mintynts's Reading List
12 stories
Cinta tanpa duga by ieylov
ieylov
  • WpView
    Reads 7,444
  • WpVote
    Votes 488
  • WpPart
    Parts 30
Pertemuan yang tidak diduga telah mencipta situasi dingin antara Syira Humairah dan Aariz Zayn. Disebabkan aturan keluarga, mereka perlu disatukan menjadi pasangan suami isteri. Cliche kan tapi itulah hakikatnya. Aariz Zayn merupakan seorang lelaki tampan yang mempunyai wajah yang mampu memikat semua gadis namun sifat dingin dan EGO telah menyebabkan dia tidak didekati oleh mana-mana perempuan kecuali..... Syira Humairah. Ya namanya seindah rupa. Dia telah jatuh, jatuh terhadap lelaki yang bergelar suami. Jika dulu dia hanya tahu menyumpah seranah lelaki itu namun selepas menjadi isteri, dia telah belajar erti mencintai dan akan terus mencintai. Kusangka panas hingga ke petang, Rupanya hujan di tengah hari. Setiap hari Syira dihina dan dicela. Harapan yang dibina kian punah. Dia lemas dalam air mata. Dengan kesabaran yang ditunjukkan oleh seorang isteri sedikit sebanyak meruntuhkan ego lelakinya. Siapa sangka perasaan cinta semakin bercambah di dalam diri. Tapi mungkinkah dia sudah terlambat untuk menyedari itu? Adakah wanita itu akan kembali menjadi suri hati encik ego buat selamanya? Apakah kehidupan syira yang sebelum ini mekar bak bunga di taman akan layu seperti bunga-bunga yang lain?
I Love You, I'm sorry by zackydmm
zackydmm
  • WpView
    Reads 66
  • WpVote
    Votes 7
  • WpPart
    Parts 5
Kadang-kadang, pengorbanan kita hanya menjadi bayang-bayang, tidak dilihat, tidak dihargai. Namun kali ini, aku tetap percaya, meskipun aku yang menanggung luka, erti dari segalanya pasti akan bermakna, walau hanya Tuhan yang tahu nilainya.
Malrique: Of Blood and Silence🔚  (Complete) by Didarayne
Didarayne
  • WpView
    Reads 37,858
  • WpVote
    Votes 2,015
  • WpPart
    Parts 59
"Ini bukan kisah cinta yang indah. Ini kisah tentang luka, dendam, dan dua hati yang terlalu sunyi untuk saling bersuara." Rael Malrique tidak berharap lagi pada cinta. Hatinya telah lama mati sejak kehilangan ibu, kakaknya... dan wanita yang pernah dia cinta setulus hati tapi hanya dipermainkan di akhir. Ayra Malaiqa juga tidak pernah berhenti mencintai walaupun cintanya ditolak. Dipaksa menjadi pembunuh, dikhianati takdir, dan kehilangan figura seorang lelaki terbaik yakni abahnya, Ayra belajar untuk hidup dengan pisau di tangan, dan air mata yang tidak pernah jatuh di depan sesiapa. Sembilan tahun berlalu. Mereka bertemu semula bukan sebagai kawan lama, tapi sebagai dua manusia yang sudah berubah saling hancur kerana masa lalu. Dan apabila Ayra menjadi orang ke 12 dalam organisasi gelap yang dipimpin Rael... segalanya menjadi lebih rumit. 💍 Sebuah kisah tentang cinta yang terpendam, luka yang berdarah, dan kesetiaan yang begitu dalam. "Cinta yang dulunya tidak dihargai, kini menjadi harapan dalam hidup Rael. Dia tidak mahu hilang wanita yang begitu tulus dan ikhlas cintakannya." "Ayra sanggup mati demi Rael. Cintanya terlalu besar buat lelaki itu, meski dia tidak dipandang." ➤ Jika kamu suka kisah mafia + dark romance + keluarga + emotional heartbreak maka cerita ini tercipta untuk kamu. ⚠️ Kisah ini ditulis untuk pembaca matang Segala kata yang yang tidak elok dalam cerita ini mohon jangan digunakkan ya, ini hanyalah cerita semata. 💬 Mari kita nikmati cerita ini dengan hati terbuka, adab dan empati.
ILMAN FATHAN || Akankah Hati ini Berpaling? by raesomebody
raesomebody
  • WpView
    Reads 537
  • WpVote
    Votes 7
  • WpPart
    Parts 23
Dimana dua jiwa yang dibayangi oleh masa lalu bersatu. "Saya kena terima hakikat awak masih membayangkan syurga bersamanya walaupun syurga awak dibawah telapak kaki saya." - Ilman Fathan. "Kita saling dibelenggu oleh masa lalu, Ilman. Sebagaimana awak tipu saya, begitu juga awak jangan tipu diri sendiri." - Aurellia Bella. "Sanggup awak melutut pada suami sendiri disebabkan lelaki lain?" - Ilman Fathan.
[COMPLETED] BE MINE 내 꺼야 (KIM MINGYU)  by nsyafaz_
nsyafaz_
  • WpView
    Reads 49,562
  • WpVote
    Votes 3,306
  • WpPart
    Parts 53
✅BOOK 1: LIBRARY ✅BOOK 2: BE MINE "Kepercayaan tu penting kan sayang dalam hubungan?" Soal Mingyu. Lama Young Hee berdiam sebelum dia mengangguk laju. Betul, kepercayaan memang penting dalam hubungan perkahwinan. Tetapi kalau kepercayaan itu tiada mungkin akan rapuh hubungan yang dibina. "Jadi aku nak kau percayakan aku dan aku akan percayakan kau." Pinta Mingyu. Young Hee tersenyum. "Saya percaya awak akan juga hubungan ni baik- baik Gyu, dan awak cuma milik saya. Milik Kim Young Hee selamanya." "Dan kau... Milik Kim Mingyu dulu, kini, selamanya." Start : 21/03/18 End : 21/04/18
Of Ruins and Roses by KaelAuren_
KaelAuren_
  • WpView
    Reads 102,294
  • WpVote
    Votes 5,246
  • WpPart
    Parts 125
Rayyan Harith tidak pernah lupa malam itu. Seorang pakar bedah muda. Dia menyaksikan sendiri tiga nyawa ditarik dalam satu kemalangan tragik-termasuk adik kandungnya sendiri. Namun yang paling menghantui hidupnya ialah, sepasang suami isteri yang gagal diselamatkannya... hingga meninggalkan seorang gadis yatim piatu. Gadis itu, kini bergelar wanita berdikari bernama Aira Humaira. Pemilik kafe comel bernama Pawse & Sip, tempat di mana manusia melepaskan lelah sambil membelai kucing sebagai penyembuh luka jiwa. Tuah, satu-satunya saksi bisu yang menjadi penguat Aira selama ini. Tanpa saling mengenali, Rayyan dan Aira ditemukan semula oleh takdir. Namun, rahsia masa lalu terus menghantui. Aira tidak tahu lelaki itu ialah doktor yang cuba sedaya upaya menyelamatkan ayahnya pada malam kejadian. Rayyan pula hidup dalam dilema-antara menyembunyikan identiti atau jujur dan kehilangan wanita yang perlahan-lahan dia cintai. Tatkala luka lama mula berdarah kembali, dugaan bertimpa. Hasutan, fitnah, keluarga yang menolak, kehilangan, perpisahan... hingga Aira dan Rayyan diuji antara percaya dan kecewa, antara menanti dan melepaskan. Akan adakah bahagia buat dua jiwa yang luka? Atau takdir sekali lagi memilih untuk memisahkan mereka? "𝙼𝚊𝚗𝚊 𝚔𝚊𝚞, 𝚜𝚊𝚢𝚊𝚗𝚐? 𝙹𝚊𝚗𝚐𝚊𝚗 𝚝𝚒𝚗𝚐𝚐𝚊𝚕𝚔𝚊𝚗 𝚊𝚔𝚞." - Rayyan Harith. "𝙰𝚒𝚛𝚊 𝚝𝚊𝚔 𝚋𝚘𝚕𝚎𝚑. 𝙰𝚒𝚛𝚊 𝚝𝚊𝚔 𝚜𝚊𝚗𝚐𝚐𝚞𝚙. 𝙰𝚒𝚛𝚊 𝚖𝚒𝚗𝚝𝚊 𝚖𝚊𝚊𝚏." - Aira Humaira.
UMMAR DZAKIR, LELAKI TERBAIK by CikAlieya
CikAlieya
  • WpView
    Reads 110,289
  • WpVote
    Votes 3,417
  • WpPart
    Parts 26
"Kau dengar ya, Lili. Aku kahwinkan kau dengan orang kaya untuk buat kau hidup senang. Patut kau berterima kasih dengan aku, sebab aku dah memudahkan masa depan kau nanti." - Hamidah "Aku nak kau buat apa saja cara supaya Ummar boleh mengandungkan kau. Bila kau dah mengandung dan lahirkan anak tu nanti, kau serahkan pada aku. Kerja kau pun settle. Lepas tu kau nak minta cerai ke apa, terserah. Janji kau kena mengandung dan lahirkan anak Ummar." - Datin Kuzaifa Kerana ketamakan dan kepentingan keluarga, mereka bersatu dalam ikatan perkahwinan yang diatur demi satu rancangan rahsia. Dalili menyangka perkahwinan yang diterima dalam keadaan terpaksa itu akan membuatnya semakin menderita. Ternyata, kehidupan barunya penuh dengan rasa bahagia. "Kenapa abang sanggup terima Lili walaupun Lili cuma perempuan kampung dan tak ada pelajaran?" - Dalili Hayfa "Sebab abang yakin, Tuhan tak aturkan jodoh kita tanpa sebab. Dan abang rasa, mengenali Lili adalah takdir paling indah dalam hidup abang." - Ummar Dzakir Melayari alam perkahwinan bersama Ummar, membuatkan Dalili belajar untuk melawan ketakutan dan rasa rendah diri yang membelenggunya sejak kecil. Saat rahsia yang disembunyikan Datin Kuzaifa akhirnya pecah, mampukah Ummar memaafkan wanita itu? Bagaimana pula dengan rumah tangga di antara Ummar dan Dalili? Adakah Ummar akan membenci Dalili setelah mengetahui tujuan Dalili berkahwin dengannya?
Aku Dan Dia by Moonlqhtsz
Moonlqhtsz
  • WpView
    Reads 20
  • WpVote
    Votes 3
  • WpPart
    Parts 2
𝙉𝙪𝙧 𝙁𝙖𝙡𝙞𝙨𝙮𝙖 𝙄𝙧𝙙𝙧𝙞𝙚𝙖𝙣𝙖 𝙃𝙪𝙢𝙖𝙞𝙧𝙖 × 𝙈𝙪𝙝𝙖𝙢𝙢𝙖𝙙 𝙁𝙖𝙮𝙮𝙖𝙙𝙝 𝙄𝙨𝙮𝙧𝙖𝙛