arisyazulaikhahanim's Reading List
3 stories
MR HAIDER : FORGET OR LET IT GO (OG) by atiyatya
atiyatya
  • WpView
    Reads 35,952
  • WpVote
    Votes 1,965
  • WpPart
    Parts 60
"Apabila dua hati yang terluka tinggal di bawah satu bumbung, siapa yang akan menyerah terlebih dahulu - dia yang membenci, atau dia yang disakiti?" Hairy Haider pernah mencintai sepenuh jiwa. Namun selepas kematian isterinya dalam satu tragedi, cintanya mati bersama wanita itu. Yang tinggal hanyalah seorang lelaki dingin, angkuh, dan penuh dendam terhadap dunia. Dipaksa berkahwin dengan Hanna Helina bukan sesuatu yang dia mahukan. Bagi Haider, gadis itu hanyalah beban yang dipaksa masuk ke dalam hidupnya. Tidak dialu-alukan. Tidak dihargai. Hanna pula tidak pernah meminta perkahwinan ini. Namun demi keluarga, dia taat. Dia cuba menerima takdir sebagai isteri kepada lelaki yang hanya tahu menyakitkan hati. Walaupun serumah, mereka tidur berasingan. Bertahun pun tidak, Hanna sudah tahu, cinta bukan sesuatu yang akan mudah dia terima dari lelaki itu. Namun dia tetap bertahan. Dia percaya, jika terus ikhlas dan sabar, mungkin tembok es yang membeku itu akan cair juga satu hari nanti. Tapi realitinya tak semudah harapan. Haider terus menyakiti. Terus mencemuh. Terus membandingkan dirinya dengan arwah yang tidak akan pernah dia kalahkan. Sementara Hanna berperang dengan air mata setiap malam, Haider pula berperang dengan bayang silamnya sendiri. Dia nampak segala kebaikan Hanna. Dia tahu dia kejam. Tapi terlalu banyak yang dia pendam. Terlalu takut untuk jatuh cinta lagi. Terlalu ego untuk memulakan. Sehinggalah satu malam yang sunyi, Hanna akhirnya akur pada takdir. "Saya dah penat hidup macam ni, lepaskan saya." MR HAIDER : FORGET OR LET IT GO
π‡πˆπ’ 𝐓𝐑𝐄𝐀𝐒𝐔𝐑𝐄 : π…πŽπ‘ππˆπƒπƒπ„π π‹πŽπ•π„ | πŽπ† by berrin4rs
berrin4rs
  • WpView
    Reads 7,912
  • WpVote
    Votes 301
  • WpPart
    Parts 9
𝐋𝐔𝐍𝐀 𝐍𝐄𝐑𝐑𝐀 π’π„π‘πˆπŽπ”π’ 1 Asyfryna Dhamira dan Raja Aqeef . Dua insan yang pernah berkongsi cinta selama lima tahun di Sapienza University of Rome , kini terpisah oleh satu tragedi . Kemalangan yang menimpa Asyfryna bukan sahaja meragut hampir separuh memorinya , tetapi juga membiarkan dirinya hidup dalam sebuah teka-teki yang tidak pernah dia fahami . Raja Aqeef , seorang lelaki yang dingin dan penuh dendam , kembali dalam hidup Asyfryna bukan sebagai kekasih , tetapi sebagai seseorang yang ingin mengajarnya tentang sakitnya kehilangan . Dia membawa Asyfryna ke Malaysia untuk urusan syarikatnya , Luna Nerra Holdings , tanpa memberi ruang untuk penolakan . Di mata Raja , Asyfryna adalah pengkhianat , wanita yang pernah dia cintai sepenuh hati tetapi telah menghancurkan kepercayaannya . Namun , semakin lama mereka bersama , semakin banyak rahsia lama yang terbongkar . Asyfryna mula mempersoalkan kebenaran di sebalik semua tuduhan Raja . Adakah dia benar-benar seorang pendusta seperti yang Raja percayai , atau ada sesuatu yang telah diambil daripadanya bersama memorinya ? Dalam satu perjalanan ke Paris , di acara gala syarikat , ketegangan antara mereka semakin memuncak . Mata Raja penuh dengan amarah , tetapi jauh di sudut hatinya , ada perasaan yang tidak pernah mati . Asyfryna , dengan hati yang rapuh tetapi ingin mencari jawapan , tidak mahu tunduk kepada keangkuhan Raja . Di antara dendam dan cinta , antara ingatan yang kabur dan kebenaran yang terpendam , mampukah mereka menemukan semula kisah yang telah lama hilang ? Atau semuanya sudah terlambat untuk diperbaiki ? ⚠️ -tidak meniru mana ii cetakkan yang lain -segala kesalahan boleh pm -no hating allowed -11+ only -banyak menggunakan bahasa pasar / kasar -tiada kena mengena dengan HLS .
Her Protector  | α₯΄ by oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    Reads 4,343,308
  • WpVote
    Votes 218,113
  • WpPart
    Parts 72
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesiapa pun termasuklah pada bekas teman wanitanya. Takdir yang disusun dari awal, titik sentuh pada garis masa yang bersilang dengan seorang gadis mengubah segalanya. Daisha Sofea, gadis yang tidak beruntuk soal kasih sayang. Setelah perginya insan yang bergelar ibu, dia hilang individu yang menjadi tiang kekuatannya. Layak ke bagi Daisha Sofea untuk memberi peluang pada lelaki lain sedangkan atas sebab lelaki jugalah, hidupnya penuh dengan parut.