b3lleo's Reading List
199 stories
𝐂𝐡𝐨𝐬𝐞𝐧 𝐆𝐞𝐧𝐭𝐥𝐲 | 𝐂 by Liohayes
Liohayes
  • WpView
    Reads 248,489
  • WpVote
    Votes 17,632
  • WpPart
    Parts 36
Iris Jasmina. Dirinya dibenci ibu dan adik perempuannya tanpa sebab. Mungkin kerana pendidikannya tidak seperti adiknya, Puteri Qalisya yang bijak pandai. Namun di sebalik ketidakpandaiannya, Iris mampu berdikari sendiri. Keputusan Tan Sri Rahman untuk kahwinkan Puteri dengan pilihannya gagal saat Puteri bantah sekeras-kerasnya kerana dia masih punya dunia sendiri. Malah takut juga jika pilihan Tan Sri Rahman bukan seperti apa dia mahu. Kerana penolakan itu, Tan Sri Rahman mengutuskan untuk kahwinkah Iris dengan calon pilihannya. Mampukah Iris menolak? Apatah lagi bertemu dengan calon pilihan ayahnya yang ternyata... "Iffat. Dato' Iffat Hezryn. You can call me Iffat." Seorang Dato'?! Sukar untuk Iris percayai. Bagaimana pun, Iris dan Iffat menjalinkan hubungan suami isteri seperti biasa. Iffat yang tenang dan Iris yang lemah lembut. Adakah rumah tangga yang terbina kerana keluarga, akan bertahan sampai bila-bila? "Yes, she's nothing to you but she's my wife." -Dato' Iffat Hezryn.
SOPIAH ISKANDAR [C] by thekafai
thekafai
  • WpView
    Reads 338,908
  • WpVote
    Votes 22,466
  • WpPart
    Parts 53
[BOOK 3] : ii dari [BOOK 1] Menuju gerbang masjid halal, mereka berdua diuji dengan kisah silam. Kisah silam yang datang untuk goyahkan ikatan pertunangan. "Aku minta maaf. Sebab aku bukan Muaz Akasa." -MUIZ ISKANDAR "Aku pun minta maaf. Sebab aku bukan Malaika yang comel merah- merah macam strawberi." -SOPIAH - Kata orang, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Tapi mereka degil. Piah dan Muiz sama- sama keras kepala. Kata sepakat untuk bina rumah tepi laut, ditunaikan. "Daripada kita sakit, kita penat. Lebih baik kita masing-masing." Senafas Piah ungkapkan kata pedih itu. Muiz geleng kepala berkali- kali. Buat tak faham dan tidak dengar apa kata serta maksud Piah. "Lepaskan orang. Biar orang balik kampung ikut mak bapak. Muiz baliklah pada Muaz-" "Kalau penat, rehat Sopiah! Aku boleh sabar. Aku boleh tunggu kau sampai aku mati pun! JUST DON'T LEAVE ME ! PLEASE!!' -MUIZ ISKANDAR - Ini cerita drama roller coaster Muiz, Piah, penyondol, kisah silam, takdir dan istiqomah. Dibantu pula dengan Hamzah, sahabat soleh mereka di Darandele. : Antara mereka, siapa yang bakal menang?
FLIGHT TO LOVE [C] by thxnlya
thxnlya
  • WpView
    Reads 525,188
  • WpVote
    Votes 19,725
  • WpPart
    Parts 77
𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐁𝐎𝐎𝐊♥ ₊˚⊹♡ ᴀɴ ᴏʀɪɢɪɴ ᴏꜰ ʟᴏᴠᴇ ♡⊹˚₊ "When I love, I love badly not rudely." 𝐙𝐢𝐥𝐥 𝐑𝐚𝐲𝐳𝐚𝐞𝐥 merupakan seorang lelaki yang tenang dan bermulut celopar. Dia akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkannya. 𝐀𝐢𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐙𝐡𝐚𝐟𝐢𝐫𝐚 seorang gadis yang berkelulusan dari Universiti Oxford. Dia berasal dari keluarga bangsawan. Namun, dia tidak akan semena-mena menggunakan harta ibu bapanya. Dia akan berusaha sendiri tanpa bantuan sesiapa. Pertemuan mereka adalah disebabkan aturan keluarga. Mereka di aturkan untuk berkahwin. Zill tenang sahaja dan menerima serta cuba mendapatkan hati Aireen kerana dia yakin bahawa Aireen itu jodohnya. Namun, Aireen berasa sebaliknya. Mahu tidak mahu, Aireen perlu juga menerima kerana itu kehendak keluarganya. Namun, perkahwinan bukanlah perkara yang mudah. Ada sahaja dugaan yang melanda. Saat bahagia mula bertunas, hadir pula orang ketiga yang cuba meruntuhkan mahligai yang baru dibina. "Reen penat dengan semua ni, abang." -Aireen Zhafira "Abang akan buktikan yang apa pihak media cakap, semuanya salah." -Zill Rayzael Mampukah Zill mempertahankan rumah tangga mereka? Atau perkahwinan ini berakhir begitu saja? "I don't have anyone else. I only have you. I need you to stay. Please dont leave me." -Zill Rayzael --- START: 30 July 2025 END: 18 October 2025 ⚠️JALAN CERITA AGAK CRINGE‼️ ⚠️CERITA INI HANYALAH REKAAN SEMATA MATA‼️ ⚠️JANGAN LETAK EXPECTATION TINGGI SANGAT, NANTI KECEWA‼️ 🚫PLAGIAT IS NOT ALLOWED‼️
C | Di atas Sejadah Panjang  by notafoxy
notafoxy
  • WpView
    Reads 154,184
  • WpVote
    Votes 5,530
  • WpPart
    Parts 40
"Kau cuma isteri aku atas kertas, Nawal," ujarnya, lirih tapi sinis, seakan berbicara dengan bayang di cermin. "Saya masih isteri abang yang sah," balas Nawal, nada bergetar, tapi tegas. Ayden berpaling tajam. "Jangan panggil aku abanglah!" jerkahnya, suara bergema menampar dinding bilik. "Aku tak ingat pun siapa kau." Nawal mengundur sedikit, terpegun. Ayden mara setapak ke hadapan, nadanya kini lebih dingin. "Kau... cuma kawan permainan aku masa kecil. Tak lebih dari tu." Sunyi sejenak. Kata-kata itu jatuh seperti belati yang menghiris hati Nawal. Air mata Nawal akhirnya mengalir deras, menitis ke pipi, memantul di lantai. Start: 19th August 2025 End: 31st August 2025
FACADE : The Nonchalant Bimbo by eryvee
eryvee
  • WpView
    Reads 30,205
  • WpVote
    Votes 2,592
  • WpPart
    Parts 37
UNTUK PEMBACA MATANG (19+) *** Elisha - She's a bimbo, they said. Dia seorang yang suka berfesyen. Orang kampung selalu menyindir pakaiannya yang persis seperti model-model runaway fashion show. Bahkan bukan itu sahaja yang buatkan dirinya di gelar bimbo, salah satu sebabnya adalah cara pemikirannya yang tak matang dan pertuturan bahasa englishnya - kelaut! Tunggang-langgang, berterabur! Jumpa pula lelaki kampung yang nonchalant. Kerek nak mampus. Perasan bagus, padahal tak hensem langsung! Hidung jambu dan jongang. Langsung bukan tipikal lelaki idaman Elisha. Tapi apa yang buatkan Elisha bertukar arah untuk mengejar lelaki itu? Apa-apa pun jangan percaya, pada apa yang kamu lihat. If you find it hard to read or feel triggered by broken English and jumbled sentences, then this story isn't for you. - - - © 2025 EryVee. All Rights Reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means without the prior written permission of the copyright owner.
REVIRA : The Seductive Villain [C] by eryvee
eryvee
  • WpView
    Reads 1,211,625
  • WpVote
    Votes 50,607
  • WpPart
    Parts 105
UNTUK PEMBACA MATANG (19+) *** Tiara - Seorang gadis kampung mempunyai rupa paras yang cantik. Bukan hanya itu. She's stunning, seductive and also -irresistible. Misinya : Goda bakal abang iparnya. Bakal tunang kakaknya, Tirah. Tapi itu tak mudah bila mana Han bukan seorang lelaki yang mudah masuk dalam jeratnya. Jadi adakah dia akan goyah? I bet you will not like this villain. Don't read it. - - - © 2025 EryVee. All Rights Reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means without the prior written permission of the copyright owner. Completed : 3 October 2025
Takdirku Bukan Kita | SU | by _theeyne
_theeyne
  • WpView
    Reads 28,913
  • WpVote
    Votes 1,358
  • WpPart
    Parts 11
Rayna Zafrena - Mejar juruterbang taktikal EC725 TUDM. Pernah dipandang rendah kerana wajah dan perwatakannya yang berbeza, namun hari ini dia berdiri sebagai salah seorang juruterbang taktikal terbaik negara. Biarpun dibesarkan dalam keluarga yang jarang menyokong impiannya, ada satu-satunya abang di perbatasan yang menjadi sumber kekuatannya. Namun, di sebalik langit luas dan keberanian yang dipuji, Rayna menyimpan luka lama... luka bernama Raqeef Zayden. Dahulu pembuli di sekolah, kini Leftenan Kolonel PASKAU TUDM yang disegani kerana ketegasan dan kejayaannya dalam misi sulit. Takdir mempertemukan mereka kembali selepas 14 tahun-dalam sebuah operasi kritikal yang sepatutnya bukan Rayna yang mengetuai. Tetapi keadaan memaksa, dan dia terpaksa melangkah. Pertemuan pertama mereka tidak manis. Raqeef yang tidak mengenali Rayna dewasa, cepat menilai wanita itu sebagai keras dan tidak seperti wanita lain. Dia tidak tahu... Rayna adalah gadis yang pernah dia sakiti dahulu. Dari satu misi ke misi lain, perlahan-lahan Raqeef mula melihat sisi Rayna yang tak pernah dia sangka-tegas, cekal, berprinsip. Dan hatinya mula terusik. Tetapi bagi Rayna, lelaki cuma tertarik pada yang indah di mata... sehingga bosan, lalu pergi. Dia tidak mahu mengulang sejarah pahitnya. Ketika hatinya mula diuji, keluarganya pula mahu menjodohkannya dengan anak kenalan korporat. Dia menolak. Dalam masa yang sama, Raqeef meluahkan rasa. "Dua tahun... tunggu aku balik, kita kahwin." -Mejar Rayna Zafrena Rayna menerima tugasan di luar negara, menggenggam janji itu erat. Tetapi selepas dua tahun berlalu, dia pulang dengan satu keinginan-bertemu Raqeef semula. "Balik ni aku terus nak jumpa Raqeef." -Mejar Rayna Zafrena Namun berita yang menyambutnya menghentak jiwa. "Raqeef... hari ini dia nikah." -Kapten Alieya Natasya Dunia Rayna sekali lagi runtuh. Masihkah ada ruang untuk cinta yang tertangguh ini... atau segalanya sudah terlambat? PERINGATAN! - cerita ini mengandungi kata kasar!
CYPHER [BAKAL TERBIT] by Wnfhanna
Wnfhanna
  • WpView
    Reads 18,081
  • WpVote
    Votes 1,655
  • WpPart
    Parts 18
QARIZH ARRAZI, seorang pilot fighter mengalami trauma apabila misi yang diketuainya dua tahun yang lepas telah mengorbankan nyawa-nyawa pasukannya. Dek kejadian jet pejuang diserang hendap oleh musuh, Qarizh perlu memikul perasaan bersalah sehingga menyebabkan dia membawa diri dari Air Force Organization. IMAN AIRISH, seorang gadis malang yang melalui kesepian hidup apabila bapa kandungnya mengetepikan dirinya setelah menikahi wanita lain beberapa minggu selepas ibu kandungnya meninggal dunia. Airish yang tidak dapat menerima layanan buruk dari bapanya sering memberontak sehingga dirinya dihalau keluar dari rumah oleh bapanya sendiri. "Saya Airish. Panggil Rish." - IMAN AIRISH "Saya Qarizh, panggil Rizh." - QARIZH ARRAZI Pertemuan singkat yang tidak disengajakan telah menjadikan mereka rapat sehingga ada yang menggelarkan mereka seperti belangkas. Di mana ada Airish, di situ ada Qarizh. Di mana ada Qarizh, di situ ada Airish. "Semoga perkenalan kita berpanjangan sampai bila- bila." - IMAN AIRISH "Insha-Allah... kalau ada jodoh kita jumpa lagi. " - QARIZH ARRAZI Disclaimer: Novel ini hanya rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau tiada. Segala nama, watak, tempat dan insiden adalah imaginasi penulis. Segala persamaan hanyalah kebetulan. Start date: 24th March 2024 End date: Will be update ©WNFHANNA - 2023 ALL RIGHT RESERVED
ISTERI YANG DISEKSA S2 (OG) by Myfikriii
Myfikriii
  • WpView
    Reads 28,933
  • WpVote
    Votes 1,038
  • WpPart
    Parts 25
Warning : Baca season 1 untuk tidak mengelirukan pembaca. Setelah mengalami derita yang berpanjangan, Sofea akhirnya menemukan jalan kebahagiaan. Hidupnya kini bahagia bersama keluarga tercinta, Zyan dan Ziyad serta kandungannya. Namun, kebahagiaan itu tidak bertahan lama. Hanya kerana kehadiran orang ketiga, segalanya musnah, dan hubungan mereka hancur dalam sekelip mata.
AIDAR by theaciels
theaciels
  • WpView
    Reads 247,157
  • WpVote
    Votes 9,739
  • WpPart
    Parts 37
Under PROTECTOR SERIES ⋆͛︎ #2 GREEDY LOVE Leftenan Muda Aidar Gael. Sempurna dari segi wajah dan badan. Ada masanya sengal, ada masanya dia tak boleh dicabar. Dia pernah menjalinkan hubungan dengan Ruby Harzen, gadis yang berasal dari keluarga berada. Hubungan mereka bergelar status suami isteri. Kerana satu salah faham, Ruby membawa dirinya pergi dari hidup Aidar. Dia menganggap perkahwinan mereka tamat di situ saja. Dia sangka dia tak akan berjumpa dengan Aidar lagi. Tapi kisah mereka belum tamat. "Kau memang tak malu kan?" "Ya, tak malu. Atau kau tak tahu perangai suami kau memang macam ni lepas kau larikan diri empat tahun yang lepas?" Siapa sangka Aidar berani mencarinya setelah empat tahun mereka berpisah? Dan lagi gila bila Ruby dapat tahu Aidar tak pernah lepaskan dia sebagai isterinya. "Kesayangan Aidar, jangan tinggalkan aku lagi." Dia ibarat permata. Permata yang paling bernilai dalam hidupnya. Aidar tak mahu kehilangan Ruby untuk kali kedua. Gadis itu, isterinya dan milik dia sampai bila-bila. Aidar akan berjuang untuk kembali berada di sisi Ruby. highest ranking : #1 for askar