NawarSakura's Reading List
6 stories
CODE NAME: RYZEN [TERBIT NOVEL FIZIKAL] by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 163,442
  • WpVote
    Votes 5,311
  • WpPart
    Parts 14
Kehidupan ibarat permainan catur. Setiap strategi mempengaruhi hasil akhir. Harraz Zayne, code name Ryzen. Seorang ejen perisik lapangan terlatih yang sentiasa menjadikan misi sebagai keutamaan. Namun, pertemuannya dengan Shafa Raisha sungguh menggugat rasa sehingga dia rela dirinya dijadikan perisai buat gadis tersebut. Shafa Raisha, code name Shaurin. Juga seorang ejen perisik tetapi memiliki kepakaran dalam penyamaran. Tanpa disedari, pertemuannya dengan Harraz Zayne bukanlah kebetulan sebaliknya dirancang oleh seseorang. Yang tersembunyi kerana sesuatu yang ada padanya. "Kenapa kau selamatkan aku?" - SHAFA RAISHA Kes yang disiasat menyebabkan takdir antara mereka saling bertingkah. Insiden demi insiden yang berlaku sungguh menimbulkan tanda tanya. Tindakan drastik dalam membanteras jenayah terpaksa diambil oleh Harraz Zayne dan Shafa Raisha walaupun terpaksa membahayakan nyawa masing-masing. Masalah bertambah berat apabila seorang lelaki iblis bertopengkan malaikat mentargetkan Shafa Raisha. Mulut kata sayang tapi hati sebaliknya. Di depan kata cinta tapi di belakang lain pula ceritanya. Obsesinya begitu terserlah sehingga nyawa ibarat mainan! Shafa Raisha terperangkap dalam permainan kotor lelaki tersebut. Keadaan itu menjadikan Harraz Zayne terpaksa menunjukkan identitinya yang terlipat kemas daripada pengetahuan sesiapa pun. Siapa sebenarnya seorang jejaka yang bernama Harraz Zayne itu? Adakah benar dia hanyalah seorang ejen perisik seperti sangkaan Shafa Raisha selama ini? "Aku takkan benarkan kau dirampas oleh Nasrun." - HARRAZ ZAYNE. Dapatkah mereka menumpaskan musuh apabila bantuan yang dipinta tidak kunjung tiba? Tercapaikah target mereka untuk menutup kes dalam tempoh masa yang diberi oleh ketua masing-masing? Kanan dan kiri, musuh sentiasa mengintai. Asakan juga datang dari pelbagai arah. Melindungi dan memiliki, takdir antara mereka sungguh mencabar! Terbitan: Fajar Pakeer
Tawanan Hati Afeef Anaqi || [c] by luvvainyn
luvvainyn
  • WpView
    Reads 593,725
  • WpVote
    Votes 44,872
  • WpPart
    Parts 40
Tawanan Series; || || || Peristiwa hitam itu datang lagi. Si dia yang dulunya menghilang kini bertindak sebagai watak utama. Ini bukan kisah sesiapa melainkan tentang seorang perempuan yang sanggup keluar dari kemewahannya lalu hidup semula dengan kekosongan bersama orang asing. Semata demi mengelak dari terjerumus ke dalam hidup syaitan yang bertopengkan manusia. "Tolong aku untuk lindungi aku dari dia. Jaga aku dan aku akan jaga kau. Boleh ya?" Alva Areeya "Saya lelaki yang biarkan awak tenggelam dengan masa lampau,"
How To Become A Doctor✔️ by SequinHesteria
SequinHesteria
  • WpView
    Reads 2,317
  • WpVote
    Votes 237
  • WpPart
    Parts 21
Menjadi doktor adalah salah satu profesion berprestij yang tidak bergaji tinggi tetapi juga mendapat penghormatan terutama ketika anda cekap dan cekap. Doktor memainkan peranan penting dalam kehidupan kita, tidak kira usia, latar belakang budaya atau keperluan perubatan kita. Mereka prihatin terhadap kesihatan dan menasihati orang-orang tentang bagaimana menjaga kehidupan yang sihat. Sama ada anda ingin menjadi seorang doktor haiwan, seorang jururawat atau doktor naturopathic di mana-mana negara seperti Amerika Syarikat atau Kanada, terdapat langkah-langkah yang diperuntukkan bagi setiap orang. Jadi jika anda berminat untuk mengetahui Berapa lamakah diperlukan untuk menjadi Doktor dalam mana-mana bidang ini, artikel ini adalah untuk anda. Oleh itu, jawatan ini memberikan anda wawasan tentang Berapa lamakah diperlukan untuk menjadi Doktor dalam bidang yang berbeza. Berikut adalah gambaran keseluruhan apa yang diharapkan daripada jawatan ini. COMPLETED STORY : 31 MARCH 2021
Mr.Doctor vs Mrs.Engineer [Completed] by bluedays_
bluedays_
  • WpView
    Reads 265,815
  • WpVote
    Votes 6,834
  • WpPart
    Parts 25
Puteri Nur Balqis seorang gadis yang hanya fokus kepada kerjaya apabila masuk umurnya 25 tahun ibu dan ayahnya mula bebel soal jodoh. Dia tidak mahu memikirkan soal itu lagi. Balqis terpaksa berpindah ke apartment yang tidak jauh dari rumah ibu dan ayahnya kerana tidak mahu dibebel oleh mereka. Johan Akim seorang doktor bedah yang tercontoh di Hospital Mutiara. Tapi masalahnya adalah tentang jodoh. Semua orang pasti akan menanyakan soal itu apabila berjumpa dengannya. Johan tidak mahu memikirkan tentang itu kerana dia tahu jodoh itu akan datang juga. Jangan jadi silent reader. Vote dan komen sekali. Peace no war.
Mr. Doctor untuk Miss Practical ✔ by Riff_Iffa
Riff_Iffa
  • WpView
    Reads 2,689,934
  • WpVote
    Votes 102,154
  • WpPart
    Parts 74
cerita ini bknlah fakta dan saya tahu ianya salah yg teramat sgt. Jdi mohon anda bca secara santai dan anggap sahaja ini cerita imaginasi Mengisahkan seorang gadis yang periang, berdikari dan berani. Bernama Amira Fadhiya atau lebih dikenali Dhiya. Baru menamatkan pengajiannya dalam bidang perubatan. Tamat sahaja pengajian, ayahnya menawarkan Dhiya untuk bekerja di hospital papanya. Dhiya ditawarkan jawatan sebagai pakar bedah jantung oleh ayahnya tetapi ditolaknya atas dasar tidak mahu jawatan tersebut dipilih kerana dia anak kepada pengarah hospital. Dia berasakan dia tidak layak mendapat jawatan tersebut dengan begitu mudah. Jadi, Dhiya memilih jawatan sebagai seorang Medical Assistant (M.A). Baginya jawatan tersebut layak untuknya di samping dia dapat lebih banyak pengalaman sekiranya bertugas di jawatan yang agak bawah berbanding doktor. Malangnya, dia terpaksa bertugas di bawah pantauan oleh seorang doktor lelaki pakar bedah jantung yang tegas dan menjengkelkan. Malah, dia juga merahsiakan identitinya bahawa dia anak kepada pengarah hospital. Tetapi rahsianya mulai terbongkar sehingga dia terjerat dengan suatu perkahwinan yang dirancang oleh papanya. Nak tahu siapa doktor lelaki tu? Nak tahu macam mana identiti Dhiya terbongkar? So, baca ja la novel ni. ................................................................... "Aku nak hari ni kau stay dekat hospital sampai pukul 8 malam. Kau kena ikut kemana je aku pergi." Ujar Zariq dengan senyuman sinis. "But.. Why?" Soal Dhiya terkejut. What?! Kena stay dengan dia sampai pukul 8 malam? Tak sanggup aku. Siap kena ikut dia lagi. No.. no.. NO! COMPLETED Start: November 2017 End: 5 April 2020
My Belahan Jiwa by NawarSakura
NawarSakura
  • WpView
    Reads 502
  • WpVote
    Votes 51
  • WpPart
    Parts 29
~ Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat pengajaran darinya dan apabila kita bertemu dengan jodoh kita yang sebenar, kita akan bersyukur dengan ketentuanNya ~ ~ Allah tetapkan kita bertemu dengan jodoh kita bertepatan dengan keadaan dan waktunya ~ ~ Ketika Allah tahu kita sudah bersedia sepenuhnya untuk melayari alam perkahwinan maka Allah akan pertemukan kita dengan seseorang yang selayaknya ~