I have this!
33 stories
Yes! Captain Zul Aaryan [TERBIT] by Wnfhanna
Wnfhanna
  • WpView
    Reads 2,465,084
  • WpVote
    Votes 17,226
  • WpPart
    Parts 11
Captain Zul Aaryan | Zara Andrea 🖤 Zul Aaryan seorang lelaki dingin dan sukar didekati. Fokusnya hanya satu, kerja, kerja dan kerja. Sikap workaholic Aaryan membuatkan dia perfectionist dalam setiap kerja yang dilakukan. Pantang ada kesalahan, pasti akan dihamburkan pada pekerjanya sehinggakan dia mendapat jolokan boss paling garang di dunia. Zara Andrea pula seorang gadis periang dan mudah terhibur. Sifat Andrea itu membuatkan dia mudah mesra dengan orang sekeliling. Sesiapa yang mendekati Andrea, pasti akan jatuh cinta pandang pertama. Namun, tidak bagi Aaryan. Pertemuan pertama dengan Andrea membuatkan gadis itu mencabar ego lelakinya. Belum pernah ada mana-mana gadis yang berani menggugut dirinya seperti Andrea. Gadis itu benar-benar mencari nahas. Takdir mengubah apabila Andrea di minta untuk berkahwin dengan Aaryan. Perkahwinan yang tak dirancang itu akhirnya membuatkan Andrea tersepit dan terperangkap dengan Aaryan sehingga dia tidak mampu untuk melepaskan diri lagi. Disclaimer: Novel ini hanya rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau tiada. Segala nama, watak, tempat dan insiden adalah imaginasi penulis. Segala persamaan hanyalah kebetulan. ©WNFHANNA - 2023 ALL RIGHT RESERVED
BABY GIRL MR ICEBERG EDISI RAYA (DIBUKUKAN) by CtNorLiana
CtNorLiana
  • WpView
    Reads 178,627
  • WpVote
    Votes 4,249
  • WpPart
    Parts 7
🌼 BGMI EDISI RAYA ❤️ Random part : "Hmm, hubby..." "What?" "Puasa dah dekat. Lagi tiga hari je." Arya memulakan bicaranya. "Then?" Sepatah Rayyan menyoal. "Hmm, boleh tak kalau tahun ni kita puasa dekat kampung saya? Boleh tak?" "Kampung?" Arya angguk kepala seperti burung belatuk. "Tak nak. Aku tak suka kampung. Rimas. Banyak nyamuk. Susah." Selamba Rayyan menjawab. "Hubby, please..." "Tak dengar tak dengar." "Jangan cakap dengan saya lepas ni! Saya merajuk!" **** "Memang nak mogok dengan aku sampai lepas raya ke?" Arya tidak menjawab. Mencerlung matanya memandang wajah si suami. Bibirnya diketap geram. "Say something," arah Rayyan. Bibir Arya dicuit. Arya laju memalingkan wajahnya. No, no, no! Dia takkan bercakap dengan Rayyan walaupun sepatah! "Okaylah kalau macam tu. Aku baru cadang nak ajak balik kampung kau. Tapi... It's okay. Kita puasa sini jelah." Sejurus berkata sebegitu, Rayyan memusingkan tubuh. Langkah diatur ke arah peti sejuk. "Hubby!" Panggilan daripada Arya tidak dihiraukan. Baru saja dia mahu membuka pintu peti sejuk, tangannya ditarik kasar. "Betul ke balik kampung saya?" soal Arya lalu memusingkan tubuh Rayyan untuk menghadapnya. "Tak ada. Tipu je." **** "Hubby, kami nak pergi sana. Nak cari ayam golek. Boleh?" "Aku tunggu kat kereta." Tidak menunggu lama, Rayyan terus berlalu meninggalkan adik dan isterinya di celah-celah orang ramai di bazar itu. Ketika dia tiba di tepi keretanya, tiba-tiba saja tubuhnya dilanggar seseorang. Rayyan pantas menoleh ke belakang. "Kau?" "Rayyan?" **** "Auntie, siapa nama baby?" "Aidan." "Ooo... Encemlah. Elsa suka! Besar nanti kan, Elsa nak kahwin dengan Edan. Boleh?" Arya terus berpandangan dengan Nasya sebaik mendengar kata-kata Elsa. Keduanya tayang riak terkejut. Tak salah dengar ke? "Elsa sayang Edan."
DANGEROUS LOVE | DITERBITKAN | ARS •2• by nisaamuttalib
nisaamuttalib
  • WpView
    Reads 805,713
  • WpVote
    Votes 28,066
  • WpPart
    Parts 37
[ 2nd BOOK = ARS ] BOOK 2 : YOU'RE MINE ! MR MAFIA ______________________________ FIRASH ARYAN. Nama dia cukup mengerunkan sesiapa sahaja. Tiada siapa tahu kerja 'kedua' lelaki ini. Kerana kerjanya cukup menakutkan dan membuatkan tiada siapa berani masuk campur! IMAN AULIA. Gadis polos yang senang ditipu. Kerana seorang lelaki dirinya dijual. Tapi dia berjaya melarikan dirinya. Berjumpa dengan Firash Aryan dia terasa dirinya sudah selamat. Walaupun layanan lelaki itu agak dingin tapi dia tahu yang lelaki itu selalu melindungi dia. Hadirnya cinta tanpa mereka duga. Mereka berkahwin atas kerelaan hati mereka sendiri. Bagaimana reaksi Iman Aulia apabila mengetahui sisi gelap lelaki yang bernama Firash Aryan? Dia menerima atau sebaliknya? _______________ 100% idea aku! Status: Completed Jgn nak ciplak aku punya! Amaran keras dari aku!a Ada byk kata-kata kesat dlm ni! Mohon jgn kecam! Aku dh warning awal-awal! Tapi jgn risau hanya kata-kata yg korang selalu dengar. Memang korang akan sebut juga kalau geram! Sekian dari author! START : 14/08/2019 END : 22/01/2018
MR POPPA MAFIA (TAJUK ASAL: MR DADDY MAFIA | TERBIT 2021 | ARS •7• by nisaamuttalib
nisaamuttalib
  • WpView
    Reads 3,738,241
  • WpVote
    Votes 74,958
  • WpPart
    Parts 32
[ 7th BOOK = ARS ] ___________________ | C O M P L E T E D | Emeer Isyraf seorang yang beku tentang cinta . Perempuan sebelah mata pun dia tidak pandang apatah lagi mahu memberikan hati dia . Muka beku 24 jam dan digelar ' Mr Heartless ' kerana tidak mempunyai perasaan . Dia seorang yang gila kerja . Digelar ' workholic ' kerana menghabiskan masanya di pejabat sahaja . Juga menghabiskan masa dengan kerja ' kedua ' dia itu . Nur Dania , gadis malang yang baru sahaja diceraikan oleh suaminya hanya kerana fitnah yang dilontarkan oleh ibu kandung dia sendiri . Ketika sedang sarat mengandung , dirinya ditendang bagai kucing kurap . Tiada rasa belas kasihan sekali pun . Tapi kerana anak yang dikandungnya , dia tidak patah semangat . Dia harus menegakkan keadilan untuk dirinya dan juga anaknya . ~~~ " Kau okay tak ni ? Asal kau duduk atas tangga ni ? Tak de tempat lain ke nak lepak ? " - Emeer Isyraf . " Maaf encik . Saya bukan nak lepak atau apa .. tapi saya nak bersalin ! " - Nur Dania . Mereka bertemu kerana lakaran takdir . Siapa sangka bayi sekecil itu menemukan mereka berdua . Malah Emeer merasakan ada kelainan dalam dunia dia selama ini . Rumah yang dulunya sunyi sepi kini dihiasi tangisan seorang bayi . " Aku nak namakan dia Kashaf .. sebab aku suka nama tu " - Emeer Isyraf . " Tapi saya suka nama Adam .. " - Nur Dania . " Adam Kashaf. Tak payah nak gaduh-gaduh lagi . Dia anak aku juga ! " - Emeer Isyraf . ~~~ " Adam Kashaf , I'm your daddy ! " - Emeer Isyraf . Kini hidupnya mula berwarna-warni . Kehadiran si bunga dan juga si permata itu cukup membuatkan hidupnya ditemani dengan senyuman . Emeer Isyraf kini bertukar karakter . Dari seorang yang pembengis kepada seorang bapa yang penyayang . _____________ Mr Daddy Mafia is my own ideas . Not copy paste any stories . Enjoy !
Percaya Pada Janji | Terbit by CikMardiah
CikMardiah
  • WpView
    Reads 50,674
  • WpVote
    Votes 4,718
  • WpPart
    Parts 26
8th Romance by CikMardiah UYAINA BALQIS ; Dia tak percaya cinta dan dia tak percayakan lelaki. Bagi dia, semua itu lagi berbisa dan pedih dari ditusuk duri. Ada apa dengan cinta? Awal-awal memang lah manis di mulut. Pijak semut pun tak mati. Tapi lama-lama, cinta ke mana sayang ke mana! LUTHFAN RAZIN ; Dia pernah kata semua perempuan itu hipokrit. Pandangkan rupa dan luaran semata-mata. Tiada perempuan yang ikhlas dalam bercinta. Tapi selepas bertemu dengan seorang gadis bertopi atas kepala, Luthfan sedar, tak semua perempuan begitu. Uya dan Luth. Kedua-duanya ada pengalaman pahit dalam hubungan cinta. Uyaina ditinggalkan kekasih, Luth ditinggalkan tunang. Kerana? Orang ketiga. Pertemuan pertama mereka, penuh dengan salah faham. Uyaina fikir Luthfan lelaki buta hanya kerana Luthfan hampir dilanggar kereta ketika mahu melintas jalan. Sehingga lah selepas empat tahun kembali mempertemukan mereka. "Jadi isteri saya." - LUTHFAN. "Gila! Lelaki gila!" - UYAINA. Kata Uyaina, Luthfan lelaki gila. Jumpa baru beberapa kali, kenal pun tak, tiba-tiba lelaki itu ajak kahwin. Ingat dia ni anak patung? Barang dagangan yang boleh dibeli begitu sahaja? "Izinkan saya jadikan awak isteri saya. Saya janji akan bahagiakan awak. Pegang janji saya," - LUTHFAN. Uyaina terima. Kerana janji Luthfan. "Saya tak perlukan awak, Luth. Tinggalkan saya."- UYAINA.
The Unsung Hero - Wira Yang Tak Didendang by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 23,117
  • WpVote
    Votes 392
  • WpPart
    Parts 5
Tajuk: The Unsung Hero Wira Yang Tak Didendang Penulis: Melur Jelita Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0246-80-2 Harga: RM38 (Semenanjung) // RM41(Sabah & Sarawak) Kissing cousin? Huh?! Bagi Deraman tak berdosa. Bagi Blackswan, sangat berdosa! Sumbang mahram! Dari Blackswan bertukar kepada angry bird. Sombong menonggek! Blah cam tu je dari Deraman, lelaki serigala jadi-jadian! Ketika semua kesayangan ditarik dari seorang insan, dia tewas. Tapi seorang insan yang terpilih untuk diuji oleh Allah swt, sebenarnya memiliki jiwa juang yang sangat kental. Allah pilih, Allah uji kerana dia mampu. Lihatlah bila satu jiwa yang tewas kemudiannya reda dengan ketentuan Allah bangkit menjadi jiwa baru. Dia harus kuat! Kerana itulah satu-satunya pilihan yang ada. Kisah kejiwaan yang sangat meruntun hati di antara sepasang sepupu yang dipaksakan hubungan adik-abang dari kecil. Maryam akur. Irvan enggan. Mereka terpisah dengan satu janji. Tetapi janji itu dimungkiri dengan kehadiran Riyaz. Hoo rat! Riyaz sangat berani. Seorang putera raja berkuda putih! Maryam, sang perawan yang pemalu, dipingit rapi dengan penuh adab dan bicara tewas kepada seorang pemuja. Hatinya telah dipesona Riyaz yang berani melanggar sempadan pingitan bak dan bunda. Irvan, Maryam, Riyaz, Haziq, bak dan bunda, di sinilah couple seminit bermula… Maryam : “Hutang boleh?” Irvan : “Hutang kasih? Ada bunganya nanti… kalau lambat sangat bertangguh.” “Apa bunganya?” “Nanti abang cakap… tapi yang pasti hutang kasih tu akan berbunga sayang.” ****** Riyaz : “Pedas-pedas sangat ni bahaya. Boleh kena buasir. Baik pilih abang hot atau abang panas.” Maryam : “Awak cili benggala. Jadi aksesori je. Atau lebih tepat, abang hangit. Sikit lagi nak jadi abang rentung.”
AKU ADALAH HAWAMU by dearnovels
dearnovels
  • WpView
    Reads 21,233
  • WpVote
    Votes 455
  • WpPart
    Parts 16
Tajuk: AKU ADALAH HAWAMU Penulis: CAHAYA AINN Harga: RM25 / RM28 ISBN: 978-967-2116-78-3 "Err, saya... err... tunggu kawan.""Tunggu kawan? Siapa?""Hawa! Selamat. Bukan Cikgu Adam yang masuk ke kelas..." Adam Zikri. Disebabkan lelaki ini, hidup Hawa menjadi huru-hara. Apa sahaja yang dilakukan oleh Hawa, pasti tak kena di mata lelaki itu. Lagaknya mereka seperti pernah menjadi musuh tradisi. Atas kesalahannya, Hawa telah dihukum mengikuti kelas tambahan di waktu petang oleh Adam. Bimbang jika perkara itu diketahui oleh pak cik dan mak ciknya, Hawa terpaksa akur. Menghabiskan masa setiap petang, membuatkan ada satu rasa yang menjengah hati naif seorang Hawa. Namun, disebabkan salah faham, perasaan itu dipendamkan. "Awak aje yang mampu bawa lari hati saya..." - Adam Bertahun lamanya, Adam dan Hawa akhirnya bertemu kembali. Ikrar janji dan kata cinta telah dilafazkan, namun semuanya berubah apabila Adam tiba-tiba 'menghilangkan' diri. "Hawa, sebenarnya... aku suka kau. Tak... aku sayangkan kau lebih daripada seorang kawan. Senang cerita, aku cintakan kau." - Hafiz Kehidupan Hawa bertambah rumit apabila kawan baik sendiri meluahkan perasaan. Tak mungkin untuk dia menerima hati dan pinangan Hafiz apabila hati Hawanya hanya untuk seorang Adam.
Seseorang Untuk Aku  by iffahvella
iffahvella
  • WpView
    Reads 3,104
  • WpVote
    Votes 27
  • WpPart
    Parts 3
Penulis : Rehan Makhtar *** boleh dapatkan di karyaseni 🤍
Permata Hati by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 26,338
  • WpVote
    Votes 258
  • WpPart
    Parts 15
Novel akan berada di pasaran Julai ini Tajuk: Permata Hati (Adaptasi ​dari ​Drama) Penulis: Rehan Makhtar Muka Surat : 450 Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-019-9 Harga: RM22.00 (Semenanjung) // RM25.00 (Sabah & Sarawak)
Sayap Satria | PBAKL 2022 by NurIzzahHani
NurIzzahHani
  • WpView
    Reads 8,816
  • WpVote
    Votes 532
  • WpPart
    Parts 5
First 5 chapters promo Demi cinta yang sesungguhnya. Demi rindu yang tak pernah padam. Demi kasih yang tak pernah hilang. Kerana cinta, rindu dan kasih itu aku terbang bersama sang pelindung langit. Darah pahlawan milik ayah yang gugur di medan tempur mengalir laju di setiap pembuluh darah aku, Mejar Zahra Kamelia. Walaupun ayah menjaga laut manakala aku menjaga langit, tujuannya tetap sama; untuk memastikan tidak terganggu lena anak bangsa dek ancaman anasir yang cuba menggugat keamanan negara. Mendirikan rumah tangga tak pernah ada dalam senarai prioriti hidup aku walaupun dia, Mejar Atif Aizuddin tak pernah berhenti cuba menjadikan aku suri hidupnya. Bukan aku tak sudi, cuma entahlah, mungkin aku takut. Aku takut untuk belajar menyayangi seseorang hanya untuk kehilangannya. Melihat ibu menanggung rindu yang hanya diluah melalui pandangan sayu ke pantai, menanti ayah yang tak akan pulang menakutkan aku. Rasa itu terlalu menyakitkan. Biarlah aku abdikan jiwa raga ini untuk tanah air yang menyambut kelahiranku. Namun ibu yang memaksa aku meruntuhkan kubu yang utuh kubina selama ini. Sama seperti aku, Atif juga cintakan langit. Mungkinkah akan lapang hati ini selapang langit untuk menerima cintanya? "Mejar Zahra, I got your six always and forever, over and out." - Mejar Atif Aizuddin "Hakikatnya, dunia ni memang tempat berpenat." -Mejar Zahra Kamelia