winterenicc
[ vote | comment | follow ]
; remake SAVAGES in @mika_xhh acc
SAVAGES ; HIGHSCHOOL
( new version )
Orang kata alam persekolahan ini era remaja nakal menggila. Tetapi takkanlah segila itu?
Kisah ini bermula apabila 'SAVAGES' dihukum untuk menyertai program pertukaran pelajar. Mereka tentunya menolak sekeras-kerasnya namun akibat kesalahan mereka yang dianggap fatal oleh pihak sekolah, mereka terpaksa akur.
'SAVAGES' ialah kumpulan remaja yang berpengaruh yang menyandang title sebagai queenka di Busan Highschool. Mereka yang seramai tujuh orang remaja perempuan itu mempunyai perangai nakal yang sangat gila! Pihak sekolah pun asyik tepuk dahi bila nama mereka disebut. Sudah penuh nama-nama mereka tercatat di buku kesalahan disiplin. Sudah berapa banyak kertas aduan diisi dengan nama mereka. Namun mereka masih kekal berperangai seperti itu.
Dek hukuman yang diberikan, mereka terpaksa melangkah kaki dari Busan menuju ke Seoul. Mereka harus menjalani program pertukaran pelajar selama 5 bulan di Seoul Highschool. Mereka fikir program ini bakal berjalan lancar namun siapa sangka mereka telah bertemu dengan musuh yang selevel dengan mereka.
'BTS' atau 'BANGTAN BOYS' ialah kumpulan remaja lelaki yang memegang Seoul Highschool. Mereka digelar kingka oleh para pelajar di sana. Pertemuan demi pertemuan memunculkan benih permusuhan. Maka, tercetuslah peperangan antara 'SAVAGES' dan 'BTS'
Masing-masing tidak mahu mengalah. Siapakah yang menjadi pemenang? Ikuti kisah ini hingga tamat untuk mendapatkan jawapan soalan tadi.