qarasylvia's Reading List
2 stories
UNKNOWN [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,164,724
  • WpVote
    Votes 91,968
  • WpPart
    Parts 71
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat! Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA. pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya. "Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI "Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ. Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka. Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas. "Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala. Memang introvert. "Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata... "Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng? "Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."
THE BEGINNING: UNKNOWN HAZRAN by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 92,043
  • WpVote
    Votes 8,659
  • WpPart
    Parts 16
[INI ADALAH POV UNKNOWN] Hazran Tuah hanyalah bayang, mengikuti Sufi Leila dalam diam, memerhatikannya dari jauh tanpa berani mendekat. Hidupnya sebelum ini kosong, tanpa arah, sehingga pertemuan di bawah jambatan itu menghidupkan sesuatu dalam dirinya, rasa ingin mengenali, ingin mendekati. "Siapa dia, sampai buat aku rasa macam ni?"-Hazran Namun, dunia tidak pernah memandangnya dengan belas. Dia sedar siapa dirinya-manusia yang dipandang hina, yang hanya layak bersembunyi di balik gelap. Maka, dia terus menjadi bayang, mengenali dari jauh, meski setiap senyuman gadis itu semakin menjerat hatinya. Tapi, adakah dia berhak merasai cinta? Atau takdirnya sekadar menjadi bayang yang tidak pernah terlihat? "Kalaulah aku dilahirkan normal macam manusia yang lain, pasti aku dah boleh dekat dengan kau. Malang sekali, cinta tu cuma untuk manusia yang sempurna..." "Takkan sesekali layak untuk orang gila macam aku."