Cool
30 storie
HIS GIRL | C di syam1m1e
syam1m1e
  • WpView
    LETTURE 267,984
  • WpVote
    Voti 10,805
  • WpPart
    Parti 45
Karya pertama by syamimie⏳ Salam diberi sebagai pembuka bicara, Tanda hormat pada semua. Bertemu kita di karya pertama, Semoga kisah ini menyentuh jiwa. Pengenalan watak : Tengku Haiyan Mikael & Hawa Qaisara Affan Haqeem & Elvina Luffya Faiq Mukhriz & Ayuni Zahirah Tuan Maher Raees & Nurin Anita Tuan Maher Nadhir & Kasih Amylea story ni belum diubahsuai. not edited yet. so byk sgt kesalahan tatabahasa dan storyline pun byk kekurangan. dengan ikhlas hati, saya memohon maaf atas kekurangan saya. in sha Allah, kalau ada masa dan rajin, saya akan betulkan. start: 1/2024 end: 11/2025
Isteri Halal Sementara  di misssaira
misssaira
  • WpView
    LETTURE 394,661
  • WpVote
    Voti 5,006
  • WpPart
    Parti 22
Kisah Embun yang hanya memiliki seorang adik perempuan bernama Senjawati. Juga kisah seorang lelaki bernama Eibram yang menyukai gadis ayu bernama Senjawati. Pun, kisah dua insan yang ditakdirkan menyatu dalam sebuah ikrar perkahwinan demi perjuangan insan tersayang, iaitu Senjawati. Garis takdir mereka bertemu dalam perjuangan yang sama. [ PER BAB HANYA MENGANDUNGI 200-1000 PP SAHAJA ]
IAN QALEEF: TERCIPTA UNTUKKU di Treses0
Treses0
  • WpView
    LETTURE 33,864
  • WpVote
    Voti 201
  • WpPart
    Parti 2
Segalanya telah Orked Husna berikan pada Tengku Ian Qaleef. Hatinya, dirinya, cintanya, kasihnya, jiwa dan raganya, lalu apa lagi yang tinggal untuk dia? Tiada. Tetapi bertapa mudahnya lelaki itu, mencampakkan segala yang telah dia berikan hanya kerana seorang wanita. Bagaikan tiada nilai, pedih, sakit dan kosong. Benarlah, bagaimana perkataan cinta dan sayang begitu ringan di keluarkan sedangkan jiwa lelaki itu masih belum mampu menerima dirinya secara hakiki. Bukannya dia tidak tahu, hati Tengku Ian Qaleef hanya menjerit memanggil nama Zara Sofea bukannya Orked Husna, bukannya dia tidak faham bertapa utuhnya cinta Tengku Ian Qaleef untuk wanita itu. Namun salahkan dia? Salahkah dia ingin merasa disayangi dan dicintai, bukankah itu lumrah setiap wanita yang bergelar isteri? "Aku tak pernah cintakan kau Orked, apatah lagi sayang. Berhentilah berharap, aku tak nak kau robek hati kau sendiri nanti" ~ Tengku Ian Qaleef "Jangan terlalu bongkak Ian. Saya takut bila Tuhan mula bolak-balikkan hati saya, bayang awak pun saya tak mampu nak tengok" ~ Orked Husna "I'm back sayang! This time I will never let you go. You're mine, forever mine" ~ Zara Sofea "Ya Allah kembalikan bunga itu kepadaku"
𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 di lvndrella
lvndrella
  • WpView
    LETTURE 2,198,594
  • WpVote
    Voti 88,370
  • WpPart
    Parti 37
"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Mana mungkin dia menerima kehadiran wanita lain selain daripada Zaharah. Dia seolah-olah enggan menerima bicara segenggam takdir yang melakarkan seribu dusta. Jiwa dan akalnya masih lagi percaya bahawa Zaharah pasti akan kembali di dunia. Sayang dan cinta kepada Humaira? Mustahil. Rasa itu masih belum berputik di dalam hatinya. Masih belum dapat dia utarakan. Dia masih menafikan itu. Menyelimuti semuanya dalam satu perasaan benci yang mendalam. Bagaimana mungkin dia melupakan kenangan indahnya bersama Zaharah? Bahkan setitik tinta sekalipun tidak dapat mengukir aksara untuk mengutarakan mahalnya kenangan di antara mereka. Maha dalam kasih seorang Azriel terhadap Zaharah. "Abang minta maaf, Zaharah. Abang dah kahwin dengan perempuan lain."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Sedangkan Humaira? Menyimpan harapan yang tinggi menggunung. Kasihnya tumpah. Namun tiada siapa yang kutip. Penantiannya seiring waktu yang berjalan itu seolah-olah tidak berguna. Hati Azriel bukan untuknya. Sehingga apa yang dia harapkan itu luntur. Hancur menjadi debu-debu lara. Humaira memilih untuk mengalah. "Kita berpisah boleh?"-𝐋𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐇𝐔𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀 Akankah kewujudan cinta di antara mereka itu nyata? Akankah bahagia menjadi milik mereka? © lvndrella ⚠️ Hanya manusia berhati ultraman yang LAYAK baca.
Al-Asraar : His Flower from Paradise | ½ C di cikbulann__
cikbulann__
  • WpView
    LETTURE 54,629
  • WpVote
    Voti 2,790
  • WpPart
    Parti 69
Kisah ini memaparkan unsur jenayah dan keganasan sebagai iktibar dan peringatan kepada pembaca. Segala perbuatan salah dalam kisah ini tidak wajar diteladani. Semoga Allah melindungi kita daripada fitnah dunia. Sinopsis>> Bahagian 1: His Flower from Paradise Eshal Erhal begitu, Ezzan Eidlan begini. Bukan dia yang mencari bunga, dan bukan dia yang mencari taman. Tapi bunga itu telah pun mekar, dan taman itu telah pun terbuka. Tanpa sedar, Eidlan telah menanam sesuatu yang dia sendiri tak berniat menyemai. Tanpa sengaja, Eshal telah pun berakar di tempat yang tak pernah dia rancang untuk singgah. Mereka melangkah bersama, seolah-olah menaiki tangga kejayaan yang tidak berkesudahan. Seperti permainan dam ular, setiap langkah mereka penuh dengan harapan dan kemenangan di depan mata, namun tersembunyi di bawahnya adalah jurang yang boleh merubah segalanya. Ketika dunia mereka kelihatan sempurna, siapa sangka bahawa takdir akan membawa mereka ke dalam permainan yang lebih berbahaya daripada yang mereka duga? Bahagian 2 : Rahsia
SEKALI LAGI CINTA KEMBALI di dearnovels
dearnovels
  • WpView
    LETTURE 168,801
  • WpVote
    Voti 1,029
  • WpPart
    Parti 17
Tajuk: SEKALI LAGI CINTA KEMBALI Penulis: ANNA MILIA Harga: RM25 / RM28 Hidup Aira cukup complicated. Dia lari dari rumah apabila Imran mengahwini Hana, adiknya. Prinsip Aira, lelaki ibarat virus. Jangan kasi can. Aira gantikan tempat Doktor Halina selama dua jam sebagai therapist. Akibatnya, Zafran dan Amberlyn bercerai, Doktor Halina diugut dan Syafi bertarung dengan maut tanpa kasih seorang ibu. Terpaksalah Aira cuba perbaiki apa yang telah dia rosakkan. "Kalau macam tu apa kata awak guna teori awak yang kononnya hebat tu untuk pujuk isteri saya. Boleh?" - Zafran "Inilah yang saya cuba buat." - Aira Daripada pembantu Doktor Halina, Aira bekerja sebagai babysitter Syafi. Dia cuba satukan semula keluarga Zafran. Tapi di mata Hayyat, abang Zafran yang kerek lagi beku, Aira macam tikus membaiki labu. Hayyat selamba saja gelar Aira perempuan senget, sewel dan tiga suku. Dalam mulut duk mengutuk, hati mula sukalah pula! "I offer you love and loyalty and I expect the same in return." - Hayyat Kisah silam Hayyat terbongkar. Jika Imran digelar spesies virus, Hayyat pula ibarat bom atom. Boleh membunuh Aira bila-bila masa. Namun, Aira hanya mempunyai dua pilihan. Pilih si virus yang kini bergelar duda atau menerima bom atom. Aira perlu cari jalan keluar daripada permainan yang dia sendiri cipta. POS PERCUMA 🍀Untuk melanggan http://www.wasap.my/+60132588069 http://www.wasap.my/+60132588069 http://www.wasap.my/+60132588069
Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️) di ReginaAkhira
ReginaAkhira
  • WpView
    LETTURE 2,594,359
  • WpVote
    Voti 108,501
  • WpPart
    Parti 177
Segalanya adalah sebuah kebetulan.Takdir mereka telah pun bermula dengan pertemuan pertama tanpa sengaja antara mereka. Sejak pertemuan tragis itu, bayang hitam seolah-olah menghantui hidup Ayrena. Namun, siapa sangka corakan takdir menyatukan mereka berdua di atas satu ikatan. Satu janji telah di buat untuk melindungi gadis itu. "Aku boleh carikan Adrian. Tapi dengan syarat. Kahwin dengan aku!" -Darren Del Lucca Tatkala bahagia kian terasa, satu kebenaran yang terungkap menyebabkan Ayrena hilang arah. Lelaki yang bergelar suaminya selama ini, merupakan seorang Mafia yang sangat berkuasa. "Antara cinta dan kuasa, awak akan pilih kuasa awak, kan?" -Ayrena Rosebell "You know which one I will choose, Ayrena." -Darren Del Lucca Saat ego masih utuh, perasaan yang sudah tersemai dinafikan. Pelbagai tragedi yang berlaku membuatkan banyak rahsia mula terungkap. Kebahagiaan diragut sekelip mata saat pengkhianatan mula bermaharajalela. "Sejak aku dan kau disatukan, sejak itu aku berjanji untuk lindungi kau hingga akhir nafas aku. Kau tak boleh mati, kau janji dengan aku untuk kita hidup bersama. Jadi, aku nak kau bertahan. Untuk aku, untuk kita!"-Darren Del Lucca
What If We Love Again (Like We Used To) : Ghost Of You | TERBIT di moonlightlavh
moonlightlavh
  • WpView
    LETTURE 82,856
  • WpVote
    Voti 4,246
  • WpPart
    Parti 12
3rd Romance: What If Series Vol I. [ stand alone, terbit PBAKL2025 ] "Don't forget to include me..." Zarra dan Adriel, pernah hidup dalam kisah cinta yang sempurna. Atau sekurang-kurangnya, itulah yang mereka percaya. Namun, takdir dan ujian hidup telah meragut kebahagiaan mereka, meretakkan segalanya hingga hanya kepingan kenangan yang tersisa. Jurang mereka terlalu besar untuk dicamtumkan semula dan akhirnya... Zarra kehilangan satu-satunya cinta yang pernah dia miliki. Dan dengan itu, seluruh dunianya turut musnah. Sehingga sesuatu yang mustahil terjadi. Dia kembali. Satu hajat. Satu peluang. Satu cinta. Dan jika dia harus menggunakannya semua untuk lelaki itu, dia rela. Walaupun takdir cuba mengambil Adriel daripadanya, dia berjanji yang dia akan mencari jalan, tidak kira berapa kali dia harus melawan masa bahkan melawan dunia sekali pun. Tiba-tiba... Zarra diberi peluang kedua. Tetapi adakah peluang ini akan mengubah segalanya, atau hanya membawa mereka menuju pengakhiran yang sama? Dapatkah mereka mencintai sekali lagi apabila luka lama masih berbekas? Atau takdir hanya mahu menguji sejauh mana mereka sanggup berjuang. "Find me. Across the world or even through time, find me. Make me remember again. Save me, save us... because I can't." Takdir tidak pernah kejam. Hanya manusia yang sering lupa bagaimana untuk menerima takdir, dan dalam keengganan itu, mereka menjadi kejam terhadap diri sendiri. - Semenanjung Malaysia: RM34 Sabah/Sarawak: RM37 ⚠️ WIWLA Wattpad's Version is only for promotional purposes and is unedited version, it is not the same as physical novel.