FANTASY
3 stories
GRISELDA por hazeladaline
hazeladaline
  • WpView
    LECTURAS 152
  • WpVote
    Votos 32
  • WpPart
    Partes 8
Clara Emily, yang lebih dikenali sebagai Clara, menjalani kehidupan yang penuh kebahagiaan bersama ibunya. Namun, kebahagiaan itu tergoncang apabila ibunya jatuh sakit dengan penyakit kronik yang tiada penawarnya. Di penghujung hayatnya, ibu Clara memohon satu permintaan terakhir untuk Clara menyerahkan sebuah surat kepada seorang kawan lamanya. Dalam perjalanan yang tidak disangka, Clara tiba di dunia fantasi yang penuh misteri dan bahaya. Bersama adik-adiknya, Erland dan Sandra, Clara terpaksa menavigasi dunia yang asing dan penuh teka-teki untuk mencari penerima surat yang tidak pernah disangka. Namun, perjalanan itu membawa Clara kepada penemuan mengejutkan tentang dirinya yang sebenar. "Tapi Clara lain. Dia ada kaitan dengan dunia kami," King Kaiser Alaric. Dalam menunaikan permintaan ibu yang terukir di sehelai kertas, fikiran Clara kian bercerlaru. Pengembaraannya membuka pintu kepada seribu satu persoalan, tentang dirinya, dan dunia yang kewujudannya tidak pernah terlintas dalam fikiran. Namun, di tengah pencariannya, muncul Queen Isla Juliet yang membawa amarah lama yang belum padam, menyerang Therondia demi dendam yang terbuku bertahun-tahun. "Dendam apa lagi yang kau bawa? Tak cukup apa yang telah buat pada kakak ku, Roselle?" Queen Aressea Belarin. Queen Isla Juliet tidak berputus asa. Dia akan mencapai apa yang diidamkannya selama ini. "Aku, Princess Odessa Leona, puteri kepada King Kaiser Alaric, bersumpah menyerahkan kerajaan Therondia kepada Queen Isla Juliet," Princess Odessa Leona. Keadaan serta-merta menjadi huru-hara, seperti badai yang menanti saatnya untuk melanda. Apakah yang berlaku kepada Princess Odessa Leona? Dendam apa Queen Isla Juliet ingin membalas? Dan...siapa sebenarnya Clara?
TWISTED FAIRYTALE por lilithrone
lilithrone
  • WpView
    LECTURAS 194
  • WpVote
    Votos 46
  • WpPart
    Partes 7
FAIRYTALE #1 "Do not trust anyone in fairytale." Di sebuah perkampungan yang terletak jauh dari dunia manusia, terdapat satu kawasan yang didiami pelbagai makhluk. Wajah mereka menyerupai manusia tetapi mereka bukanlah manusia. Mereka makhluk Fairytale yang hidup secara aman dan damai. Fairytale. Nama itu indah bukan? Mendengarkannya sahaja mampu membuatkan kita membayangkan sesuatu yang aneh dan penuh magis. Indah dan penuh warna-warni. Misteri dan luar biasa. Namun ini bukanlah seperti apa yang kalian sangkakan. Ini adalah twisted fairytale. Wajah yang manis sebenarnya duri dalam daging. Magis yang jahat dan penuh kejam. Bibir yang senantiasa tersenyum namun menyimpan beribu agenda bahaya. Mereka bukan sama seperti yang kita anggap. Kerana apa? Biar saya maklumkan kepada awak amaran ini terlebih dahulu. Do not trust anyone in Fairytale. Do not! Don't you ever dare. Keep or kill? You can only choose one.
GUERRA DE AMOR (SU) por PutraRize_
PutraRize_
  • WpView
    LECTURAS 2,183
  • WpVote
    Votos 453
  • WpPart
    Partes 37
Dia merupakan seorang pahlawan wanita jelita yang sedang mengembara mencari erti kehidupan. Jessica Georgiana, seorang wanita yang menjadi idaman para lelaki di seluruh Kota Ambrose. Tetapi semuanya tidak berjaya menarik minat Jessica untuk mencari peneman hidup. Namun pertemuannya dengan seorang lelaki tampan dari Kota Leronze, Darrel Clifton telah berjaya membuatkan hati Jessica berbunga-bunga dan seterusnya jatuh cinta. Namun disaat cinta mereka semakin mekar, telah berlaku sesuatu yang akan mengubah seluruh Alam Mystical buat selamanya. Rampasan takhta... Mereka perlu berjuang untuk menegakkan keadilan yang telah lama tumbang dek kerana satu peristiwa yang telah berlaku satu masa dahulu. Berjayakan mereka? Kalau nak tahu, marilah sama-sama baca dan nikmati pengalaman fantasi dalam ceritera ini! Nice Cover By: @-ayrain Genre: fantasy, action, romance ⚠️ No Plagiat ⚠️ Rekaan Semata-mata ⚠️ Typo Alert ⚠️ Penggunaan Ayat Hancur __________________________________________ Started: 25/3/2023 Ended: ©PutraRize_ ©2023