4ini_09's Reading List
19 stories
JANJI YANG TERPUTUS [ C ] by atiqahzainalll
atiqahzainalll
  • WpView
    Reads 50,600
  • WpVote
    Votes 1,709
  • WpPart
    Parts 40
Muhammad Zayyan Firas, pegawai komando PASKAL. Hidupnya terbiasa dengan medan perang, kehilangan, dan kehilangan semula. Baginya, cinta bukan lagi sesuatu yang perlu dikejar... sehinggalah Allah hadirkan Nur' Atiqah dalam hidupnya. Gadis muda yang tidak sempurna, tapi cukup sederhana untuk menyentuh bahagian hati yang paling dalam. Dengan satu lafaz, mereka disatukan. Dalam ikatan yang bukan sekadar janji dunia, tapi ikrar di hadapan Tuhan. Namun takdir tak pernah menjanjikan jalan yang lurus. Satu misi mengubah segalanya. Satu tembakan memisahkan mereka. Satu kehilangan yang membuatkan rindu bertukar jadi doa. Dan doa menjadi satu-satunya bahasa antara dua jiwa yang terpisah oleh jarak, waktu... dan ujian yang tidak kelihatan. Zayyan masih berdiri di medan tugas. Atiqah masih di katil ujian. Tapi cinta mereka tidak pernah rebah. "Kalau saya tak sempat ada waktu awak buka mata, ingatlah... saya sentiasa tunggu. Dalam diam, dalam doa, dalam setiap detik saya masih hidup." Ini bukan kisah cinta biasa. Ini kisah dua jiwa yang dipertemukan atas nama Allah... dan diuji juga atas nama yang sama. Kerana janji yang disebut dalam sujud, tidak akan pernah hilang arah. Ia hanya menunggu untuk ditunaikan. Dengan sabar. Dengan setia. Dengan takdir.
AKU HANYA PINJAMAN [C] by __syhadh
__syhadh
  • WpView
    Reads 4,544
  • WpVote
    Votes 756
  • WpPart
    Parts 43
ο·½ Cover by: @reiir- - SYUHADAH 10th BOOK Mengisahkan Mujahid, seorang bekas tentera yang dulunya berpangkat leftenan kolonel kini berkhidmat sebagai pembunuh upahan. Identitinya tidak diketahui sesiapa waima orang yang mengupahnya. Dia benar-benar misteri. Setiap kali menerima panggilan, namanya akan bertukar. Bahkan, bayangannya juga tidak kelihatan. "Kau tak perlu tanya aku di mana. Sebab aku... boleh muncul bila-bila masa." Kisah silamnya membuatkan dia memilih jalan itu, namun... meski tenggelam di dalam lembah kegelapan, cahaya pasti muncul jua di penghujungnya. "Tak perlu bersembunyi lagi, anak muda. Kemarilah. Saya tahu kamu di situ." "Saya cuma pendosa yang hina." Senyumannya juga tiada yang tahu bagaimana ia melengkung. "Abang ini selalu balik lambat." "Abang kerja ini... untuk adik juga." Dia tahu bahawa diri itu mendapat hasil yang haram setiap kali kerjanya dilaksanakan. Dan ia tidak pernah diberi kepada keluarga, kerana dia tidak mahu insan yang dia sayangi turut sama menikmati hasil yang jijik. "Saya tahu nyawa saya hanyalah sebagai pinjaman dari Allah untuk menjadi pelindung tuan. Dan ia saya lakukan supaya dapat tebus dosa-dosa lampau saya." Terimalah, AKU HANYA PINJAMAN. AMARAN! - Cerita ini mengandungi unsur-unsur keganasan dan pembunuhan. - Juga terdapat banyak penggunaan kata-kata kesat. - Cerita ini tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. - Segala isu-isu sensitif melibatkan politik dan agama hanyalah rekaan semata-mata. START: 22 FEBRUARI 2025 END: 10 APRIL 2025
MENANTI KAMU [C] by __syhadh
__syhadh
  • WpView
    Reads 12,576
  • WpVote
    Votes 931
  • WpPart
    Parts 56
ο·½ Cover by: @tsweetestrain - SYUHADAH 2nd BOOK SYAHIDAH, yang hanya merasai nikmat kasih sayang seorang abang sepanjang dia membesar. Nak kata dia anak yatim? Tidak. Dia masih ada mak dan ayah. Cuma, tiada kasih sayang yang dia dapat daripada kedua mereka. Sering dimarahi. Sering dibenci. Sering diberi penekanan tetapi tiada setitik pun penghargaan yang didapati. Nasib baiklah ada abang yang memahami. Kerana abangnya itu juga pernah merasai apa yang dia alami. Anak sulung. Pastinya lebih teruk layanan terhadap abangnya itu dahulu. Namun, sang abang menyimpan rahsia yang sangat besar daripadanya. Bukan sengaja dia berbuat demikian. Dia tidak mahu perasaan adiknya itu terganggu. Dia tidak mahu merosakkan sedikit kegembiraan yang dirasai adiknya itu. SYAH tahu, suatu masa nanti, rahsianya akan terbongkar. Jadi, dia berusaha sehabis baik untuk melindungi dan menjaga adiknya walau apa pun yang berlaku. "Saya dah lama tunggu awak, SYAHIDAH." Ketika itu, muncul pula seorang lelaki yang sanggup menunggu cintanya dibalas oleh SYAHIDAH. Lelaki itulah yang selalu ada bersamanya sejak di bangku sekolah lagi. Fikirnya, lelaki itu hanya ingin mempermainkan perasaannya semata-mata. Rupanya tidak. Dia ikhlas menerima segala kekurangan yang ada pada diri seorang SYAHIDAH. Terimalah, MENANTI KAMU. β€’ GENRE: SLICE OF LIFE. START: 21 JULAI 2023 END: 20 NOVEMBER 2023
Dari Kaca Mata Haura (Tali Pintal) by TheFnlini
TheFnlini
  • WpView
    Reads 204
  • WpVote
    Votes 37
  • WpPart
    Parts 9
(Akan update setiap Isnin sampai saya dah tak update) "Haura... Haura ada abang?" Betapa terkejutnya seorang Haura Raisya apabila ibunya membawa balik seorang lelaki asing dan mengatakan bahawa itu adalah abang kandungnya yang telah lama terpisah. Dalam kelu, tidak dapat dinafi kegembiraannya. Akhirnya, doa yang disangkanya mustahil termakbul jua! Namun, Haura sedar sangkaannya meleset jauh. Hidup Haura tidak sama seperti yang diimpi-impikan selama ini. Haider Rais, atau dipanggil dengan panggilan 'along' itu adalah seorang yang dingin, tidak punya perasaan dan sombong! Malah lelaki itu siap menyuruhnya merahsiakan hubungan mereka ketika di sekolah. Apa yang lebih teruk, dia sering berlagak seperti dirinya tidak punya adik dan selalu menjauhi Haura. "Along keluar pagi balik malam macam di rumah ni tak ada adik!" - Haura Amira "Sejak bila aku ada adik?" - Haider Rais Namun, tikamana jiwa di kecamuk emosi, sesuatu yang tersembunyi tidak mampu dirungkai lagi. Sehingga kita lupa, kita hanyalah manusia yang melihat dunia hanya dari kaca mata yang dipakai. "Serigala itu tidak jahat - hanya terluka dan ketakutan, lalu membuka taring agar tidak lagi disakiti." ;D-30 ---- - 70% family - 10% teen fiction - 10% slice of life
[C] HAZFAEL RIZQI:THE SILENT WORDS by Yours_Aeryna
Yours_Aeryna
  • WpView
    Reads 14,114
  • WpVote
    Votes 1,947
  • WpPart
    Parts 52
π™±πš•πšžπšŽ πš™πšŽπš›πšœπš˜πš— πš’πšœ "πšœπš˜πš–πšŽπš˜πš—πšŽ πš πš‘πš˜ πšŒπšŠπš–πšŽ πš’πš—πšπš˜ πš’πš˜πšžπš› πš•πš’πšπšŽ πš πš‘πšŽπš— 𝚒𝚘𝚞 πš—πšŽπšŽπšπšŽπš πšœπš˜πš–πšŽπš˜πš—πšŽ πšπš‘πšŽ πš–πš˜πšœπš" 𝑯𝒂𝒛𝒇𝒂𝒆𝒍 π‘Ήπ’Šπ’›π’’π’Š seorang jejaka yang tampan, ceria dan bijak. Semuanya sempurna sehinggalah suatu hari satu kejadian menimpanya buatkan semua orang berfikir dia sudah kehilangan suara miliknya. Kerana kejadian itu juga, dia terpaksa sembunyikan seribu satu rahsia yang dia tidak mampu bicarakan. Dia dibenci dan diseksa oleh satu-satunya ahli keluarganya. Kisah hidupnya yang dulu rumit lagi bertambah rumit apabila dia terpaksa hidup bersama abangnya. 𝑯𝒂𝒛𝒉𝒂𝒆𝒍 π‘Ήπ’Šπ’›π’’π’‚, seorang lelaki yang terlalu berbeza dengan dirinya. Lelaki ini ada dendam yang bergelora dalam dirinya. Segala tentang lelaki ini semuanya gelap, misteri dan dingin. Dia disakiti tapi dia masih memilih untuk sentiasa disisi abangnya, dia mahu menjadi orang yang mendengar segala luahan Hazhael. Dia mahu menjadi seseorang yang sedia beri bahu bila-bila saja Hazhael perlukan. Walaupun pada akhirnya, dia tahu segala yang mahu dia bicarakan hanyalah sia-sia. Dia lebih pilih terus membisukan diri. This book contains: 70%-Family 30%-Love Warning[!] [!] Child abuse [!] Physical abuse [!] Self harm [!] Language Status[!] Start:12/4/2024 End: 29/3/2025
PERENTAS WAKTU C by khair_ya
khair_ya
  • WpView
    Reads 19,001
  • WpVote
    Votes 2,092
  • WpPart
    Parts 51
Zaman Melaka | Slip time Danny, Danial, Is dan Khairy empat sahabat yang mempunyai kelebihan melihat makhluk ghaib kecuali Khairy yang menolak kemampuan itu sehinggalah hijab pendengarannya pula terbuka. Ketika mengikuti ekspedisi perkhemahan anjuran sekolah, mereka diganggu sesuatu di hutan. Akibat dendam lama, satu sumpahan dikenakan ke atas mereka dan membawa mereka jauh ke zaman silam, era Kesultanan Melaka. ...... Di dunia asal, tubuh mereka koma beberapa hari tetapi masih bernyawa. Saat tersedar, mereka berada dalam tubuh orang lain dan tiada siapa menyedarinya. "Now I'm facing a legend! Yeah, you're lucky!"- Is "Aku macam kenal laksamana Hang Tuah tu. Tokoh terkenal! Shit! Aku kena mintak signature dia." - Danial "Aku hanyalah khadam, tidak berani meminta lebih.." - Danny "Just accept that we are time travelers. Kita kena cari cara hapuskan sumpahan ni, kalau tak, kita akan terkurung di sini selamanya." - Khairy Bagaimana mereka ingin mematahkan sumpahan itu, apa kaitannya dengan barang kuno yang mereka miliki, dan bagaimana mereka mahu pulang ke zaman asal? Nantikan mereka dalam PERENTAS WAKTU. P/S ☞ : Kisah adalah sekadar rekaan semata-mata, tiada kaitan hidup dan mati. Tiada kaitan dengan agama. Sekadar imaginasi renungan bersama. Start: 18/12/23 [2nd book] End: 30/03/24 Bad ending in happy situation. © Nice cover by PutraRize_
Lukisan Tanpa Warna (OG) by bellaviena0
bellaviena0
  • WpView
    Reads 187
  • WpVote
    Votes 35
  • WpPart
    Parts 13
BOOK 2 Slow update "Hidup saya bagai lukisan tanpa warna yang sudah awak conteng Arfan. Sampai bila-bila ia tak akan pernah terpadam" ________ Cerita ini mengisahkan tentang seorang gadis yang hidup sebatang kara. Tidak memiliki keluarga dan juga memiliki saudara mara yang menetap jauh dari kampung. Gadis itu bernama Putri Diyana Adawiah yang baru sahaja berjaya menghabiskan pelajarannya dan mula berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari perkerjaan. Nasib Diyana sedikit malang apabila di tempat kerja barunya dikelilingi dengan manusia toxic termasuk puan Hasnah merangkap majikan di sebuah restoran. Hidup Putri Diyana hanya untuk dirinya sendiri tidak meminta berlas kasihan pada sesiapapun, apabila sesuatu yang tidak diduga terjadi padanya. Hutang yang di pinjam oleh ayah tirinya memakan diri Putri Diyana apabila lelaki tua itu tidak mampu membayar kembali hutang tersebut. Tragedi ini berlaku sepantas kilat apabila di satu malam gadis itu di belasah dan dengan tidak sengaja bertemu dengan seorang lelaki yang bernama Muhammad Lutfan Arfan yang berhati keras. Kehadiran lelaki itu sedikit sebanyak memberi warna pada kehidupan Putri Diyana tetapi warna itu tidak lama ia kembali luntur apabila ibu angkat merangkap ibu kepada Muhammad Lutfan Arfan yang ingin menyatukan diantara mereka tetapi di bantah keras oleh lelaki itu. "Apa yang akan terjadi aku tak akan jatuh cinta pada kau, tidak sama sekali." Muhammad Lutfan Arfan. "Terima kasih atas kehadiran awak dalam hidup saya membuatkan saya rasa disayang dan kebahagiaan walaupun seketika," Putri Diyana Adawiah. Kalau nak tahu sambungan cerita ini kenalah baca..cerita ini sekadar rekaan semata mata - cerita ini takla panjang sangat boleh la dalam 30 ke 40 bab macam tu...... Selamat membaca. WARNING sediakan tisu ye semua... Start update 3/4/24 And?
SEBELUM AWAN MENANGIS LAGI [C] by __syhadh
__syhadh
  • WpView
    Reads 2,186
  • WpVote
    Votes 229
  • WpPart
    Parts 46
ο·½ - SYUHADAH 13th book Mencari makna hidup dalam keadaan dikelilingi dengan penghinaan dan kebencian sememangnya tidak mudah. Jelas sekali hidupnya tidak pernah merasai nikmat yang indah seperti insan lain. Kasih sayang? Sejak kecil, hanya kakaknya yang sentiasa menanam rasa itu. Hendak mengharapkan ibu dan ayah, mereka cuma tahu melayani ketagihan terhadap bahan terlarang setiap hari. Sahabat? Ia bahkan tidak pernah wujud dalam hidupnya walau sekali. Kemiskinan dan prestasi pembelajarannya yang sering merosot membuatkan tiada seorang pun ingin mendekati dan memahami nasibnya. Malah, mereka lebih gemar menambah rasa rendah dirinya dengan mengejek dan menghina keadaannya yang tidak seberapa. "Lepas ini Affan usaha lagi. Kakak nak tengok Affan berjaya." Cara untuk berfikir positif juga dia tidak tahu. Setiap kali keputusan peperiksaan keluar, hanya ayat yang sama akan keluar dari mulut. "Affan bodoh." Sehingga si kakak juga kadangkala menyerah kalah untuk memberi nasihat kepadanya lagi. Pada saat-saat dia memerlukan, diri itu diuji lagi dengan kenyataan yang lebih memilukan. Kehilangan insan yang menjadi sumber kekuatannya mengundang kehadiran rasa putus harapan dalam hidup. Dia buntu. Dia lelah. Kerana dia juga manusia yang ingin merasai nikmat gembira. "Kau berambus dari rumah aku!" "Suami tak guna!" Terimalah, SEBELUM AWAN MENANGIS LAGI. AMARAN! Terdapat penggunaan bahasa yang kesat dan unsur-unsur penyalahgunaan dadah. Harap maklum. START: 22 JUN 2025 END: 16 DISEMBER 2025
Roommate 3 - The Final by AremieroulAkim
AremieroulAkim
  • WpView
    Reads 893
  • WpVote
    Votes 88
  • WpPart
    Parts 3
Roommate 3 merupakan penutup kepada kisah persahabatan Syafiq dan Alif. Selepas kematian Alif dan segala-sagalnya telah terbongkar, Syafiq ingin memulakan hidup nya yang baru. Walaupun kenangan bersama sahabatnya itu masih segar di dalam ingatan, namun hidup harus diteruskan. Perjalannya masih panjang, dan pelbagai dugaan dan cabaran baru bakal muncul. Apakah kesudahan cerita ini? Sama-sama kita nantikan hingga ke akhirnya.
Roommate 2 - COMPLETED by AremieroulAkim
AremieroulAkim
  • WpView
    Reads 132,067
  • WpVote
    Votes 8,107
  • WpPart
    Parts 33
Setiap yang bermula pasti akan ada pengakhirannya. Namun adakah dengan pemergian Alif merupakan satu pengakhiran kepada kisah persahabatan ini? Atau masih adakah rahsia yang masih disembunyikan oleh Syafiq atau arwah Alif itu sendiri? Segala persoalan yang tidak terjawab, malah segala tanda tanya yang tiada akhirnya di dalam Roommate 1 kini akan terungkai. Segalanya di dalam Roommate 2: Pengakhiran Sebuah Cerita. Terima kasih kepada semua yang sudi baca cerita ni. Jangan lupa komen feedback atau idea ye. Jangan lupa jugak untuk vote dan share cerita ni dengan yang lain. Semoga bermanfaat, InsyaAllah (: