Done read✔
53 stories
KAU YANG TAK TERGANTI (COMPLETED) ✅️  by Syaf_Asriqa
Syaf_Asriqa
  • WpView
    Reads 226,708
  • WpVote
    Votes 2,696
  • WpPart
    Parts 11
𝙹𝙴𝙱𝙰𝚃 𝙺𝙷𝚄𝚆𝙰𝙸𝙻𝙸𝙳 𝙹𝙰𝚂𝙼𝙸𝙽𝙴 𝚀𝙰𝚂𝚁𝙸𝙽𝙰 𝑲𝒂𝒓𝒚𝒂 𝒊𝒏𝒊 𝒉𝒂𝒏𝒚𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒓𝒆𝒌𝒂𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒔𝒊𝒍 𝒊𝒎𝒂𝒈𝒊𝒏𝒂𝒔𝒊 𝒑𝒆𝒏𝒖𝒍𝒊𝒔 𝒔𝒆𝒎𝒂𝒕𝒂-𝒎𝒂𝒕𝒂. 𝑺𝒊𝒍𝒂 𝒉𝒐𝒓𝒎𝒂𝒕 𝒌𝒂𝒓𝒚𝒂 𝒑𝒆𝒏𝒖𝒍𝒊𝒔 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒔𝒖𝒅𝒂𝒉 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒆𝒓𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒃𝒂𝒄𝒂𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒄𝒂𝒓𝒂 𝒑𝒆𝒓𝒄𝒖𝒎𝒂 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒌𝒂𝒍𝒊𝒂𝒏 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒎𝒆𝒎𝒑𝒍𝒂𝒈𝒊𝒂𝒕 𝒌𝒂𝒓𝒚𝒂 𝒊𝒏𝒊. 𝑻𝒆𝒓𝒊𝒎𝒂 𝒌𝒂𝒔𝒊𝒉 𝙶𝙴𝙽𝚁𝙴: 𝚁𝙾𝙼𝙰𝙽𝙲𝙴/𝚃𝚁𝙰𝙶𝙴𝙳𝙸/𝙼𝙸𝚂𝚃𝙴𝚁𝙸 𝙼𝚄𝙻𝙰: 25 JUN 2024 TAMAT: 11 FEBRUARI 2025
UNKNOWN [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,142,785
  • WpVote
    Votes 90,854
  • WpPart
    Parts 71
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat! Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA. pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya. "Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI "Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ. Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka. Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas. "Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala. Memang introvert. "Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata... "Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng? "Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."
Lost In Revenge  (TERBIT) by MySerraa
MySerraa
  • WpView
    Reads 1,932,486
  • WpVote
    Votes 13,462
  • WpPart
    Parts 12
[ Book 3 ] Randika Daniel- sebaris nama, dua patah kata namun siapa sangka mampu menggerunkan hati yang melihatnya. Beku. Itulah definisi yang sesuai untuk menggambarkan dia. Tiada siapa tahu apa yang berada di dalam benak fikiran lelaki itu. Semuanya diluar jangkaan manusia. Wajah yang langsung tidak tercalit sebarang senyuman mahupun reaksi. Sejarah hitam yang menghantuinya membuatkan seorang Randika Daniel berubah menjadi lelaki yang tidak berperasaan. Dendam yang disimpan di jiwa yang paling dalam tidak akan dihapus selagi belum dilunas secukupnya. Itulah matlamat hidup Randika Daniel. Larissa Cyra- seorang gadis yang sangat menjaga adab dan batasnya terutama sekali dengan ajnabi. Disebabkan pemakaiannya yang sentiasa terjaga dan menutup aurat, membuatkannya dipandang hormat oleh orang sekeliling. Seorang yang lemah lembut dan disenangi. Namun, siapa sangka gadis polos sepertinya mempunyai kisah silam yang paling gelap? Dosa yang dilakukan menjadikannya seolah-olah dialah manusia paling hina di atas muka bumi. Betullah seperti yang selalu diperkatakan, manusia tidak akan pernah lari dari membuat kesilapan, yang membezakan sesama manusia adalah dosa yang dilakukan. Kisah dua manusia yang melalui titik-titik hitam dalam hidup mereka sehingga dipertemukan bersama, mampukah mereka terus reda dengan nasib yang ditimpa? Adakah ujian yang diturunkan itu akan mendekatkan mereka ke arah Tuhan atau sebaliknya? 🥇 Highest ranking no. 1 in 𝐬𝐚𝐝 ( 30/10/2022 ) 🥇 Highest ranking no. 1 in 𝐥𝐨𝐯𝐞 ( 4/11/2022 ) 🥇 Highest ranking no. 1 in 𝐫𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 ( 6/11/2022 ) 🥇 Highest ranking no. 1 in 𝐭𝐫𝐚𝐮𝐦𝐚 ( 24/11/2022 ) 🥇 Highest ranking no. 1 in 𝐡𝐮𝐫𝐭 ( 4/12/2022 ) 🥇 Highest ranking no. 1 in 𝐞𝐠𝐨 ( 25/4/2023 )
[B1] MAHFUZ (TERBIT) by bellofa
bellofa
  • WpView
    Reads 3,160,105
  • WpVote
    Votes 36,259
  • WpPart
    Parts 16
(2020 - belum di-edit. Ayat berterabur) "Mungkin sudah tertulis disana, kau dan aku bukan takdir" - kawasan bahaya HAHA
[B2] LUTHFI √ (UNEDITED) by bellofa
bellofa
  • WpView
    Reads 1,454,238
  • WpVote
    Votes 143,246
  • WpPart
    Parts 74
Baca Mahfuz dulu. Nak kenal siapa Eshan, baca book 1. Jangan skip, nanti tak tahu apa-apa hehe. Kawasan bahaya! HAHA.
[C] Please Remember  by niksaera
niksaera
  • WpView
    Reads 240,197
  • WpVote
    Votes 7,483
  • WpPart
    Parts 80
𝐐𝐀𝐈𝐑𝐔𝐋 𝐀𝐑𝐒𝐇𝐀𝐃 | 𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Hanan Zulaikha (Ikha), mahu atau tidak dia perlu menerima demi menjaga hati keluarga angkatnya. Walaupun di usia muda, namun demi keluarga angkatnya yang telah banyak berjasa dan menjaganya dari kecil dia tidak sanggup untuk melukakan hati mereka. Jika itu yang terbaik, Hanan terima dengan hati yang terbuka. Qairul Arshad (Shad). Seorang lelaki yang amat tegas dan dingin itu lah tabiatnya. Hari berganti hari, dia menerima kejutan yang boleh membuatkan kehidupannya berubah. Gadis yang bernama Hanan Zulaikha itu telah membuatkan hidupnya kucar-kacir dan dalam jiwanya tersemai satu kebencian buat gadis itu. "Kau! Disebabkan kau hidup aku musnah! Kalau kau tolak permintaan keluarga kau, semua ni takkan jadi!" - QAIRUL ARSHAD "A...awak sakit. Tsk! " - HANAN ZULAIKHA "Hati aku lagi sakit bila terkenangkan semua ni! Disebabkan kau... hidup aku musnah! " - QAIRUL ARSHAD Setelah hidup bersama Qairul ternyata impiannya lesap. Tidak lama kemudian abang angkat Hanan hadir kembali setelah berbulan tidak bersemuka. Hati milik Syazryl Iman berkecai saat kebenaran mula terbongkar. "Adik, abang sayangkan adik. Kenapa adik tak tunggu abang? " - SHAZRYL IMAN "A...adik minta maaf. Bukan niat adik nak jadi macam ni." - HANAN ZULAIKHA Saat mereka ingin kecapi kebahagiaan satu demi satu masalah datang. Masihkah ada sinar bahagia untuk mereka? ___
MR PIRATE [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 5,675,404
  • WpVote
    Votes 407,747
  • WpPart
    Parts 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatkan Husna teringat sampai sekarang. Mengapa Mr Blue? Kerana di dalam mimpi indah itu cuma menampakkan mata biru yang dianugerahkan buat lelaki itu. Sangat cantik. Buatkan dia jatuh cinta pada pandangan kali pertama mata mereka bertembung. Dan dia pasti, bukan cuma dia sahaja yang merasakan perasaan aneh itu. "Salah satu kenangan yang mahal. Adalah pertemuan kita."- misteri. Kemunculan Nathan iaitu bakal Ceo Ocean Resort, buatkan Husna semakin yakin jodohnya berada di jarak yang dekat. Lelaki itu juga memiliki mata biru sama seperti mimpinya. Namun disaat dia ingin meluahkan isi yang terbuku dihati, nasib malang menimpa diri sendiri. Dia terperangkap ditengah-tengah pulau. Atau lebih menakutkan, di kawasan zone merah. "Sudah nama pun Lanun. Kalau jumpa sesuatu yang berharga, tak mungkin aku akan lepaskan. Rugilah kalau macam itu."- Lanun "Saya akan cari jalan keluar walau apa pun caranya asalkan bukan tinggal dekat tempat miskin ni!"- HUSNA "Kalo kau mau keluar, keluarlah, tapi kalo aku jumpa kau balik. Memang teruk nasib kau nanti aku kerjakan."-LANUN Si Lanun itu memang lelaki tak mempunyai hati. Kalau ada pun, mungkin dah digoreng dengan minyak tanah. Egh, boleh jadi gila kalau dia terus tinggal di kampung kecil ini. "Sampai bila lagi kita nak tunggu, pa? Nasib Husna dalam bahaya. Kita kena selamatkan dia sekarang!"-Nathan "Siapa aje yang boleh hidup dekat tengah-tengah pulau sana? Mungkin Husna dah mati lemas?"- Datin Khadijah Apakah nasib malang yang bakal menimpa Husna? Adakah dia menjadi tawanan si Lanun atau sebaliknya? "Kenapa awak tutup sebelah mata ek? Saja nak acah-acah Lanun?"-Husna "Setiap cacat cela yang dilahirkan bersama ada keistimewaannya. Dan istimewa tu hanya untuk yang teristimewa juga."-Lanun Siapakah Mr Blue yang sebenarnya? "It's you?!"-Husna