan menjadi suami isteri. Setelah dewasa dan menjadi suami isteri, apa yang berlaku? ❝ Trust me, no one can replace you, princess. ❞
+18 lagi