my favourite book
3 stories
CINTA HARUS MEMILIKI by dearnovels
dearnovels
  • WpView
    Reads 8,771
  • WpVote
    Votes 135
  • WpPart
    Parts 16
Tajuk: CINTA HARUS MEMILIKI Penulis: ZAZA QRY Harga: RM25 / RM28 Adlila dicurangi tunangnya, Falik. Daripada mahu menangisi kecurangan Falik, Adlila bertindak memaksa Falik membayar wang yang telah dia habiskan untuk Falik semasa tunangnya itu belajar di luar negara. Ketika menuntut wangnya, Adlila terjumpa dengan Darrin, seorang mat salih yang pandai bercakap bahasa Melayu dalam dialek Terengganu. Kerana Falik, mereka berdua terikat bersama. Walaupun Adlila mengelak seribu kali, dua kali ganda pula mereka akan terjumpa. Kalau sudah tertulisnya jodohnya, maka jadilah. "Kalau dah nama mat saleh gila, memang gilalah lagaknya." - Adlila "You suka dengan perkataan gila eh, selalu sebut gila. Dan satu lagi I nak betulkan you. I bukan mat salih, I lelaki Inggeris. Kami berbeza tau. - Darrin Itulah puncanya Adlila tak mahukan Darrin. Dia tak suka! Dalam tak suka boleh juga Adlila bergelar isteri kepada Darrin. Kelembutan Darrin menyejukkan Adlila yang selalu baran. Lila Honey, panggilan Darrin kepadanya buatkan Adlila meloya. "Tak payah tambah honey kat belakang tu. Nama aku Lila saja." - Adlila "I suka, honey tu nampak manis untuk you yang tak berapa nak manis." - Darrin Untuk melanggan http://www.wasap.my/+60132588069 http://www.wasap.my/+60132588069 http://www.wasap.my/+60132588069
SETELAH TERLAFAZNYA AKAD by dearnovels
dearnovels
  • WpView
    Reads 282,095
  • WpVote
    Votes 1,746
  • WpPart
    Parts 11
WHATSAPP 013 2588069 WWW.DEARNOVELS.MY Tajuk: SAAT TERLAFAZNYA AKAD Penulis: Anna Milia ISBN: 978-967-2116-14-1 Harga: RM24.00 / RM27.00 Berkahwin dengan Nawal si berhingus hijau tu? Memang taklah. Budak perempuan itu mencacatkan keindahan zaman kanak-kanaknya. Namun, apabila Nawal dengan senang hati menerima pinangan dan umi main peras ugut, Hanan tidak ada pilihan. Bagi Nawal pula, dia terpaksa menerima pinangan keluarga Hanan demi menutup satu rahsia besar. Ikutkan hati, tak sudi dia berlakikan Hanan si lembik yang selalu merajuk. Apa susah? Buatlah macam main pondok-pondok dulu. Mereka kan sudah sepuluh kali kut berkahwin sebelum ini. Apabila, bergaduh, larilah balik rumah masing-masing. "Awak kena masak setiap hari. Tak pakai dah jadual yang kita buat tu. Semua kerja rumah awak kena buat seorang. Kita kena duduk sebilik. Kena berlakon yang kita pasangan paling bahagia di muka bumi ni." - Hanan "Beres!" - Nawal Apa yang berada dalam gambaran minda Hanan dan Nawal sama sekali tidak benar. Kali ini berlainan benar karakter masing-masing. Hanan dengan sikap terlalu melindungi. Nawal pula dengan bajet isteri mithali. Lalu, mereka pun melayari alam rumahtangga dalam versi mereka sendiri. Tetapi, kali ini Nawal tidak lagi berkahwin pondok apabila dia jatuh cinta berkali-kali dengan Hanan. Dia tidak rela berpisah dengan Hanan. Untuk itu, dia perlu menjadi wanita sempurna di mata lelaki itu. Namun, hati Hanan tetap untuk bekas isterinya dan anak mereka.
Cinta Si Troublemaker✔ by kimiafina
kimiafina
  • WpView
    Reads 367,896
  • WpVote
    Votes 23,948
  • WpPart
    Parts 78
❌DILARANG UNTUK DITIRU SAMA SEKALI ❗CERITA INI 100% DIKERAH DARI OTAK SAYA -TOP 1 KING OF THE BEST TEEN FICTION OF NOVELIS AWARD "Kauorang nak tau tak ni, muka siapa? "-IMAN IMANI "Saya tak taulah pula muka Firash macam tu, "-USTAZ HALIM Bila Iman Imani dan Firash Amjad bertemu memang tiada benda lain lagi kalau bukan namanya bergaduh. "Meluat aku tengok muka kau, "-FIRASH AMJAD "Kau fikir aku suka? Kau dengan jin sama aje perangai, "-IMAN IMANI Kalau tak didenda di dalam kelas Ustaz Halim memang bohong. Bukan Ustaz Halim saja, cikgu lain pun sama juga. Firash Amjad pasti dengan pasangannya, Iman Imani. Pening kepala cikgu dibuatnya. "Angkat kerusi tu letak bersebelahan. Ha, bersanding kamu berdua di situ. Saya kasi kamu kahwin hari ni, "-CIKGU ROS. Apa nak jadi kalau Firash Amjad, si troublemaker sering saja suka mengusik. Diusik pula Iman Imani yang langsung tidak mahu kalah. Saksikan cerita selanjutnya dalam Cinta Si Troublemaker... ©kimiafina2020