Henu0131's Reading List
2 truyện
4.0 | WANITA MILIK TUAN ZARIEL [COMPLETED] bởi Yasmyns_Dahlia
Yasmyns_Dahlia
  • WpView
    LẦN ĐỌC 996,671
  • WpVote
    Lượt bình chọn 45,402
  • WpPart
    Chương 60
*Previously known as HIS POSSESSION* Hidup berdua bersama mak di kampung, cukup membahagiakan Seroja. Adanya Irwan yang tak pernah jemu mengusik, melengkapkan lagi hari-harinya. Namun, takdir hidup tidak selalunya indah. Ujian yang datang bertimpa-timpa membuatkan Seroja tidak mampu bangkit sendiri. "Seroja tak tahu apa yang patut Seroja buat sekarang, Abang Wan." - Seroja Irwan, satu-satunya tempat untuk Seroja mengadu nasib. Lelaki itu tak pernah jemu meminjamkan bahu dan telinganya kepada Seroja. "Seroja ambillah duit ni. Buat belanja kat sana nanti." - Irwan Keluar dari kampung dan berjauhan dari si emak, bukanlah satu pilihan yang Seroja mahukan. Akan tetapi, dia terdesak. Rentetan itu, Seroja cekalkan juga hati. "Maafkan Seroja ya, mak. Seroja tak ada niat nak tinggalkan mak tapi Seroja terpaksa. Abang Wan... tolong Seroja tengok-tengokkan mak ya?" - Seroja Di tempat baru, Seroja bertekad untuk bekerja keras. Dikerah tulang empat keratnya demi kelangsungan hidup. Namun, tatkala menerima perkhabaran bahawa si emak semakin tenat, Seroja jadi nanar. Terduduk memikirkan wang yang belum cukup dikumpul. Sehinggalah Zariel datang, menghulurkan tangan. "Aku boleh tolong kau... tapi ada syaratnya." - Zariel Bagi Zariel, kesempatan yang ada tak boleh dibiarkan pergi. Semakin meningkat umur, hidupnya semakin sunyi dan kosong. Apatah lagi melihat teman-temannya bahagia menjalani kehidupan bersama anak dan isteri. Lainnya Zariel, dia hanya mahukan anak untuk melengkapi hidupnya. "My offer is not free, Kirana. You have to give me something in return. Kita berdua dalam situasi yang sama. Cuma kau, perlukan duit. Dan aku... perlukan waris." - Zariel Memikirkan kesihatan mak yang kian melarat, pilihan apa lagi yang Seroja ada selain menerima? Dan Seroja terpaksa akur kalau itu syarat yang Zariel tetapkan. Demi kasihnya terhadap si emak, Seroja tiada jalan lain selain menerima tawaran Zariel itu. Start : 19/8/24 End : 4/5/25
+9 tag khác
ID untuk Hawa [Raw version] [C]✅ bởi bungaummara
bungaummara
  • WpView
    LẦN ĐỌC 492,855
  • WpVote
    Lượt bình chọn 21,148
  • WpPart
    Chương 68
IRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang bekerja diluar negara namun terpaksa melupakan kerjayanya demi memenuhi harapan kedua ibu bapanya. Irfan dipaksa mengambil alih perniagaan arwah abangnya Iman Danial yang terlibat dalam kemalangan maut bersama isterinya. Kehidupan Irfan yang bebas dan suka bersosial membuatkan ibu bapanya lebih memaksa anak lelaki mereka pulang ke Malaysia. Dilantik menjadi CEO IDAN Exclusive, Irfan berjumpa dengan PA yang dilantik oleh papanya, Tuan Zainudin. ~ "Ni? Ni PA? Boleh ke jadi PA? Macam kentang je Irfan tengok." Kata Irfan sambil ketawa. Budak kampung ni nak jadi PA aku? Tak selera langsung. HAWANIS, gadis yang datang dari kampung untuk mencari kerja di Kuala Lumpur kerana ingin lari daripada atuknya yang memaksanya untuk berkahwin. Dibesarkan tanpa ibu bapa, tetapi Hawa langsung tidak merasa kurang kasih sayang kerana Hawa mempunyai dua orang abang sangat menyayanginya. Apa sahaja yang Hawa mahu pasti akan dituruti. Namun kehidupannya tak seronok seperti yang orang nampak. Hawa rasa terkongkong apabila semua yang dia lakukan harus diketahui oleh abang abangnya. Kehidupannya berubah apabila menjadi PA kepada Irfan Danial. ~ Kentang dia cakap aku? Kurang ajar punya manusia. Apa dia ingat dia handsome? Atuk aku lagi handsome tau! Marah Hawa dalam hati. 🥔 cerita ini saya dah pernah publish di tiktok dan diremove jadi saya letak dekat wattpad 🥔 ini cerita yang saya tulis sebelum Bukan Kali Ini 🥔 bahasa yang digunakan dalam cerita ini agak santai dan tak sesuai untuk diikut dalam penulisan 🥔 suka untuk saya ingatkan, sewaktu saya menulis cerita ini penulisan dan kosa kata saya agak terhad.