hnafqh's Reading List
4 stories
𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮�𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 by lvndrella
lvndrella
  • WpView
    Reads 2,174,792
  • WpVote
    Votes 88,013
  • WpPart
    Parts 37
"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Mana mungkin dia menerima kehadiran wanita lain selain daripada Zaharah. Dia seolah-olah enggan menerima bicara segenggam takdir yang melakarkan seribu dusta. Jiwa dan akalnya masih lagi percaya bahawa Zaharah pasti akan kembali di dunia. Sayang dan cinta kepada Humaira? Mustahil. Rasa itu masih belum berputik di dalam hatinya. Masih belum dapat dia utarakan. Dia masih menafikan itu. Menyelimuti semuanya dalam satu perasaan benci yang mendalam. Bagaimana mungkin dia melupakan kenangan indahnya bersama Zaharah? Bahkan setitik tinta sekalipun tidak dapat mengukir aksara untuk mengutarakan mahalnya kenangan di antara mereka. Maha dalam kasih seorang Azriel terhadap Zaharah. "Abang minta maaf, Zaharah. Abang dah kahwin dengan perempuan lain."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Sedangkan Humaira? Menyimpan harapan yang tinggi menggunung. Kasihnya tumpah. Namun tiada siapa yang kutip. Penantiannya seiring waktu yang berjalan itu seolah-olah tidak berguna. Hati Azriel bukan untuknya. Sehingga apa yang dia harapkan itu luntur. Hancur menjadi debu-debu lara. Humaira memilih untuk mengalah. "Kita berpisah boleh?"-𝐋𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐇𝐔𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀 Akankah kewujudan cinta di antara mereka itu nyata? Akankah bahagia menjadi milik mereka? © lvndrella ⚠️ Hanya manusia berhati ultraman yang LAYAK baca.
Salju Kyoto by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 30,617
  • WpVote
    Votes 1,139
  • WpPart
    Parts 15
Bacaan Awal Sahaja.. Tajuk: Salju Kyoto Penulis: Sara Aisha Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0890-96-8 Harga: RM29 (Semenanjung) // RM32 (Sabah & Sarawak) 'When a man truly loves a woman, she becomes his weakness. When a woman truly loves a man, he becomes her strength. This is called Exchange of Power.' Musim dingin 2015. Kyoto. Semuanya bermula pada malam itu. Aku cuma seorang wanita biasa yang ingin mencari sahabat yang hilang. Namun, malam itu mengubah segala-galanya. Dia muncul umpama samurai dalam persalinan kimono hitam dan sebilah pedang. A.K, dia sang jejaka misteri. Bermata helang, beraura garang. Bersamanya, terselit amaran. "Stay away from him." Tetapi, bagaimana mungkin aku lari daripadanya bila dia tiba-tiba mengumumkan bahawa aku miliknya? "She's my woman. You touch her... and you die." - A.K. Hakikat bahawa Badri sudah menjadi yakuza mengeruhkan keadaan. Dia sahabat baik yang tulus, jadi kenapa dia menghumban diri ke jalan ini? "If you feed an evil soul, he'll become a devil." - Badri
HOUSE OF CARDS by itsaiyssia
itsaiyssia
  • WpView
    Reads 6,011
  • WpVote
    Votes 1,279
  • WpPart
    Parts 47
[ ENDLESS TRAGEDY ] A house made of cards, and us, inside Even though the end is visible Even if it's going to collapse soon A house made of cards, we're like idiots Even if it's a vain dream, stay like this a little more - House Of Cards, BTS Tengah sedap melayan sepi, tiba - tiba telefon kepunyaan pegawai polis itu berbunyi. Laju lelaki itu mengangkat panggilan dan selepas beberapa ketika mendengar sapaan manusia di dalam panggilan, dia bersuara. "Nanti papa datang. Tengah bawa budak pergi balai ni." Selang beberapa saat, pegawai polis itu mengerling Naufal dari cermin belakang. "Budak..." "My daughter want to know if you're cute." Terjungkit hujung bibir Naufal. Dia menongkat kepala sambil memandang tepat ke arah telefon polis itu. Berani sungguh perempuan itu. "I want to say yes, sir." Terburai tawa pegawai polis itu diikuti Naufal tersenyum - senyum sambil menggeleng kepala. Mesti anak pegawai polis itu baru nak menginjak remaja. Layankan sahajalah permintaan gadis itu. Apa yang dia tidak tahu, kerana satu jawapan rambang tadi, bakal mengubah corak hidupnya. Rahsia yang disimpan setelah sekian lama akan mengungkap kebenaran yang pahit ditelan. Sama ada perpisahan kali kedua atau hidup dalam kepura - puraan. Arrogant. Selfish. Ego. "I have so much fear." "Naufal, fear has two meanings. Forget everything and run, or face everything and rise. The choice is yours." Naufal bungkam. Siapa kata dia tak akan pilih maksud yang pertama? Dan siapa kata dia tak akan berubah kepada maksud kedua? "Untuk pemilik hati saya bertahun - tahun lamanya." "Untuk bidadari syurga yang mampu berikan saya cinta dan derita." "Untuk satu - satunya bintang yang terangi hidup saya..." "Saya, Naufal Lutfan, minta maaf atas segala - galanya." He's not a born hero. He learns how to be one. ── No copy paste! Status : Completed Start : 10 December 2021 End : 12 March 2022 ©issyia
DHEO'S by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 895,223
  • WpVote
    Votes 27,237
  • WpPart
    Parts 16
Tajuk: DHEO'S Penulis: Anjell Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-090-8 Muka Surat : 672 Harga: RM28.00 (Semenanjung) // RM31.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Julai 2018