avellyn_rose
Dia tidak pernah minta untuk dilindungi.
Tapi seseorang menjadikan hidupnya medan perlindungan rahsia.
Nadriena Airees Rayfah, seorang pakar forensik psikologi muda yang terkenal dengan ketajaman analisisnya terhadap penjenayah dan motif di sebalik jenayah.
Namun di sebalik ketenangan wajahnya, ada jiwa yang retak.
Dihantui trauma silam, obsesi terhadap kawalan, dan ketakutan untuk dipercayai.
Ketika satu nota misteri muncul di wiper keretanya...
"Jangan terlalu mudah percaya. Kau sedang diperhatikan."
dunia Airees mula bergoncang.
Dia tidak tahu bahawa langkah-langkahnya sedang diperhati oleh tiga lelaki yang bukan sekadar pemerhati,
tetapi pelindung rahsianya.
Dan di tengah-tengah semua itu, berdiri Megat Riyaz Andikha,
seorang CEO muda berpengaruh, pemilik syarikat RAFI Technologies.
Tenang. Terlalu tenang, seolah tahu lebih banyak daripada yang dia tunjukkan.
Antara rahsia yang dikunci,
antara trauma yang belum sembuh,
antara cinta dan pengkhianatan -
Airees mula sedar bahawa bukan semua perlindungan datang dari niat yang suci.
Kerana sesetengah rahsia...
dicipta bukan untuk menyelamatkan.
Tetapi untuk mengikat.
"Her temperament will hurt everybody."
But maybe... the one who bleeds most, is her protector himself.