to read 🧚🏻
181 stories
Hana & CEO: Cinta Wasiat by Monggoljb83
Monggoljb83
  • WpView
    Reads 1,292
  • WpVote
    Votes 25
  • WpPart
    Parts 49
Armand Harith, CEO muda yang dingin dan garang, baru saja memenangi tender mega Smart City yang bakal mengangkat syarikatnya ke tahap global. Tapi semuanya berubah apabila satu wasiat pelik arwah datuknya muncul - untuk mewarisi harta keluarga, Armand wajib kahwin dengan cucu sahabat lama datuknya. Hana Aiman, gadis biasa, anak tunggal yang hidup susah demi menjaga ayah sakit, muncul sebagai calon PA CEO. Dengan tudung senget dan fail lusuh, Hana tak tahu dia sebenarnya kunci kepada syarat warisan itu. Dari PA jadi isteri kontrak, hubungan mereka penuh konflik - Armand dingin, Hana cuba menggoda. Di pejabat, gosip panas; di rumah, keheningan yang memuncak menjadi adegan ehem yang cukup buat pembaca tersipu. Apabila syarikat hampir jatuh, Hana bangkit jadi penyelamat dan isteri setia. Akhirnya ais hati Armand cair, dan cinta sebenar pun tercipta. Tapi ingat, bab ehem tu, jangan bagi adik baca!
Antara Benci Dan Rindu | REVAMP | COMPLETED by Idafarisya
Idafarisya
  • WpView
    Reads 2,378
  • WpVote
    Votes 60
  • WpPart
    Parts 21
Nur Zalifah tidak menyangka, perjumpaan semula dengan bekas adik ipar setelah 5 tahun adalah permulaan baru dalam episod hidupnya. Bermula dari situlah sosok seorang lelaki yang paling dibenci mula memasuki ruang hidupnya. Yusrizal adalah bekas suaminya. Mereka berkahwin atas desakan keluarga. Sedangkan kala itu Yusrizal sudah punya teman wanita. Dirinya tidak pernah dicintai. Diherdik dan dihina sudah menjadi makanannya setiap hari semenjak menjadi isteri lelaki itu. Kemuncaknya, dia diceraikan dan dihalau dari rumah dengan penuh kejam hanya kerana Yusrizal tertangkap sedang melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam rumah mereka. "Sejak kau hadir dalam hidup aku semuanya porak-peranda. Mulai hari ni aku tak mahu tengok lagi muka kau kat sini. Berambus kau dari hidup aku. bukan saja muka kau malah bayang kau pun aku tak mahu tengok! Mulai hari ni kau bukan isteri aku lagi. Aku ceraikan kau!! Pergilah mana kau nak pergi. Aku tak peduli lagi!! Sekarang berambus!!" - Yusrizal Tapi kini dirinya diigini semula. Sebagai seseorang yang telah terlalu banyak terluka, sudah pastilah dirinya menolak sekeras-kerasnya. "Look, apa pun alasannya saya tetap takkan kahwin dengan awak. Awak pergilah cari perempuan lain yang lebih sepadan dengan awak. Yang boleh tahan dengan sikap awak. Terus terang saya tak sanggup nak hadap perangai awak yang kaki perempuan tu." - Nur Zalifah Ternyata takdir berkata lain. Suatu peristiwa yang terjadi telah menyebabkan Nur Zalifah terpaksa menerima Yusrizal sebagai suaminya semula. Namun kali ini dia bertekad untuk tidak akan lemah lagi. Dia akan bangkit melawan dan tidak akan membiarkan dirinya dibuli lagi. Dia akan pastikan Yusrizal menyesal kerana telah menjeratnya dalam perkahwinan ini! Bersedialah...
His Love : Ayaaz Mateen || C by lyshe_
lyshe_
  • WpView
    Reads 198,455
  • WpVote
    Votes 5,925
  • WpPart
    Parts 68
[ Stand alone series ] Book 1 || In editing for a new version on 31/12❗ "​𝐘​𝐨​𝐮​ ​𝐧​𝐞​𝐞​𝐝​ ​𝐬​𝐨​𝐦​𝐞​𝐨​𝐧​𝐞​ ​𝐢​𝐧​ ​𝐲​𝐨​𝐮​𝐫​ ​𝐥​𝐢​𝐟​𝐞​ ​𝐚​𝐧​𝐝​ ​𝐢​𝐭​'​𝐬​ ​𝐦​𝐞​ ​𝐛​𝐚​𝐛​𝐲​"​ "Hayla sebenarnya cintakan abang.." -Hayla Trisnie "Abang tak boleh terima cinta Hayla. Maafkan abang, Hayla. Abang hanya anggap Hayla sebagai adik abang..." -Ayaaz Mateen Dia tahu perasaan itu bukan kehendak dia tapi kenapa jejaka itu tidak boleh menerima perasaan dia ? Adakah kerana dia tidak sesempurna wanita lain ? Atau lelaki itu bukan tercipta untuk dirinya atau untuk orang lain ? Mengapa dirinya selalu memikirkan jejaka tersebut. Jejaka yang sudah berjaya memikat hatinya. Kini dia benar-benar jatuh cinta jadi dia akan mengejar cinta nya sampai dia dapat... Dia tidak akan berputus asa dan akan membuatkan jejaka itu cintakan dia. Tapi tanpa dia sedar. Jejaka itu juga sudah jatuh cinta padanya cuma jejaka itu trauma dengan sesuatu hubungan... "Why masa Hayla confess dulu abang tak accept pun. But now abang pula yang confess kat Hayla..." -Hayla Trisnie "Because abang tak suka perempuan confess dulu. Abang lebih suka lelaki yang confess dulu. Jadi sebab tu abang reject but now...i really love you baby" -Ayaaz Mateen Adakah mereka akan bersama hingga ke akhir hayat mereka ? -TOP 1 IN WATTPADSTORY -TOP 1 IN LOVE -TOP 1 IN LOVING -TOP 1 IN CUTE -TOP 1 IN SAD
 ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit) by CikMizz
CikMizz
  • WpView
    Reads 177,994
  • WpVote
    Votes 4,757
  • WpPart
    Parts 53
[Author gila sikit..Sinopsis sentiasa berubah-ubah] Seorang gadis lepasan ijazah sarjana muda perniagaan dan kewangan yang ingin mencari pekerjaan sebagai akauntan di sebuah syarikat yang dikenali ramai iaitu ARNIS Holdings yang diusahakan oleh usahawan terkenal di tanah Air malahan di luar negara. Namun nasib tidak menyebelahinya kerana dia lewat ke temuduga dengan insiden yang tidak diduga pada hari dimana dia perlu pergi temuduga tersebut dengan segera. "Hish!berani dia langgar cik Kiah aku ni!tahu la kereta mahal tapi agak-agak la!adab tu dekat mana?"-Orked Imani. "Dia mama Isya!Isya nak mama!!"-Tengku Irsya Syah. Sampai la satu masa yang dia terpaksa membuat perjanjian untuk menjadi seorang babysitter tanpa apa-apa sijil yang berkaitan dengan kanak-kanak. "Only 3months Cik bunga.I know my daughter."-Tengku Aryan Syah. "Kau serious ke Orked?nak jadi babysitter kepada Boss Hot tu?Wow kalau aku jadi kau kan.."-Humairah. Dalam pekerjaan yang berlandaskan dengan perjanjian bodoh yang dia dan encik dingin plus hot tu,bermula la benih-benih cinta yang hadir dalam diri memasing.Tambahan pula Orked Imani memiliki wajah yang seiras dengan arwah isterinya. "No Aryan!dia bukan Anis!!No!!"-Tengku Aryan Syah. "Kenapa aku boleh suka mamat yang dingin macam batu tu?"-Orked Imani. "Umi nak Aryan kahwin dengan menantu pilihan umi..bukan dengan perempuan yang tak cukup kain macam Amber tu. Lagipun dia bukan perempuan yang baik. "-Tengku Salmah. Namun setiap kehidupan seseorang itu seharusnya mesti ada orang ketiga. "Dia akan jadi milik aku!"-Amber. "Perempuan tu memang gila ea?"-Orked Imani "Aku tak akan bagikan kebahagiaan itu dekat perempuan macam kau!"-Iera. mampukah Orked Imani boleh menjadi babysitter yang bertawliah dan menahan hatinya untuk encik dingin itu?mampukah Aryan melupakan kisah lama dan menerima Orked?mampukah mereka? ⚠Dilarang di plagiat ⚠️Awas ada kata-kata carutan/kesat Start writing 26August2018💞
MR. ASH SEBELAH RUMAH by Blackcurrant01
Blackcurrant01
  • WpView
    Reads 114,340
  • WpVote
    Votes 3,606
  • WpPart
    Parts 54
Anak bongsu Pakcik Yusuf sebelah rumah sudah lama berada di luar negara dan baru ini dia akhirnya pulang ke Malaysia. Sekarang ini dia tinggal bersama ibu bapa dia, jiran sebelah kami sekeluarga. Tak kuasa lah pula aku nak korek cerita disebalik kepulangannya ke pangkuan keluarga atau sebab dia tinggal di luar negara selama hampir sepuluh tahun. Aku ini bukannya jenis yang suka jaga tepi kain orang. Kami pun baru sahaja lima tahun menghuni di kawasan perumahan ini. Tetapi satu yang aku pasti, mulut dia perlu disumbat dengan tisu! Tidak sudah-sudah mahu menyakat orang. Elok saja dia nampak aku berada di luar rumah, pasti ada saja yang nak dikatakan. "Hah, nak pergi mana pulak tu? Dah nak maghrib ni," - ASH "Suka hati oranglah nak pergi mana pun. Sibuk je." - IJA "Kenalah sibuk, awak tu bakal isteri saya tahu tak?" - ASH Ish, merepek sajalah anak Pakcik Yusuf seorang ini! Aku bukanlah tidak mahu berbaik dengan jiran aku yang seorang ini, tetapi sudah terkena masa dia baru saja pindah ke sini. Belum sempat pun lagi mahu berkenalan dengan si dia, sudah disakat. "Assalamualaikum, tengah buat apa tu?"- IJA "Waalaikumussalam. Tengah basuh pinggan, sayang. Meh lah, tolong saya."- ASH Tanpa aku sedar, sudah lama dia merancang. Sedang kami di alam bahagia, datang pula api-api yang cuba membakar mahligai yang kami bina. Mampukah aku pertahankan hubungan kami daripada hasad dengki manusia?
Takdir Dia by nurinnzulkifli
nurinnzulkifli
  • WpView
    Reads 337,311
  • WpVote
    Votes 11,687
  • WpPart
    Parts 82
Aisy Wardina, seorang pengusaha homemade cake bersama sahabatnya, Dahlia. Kek mereka dilabelkan sebagai kek laku keras di Bandaraya Kuala Lumpur itu. Mana tidaknya, rasa kek mereka yang sedap dan tak terlalu manis itu sentiasa menjadi sebutan orang ramai. Tambah pula dengan harga yang murah! Pertemuan dengan Irfan Fakhri, anak bongsu Datin Fatiha yang merupakan salah seorang wanita tersohor yang menempah keknya, membuat hatinya jadi tak keruan. Jika mahu dibandingkan Fakhri dengan abangnya, Farhan, memang seperti langit dan bumi. Farhan beku, dingin. Fakhri pula baik dan sopan, bukan macam abangnya! Insiden yang 'hampir sama' menemukan Aisy dan Farhan, begitu jua menemukan Aisy dan Fakhri. "Weh, kau buta ke apa? Tak nampak aku tengah reverse kereta?" - Izz Farhan "Sorry, saya betul-betul tak sengaja! Awak okay?" - Irfan Fakhri Baik betul Fakhri, Aisy yang bersalah tapi dia pula yang minta maaf. Jatuh hati? Aisy keliru dengan perasannya. Kenapa semudah itu hatinya terbuka untuk mencintai lelaki? Selama ini, hatinya itu dibiarkan saja kosong tanpa penghuni. "Ri tak sayang Aisy. Kalau tak sayang, macam mana nak kahwin?" - Irfan Fakhri Rupanya dalam diam, Fakhri menyimpan rasa terhadap Fiya, tunang abangnya. Aisy pula bertepuk sebelah tangan dalam menyimpan rasa. Kecewa? Tidaklah sampai begitu sekali. Aisy percaya, apa yang digariskan oleh Tuhan itu baik-baik belaka. Siapa sangka, Aisy bertemu jodoh dengan Farhan. Namun, bahagia memang jauh dari sangkaannya. Farhan masih menyimpan hati terhadap Fiya. Dalam hatinya cuma Fiya, Fiya dan Fiya. Walaupun Fiya sudah menjadi adik iparnya sendiri. Ya, Fiya disatukan dengan Fakhri. "Kau jangan ingat kau dah menang." - Izz Farhan "Terima jelah kau tak ada jodoh dengan Fiya." - Irfan Fakhri Mampukah Farhan menerima kenyataan itu? Aisy pula, bahagiakah dia saat terasa dirinya semakin terpinggir? Mampukah dia bertahan ketika diuji buat kesekian kalinya?
MIKAEL'S : His Everlasting Love (TERBIT) by Missailynn
Missailynn
  • WpView
    Reads 705,093
  • WpVote
    Votes 817
  • WpPart
    Parts 2
RAJA MIKAEL x QASEH AMANDA "Forever hers, even in silence" PBAKL 2025
MARIPOSA MILIK MIKHAEL | TERBIT by luvleytien
luvleytien
  • WpView
    Reads 2,284,437
  • WpVote
    Votes 19,066
  • WpPart
    Parts 12
"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for my falling in love?" - Fawwaz Mikhael "I don't want a husband who honors me as a queen if he does not love me as a woman." - Yara Alyssa Start : 17 December 2023 End : 29 Jun 2024
[C || TERBIT] CINTA YANG TIDAK TERGAPAI by nurailirmela
nurailirmela
  • WpView
    Reads 1,339,929
  • WpVote
    Votes 7,918
  • WpPart
    Parts 12
Ezzaq Qayyum, Fayyad Hazim serta Alayya Dafeena merupakan sahabat baik di pusat jagaan anak yatim. Hubungan persahabatan yang terjalin sejak kecil membawa ketiga mereka layari kehidupan dewasa bersama, berjaya raih pekerjaan yang hebat pada mata masyarakat. "Sejujurnya, Fayyad dah lama sukakan Alayya" - Fayyad Hazim. Luahan hati Fayyad membawa Alayya pada awan-awangan. Tidak sangka...rupanya Alayya tidak bertepuk sebelah tangan. Hubungan kedua mereka semakin akrab, membiarkan Ezzaq sendirian bersama kesibukannya sebagai pegawai unit beruniform. Tarikh perkahwinan Fayyad serta Alayya semakin hampir. Berbaki 2 bulan sebelum majlis penuh indah itu, Alayya dikejutkan dengan kebocoran rahsia Fayyad. "Begitu mudah kau tikam belakang kawan kau, Ezzaq!" - Alayya Dafeena. "Aku yang tikam belakang Fayyad? Sedangkan Fayyad yang mulakan semua permainan ini. Aku! Aku lah mangsa sebenar!" - Ezzaq Qayyum. Permintaan terakhir Fayyad terpaksa dikabulkan oleh Alayya atas dasar cinta. Majlis pernikahan tetap berlangsung. Namun, Alayya dinikahkan bersama Ezzaq dan bukannya Fayyad Hazim. Rumahtangga yang di bina tidaklah seperti yang Ezzaq inginkan. Namun, jejaka ini tetap berusaha untuk beri yang terbaik buat wanitanya. Berbulan hubungan itu berlanjutan, tidak pernah sekalipun, Alayya cuba untuk terima Ezzaq sebagai suami. "Pegawai Khas Ezzaq Qayyum bin Ahmad Mifzal hilang sewaktu jalankan tugas menyelamatkan tahanan Malaysia" Hati Alayya rapuh. Saat itu, baru Alayya sedar akan silapnya pada sang suami. Doa tidak pernah putus dipanjatkan buat Ezzaq di sana. Persoalannya, adakah Alayya layak terima peluang kedua? Rahsia apa yang di simpan oleh Fayyad Hazim? Dan kemana...Fayyad menghilang?
[EBOOK] RAYYAN MIKHAEL : HIS LITTLE MAID  by queenyikah_
queenyikah_
  • WpView
    Reads 418,772
  • WpVote
    Votes 2,760
  • WpPart
    Parts 8
Dia pembantu rumah. Dia anak majikan. Dan perasaan itu... tak sepatutnya wujud. Mya Elmira hanya mahu menjalani hidup dengan aman. Patuh, diam, dan tidak menimbulkan masalah. Itu prinsipnya sejak bekerja di rumah keluarga Rayyan Mikhael. Namun segalanya berubah apabila Rayyan Mikhael pulang. Dingin, baran dan penuh ego, Rayyan tidak pernah memandang Mya sebagai sesiapa yang penting. Tetapi semakin dia cuba menjarakkan diri, semakin kuat Mya hadir dalam hidupnya. Di antara jeritan, salah faham dan jurang status, lahir satu perasaan yang tidak pernah dirancang. Apabila cinta mula menuntut keberanian, adakah Rayyan sanggup melawan dunia demi gadis yang dipanggil his little maid? _______________________________________ ⚠️PEMBACA MATANG. ⚠️CERITA INI REKAAN SEMATA MATA. ⚠️PERGI JAUH LA ASYIK NAK SERIUS JE. ⚠️MAAF KESALAHAN TYPO DAN TATABAHASA. ⚠️JALAN CERITA AGAK CRINGE KALAU TAK SUKA BOLEH STOP BACA.