ON GOING
53 stories
Bunga Terakhir (Spin Off Flower Path 2) by CikYaya_
CikYaya_
  • WpView
    Reads 4,768
  • WpVote
    Votes 376
  • WpPart
    Parts 43
Bunga Inara | Hakim Sulaiman "Seperti bunga yang tumbuh mekar, cinta juga penuh dengan kemungkinan."
Moonlight  by CikYaya_
CikYaya_
  • WpView
    Reads 449
  • WpVote
    Votes 51
  • WpPart
    Parts 3
Bella Luna, seumur hidupnya dia menjadi bayang kepada kakaknya, Lily yang sering saja dianggap sempurna di mata papanya. Tandusnya kasih sayang dari seorang bapa menjadikan Luna seorang yang keras hati dan juga pendendam. "Abang dah cakap budak tak guna tu bawa malang! Sekarang Haura tengok apa dah jadi dekat Lily sebab Luna!" - Datuk Bustaman Kebahagiaan Lily adalah sebuah luka bagi Luna. Menyakiti Lily sama saja seperti merampas senyum di wajah papanya. Oleh itu, merampas setiap kebahagiaan Lily dianggap sebagai balasan atas luka yang telah diberikan oleh papanya. "Siapa sangka yang one day anak kesayangan Datuk Bustaman boleh cemarkan air muka Datuk Bustaman. Papa mesti tak pernah terfikir kan?" -Bella Luna. Luth Akasyah, seumur hidupnya dia terpaksa hidup di bawah bayang ego mamanya. Menerima ikatan dengan Lily adalah salah satu daripada permainan ego yang harus Luth turuti. Namun begitu, hatinya tidak pernah tunduk pada takdir yang bakal ditetapkan. Tidak selagi ia berkait tentang Luna. Bagi Luth, mencintai Luna adalah segalanya, meski dunia memaksanya memilih Lily. "Luna, cinta pertama dan terakhir aku..." - Luth Akasyah.
Sweet Destiny by CikYaya_
CikYaya_
  • WpView
    Reads 5,537
  • WpVote
    Votes 383
  • WpPart
    Parts 10
Kerana pengkhianatan lampau, Engku Marissa hidup dalam bayangan. Berdamai dengan takdir? Tipu kalau dia tak pernah cuba. Tapi setiap kali saja dia lihat wajah polos itu, semua jadi payah. "Jangan buat aku makin bencikan kau." -Engku Marissa "Bunga sayang mummy..." -Bunga Irdina Bunga Irdina. Gadis kecil molek yang 'terlahir' dalam keluarga yang dipandang hebat oleh masyarakat. Namun, apa yang berlaku di sebalik 'tabir', dia saja yang tahu. Dek kerana statusnya yang berbeza, dia pendam saja rasa cinta pada 'sepupunya' iaitu Syed Fateh Ghibran. Fikirnya, gadis yang tiada apa-apa sepertinya, mana mungkin tercipta untuk lelaki sehebat itu. "Kau lupa siapa kau dalam keluarga ni?" -Syed Fateh Ghibran "Bunga tak pernah lupa." -Bunga Irdina Kerana terlalu kasihkan Engku Marissa, Syed Fateh Ghibran menolak kehadiran Bunga Irdina di dalam hatinya. Tapi, sejauh manakah dia bisa menepis kehadiran Bunga, jika rasa indah itu setiap hari makin bercambah di hatinya? "Kenapa Bunga? Musnahkan Bunga sama saja macam kita musnahkan Engku Marissa." -Engku Marlia Dek kerana dendam dan tidak puas hati, Bunga Irdina menjadi mangsa. Dalam kekalutan itu, Syed Fateh Ghibran muncul menjadi pelindung pada Bunga Irdina. Walau puas Bunga menolak, Fateh tetap nekad. Tiada siapa boleh halangnya. "Nanti abang Fateh akan ceraikan Bunga?" -Bunga Irdina "Kau nak aku ceraikan kau?" -Syed Fateh Ghibran Dan bila harus membuat pilihan antara dua, mana satukah akan menjadi pilihan Fateh? "Pilih. Bunga atau mama?" -Engku Marlia.
Di Antara Kita ( OG ) by zeecemm
zeecemm
  • WpView
    Reads 71
  • WpVote
    Votes 8
  • WpPart
    Parts 7
Diinspirasikan dari penulis-penulis novel Idea asal dari saya sendiri, tiada ambil mana-mana idea penulis lain. Cerita ini ditulis hanya untuk mengisi masa lapang. !SLOW UPDATE!
LEONIEL, HIS SWEETBEAR. { OG } by yinzueee
yinzueee
  • WpView
    Reads 304
  • WpVote
    Votes 32
  • WpPart
    Parts 12
{ WAJIB BACA " LUTH MIKHAEL" DAHULU UNTUK ALUR CERITA MUDAH DIFAHAMI} LEONIEL NAZRULLAH X LAYFA NAZYA Kisah seorang jejaka yang cuba memiliki gadis yang dia dambakan selama 15 tahun. Berkawan dari kecil lalu dipisahkan akibat keluarganya yang berpindah jauh. Namun hatinya sakit apabila mengetahui bahawa gadis itu akan mengahwini lelaki lain. " I'll always love you even though you're not mine." - LEO Namun takdir berkata lain. " When I say I do it means I do." - LEO " Apa yang do do ni?" - AZYA Tuhan menerbitkan rasa cinta kembali ke dalam dua jiwa yang sekian lama mati akibat perkara yang menyakitkan. " Kepercayaan ibarat kaca. Once it broke, it will never be the same again." -LEO " Azya tak buat semua tu! Abang tolonglah percaya Azya!" - AZYA Dapatkah mereka bersatu ? Ujian apa yang akan melanda mereka berdua kembali? Akan kah Leoniel Nazrullah meraih pengakhiran yang bahagia atau salah seorang daripada mereka harus menanggung derita? new story !! sambungan cerita LUTH MIKHAEL! 100 % idea sendiri !! { jika ada tersama watak, alur cerita atau latar belakang cerita, itu tidak disengajakan dan author minta maaf terlebih dahulu. } ENJOYY !!!
Luth Mikhael { C } [ Ebook CS] by yinzueee
yinzueee
  • WpView
    Reads 5,171
  • WpVote
    Votes 382
  • WpPart
    Parts 31
" hermoso " { cantik }- Lailina Sofia " obrigado, mas a sua é mais bonita, minha senhora " { thanks but yours more pretty , my lady }. - Luth Mikhael. Pertemuan yang tidak dirancang namun membawa mereka kepada satu jalan cerita dengan nasib yang berbeza. "kau anak yatim piatu?" - Luth Mikhael " haah" - Lailina Sofia Terbuai dengan permainan dunia iaitu cinta. Mereka memilih untuk bersama walaupun baru sahaja berjumpa. Entah kenapa hati Luth seakan-akan berkata harus melindungi wanita itu. Tanpa dia ketahui, jalan hidupnya semakin mencabar apabila wanita itu berjaya tergelar sebagai " Isteri Tuan Luth Mikhael". Dua pihak yang bersatu dengan jalan cerita yang berbeza. " tolong rahsiakan benda ni dari dia. Saya tak nak hilang dia. Saya ada dia sahaja sekarang ni. " - Lailina Sofia " Tak sangka, kau selama ni yang aku cari"- Luth Mikhael Dikejutkan dengan rahsia yang tersimpan lamanya. Disaat hidup dibuai rasa bahagia yang terlampau indah namun realiti dunia kembali menampar mereka berdua. Bercinta atau saling membalas dendam? Bersatu atas rasa cinta atau sebaliknya? Pemangsa bertemu mangsa. new story ! bosan ? maaf lah pemula mengarut ? suka hati saya lah HUEHUEHUE typo ? tak semua manusia sempurna 100% original story !! jika ada sama alur , watak atau apa ii pun berkenaan cerita ini itu tidak disengajakan , tidak berkaitan hidup atau mati enjoy !! jangan lupa vote and komen banyak ii !!! tq sudi baca !!!
BODYGUARD TENGKU ZYA by CikMardiah
CikMardiah
  • WpView
    Reads 5,753
  • WpVote
    Votes 647
  • WpPart
    Parts 15
"I am Qidran, you new bodyguard. Nice to meet you in person, Tengku Zya Azkayra." - Qidran. Takdir memperkenalkan mereka selepas satu insiden yang menimpa Zya. Pertama kali melihat wajah Qidran Haizir, biji mata Zya seolah-olah mahu tercabut dari soket Jantung serasa mahu gugur menyembah bumi. Dada bagai mahu pecah. Sesungguhnya Qidran merupakan salah satu ciptaan Tuhan yang amat sempurna di mata Zya. "You ni siapa nak masuk campur hal kehidupan I?" - Zya. "Bodyguard Tengku Zya," - Qidran. "Boleh tak bagi I privasi sikit? Siang malam nak ikut bontot I ni apahal?" - Zya "Kerja saya adalah menjaga dan memastikan keselamatan Tengku Zya. Kalau saya tak ada dengan Tengku Zya, macam mana saya nak pastikan Tengku Zya selamat?" - Qidran. Kadang-kadang, Zya merasakan hidupnya terkongkong dengan kehadiran Qidran di dalam hidupnya. Namun, seiring waktu yang diluang bersama, Zya mula jatuh hati kerana sikap Qidran yang sentiasa bersedia untuk melindungi dirinya. Bagi Qidran, kehadirannya dalam hidup Zya bukanlah satu kebetulan. Dia hadir kerana satu tujuan. Ada dendam yang harus dibalas. Ada keadilan yang harus dituntut bela. Ada pesalah yang harus dihukum. "Bapak saudara dia tu pembunuh, Qidran!" - Wafi. Perasaan yang tumbuh untuk Tengku Zya, adakah perlu dikubur begitu sahaja hanya kerana peristiwa masa lalu yang menyakitkan?
𝑻𝒖𝒏 𝑭𝒂𝒒𝒊𝒉𝒂𝒉 𝑴𝒊𝒍𝒊𝒌 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝒁𝒂𝒏𝒆  by aazrul_zynz
aazrul_zynz
  • WpView
    Reads 922
  • WpVote
    Votes 55
  • WpPart
    Parts 7
Faqihah, seorang pelukis terkenal yang pernah dikhianati cinta, nekad untuk melupakan masa lalu dan hanya fokus membesarkan anaknya, Harrison. Dunia seninya menjadi perlindungan, sehingga kehadiran seorang lelaki bernama Tengku Zane mengganggu ketenangannya. Zane, pewaris empayar perniagaan yang tampan dan sering menjadi perhatian, ternyata bukan seperti lelaki biasa. Setiap kata-katanya mampu mencairkan hati yang beku, dan setiap senyuman nakalnya menjadikan jantung Faqihah berdegup kencang. Tapi, Zane juga ada cara unik untuk membuat Faqihah rasa tak keruan - terutama bila dia dengan sengaja mempamerkan six-pack yang cukup sempurna, seolah-olah mencabar ketahanan hati wanita itu. "Awak nak pegang six-pack saya ke? Tak perlu malu, saya izinkan." Faqihah tahu Zane hanya bergurau, tapi mengapa setiap usikan lelaki itu membuatkan dia rasa tersipu-sipu malu? Namun, di sebalik usikan dan chemistry yang menggila, bahaya mengintai. Bekas suaminya kembali membawa dendam, dan rahsia gelap Zane pula mula terbongkar sedikit demi sedikit. Bolehkah Faqihah bertahan dengan semua dugaan ini, atau adakah hatinya akan terluka sekali lagi? "Tun Faqihah Milik Tengku Zane" adalah kisah cinta yang penuh dengan usikan, ketegangan, dan keberanian untuk mencintai semula selepas terluka.
HUNT HER (ongoing) by Zueikha23
Zueikha23
  • WpView
    Reads 48,787
  • WpVote
    Votes 4,092
  • WpPart
    Parts 25
Action| Romance| Thriller Kisah tentera khas Tunku Izrafiel X Natrah Harnia "Kau dengar sini perempuan, surat cinta kau tu sampah! Sampai mati aku tak akan jatuh cinta dengan perempuan macam kau! Kalau ada kau seorang pun dalam dunia ni, aku tak akan pilih kau!" Tunku Izrafiel Sakit dan kecewa perasaan Natrah Harnia saat perasaan kasihnya di balas dengan cacian. Dia sedar gadis miskin sepertinya tak layak mencintai lelaki seperti Tunku Izrafiel. 10 tahun berlalu. Kisah sedih hidup Natrah Harnia tak pernah berakhir apabila dipaksa berkahwin dengan Jutawan demi melaksanakan hutang Paksu yang tak berhati perut. Saban hari dia diseksa oleh suaminya Dr. Khaleed dan madunya, Julia. Tiada hari yang indah dalam hidup Natrah Harnia. Sehinggalah dia dipertemukan dengan Tunku Izrafiel yang ketika itu sedang bertugas menjalankan misi membanteras pengganas. Ketika nyawa Natrah Harnia di hujung tanduk Tunku Izrafiel muncul sebagai penyelamat. "Kau hutang budi dengan aku." Tunku Izrafiel "Saya tak minta awak selamatkan saya dan saya tak ada duit nak bayar hutang awak."- Natrah Harnia Demi membayar hutang budi Tunku Izrafiel memaksa Natrah Harnia menjadi orang gaji menjaga ibunya yang kurang siuman. Semakin lama mengenali Natrah Harnia, Tunku Izrafiel mula berasa perasaannya pada wanita itu berbeza. Sanggup berhabis hingga jutaan ringgit demi membebaskan wanita itu dari genggaman suami durjana. "Kenapa awak lakukan semua ini, Izrafiel? Jangan ingat sikap baik awak ni, saya akan lupakan kata-kata cacian awak dulu."- Natrah Harnia "Cakap lah apa pun aku nak kau di sini sampai mati."- Tunku Izrafiel Adakah Natrah Harnia akan terselamat daripada suaminya yang kejam? Apakah sengketa yang membuatkan Tunku Izrafiel terlalu membenci Natrah Harnia? Apakah benci akan bertukar cinta?