nak baca
62 stories
Heartless Love by wannieierra
wannieierra
  • WpView
    Reads 196
  • WpVote
    Votes 18
  • WpPart
    Parts 5
Ditipu? Dipijak? Dipermainkan? Dibuang? Oh mungkin lebih dari itu. Sha Angelina, dulu seorang gadis riang dan happy-go-lucky, kini bukan lagi seperti dulu. Hatinya hancur kerana satu nama, Aaron Shiraz. Lelaki yang pernah bertakhta di hati Sha suatu masa dulu. Namun, kehadirannya selepas 4 tahun membuatkan Sha bingung, apa yang lelaki itu mahukan? "Kenapa awak tipu?" -Sha Angelina "Itu je cara untuk saya dekat dengan awak semula." -Aaron Shiraz Aaron berusaha untuk mendekati Sha semula, namun Sha tetap menjauhkan diri. Dia tak lagi percayakan sesiapa. Aaron kini lebih matang, tetapi cukupkah usaha dan perasaannya untuk menebus kesilapan lama? Sejauh mana dia sanggup berjuang untuk mendapatkan kembali kepercayaan dan hati Sha? Namun, sebuah kebenaran muncul. Kematian ibu bapa Sha dalam kemalangan langgar lari, ada kaitan dengan keluarga Aaron. Ini membangkitkan persoalan baharu. Apakah yang terjadi antara keluarga mereka? "Saya tak sangka, orang yang saya berdendam selama ni... dekat je dengan saya." -Sha Angelina Luka lama dan pengkhianatan membuatkan Sha ragu, namun Aaron tidak berputus asa. Dia berusaha untuk membuktikan kepada Sha bahawa dia sanggup berjuang demi wanita itu. Dalam perjalanan ini, Sha mula belajar untuk membuka hatinya sedikit demi sedikit. Namun, bagaimana pula apabila ternyata dia dikhianati buat kali kedua? "I trusted you, Aaron! Yet you betrayed me... again!" -Sha Angelina Pada akhirnya, adakah Sha akan memberi peluang lagi kepada lelaki yang pernah menghancurkan hatinya, atau adakah masa lalu mereka akan terus menghantui mereka berdua? (This story will be released chapter by chapter after I finish writing the whole story.)
TENTANG KITA - REVAMP (C) by snowdreamm
snowdreamm
  • WpView
    Reads 918,508
  • WpVote
    Votes 35,018
  • WpPart
    Parts 56
Status: COMPLETED Naura Husna X Hud Rusyaidi [Karya pertama dari snowdream] Pada Hud, perkahwinan yang diatur bukanlah pilihan hati. Semua itu sekadar jalan keluar dari desakan keluarga. Manakala Naura pula hanya tabah menerima. Dia menganggap semua itu adalah takdir yang sudah tertulis untuknya meskipun mereka disatukan tanpa cinta dan janji bahagia. Akan tetapi waktu mempunyai cara tersendiri mengajar mereka untuk mengenal rasa. Dalam pertelingkahan, hadir tawa. Dalam luka, tumbuh kasih yang kian mekar di dalam jiwa. Namun bukan mudah untuk terus mempertahankan bahagia itu. Kehadiran cinta lama seakan menghalang malah meruntuhkan kepercayaan yang dibina selama ini. Mampukah Hud dan Naura mempertahankan cinta yang pada awalnya tidak pernah dipilih namun kini terlalu berat untuk dilepaskan? "Izinkan saya pergi, Hud. Insyaallah jika masih ada jodoh antara kita, kita akan tetap dipertemukan walau sejauh mana pun kita terpisah." - Naura Husna. "Andai kata suatu hari nanti abang jumpa sayang, jangan tolak abang mentah-mentah macam sekarang. Dan masa tu, abang takkan lepaskan sayang lagi walau apapun yang berlaku." - Hud Rusyaidi Start date : 16 January 2022 End date : 28 January 2022 Revamp: 26 February 2025 ~~~~~ #1 shortstory (14/2/2023) #1 malayromance (16/2/2023)
Gravity Between Us [On Going] by TheZainOfficial
TheZainOfficial
  • WpView
    Reads 2,279
  • WpVote
    Votes 829
  • WpPart
    Parts 49
#Rank No.2 in Science Fiction [15.5.2020] Impian Hailey Henderson hanyalah satu - menjadi angkasawan dan membuktikan bahawa dirinya layak berada di antara bintang-bintang. Namun perjalanan itu menemukan dia dengan Kapten Aiden Luke Stafford, seorang instructor yang terkenal dengan ketegasan dan masa lalu yang penuh luka selepas kehilangan tunangnya dalam satu tragedi penerbangan angkasa. Ketika Hailey semakin menghampiri impiannya, dia tidak menyedari bahawa terdapat rahsia besar yang menghubungkannya dengan pengarah program latihan mereka, Kolonel Dr. Thomas. Di antara persahabatan, kehilangan, pengorbanan dan cinta yang tidak terungkap, Hailey dan Aiden mula menyedari bahawa ada satu daya yang lebih kuat daripada ketakutan. Seperti graviti, mereka sentiasa ditarik kembali antara satu sama lain. "No matter how far we drift, gravity always finds its way back" START:10 May 2020 END:
CINTA TERAKHIR [og] by HANEIS
HANEIS
  • WpView
    Reads 1,256
  • WpVote
    Votes 127
  • WpPart
    Parts 43
Khalish Al-Hakeem X Alia Arsyakayla *enemiestolovers 💐 Alia Arsyakayla, seorang wartawan, dihimpit tekanan dari segala arah dipaksa berkahwin oleh ibunya, dihina secara terbuka di hadapan orang ramai, dibuang kerja kerana satu video viral yang memalukan, dan... dikhianati oleh orang yang paling dia percaya. 🍀 Khalish Al-Hakeem, pegawai elit berdarah sejuk yang menyimpan bara kecewa hatinya disiat oleh kecurangan kekasihnya sendiri. Bila kebenaran muncul, bahawa kekasihnya berselindung dengan lelaki lain... dia buat keputusan paling drastik. Berkahwin dengan Alia. Demi menutup rasa yang tinggal terhadap kekasihnya. :- Tapi tiada siapa tahu, kekasih lama Khalish itu... adalah kawan baik Alia sendiri. "𝐀𝐤𝐮 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐧𝐚𝐤 𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐤𝐚𝐮. 𝐀𝐤𝐮 𝐧𝐚𝐤 𝐥𝐮𝐩𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐚." Bila perkahwinan itu terjadi, bukan sekadar dua hati yang terikat. Tapi juga retaknya persahabatan, hancurnya kepercayaan. Alia mula menyalahkan Khalish. Sangkanya Khalish membawanya keluar dari segala masalah. Dan sekarang... hilang kawan baiknya sendiri. ✨Tapi dalam diam... dia mula jatuh cinta. Tapi dalam diam... Khalish juga rasa bersalah. Dan dalam diam... luka mereka saling memahami. ✨ Mampukah dua insan yang disatukan tanpa cinta, membina kepercayaan dalam bayang pengkhianatan? ✨ Atau akhirnya, mereka hanya saling menghancurkan?
A PERFECTLY WRONG PLAN by marleenotme
marleenotme
  • WpView
    Reads 2,057
  • WpVote
    Votes 444
  • WpPart
    Parts 25
Rose Amani. Cuma gadis biasa yang cuba meneruskan hidup seperti orang lain. Rutinnya sama bangun pagi, pergi kerja dan pulang kerja. Tiada apa yang menarik tentang dirinya selain wajah yang sempurna. Namun, di sebalik kesempurnaan itu, dia masih belum pernah bercinta. Trauma masa lalu membuatkan dia hilang kepercayaan terhadap cinta. Johan Iskandar. Lelaki yang santai dan cukup sempurna di mata para gadis. Pemilik sebuah syarikat reka bentuk dalaman yang terkenal dan juga merupakan majikan kepada Rose Amani. Dia juga sudah memiliki seorang kekasih yang tampak sempurna dan merupakan seorang pempengaruh media sosial yang berjaya. Segalanya berjalan seperti biasa sehinggalah Rose mengetahui satu rahsia besar dari rakannya. Tanpa sedar, Iskandar turut terdengar rahsia itu tanpa mengetahui perkara sebenar. Dari situlah bermulanya perjanjian antara mereka untuk mengintip dan merungkai kebenaran di sebalik rahsia tersebut. Namun, daripada sekadar perjanjian mengintip, Rose mula berbelah bahagi apabila perasaannya perlahan-lahan berputik terhadap lelaki itu. Mampukah Rose membuang perasaan tersebut apabila dia sedar Iskandar milik wanita lain? Dan ke manakah tujuan pengintipan ini akan membawa mereka?
Dendam Dalam Cinta [C] by marleenotme
marleenotme
  • WpView
    Reads 640,045
  • WpVote
    Votes 20,689
  • WpPart
    Parts 84
"So keturunan Ghaz la ni? So kenapa dengan mamat tu? Kenapa tiba-tiba topik pasal dia?" - Yusra "Aku... minat dekat dia." - Eliya Saat itu, pertama kali Yusra mendengar nama itu. Ghaz Syahrin. Nama yang pada awalnya asing, kini menjadi mimpi ngeri dalam hidupnya. Yusra cuma gadis biasa yang datang dari keluarga sederhana. Nasib menyebelahinya apabila dia berjaya menempatkan diri di universiti berprestij, dikelilingi anak-anak bangsawan. Tapi segalanya berubah selepas kematian sahabat baiknya, Eliya. Hidupnya musnah sekelip mata. Yusra dipaksa berhenti pengajian, dan lebih kejam. Dia dituduh sebagai pembunuh Eliya. Dunia yang pernah terang, kini gelap sepenuhnya. Lebih parah, Ghaz Syahrin, lelaki yang dulunya hanya nama dalam perbualan ringan, kini menuntut balas. Dendamnya membara atas kematian kekasihnya, dan Yusra menjadi sasarannya. "Jangan sentuh aku, Ghaz Syahrin. Aku jijik!" - Yusra "Kalau kau jijik, aku sepuluh kali ganda jijik dengan pembunuh macam kau." - Ghaz Syahrin Antara cinta yang tak sempat berputik dan dendam yang tak mahu padam, mereka terperangkap dalam permainan perasaan yang tiada penghujungnya.
ZAHRIN'S : HIS STOLEN HEART [OG] by hanaaeh__
hanaaeh__
  • WpView
    Reads 51,176
  • WpVote
    Votes 3,826
  • WpPart
    Parts 42
ZAHRIN HAIDER - Assistant CEO muda yang terlalu tegas untuk seusianya.Lelaki yang jarang tersenyum, jarang berlembut, dan tak pernah mencampuradukkan kerja dengan perasaan. Bagi Zahrin, dunia korporat adalah medan perang. Dan dia tak pernah kalah. Sehinggalah seorang gadis bernama ZYLEE MELIDA melangkah masuk ke syarikat itu. Sejak hari pertama dia sendiri mengendalikan kemasukan para intern, Zahrin sedar sesuatu tentang gadis itu cara dia menegakkan bahu, cara dia membalas renungan tanpa tunduk. Berani. Degil. Dan terlalu jujur pada mata. "Kalau hari hari saya kena hadap muka encik,macam mana kerja saya nak siap? Encik tak ada kerja lain ke?" - ZYLEE MELIDA "Gaji kau,aku yang bayar.ikut cakap aku." - ZAHRIN HAIDER Buat pertama kali, dia bukan sekadar mahu mencuri hati seseorang.Dia mahu melindunginya. Namun masa lalu Zylee bukan bayang yang mudah hilang. Dan bila semuanya mula menghimpit, Zahrin terpaksa memilih untuk kekal sebagai lelaki dingin yang tak pernah kalah...atau menjadi lelaki yang sanggup berperang demi satu hati yang telah lama dicuri dan dipatahkan. - HEART SERIES 2026 - ZAHRIN HAIDER [ SECOND LEAD ELG SERIES ]
Carnation by NahilahBadriyah
NahilahBadriyah
  • WpView
    Reads 9,824
  • WpVote
    Votes 560
  • WpPart
    Parts 67
Berdamai dengan takdir, walaupun ianya menyakitkan. Pasti ada hikmahnya. Adakah bahagia dunia itu miliknya?
Menjauh | Racun Rindu 2 (Completed) by AinaNabilaAzman
AinaNabilaAzman
  • WpView
    Reads 8,368
  • WpVote
    Votes 651
  • WpPart
    Parts 34
Kini perkahwinan Iris Zakuan dan Isfahan Edran sudah mencecah 6 tahun. Mereka juga sudah mempunyai seorang anak perempuan iaitu Aira Irdina. Namun kebahagiaan pasangan artis popular Malaysia ini mula tergugat serta retak apabila gosip Han berlaku curang dengan seorang artis wanita muda tersebar. Ini membuatkan emosi Iris terganggu apatah lagi saat dia baru saja keguguran. "Oh, disebabkan I dah tua... I dah tak cantik di mata you? Yalah Isfahan Edran kan lelaki pujaan Malaya! Dah ada isteri, ada anak pun tetap ramai perempuan duk gila-gilakan." - IRIS ZAKUAN "Iris, you are being so paranoid! I takkan curang dengan you. So, please stop accusing me with something that I never do!" - ISFAHAN EDRAN Kemunculan semula Khair Azam membuatkan Han dihurung rasa cemburu. Walaupun Khair sudah berubah menjadi lelaki baik dan ayah yang bertanggungjawab pada Ian, Han tetap merasakan bahawa Khair ada niat terselindung terhadap Iris Zakuan. "He does not resembling me. He's resembling us." - KHAIR AZAM Badai kembali melanda saat dia sudah selesa bahagia. Adakah kali ini Iris akan mengulangi lagi episod pengakhiran rumah tangganya? MENJAUH
𝑻𝒂𝒌𝒅𝒊𝒓 𝑺𝒂𝒏𝒈 𝑳𝒆𝒕𝒏𝒂𝒏 𝑲𝒐𝒍𝒐𝒏𝒆𝒍 by Iris_Avelyn
Iris_Avelyn
  • WpView
    Reads 1,559
  • WpVote
    Votes 223
  • WpPart
    Parts 105
​Bagi Doktor Engku Farha Aryana, dunianya hanya berputar di sekitar dewan bedah. Sebagai Pakar Bedah Kanan yang juga anak kepada Pengarah Hospital Kem Tentera, Dato' Dr. Engku Ashraf Ridzuan, dia dikenali sebagai seorang yang sangat tenang, bijak, dan tegas. Baginya, menyelamatkan nyawa adalah segala-galanya, dan cinta? Itu perkara terakhir dalam senarai hidupnya. ​Namun, hidup Engku Farha yang teratur berubah 180 darjah apabila empat orang 'orang kuat' di pangkalan tentera mula mengatur sebuah rancangan rahsia. Pertemuan di antara bapanya dan ibunya, Profesor Datuk Dr. Tunku Hawa Khadijah, bersama sahabat lama mereka, Jeneral Tan Sri Syed Amir Rayyan dan Brigedier Jeneral Dr. Datin Sri Sharifah Hana Kamelia, telah mencetuskan satu pakatan perjodohan elit. Sebuah rancangan untuk menyatukan dua buah keluarga terkaya dan paling berpengaruh. ​Calon suaminya bukan calang-calang lelaki. Beliau ialah Letnan Kolonel Syed Faris Aryan. Seorang komando muda, waris keturunan Syed, yang terkenal dengan sifat dingin, tegas, dan digeruni di medan perang. ​Dua jiwa yang berpangkat tinggi, masing-masing dengan ego setinggi langit dan komitmen penuh pada kerjaya, dipaksa tunduk pada satu takdir yang telah tertulis oleh keluarga mereka. ​Seorang berjuang menentang musuh demi pertahanan negara, seorang lagi berjuang menentang maut demi menyelamatkan nyawa manusia. Apabila dua dunia ini bertembung atas nama perkahwinan aturan keluarga, adakah ego yang akan menang, atau adakah cinta bakal menjadi takdir terindah buat Sang Letnan Kolonel dan doktor pilihannya? ​"Di medan perang, saya adalah komandan yang mengarah. Tetapi di hadapan awak, Dr. Engku Farha... saya hanyalah seorang lelaki yang sedia menyerah kalah." - Letnan Kolonel Syed Faris Aryan.