A1nulhayat's Reading List
199 stories
WAKEEL : Api & Cinta by hazzinoe
hazzinoe
  • WpView
    Reads 13,656
  • WpVote
    Votes 650
  • WpPart
    Parts 47
Seorang pegawai bomba yang berdedikasi dan berpengalaman luas dalam pelbagai misi penyelamatan, juga seorang ayah tunggal kepada seorang anak perempuan. Hidupnya berputar hanya sekitar kerja dan anaknya, namun ketegasan, keseriusan dan tanggungjawabnya menjadikan WAKEEL HAFIZI seorang ketua pasukan yang dihormati dan disegani oleh semua anak buahnya. SHEIZA DELAILA, seorang pelakon muda yang baru dua tahun menapaki dunia lakonan. Bermula sebagai model, Sheiza mula mendapat peluang berlakon selepas berjaya dalam beberapa casting. Dengan semangat muda dan jiwa penuh minat terhadap lakonan, Sheiza selalu mencari pengalaman baru dan sentiasa mahu mencabar dirinya. Hidupnya kini hanya untuk menikmati pengalaman baru dan mengejar passion-nya. Pertemuan mereka berlaku apabila Sheiza ditawarkan watak sebagai ahli bomba untuk filem terbarunya. Sebelum penggambaran bermula, dia perlu menjalani latihan fizikal dan mental selama empat bulan di bawah bimbingan Komander Wakeel Hafizi. Pada awalnya, Sheiza kekok dengan sikap tegas Wakeel tetapi perlahan-lahan dia mula tertarik dengan dedikasi dan ketegasannya. Perangai nakal Sheiza membuatkan Wakeel tidak selesa, namun hatinya tetap terpaut dan kedekatan mereka juga terjalin melalui interaksi dengan anak Wakeel, Wedad Qasrina. Walaupun personaliti mereka berbeza dengan Wakeel yang tegas dan bertanggungjawab manakala Sheiza jiwa muda dan friendly, api cinta mula menyala di antara mereka. Tentang cinta, ketabahan dan peluang di mana dua dunia yang berbeza bertembung dan akhirnya belajar untuk menyala bersama.
The Hidden Lies : Tengku Ayyash Hakimi | C by fiqalynaaa
fiqalynaaa
  • WpView
    Reads 653,622
  • WpVote
    Votes 22,425
  • WpPart
    Parts 66
Ivy Adelia. Anak tunggal kepada Dato Aqhar Qayyed dan Datin Inara Alisa, hidupnya bagaikan tuan puteri semua apa yang dia mahu pasti ditunaikan. Ibu bapanya memang melayan dia dengan penuh kasih sayang! Tapi disebabkan satu kemalangan, hidup Ivy mula berubah 180 darjah. "Ivy, Ivy kena janji dengan Daddy yang Ivy boleh berdikari tau." - Dato Aqhar Qayyed Tambahan lagi selepas kemalangan tersebut, Ivy hilang satu persatu harta peninggalan Dato Aqhar. Bermulalah hidup Ivy seperti manusia normal yang lain, kerja dari pagi hingga ke malam dan rutin itu mungkin akan berterusan sampai bila-bila... Mungkin? Dalam tidak sedar dia sebenarnya diperhatikan oleh 'seseorang'. Muncul pula 'Hero Of The Night' Ivy, Tengku Ayyash Hakimi. "Dah dua kali aku selamatkan kau." - Tengku Ayyash Hakimi Siapa sangka lelaki itu juga sebenarnya mempunyai muslihat tersendiri mendekati Ivy. "Kenapa Awak nak sangat tolong saya, Tengku Ayyash Hakimi?" - Ivy Adelia "Sebab aku dah diberi tanggungjawab, tanggungjawab untuk jaga kau sampai nyawa aku terhenti." - Tengku Ayyash Hakimi Namun tanpa Ivy sedari, Tengku Ayyash menyembunyikan satu rahsia yang besar, yang mungkin akan mengubah perasaan wanita itu terhadapnya dalam sekelip mata. "One day... I will tell you the truth, Ivy Adelia" - Tengku Ayyash Hakimi "This is the biggest hidden lies ever that happen in my life, Tengku Ayyash Hakimi." - Ivy Adelia Apakah rahsia penipuan yang disembunyikan oleh Tengku Ayyash selama ini? Siapakah pula dalang bagi semua masalah ini? Start : 30th nov 2023 End : 11th march 2024
Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum | C by fiqalynaaa
fiqalynaaa
  • WpView
    Reads 442,818
  • WpVote
    Votes 22,790
  • WpPart
    Parts 80
Bagi Darina Farissa, kerjaya dan keluarga adalah segala-galanya bagi dirinya, perasaannya pula diletakkan ke tepi. Sudah beberapa kali dia didesak oleh orang sekeliling, kata mereka dengan umur Darin semakin meningkat dewasa, tidak elok jika bersendirian lama-lama. Takut tidak laku sahaja nanti. Sehingga lah teman baiknya, Mawar si pakar 'matchmaker' terhandal mengatur temu janji untuknya. Darin melayankan saja walaupun dia memang tiada niat mencari cinta. Dia bertemu dengan Yazzed Qayyum. Kebetulan, Yazeed juga sedang didesak oleh maminya supaya cepat-cepat mencari jodoh. Temu janji pertama mereka, gagal. Darin melarikan diri walhal mereka masih tidak habis berbual. Yazzed hanya redha, mungkin bukan jodoh mereka. Kali kedua, mereka bertemu di kenduri kahwin kawan mereka. Namun Darin tidak mengecam Yazzed. Kenduri kahwin tersebut berakhir dengan insiden memalukan bagi Darin. Darin mula menyimpan dendam dengan Yazzed sejak daripada itu. Mereka bertemu untuk ke sekian kali di hospital tentera, Darin bertugas selama 3 bulan di hospital tentera di kem Yazzed. Bermula lah sesi kejar mengejar. Awalnya Darin jual mahal, lama-lama luluh juga hati apabila setiap kali dia dilanda masalah, Yazzed yang akan menjadi hero untuknya. Namun hati Darin ragu-ragu, dia masih terperangkap dengan masa lalu. Walaupun kehidupan Yazzed penuh dengan disiplin dan keberanian sebagai anggota pasukan khas, menghadapi hati Darin yang tertutup akibat kehilangan, bukanlah misi mudah. Dia tahu, untuk menawan hati Darin, dia perlu sabar dan memahami luka yang dibawa gadis itu. "Saya... tak pasti kalau saya boleh mencintai lagi, Yazzed." - Darin Farissa "I'll be your healer's heart then, Nur Darina Farissa." - Yazzed Qayyum "Ruang dalam hati kau ada tempat lagi tak? Aku nak ada dalam ruang tu, boleh?" - Yazzed Qayyum Start : 29 januari 2025 End : 18 februari 2026
Bunga Pilihan Takdir by reverielyn
reverielyn
  • WpView
    Reads 15,489
  • WpVote
    Votes 1,573
  • WpPart
    Parts 14
Hamra dalam doa, dia dalam nyata...
Dia Adalah Jawapan by reverielyn
reverielyn
  • WpView
    Reads 14,286
  • WpVote
    Votes 1,472
  • WpPart
    Parts 23
Hubungan antara Haifaa Azany dan abangnya telah lama retak sejak pemergian ibu dan ayah. Sejak itu, tiada lagi pelukan hangat seorang abang, tiada lagi ketenangan dalam rumah yang dulu penuh kasih. Dalam hati Haifaa, luka itu berubah menjadi benci. Dan kerana itu, dia tekad. Dia pilih untuk hidup sendiri, menapak tanpa berpaling, tanpa harap pada sesiapa pun... termasuk darah dagingnya sendiri. "Aku takkan tinggal dengan kau! Selepas ibu dan ayah meninggal, kau bukan sesiapa dalam hidup aku!" - HAIFAA AZANY "Kalau kau tak nak aku jaga kau, kau kena cari lelaki yang boleh jaga kau and he need to be your husband. Kalau tak, kau kena tinggal dengan aku. Faham?" - HANIF AZRIL Haifaa nekad. Dia tak mahu tinggal dengan lelaki yang telah meragut nyawa kedua-dua insan yang paling dia cintai di dunia, ibu dan ayahnya. Setiap sudut rumah itu menjadi saksi luka yang tak pernah sembuh. Dan kerana itulah, dia buat keputusan paling drastik dalam hidupnya. "Amirul Hafiz, I nak kahwin dengan you" - HAIFAA AZANY Tanpa ragu, tanpa berpaling, dia pandang wajah lelaki yang selama ini menjadi tempat dia berlindung. Itu bukan kerana cinta semata. Tapi kerana dia mahu lari. Mahu bebas. Mahu bina hidup baru yang tidak lagi dihantui bayang si pembunuh. Dan bagi Haifaa Azany... perkahwinan itu adalah satu-satunya jalan keluar dari neraka yang bernama rumah. Malangnya, si kekasih tidak sedia memegang tanggungjawab sebagai seorang suami kepadanya. "Aku nak kahwin dengan kau. As soon as possible" - HAIFAA AZANY "Kau lamar aku hanya kerana kau tak nak tinggal dengan abang kau? Like seriously?" - WAFIQ EUSOFF Published : *AUGUST 2023*
Pencinta Setiamu © by reverielyn
reverielyn
  • WpView
    Reads 403,483
  • WpVote
    Votes 21,842
  • WpPart
    Parts 63
Sejarah hidup Almahayra Fateeha Sofeya membuatkan dia menjadi seorang gadis yang berdikari sehingga dia menganggap cinta bukanlah satu keperluan untuknya. Sehinggalah seorang lelaki bernama Nazmi Zahran cuba mengetuk pintu hatinya. "Saya ni degil orangnya. Kadang-kadang gila sikit. Kalau saya kata saya nak awak, maknanya saya nak awak juga. Almaklumlah, anak kedua lah katakan" - Nazmi Zahran "Laa yeke. Saya pun keras kepala orangnya. Kadang-kadang baran sikit. Kalau saya kata saya tak nak, maknanya saya tetap tak nak. Almaklumlah, anak kedua lah katakan" - Almahayra Fateeha Sofeya "Cantik! Maknanya kita ada banyak persamaan. Okey, jom kahwin" - Nazmi Zahran "Wah! Mudahnya awak ajak perempuan kahwin. Kalau awak nak cari doktor psikatri untuk rawat penyakit gila awak tu, saya bukan orangnya. Sila cari dekat portal cari jodoh, tak pun dekat hospital. Dah, jangan kacau saya. Saya nak makan" - Almahayra Fateeha Sofeya Semenjak dari pertemuan pertama mereka, Nazmi mula tertarik pada gadis yang baru dia temui. Bermacam-macam cara yang dia lakukan untuk menambat hati si gadis. "Awak kerja apa ya?" - Almahayra Fateeha Sofeya "Kenapa awak tanya?" - Nazmi Zahran "Tak ada apa. Saya cuma nak bagitahu bos awak yang awak selalu curi tulang" - Almahayra Fateeha Sofeya "Eh, saya tak curi tulang. Saya hanya curi hati awak je" - Nazmi Zahran Published : *FEBRUARY 2025*
Sekali Lagi Memiliki by MySerraa
MySerraa
  • WpView
    Reads 437,287
  • WpVote
    Votes 15,183
  • WpPart
    Parts 69
[ Book 8 ] Selepas kehilangan cinta pertama, hati kembali terbuka untuk menerima cinta baru apabila dia bertemu dengan seorang lelaki. Pertemuan mereka tidak dirancang, malah awal pertemuan mereka, mereka sering bertengkar disebabkan perselisihan faham. Pantang bertemu empat mata, pasti ada saja yang mahu digaduhkan. "Kau tak nampak ke aku tak suka kau?" -Fayyad Asyraf "Tuan ingat saya suka tuan? Saya berlipat kali ganda tak suka tuan." -Nur Asyrah Tiada siapa dapat menduga, daripada menjadi musuh, mereka boleh menjadi kawan sehingga menimbulkan perasaan sayang tanpa sedar. Namun, perasaan itu hanya dirasai oleh sebelah pihak sahaja. "Tahniah atas perkahwinan tuan dengan Umaira. Saya tumpang gembira." -Nur Asyrah Apa lagi yang boleh dia lakukan selain daripada mendoakan kebahagiaan rumahtangga lelaki yang dia cinta itu biarpun sakitnya tidak tertanggung. Bagaimana dia mahu menerima hakikat bahawa lelaki itu mengahwini sahabat baiknya? Jika dia tahu, lelaki yang sering disebut-sebut oleh Umaira adalah lelaki yang sama dia kenali, takkan mudah-mudah membiarkan hatinya jatuh cinta pada lelaki itu. Kini, bagaimana dia harus melalui hari-harinya selepas ini dengan hakikat itu? Mampukah dia reda dengan takdir Tuhan? Masih ada peluangkah untuk dia memiliki lelaki itu sebenar-benarnya?
Farhat's  by MySerraa
MySerraa
  • WpView
    Reads 275,424
  • WpVote
    Votes 15,292
  • WpPart
    Parts 77
[Book 11] Short, not so short story. Kisah Uqael Farhat yang dibelenggu perasaan cinta tetapi status 'sepupu' membataskan segalanya. Dia terpaksa berundur demi melihat wanita yang dia cinta bersama lelaki lain kerana restu keluarga yang tidak berpihak kepadanya. Bagaimana cara dia dapat menghakis perasaan itu? Bagaimana dia dapat melupakan Fatima jika dari kecil mereka bersama? Tambah pula dengan kehadiran seorang gadis bernama Eleisha yang menjadi peneman di kala dia sunyi menanti Fatima. Patutkah dia terus mengikut kata hati atau membiarkan ego yang membuat pilihan? Benarkah perasaan yang ada buat Fatima adalah cinta, dan bukan obses? Dan benarkah perasaan buat Eleisha yang sehabis daya diabaikan itu bukan cinta? Di saat dia buntu dan keliru, dia menyakiti hati yang tulus berharap. Sehingga satu masa, hati itu mula mengalah dan mengundurkan diri. Dapatkah dia perbetulkan kesilapannya? Atau dia akan kehilangan kedua-duanya? [Sinopsis lengkap tersedia sebelum prolog]
MASQUERADE OF THE QUEEN [SLOW UPDATE]  by queen_angela
queen_angela
  • WpView
    Reads 1,314
  • WpVote
    Votes 117
  • WpPart
    Parts 17
"Un tempo hanno camminato sulla mia sofferenza. Ora tocca a me calpestare il loro mondo"- Amylia Evelyn Amylia Evelyn hidup dalam kemewahan dan keluarga bahagia, namun semuanya berubah apabila dia mengetahui tentang kehadirannya dalam keluarga itu. "Betul ke... A-Amy bukan anak mama?" Amylia Hatinya hancur dengan penipuan yang disembunyikan daripadanya. Namun masih banyak rahsia belum terungkai. Untuk mencari kebenaran, Amylia melakukan misi penyamaran tanpa sesiapa mengetahui tentang kehadirannya. Pertemuannya dengan seorang lelaki yang berselindung dengan berpelitup muka mengubah segalanya. "Nama aku Queen. Nama kau?"-Queen "Zack. Panggil aku Zack" - Zack Zack banyak membantunya, namun niatnya tetap menjadi tanda tanya. "Apa tujuan kau sebenarnya?" - Queen "Hanya satu persamaan antara kita, tujuan kau sama dengan aku." - Zack Siapakah Zack? Mengapa kata-katanya seolah membawa maksud tersirat? Apa tujuan sebenar lelaki itu? Segalanya akan terjawab dalam Masquerade of the Queen. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Hai Assalamualaikum semua. Saya Queen Angela. Ni karya pertama saya. Maaf atas kesilapan dari segi tatabahasa dan kesalahan ejaan (setiap manusia sentiasa ada kesilapan) Harap awak semua bergembira dengan membaca karya saya. [HAPPY READING <333]
COACH MUSUHKU IALAH TAKDIRKU | OG  by Lxyhavreb_
Lxyhavreb_
  • WpView
    Reads 4,962
  • WpVote
    Votes 503
  • WpPart
    Parts 21
Inara Amanda. Seorang gadis yang lembut pada zahirnya, namun keras pada jiwanya. Sejak lahir, dia dididik untuk menjadi pemberani tanpa ruang untuk rasa takut. Dunia yang dibesarkannya tidak pernah mengajar erti lemah. Dia juga merupakan antara pelajar Muay Thai terbaik di Malaysia. Namun takdir membawa perubahan. Inara berpindah ke negara baharu, meninggalkan segalanya, dan bakal berlatih di bawah bimbingan seorang coach baharu. Dalam fikirannya, coach itu seorang wanita. Itulah yang dia percaya. Sehinggalah saat matanya bertembung dengan figura yang berdiri di hadapannya dan dunianya seakan berhenti berputar. Kenapa mereka perlu bertemu? Kenapa...dia? "Look who we have now." - Adriel Mikael Adriel Mikael. Jejaka yang menjadi dambaan ramai wanita. Seorang coach Muay Thai bertaraf antarabangsa, disegani di seluruh ASIA. Dalam masa yang sama, dia juga seorang usahawan berjaya yang namanya dikenali merentas negara. Sukar untuk menafikan. Lelaki ini terlalu lengkap. Terlalu sempurna. Namun di sebalik segala pertembungan, pertengkaran dan masa lalu yang menyakitkan, Adriel mula merasakan sesuatu yang asing muncul dalam dirinya. Sesuatu yang tidak pernah dia izinkan untuk wujud. Dia tidak pasti apa namanya. Tetapi satu perkara jelas, selagi gadis itu berada di sisinya, hatinya terasa tenang. Walhal...gadis itu adalah musuhnya sejak bertahun-tahun dahulu. Namun apa pilihan yang dia ada? Hatinya menginginkannya. Dia mahu Inara menjadi miliknya untuk selama-lamanya. "We are different Adriel. You and I...can't be together." - Inara Amanda "If we are different why don't we just do it? We are like cats and dogs. From enemies they became friends but we..." - Adriel Mikael "From enemies to happy partners." Start: 1/1/2026 End: ?