Sharazul's Reading List (OG)
21 stories
The Case of Mrs. Rizqeen Haqeem [On Going] by Hazelquinzell
Hazelquinzell
  • WpView
    Reads 5,289
  • WpVote
    Votes 1,154
  • WpPart
    Parts 46
"Dia mampu memenangi setiap kes di mahkamah. Tetapi dia hampir kalah dalam satu kes yang paling dekat dengan hatinya." Rizqeen Haqeem, seorang peguam elit yang tidak pernah mengenal erti kekalahan. Namanya sahaja sudah cukup membuatkan pihak lawan hilang keyakinan sebelum perbicaraan bermula. Bagi dunia, dia ialah lelaki yang sentiasa menang. Namun, segala-galanya berubah apabila dia bertemu semula dengan Aurelia Anatasha. Seorang wanita yang kehilangan sebahagian memorinya. Seorang wanita yang hidup dalam ketakutan. Dan tanpa disedari, dia menyimpan satu rahsia yang mampu meruntuhkan semua yang dibina selama bertahun-tahun. Apa yang bermula sebagai satu tanggungjawab akhirnya bertukar menjadi perjuangan untuk melindungi wanita yang semakin dekat di hatinya. Namun, semakin hampir Rizqeen kepada kebenaran, semakin ramai yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menghentikannya. Kerana ada rahsia yang tidak sepatutnya dibongkar. Ada masa silam yang sengaja dipadamkan dan ada seseorang yang tidak pernah berhenti memerhati setiap langkah mereka dari balik bayang. Apabila cinta bertembung dengan dendam, dan kepercayaan menjadi pertaruhan terakhir...adakah Rizqeen mampu menyelamatkan wanita yang dicintainya? Atau buat pertama kalinya dalam hidup, dia akan tewas dalam satu-satunya kes yang paling bermakna baginya? "The Case of Mrs. Rizqeen Haqeem" Sebuah kisah tentang cinta, pengorbanan, misteri dan kebenaran yang menunggu untuk dibongkar. ☘️ Karya Agung ByHas☘️
Pelekat Hati Jumi | OG by coffeetynn
coffeetynn
  • WpView
    Reads 794
  • WpVote
    Votes 121
  • WpPart
    Parts 21
Ahmad Irwan, seorang jejaka yang pada asalnya bekerja di luar negara dan merupakan penulis terkenal sebagai kerja sampingannya. Pertemuan dengan Jumi Soraya, seorang editor di syarikat terkenal membuatkan Irwan yakin dengan keputusannya untuk pulang dan menetap di tanah air semula. Dan pertemuan Jumi dengan penulis terkenal itu merubah cara dia pandang dirinya yang mengaggap dirinya sentiasa tidak bertuah dan tiada apa yang boleh dibanggakan dalam hidupnya. Start: 1/8/2026 End:
ZAVIER RHYS : RACING IN LOVE by flowerssflyy
flowerssflyy
  • WpView
    Reads 20,346
  • WpVote
    Votes 1,613
  • WpPart
    Parts 36
Zavier Rhys. A Mercedes Formula One driver with a cold and composed personality. His life revolves around racing, leaving no room for love or relationships. But everything changes when he meets Elara Reyna,the woman who makes him question everything he thought he knew about love. They started with a fake relationship. A marriage without love. A promise made only to protect themselves. Elara Reyna never expected to rely on Zavier Rhys, but when her family problems became too much to handle, he was the only person she could turn to. To Elara, Zavier was just someone she needed. But to Zavier, she slowly became someone he couldn't live without. Two people who entered a marriage without feelings... Will their marriage survive the secrets, misunderstandings, and pain? Will they continue pretending? Or will they finally discover the love that was never part of their plan? Because sometimes, the person you use as your shelter becomes the person you call home.
SISA RASA [C] by queenyikah_
queenyikah_
  • WpView
    Reads 503,467
  • WpVote
    Votes 17,222
  • WpPart
    Parts 50
✅Revamp : 85% ✅Add Part : 95% ✅Cut Part : 70% ✅New Title. Old title 2023-2024 - Mr Psycho Husband. ------------------ Kerana terlampau sayang dia sanggup buat apa sahaja asalkan wanita dia ingini itu tetap bersamanya. Pantang melihat wanita dia cintai bermesra dengan lelaki lain. Perasaan cemburu mula menguasai dirinya sehingga tidak sedar dia telah menyakiti wanita itu. "Aku dah cakap dah dekat kau jangan sesekali dekat dengan jantan lain selain aku. Tapi kenapa? Kenapa kau susah sangat nak dengar cakap aku ha, sayang?" - DANISH HAZIQ "Eish sayang, lepas lah! Sakit tahu tak!" - LYDIA MARISSA "Ouh kau tahu sakit? Tapi sakit lagi hati aku tengok kau dengan jantan lain tahu tak!" - DANISH HAZIQ Sanggupkah Lydia mempertahankan dirinya dengan lelaki itu? Lelaki yang kuat cemburu dalam segala hal bila berkaitan dengan lelaki? "Betul awak sayangkan saya?" - LYDIA MARISSA "Ya. Aku sayangkan kau. Sangat." - DANISH HAZIQ "Jadi lepaskan saya." - LYDIA MARISSA Dang! Terasa berat permintaan itu meniti keluar dari celahan bibir wanita yang dia sayang. Melepaskannya pergi? Adakah permintaan Lydia akan di tunaikan oleh Danish? "Aku terlampau sayangkan kau sampaikan perempuan dekat luar sana pun aku tak pernah rasa wujud dalam hidup aku. Hanya diri kau sahaja yang aku mahu, Lydia" - DANISH HAZIQ -------------------------------------------- ⚠️PEMBACA MATANG. ⚠️CERITA INI REKAAN SEMATA MATA. ⚠️CRINGE & KLISHE ⚠️HIDUP KEKADANG KENA CHILL JUGAK. SO JANGAN NAK TAKE SERIUS SANGAT. ⚠️IF ADA TYPO AND KESALAHAN TATABAHASA MAAFKAN SAYA SERTA ABAIKAN DAN CUBA FAHAMKAN. TAK FAHAM KOMEN. ‼️LARANGAN KERAS JIKA ANDA PLAGIAT KARYA SAYA. IDEA 100% DARI OTAK SAYA SENDIRI. JANGAN JADI OTAK LEMBU MALAS HENDAK BERFIKIR UNTUK KARANG CERITA. ---------------------- Start : 30 MAY 2023. End : 19 APRIL 2024.
AFFAN_ADRA | In Editing by MissHumairah27
MissHumairah27
  • WpView
    Reads 681,156
  • WpVote
    Votes 25,915
  • WpPart
    Parts 94
Affan Adry x Afaf Adra 'Dia adalah amanah yang akan aku jaga sehingga akhir hayat.' Afaf Adra binti Mohd Azhar. Seorang gadis bertubuh berisi, berpenampilan sederhanabdan penuh rasa rendah diri. Gummy smile-nya manis, tapi baginya tak cukup untuk menarik perhatian sesiapa. Jauh di sudut hati, dia menyimpan rasa pada seorang lelaki. Barista di kafe kegemarannya. Tapi dia tahu, lelaki sebaik itu mustahil untuk dimiliki. Hanya diari menjadi tempat untuk dia meluah. 'Saya sukakan awak. Tapi, mustahil untuk awak suka orang macam saya. Saya ni tak cantik.' 'Fii Amanillah, the guy I odore the most' Affan Adry bin Mohd Fathi. Pemilik kafe yang tenang dan berprinsip. Lelaki yang tidak banyak bicara, tetapi diam-diam menyimpan rasa pada seorang gadis yang sering hadir ke kafenya. Ketika hati sudah memilih, takdir datang menguji dengan sebuah perpisahan. 'Cik Adra, beri peluang pada saya untuk bahagiakan awak sebagai suami awak, boleh.' - (Fa) Satu kejadian mengubah segalanya dan memisahkan mereka. Bertahun kemudian, takdir mempertemukan mereka semula. 'Fi hifzillah fi amanillah' - saya tinggalkan awak dalam jagaan DIA, Semoga DIA temukan kita tepat dengan caraNya [Fa] Sebuah kisah tentang cinta yang dipendam dalam diam. Diungkap dalam doa dan diuji oleh takdir. Bertahun berlalu dan mereka sedar bahawa cinta yang sebenar bukan sekadar tentang memiliki, tetapi sebuah amanah dari Allah.
Si gadis buta by ernydream_
ernydream_
  • WpView
    Reads 61,302
  • WpVote
    Votes 5,987
  • WpPart
    Parts 38
Aaira seorang gadis buta yang dibesarkan dalam rumah penuh kezaliman. Fawwaz seorang suami yang terlalu ego untuk menyedari nilai seorang isteri... sehinggalah semuanya musnah. Dalam dunia di mana kasih sayang menjadi satu kemewahan, mampukah cinta yang terlambat menebus semua dosa? Start; 7June2025 End; ?
My Husband Rayyan Adyan |C by Nazreenayn
Nazreenayn
  • WpView
    Reads 378,380
  • WpVote
    Votes 13,652
  • WpPart
    Parts 47
[1st story] RAYYAN ADYAN x NAYLA ALEENA Kata orang, jangan dilawan cinta pertama. Bagi Rayyan Adyan cinta pertamanya tidak seindah mereka yang lain. Ketulusan dia dalam mencintai pernah dikhianati. Teman wanita sedang bermesra dengan lelaki lain di khalayak ramai tanpa memikirkan halal dan haram hubungan. Hati yang retak itu, Rayyan bawa pergi jauh ke negara luar. Kerana perbuatan cinta pertama, dia nekad untuk menggapai tahta yang tertinggi biar tiada sesiapa mampu menyakitinya lagi. Semangat untuk meraih gelaran atas apa yang diusahakan membuahkan hasil seiringi dengan hatinya yang mula tiada perasaan untuk mencintai mana- mana wanita. Kepulangan kembali ke tanah air tak indah seperti apa yang ada di minda. Dari perlanggaran dengan seorang wanita di lapangan terbang. Belum dikaitkan dengan mama yang tiba- tiba memaksa dia untuk mendirikan rumah tangga. Pilihan mama hanya dua, bawa pulang menantu ke rumah atau mama yang pilihkan calon pendampingnya itu. Pertemuan dengan wanita bernama Nayla Aleena membuka jalan penyelesaian buat Rayyan. Mana mungkin dia bersetuju dengan calon pilihan mama jika dia ada Nayla untuk dijadikan korban? "Kiranya kau tak cintakan dia?" HARITH "... selepas dapat anak, kami akan bercerai. Masa tu Nayla akan bebas dan aku tak akan tuntut apa- apa." RAYYAN ADYAN Kata- kata perancangan Rayyan telah menjerat dirinya sendiri setelah dia sah bergelar suami kepada wanita itu. Rayyan lupa bercinta dalam hubungan yang diredhai itu indah. "I love you, Sayang. How do I live without you? Oh no! Sayang jangan tinggalkan abang." Rayyan Adyan Pada ketika cinta telah mekar, badai menyapa pasangan itu. Rahsia sebenar perkahwinan terbongkar. Adakah perasaan Rayyan kepada Nayla tulus? Atau... yang dilakukan sekadar memenuhi apa yang diingini?
𝐌𝐄𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆 𝐇𝐈𝐒 𝐒𝐎𝐔𝐋 (𝐎𝐆) by thxnlya
thxnlya
  • WpView
    Reads 121,692
  • WpVote
    Votes 8,161
  • WpPart
    Parts 26
𝐒𝐄𝐂𝐎𝐍𝐃 𝐁𝐎𝐎𝐊♠ [SLOW UPDATE] ♡˚₊✦ᴀɴ ᴏʀɪɢɪɴ ᴏꜰ ᴘᴀɪɴ ✦₊˚♡ Kadang-kadang... hidup ni pelik. Ada orang yang lahir dalam keluarga bahagia dan ada orang macam Raffat, lahir dalam keluarga yang penuh luka. Sehinggalah Allah menemukannya dengan seseorang yang tak sempurna...tapi cukup untuk menyentuh hatinya yang beku. Perlahan-lahan, dia mula belajar...Allah tak pernah tarik cinta daripada hidup manusia, cuma manusia itu sendiri yang pintu hatinya. Dalam dunia ini, tak ada satu pun manusia yang sempurna. Setiap orang pasti ada titik kelemahan masing-masing. ⚠️JALAN CERITA AGAK CRINGE‼️ ⚠️CERITA INI HANYALAH REKAAN SEMATA MATA‼️ 🚫PLAGIAT IS NOT ALLOWED‼️
Hati yang TERLUKA (OG) by its4lya_
its4lya_
  • WpView
    Reads 6,322
  • WpVote
    Votes 263
  • WpPart
    Parts 9
(Kita semua sedang mencari tempat untuk pulang, tapi Anabella... sedang belajar untuk tidak takut lagi.) Anabella Mireille lahir ke dunia dengan harga yang terlalu mahal-nyawa ibunya sendiri. Sejak itu, hidupnya tak pernah cerah. Bapanya, yang dahulu pelindung, berubah menjadi lelaki asing selepas bernikah dengan wanita yang bertopeng manis. Disisih, disakiti, dan dipersalahkan... Anabella membesar dalam rumah yang penuh benci dan pukulan emosi. Trauma membekukan jiwanya. Dia tidak percaya pada lelaki - bagi Anabella, semua lelaki sama. Sehingga muncul Tengku Azriel Afnan - lelaki berdarah raja yang dingin dan matang, tapi diam-diam menyimpan hati yang lembut. Tak pernah terlintas dalam hidup Azriel untuk jatuh cinta. Tetapi gadis sunyi bermata sayu itu menggoyahkan prinsipnya. Anabella tak kenal siapa Azriel sepenuhnya, tapi bersamanya... dia tak pernah takut. Ketika Azriel melamar dengan satu janji... "Kahwin dengan saya. Saya janji saya sembuhkan trauma awak, Anabella." ...hati Anabella berperang. Mampukah dia percaya? Sedangkan dia sendiri membenci bayangannya? "Awak tak faham saya, Azriel. Saya benci diri saya. Hati saya yang terluka ni susah nak sembuh." Satu jiwa yang dingin. Satu hati yang retak. Mereka bertemu - bukan untuk melengkapi, tapi untuk menyembuhkan. Namun, mampukah cinta menghapus trauma silam? Dan mampukah "hati yang terluka"... akhirnya merasa bahagia?
His : Haninda Amara [OG] by lyaamysarah
lyaamysarah
  • WpView
    Reads 20,406
  • WpVote
    Votes 1,683
  • WpPart
    Parts 26
[FIRST STORY➴] - SLOW UPDATE 「 𝑻𝒘𝒐 𝑺𝒐𝒖𝒍𝒔, 𝑶𝒏𝒆 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 」 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚𝐲𝐬 𝐀𝐝𝐲𝐚𝐧 | 𝐍𝐮𝐫 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐧𝐝𝐚 𝐀𝐦𝐚𝐫𝐚 𝐍𝐮𝐫 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐧𝐝𝐚 𝐀𝐦𝐚𝐫𝐚, gadis yang tak lekang dengan senyuman, bukan kerana bahagia tetapi untuk menutup luka lama yang pernah meragut sebahagian hidupnya. Tragedi silam itu meninggalkan trauma yang perlahan-lahan menuntut penyembuhan. 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚𝐲𝐬 𝐀𝐝𝐲𝐚𝐧 membina hidupnya dengan satu tujuan, iaitu menjadi yang terbaik demi ibunya. Di sebalik kehidupannya yang tampak sempurna dari luaran, dalam diam Qays dihantui dengan bayangan silam yang pernah menghancurkan dirinya sejak kecil lagi. Dua jiwa yang terluka ini disatukan dalam sebuah ikatan yang lebih mulia daripada sekadar cinta. Saat bahagia menyapa, Amara mula percaya bahawa luka lama, walau sedalam mana sekalipun, mampu disembuhkan... selagi mereka saling ada. "Hubby sayangkan sayang sampai bila-bila..." -𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚𝐲𝐬 𝐀𝐝𝐲𝐚𝐧 Namun di sebalik senyuman dan janji setia, terselit seribu satu rahsia lama yang menuntut kebenaran. Sedikit demi sedikit, kepercayaan dan kesetiaan cinta mereka diuji oleh dugaan yang tidak terduga, sehingga hati yang pernah sembuh kembali runtuh. "Sampai bila lagi? Saya dah penat, Qays!" -𝐍𝐮𝐫 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐧𝐝𝐚 𝐀𝐦𝐚𝐫𝐚 Mampukah Amara mengecapi bahagia untuk kesekian kalinya? Dan mampukah Qays mengembalikan cahaya dalam hidup Amara, tanpa melepaskan cinta yang mereka bina? "Even in a thousand lifetimes, my heart will choose you, Nur Haninda Amara." © lyaamysarah 2025 ⚠️100% MY OWN IDEAS‼️ 🚫 NO PLAGRISM ALLOWED‼️ [COPYING MY WORK IS STRICTLY FORBIDDEN!!!] START : 30 NOVEMBER 2025 END : ? [after complete, saya akan start revamp ^^]