anisssya1's Reading List
11 stories
Love, Unspoken by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 82,484
  • WpVote
    Votes 7,209
  • WpPart
    Parts 42
[2nd romance] Short story. Dian Antasya tidak pernah minta dilahirkan dalam keluarga yang sentiasa membandingkan dirinya dengan abang dan kakak. Walau apa pun yang dilakukan, di mata ibunya, Dian tetap anak yang gagal. Dia hanya tahu menelan kata-kata pedih dan hidup dalam sunyi, bersembunyi di balik senyum yang semakin pudar. Namun segalanya berubah bila Qayl Zachary, jiran lama yang pernah menjadi teman sepermainan masa kecil kembali ke pangkuan keluarga selepas bertahun-tahun menetap di luar negara. Qayl yang dahulu polos kini tampil sebagai lelaki matang dan berkarisma. Tapi di sebalik tenangnya, dia tidak mampu menafikan perasaan simpati dan sayang yang muncul apabila melihat Dian yang dulu ceria, kini kelihatan seakan hilang arah. Dan di satu detik yang tak dijangka, Dian membuat keputusan paling berani atau paling gila dalam hidupnya. Dia melamar Qayl untuk dijadikan suami. Bukan kerana cinta, tapi kerana dia perlukan tempat untuk berteduh. Namun, dalam setiap hari yang dilalui bersama, Qayl mula belajar bahawa cinta kadang tumbuh dalam diam. Dan Dian mula sedar bahawa kasih yang datang tanpa dirancang mungkin adalah takdir yang paling indah.
Loving And Loved by bluebixxx
bluebixxx
  • WpView
    Reads 104,618
  • WpVote
    Votes 4,186
  • WpPart
    Parts 52
Hazz Edraqi | Dahlia Evelyn Disebalik tenangnya wajah dia, tersimpan satu memori gelap yang dia cuba padam sehingga menetapkan CINTA bukan satu prioriti buat dirinya. Orangnya dingin, perangainya pun kurang sopan! Tapi entah kenapa, dia sentiasa diterima oleh semua orang. Dia Hazz Edraqi. "Tolong simpan perasaan kau tu dalam-dalam sebab aku tak peduli pun." - HAZZ EDRAQI Ya ke tak peduli? Setiap patah kata yang keluar dari mulut lancang lelaki itu memicu rasa ingin tahu anak dara majikannya. Orangnya berperangai bebas tapi hidup dikongkong orang tua. Misinya hanya satu, berkahwin dengan Edraqi dan bebas dari dikongkong mummy dan daddy serta abangnya yang gila. Dia Dahlia Evelyn. "Be my husband. I'll show you how love can make your everyday worth living." - DAHLIA EVELYN Namun siapa sangka, baru hari pertama kahwin dah berbincang pasal penceraian. Gila! Dikala mereka berdua baru mahu mengecapi kebahagiaan, satu demi satu rahsia terbongkar yang bakal menggoyahkan rumah tangga mereka. "I will never make it easy for you." - Hazz Edraqi "The weak can never forgive, Hazz." - Dahlia Evelyn β€’Slow Burn Romance β€’Green Flag ML β€’Sad Romance β€’Angst start : 15.5.2025 end : 22.8.2025
π‡πˆπ‰π€πˆπ˜π˜π€π‡ by losthmyad
losthmyad
  • WpView
    Reads 14,995
  • WpVote
    Votes 1,638
  • WpPart
    Parts 13
Luth x Haura
Ilusi Takdir [OG] by ainelaaa
ainelaaa
  • WpView
    Reads 381
  • WpVote
    Votes 30
  • WpPart
    Parts 6
↳ KARYA KEEMPAT DUNIA fantasi sudah tentunya indah dari realiti. Dan disebabkan itulah Eliana Mikayla yang baru sahaja kehilangan kerja kerana syarikat tempatnya bernaung gulung tikar, mula melibatkan diri di dalam dunia penulisan, sekadar untuk melepaskan rasa dan menghidupkan angan-angan yang tak kesampaian. Namun siapa sangka, karya yang ditulis suka-suka olehnya semakin menaik sehingga menarik perhatian sebuah rumah penerbitan. "Kenapa kau letak nama sebenar kau sebagai watak sampingan bukan watak utama?" - HANNAN. Kerana itulah realiti hidup Eliana. Hanya wujud di tepi dalam setiap cerita orang. Dia pernah menyimpan perasaan pada seorang jejaka semasa zaman universiti, tapi lelaki itu akhirnya menyukai Hannan. Dan bukan sekali. Hampir setiap lelaki yang dia suka, pasti akan lebih tertarik pada rakannya dan kisah hidupnya itu ingin dia abadikan di dalam tulisan. Satu tragedi berlaku membuatkan dia terperangkap di dalam satu gelembung aneh. "Awak siapa?" - ELIANA "Dayyan Raeef. Kau ni alright tak alright?" Satu demi satu persoalan muncul sehinggalah Eliana sedar bahawa dia sekarang berada di dalam dunia manuskrip yang ditulisnya sendiri. Dan ya! Dia masih watak sampingan. Sekadar sahabat dari kecil kepada Dayyan Raeef, lelaki yang sekali lagi, menyukai kawan baiknya, Anggun Arissa. Kenapa di dalam dunia novel pun dia hanya wujud sebagai bayangan orang sahaja? Patutkah dia menyesal kerana tulis cerita sebegini? Tetapi itu kerana dia tidak pernah menjangka bahawa dia akan masuk ke dalam dunia novel! Tetapi bila dia sudah berada di dalam cerita ini, takkan dia masih mahu biarkan skripnya berjalan seperti asal? Beranikah dia mengubah takdir yang dia sendiri cipta dengan pena? Atau mungkin seindah mana pun jalan cerita yang dilakar, akhirnya akan tunduk juga pada takdir yang lebih besar? Takdir yang tidak pernah tertulis di tangannya, tapi sudah lama tertulis untuknya. Kerana antara ilusi dan realiti, hanya satu yang akan kekal.
TAKDIR TANPA CINTA  [C] by sahralune
sahralune
  • WpView
    Reads 335,557
  • WpVote
    Votes 11,013
  • WpPart
    Parts 64
Takdir Tanpa Cinta TUAN MALIK X MYSARA MAWARDAH Rank 1 #romance Rank 1 #greenflag Rank 1 #melayu Rank 1 #sweet 🚫 Maaf jika ada kesalahan tatabahasa 🚫 Tak janji tapi cuba untuk sehari satu bab πŸ₯΄ Start : 1/6/2025 End : 2/8/2025
πŒπ€πŒπ€π“ π†πˆπ‹π€ πˆπ“π” π€πŠπ” [π’π‹πŽπ– 𝐔𝐏𝐃𝐀𝐓𝐄] by flwerriss
flwerriss
  • WpView
    Reads 2,147
  • WpVote
    Votes 553
  • WpPart
    Parts 12
Nur Dania Afreena Binti Dzaky Ikhmal adalah seorang gadis cantik yang dingin akan semua lelaki yang mendekatinya. "Comel lah awak ni, saya buat keychain boleh?" -Farish Arfan Kemunculan seorang jejaka tampan bernama Muhammad Farish Arfan Bin Fattah Huzair yang sudah dilamun cinta apabila pertama kali bertemu dengan gadis itu. Tetapi Dania Afreena memiliki ego yang sangat tinggi sehingga sulit untuk menerima perasaan dari jejaka itu. "Saya gilakan awak Dania, please accept me into your life." -Farish Arfan "Arfan tolonglah faham! I don't like you! Jangan seksa diri kau sebab aku." -Dania Afreena "I'll do anything to get you, that's my promise." -Farish Arfan Namun, semua berubah apabila Farish Arfan terlibat dalam kemalangan jalan raya dan koma. Setelah kejadian itu, Dania Afreena amat menyesali perbuatannya kerana telah menolak perasaan jejaka itu sebelum ini. Entah bagaimana perasaan cinta terhadap Farish Arfan mulai tumbuh dalam dirinya. "Arfan, bangun lah. Aku rindu kau..." -Dania Afreena Adakah takdir akan menyatukan mereka atau maut akan memisahkan mereka berdua? Start: 16/2/2025 End: -
ZAFRAN'S: His Precious Belle (C) by Missailynn
Missailynn
  • WpView
    Reads 2,126,811
  • WpVote
    Votes 94,673
  • WpPart
    Parts 57
TENGKU ZAFRAN & IRENE ISABELLE START : 1 MARCH 2025 END : 7 JUNE 2025 The Grand Elite High School. Dua nama menjadi bualan para pelajar dan guru. TENGKU ZAFRAN ADHA. Pewaris TZ Security yang petah, genius, nakal dan tinggi egonya. IRENE ISABELLE. Pewaris Magical Musicworks berdarah campuran, cantik, bijak dan berprinsip tinggi. "So... you are Tengku Zafran? The second place?" -Irene "And you are... Irene Isabelle?" -Tengku Zafran Pertemuan mereka bukan kisah cinta pandang pertama, tetapi permulaan kepada satu perang kecil yang berpanjangan. Dua pelajar terhebat yang tidak pernah berhenti bersaing demi kedudukan nombor satu. Namun segalanya berubah apabila Irene tiba-tiba menghilang dua minggu sebelum SPM, selepas pemergian bapanya. Meninggalkan Tengku Zafran dalam tanda tanya yang tak pernah terjawab. 13 tahun kemudian, Irene kembali ke Malaysia... dan tanpa disangka, Tengku Zafran muncul semula dalam hidupnya. Bukan sebagai lawan lama, tetapi sebagai pengawal peribadinya. Irene menolak tapi lelaki itu mendekat. Niatnya jelas mahu melindungi Irene, tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Hanya disebabkan satu malam, semuanya musnah. Malam yang mengikat status mereka sebagai suami isteri dalam keadaan yang tak pernah mereka pilih. Irene terperangkap dalam trauma dan rasa hilang arah. Tengku Zafran pula dihimpit rasa bersalah, namun nekad untuk memperbaiki semuanya, walau tiada cinta antara mereka. "You ruined me, Zaf. Macam mana you nak expect I hidup dengan you?" -Irene "I know. And I don't deserve your forgiveness. But please Irene... let me spend the rest of my life trying to make things right. Even if it means giving up everything I have." -Tengku Zafran Tiada cinta. Hanya luka, janji dan ikatan. Mampukah dua jiwa yang pernah berlawan, akhirnya belajar untuk berdamai dalam satu ikatan? Dan mampukah cinta lahir... dari malam yang sepatutnya tak pernah berlaku?
Her Smile, Zayn Elias by luvlyzie
luvlyzie
  • WpView
    Reads 4,750
  • WpVote
    Votes 122
  • WpPart
    Parts 6
Semenjak satu kejadian tragis yang dihadapi NUR ZIYA JELITA, dia sudah tidak lagi berkecimpung dalam bidang sukan kegemarannya iaitu sepak takraw. Malah, sekarang, Ziya mempunyai kerjaya di bidang penulisan. Entah kenapa, dia dipaksa untuk menulis tentang sukan yang dibencinya itu. Mahu tak mahu, dia perlu mencari idea dengan mengikut ayahnya iaitu seorang jurulatih sepak takraw ke stadium untuk mendapatkan inspirasi dan motivasi bagi buku baharunya. Di situlah dia mengenali seorang atlet yang sejuk beku mengalahkan penguin di kutub utara, ENGKU ZAYN ELIAS. Ini lah kisah mereka, dalam mencari jalan untuk kehadapan, mereka bertemu cinta. [ 𝘰𝘯 𝘨𝘰π˜ͺ𝘯𝘨 ]
Raz Haykarl ; Our Last Risk (HOLD) by RAZARETH
RAZARETH
  • WpView
    Reads 73,084
  • WpVote
    Votes 3,617
  • WpPart
    Parts 59
Raz Haykarl & Naura Afriena " Untuk kali keberapa saya nak beri peluang dekat awak Ameera? Saya nak endkan relationship kita. Saya dah penat. Awak tak pernah berubah." - Raz Haykarl " Saya janji saya akan berubah Raz. Saya janji." - Alleya Ameera " Berubah untuk orang lain. Bukan saya. Saya dah tawar hati dengan awak Alleya Ameera." - Raz Haykarl Sudah berbulan dia dan Alleya Ameera tidak menyapa tapi Raz Haykarl masih dalam traumanya tidak mempercayai mana mana perempuan yang mahu mendekatinya. Tetapi hadirnya Naura Afriena, telah merubah segala-galanya dan merawat trauma lelaki itu. Naura Afriena seorang gadis yang terlihat kasar tetapi lemah lembut sifatnya. Tapi, nasibnya selalu malang dalam percintaan. Lelaki yang dia cintai dengan tulus mempermainkannya. Sehingga satu masa itu dia bertemu seorang lelaki yang bernama Raz. " Cepatlah saya nak interview ni." - Naura Afriena Pada awalnya, Raz yang hanya memandang kosong terhadap gadis itu. " Perempuan semua sama." - Raz Haykarl Akan tetapi sepanjang perkenalan mereka ada saja masalah yang berlaku. " she's mine at the first. And im here want to take her back "- Zayder Amsyar " Sekali lagi kau sentuh dia, pecah muka kau aku buat. Cubalah, kalau kau nak tengok aku tunjukkan sekarang." - Raz Haykarl
Demi Bahagia Mu by roseanglee
roseanglee
  • WpView
    Reads 1,042,167
  • WpVote
    Votes 32,647
  • WpPart
    Parts 74
πŸ₯€π’΅π“Žπ’Άπ“ƒ ℛ𝒢𝒻𝒢ℯ𝓁 x π’œπ“π“Žπ’Ά π’¬π’Άπ’Ύπ“ˆπ’Άπ“‡π’ΆπŸ₯€ _ℛℯ𝓁𝒢 π’¦π“Š π’Ÿβ„―π“‡π’Ύπ“‰π’Ά π’Ÿβ„―π“‚π’Ύ ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒢𝓉 β„³π“Š β„¬π’Άπ’½π’Άβ„Šπ’Ύπ’Ά_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu adalah mereka,yang bersatu tanpa ada rasa cinta mahupun sayang. _Zyan Rafael "Perempuan bodoh! Kau ingat kau dah sah jadi isteri aku,kau boleh suka-suka sentuh harta benda aku ke!!!" _Alya Qaisara "Maaf awak saya tak sengaja terlelap atas katil awak" _Zyan Rafael "Kau dengar sini perempuan.Kau tu hanya isteri atas kertas aku jee!jadi kau tak payah berangan nak belot harta aku.Satu sen pun aku takkan bagi!dan lagi satu,stop panggil aku awak!Kau tu tetap orang luar bagi aku.Panggil aku TUAN! FAHAM!!!" _Alya Qaisara "Faham Tuan" _Zyan Rafael "Huh!Dasar Miskin! Hodoh! Bodoh! Lembab pula tu! aku jijiklah tengok muka kau lama-lama! aku muak tahu tak! dah berambus sana!!!" _Alya Qaisara "Baik Tuan" "Ya Allah,jika ini takdir yang engkau tetapkan untuk ku,aku rela menerimanya._Alya Qaisara Sampai bilakah Alya Qaisara akan bertahan hidup dengan orang yang membencinya malah menghina serta mencacinya setiap hari.Suami sendiri menanam perasaan benci terhadapnya.Hidup sebatang kara bukanlah hal yang mudah untuk terus bertahan di dunia yang penuh dengan kejutan ini.Berharap sang suami akan melindunginya,tetapi semua itu hanya mimpi. Dan sampai bilakah Zyan Rafael membenci isterinya yang sangat sempurna itu.Adakah dia akan membuka ruang hatinya buat sang isteri,atau sebaliknya? Mahu tahu lebih lanjut sila tunggu hingga cerita ini melabuhkan tirainya. WARNING❗ _Plagiat di larang sama sekali _Cerita ini adalah rekaan semata-mata tidak berkaitan dengan yang hidup ataupun mati _100%datang dari otak saya sendiri,jika ada persamaan dengan cerita lain itu hanyalah kebetulan _Typo maybe ada di setiap bab