Never click suspicious links
Reminder: Wattpad will never ask for passwords, payment information, or other sensitive account security details.
Uniform
15 stories
Langkah Takdir Kita | C by MsAurora121
MsAurora121
  • WpView
    Reads 4,129
  • WpVote
    Votes 170
  • WpPart
    Parts 52
Reiz Dafran, seorang Kapten Gerak Khas yang berdisiplin dan tegas, membawa aura misteri setiap kali melangkah. Hidupnya hanya berputar di medan tugas dunia yang keras dan penuh risiko. Reira Delzira, seorang guru tadika yang memiliki keperibadian lembut dan keibuan. Tutur katanya sopan, senyumannya penenang hati kecil yang menangis, dan kasih sayangnya membuatkan dia disayangi oleh anak-anak didiknya. Takdir mempertemukan mereka secara tidak disangka saat Reiz datang menjemput anak saudaranya di tadika, dan menyaksikan Reira dimarahi oleh seorang bapa murid yang tidak tahu menghargai jasa seorang guru. "Pak Long, itu cikgu Amni! Kenapa dia marah cikgu Amni? Cikgu Amni baik tau!" Satu teguran kecil daripada seorang anak kecil menjadi titik mula kepada kisah dua jiwa berbeza dunia. "Terima kasih, encik, sebab tolong saya tadi." - Reira Delzira "Tak apa, perkara kecil saja, cikgu." - Reiz Dafran Namun siapa sangka, pertemuan singkat itu menjadi permulaan kepada rentetan takdir yang lebih besar. Di sebalik kelembutan Reira tersembunyi badai kehidupan yang tidak pernah dijangka sesiapa. Dan dalam diam Reiz tekad untuk menjadi pelindung buat cikgu kesayangan Amni.
Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum | C by fiqalynaaa
fiqalynaaa
  • WpView
    Reads 926,642
  • WpVote
    Votes 39,509
  • WpPart
    Parts 83
Bagi Darina Farissa, kerjaya dan keluarga adalah segala-galanya bagi dirinya, perasaannya pula ditepikan. Sudah beberapa kali dia didesak oleh orang sekeliling, kata mereka dengan umur Darin semakin meningkat dewasa, tidak elok jika bersendirian lama-lama. Takut tidak laku sahaja nanti. Sehingga lah teman baiknya, Mawar si pakar 'matchmaker' terhandal mengatur temu janji untuknya. Darin melayankan saja walaupun dia memang tiada niat mencari cinta. Dia bertemu dengan Yazzed Qayyum. Kebetulan, Yazeed juga sedang didesak oleh maminya supaya cepat-cepat mencari jodoh. Temu janji pertama mereka, gagal. Darin melarikan diri walhal mereka masih tidak habis berbual. Yazzed hanya redha, mungkin bukan jodoh mereka. Kali kedua, mereka bertemu di kenduri kahwin kawan mereka. Namun Darin tidak mengecam Yazzed. Kenduri kahwin tersebut berakhir dengan insiden memalukan bagi Darin. Darin mula menyimpan dendam dengan Yazzed sejak daripada itu. Mereka bertemu untuk ke sekian kali di hospital tentera, Darin bertugas selama 3 bulan di hospital tentera di kem Yazzed. Bermula lah sesi kejar mengejar. Awalnya Darin jual mahal, lama-lama luluh juga hati apabila setiap kali dia dilanda masalah, Yazzed yang akan menjadi hero untuknya. Namun hati Darin ragu-ragu, dia masih terperangkap dengan masa lalu. Walaupun kehidupan Yazzed penuh dengan disiplin dan keberanian sebagai anggota pasukan khas, menghadapi hati Darin yang tertutup akibat kehilangan, bukanlah misi mudah. Dia tahu, untuk menawan hati Darin, dia perlu sabar dan memahami luka yang dibawa gadis itu. "Saya... tak pasti kalau saya boleh mencintai lagi, Yazzed." - Darin Farissa "I'll be your healer's heart then, Nur Darina Farissa." - Yazzed Qayyum "Ruang dalam hati kau ada tempat lagi tak? Aku nak ada dalam ruang tu, boleh?" - Yazzed Qayyum Start : 29 januari 2025 End : 18 februari 2026
𝐃𝐈 𝐋𝐀𝐔𝐓 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐈𝐓 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐈𝐑𝐔 | 𝐂 by Ninqistina
Ninqistina
  • WpView
    Reads 84,223
  • WpVote
    Votes 3,166
  • WpPart
    Parts 78
'𝒮𝓉𝒶𝓃𝒹 𝒶𝓁ℴ𝓃ℯ' Aᴅʀɪᴛʜ Dᴢᴜʟᴋᴀʀɴᴀɪɴ × Zᴀʟʟɪᴇsʏᴀ Rɪᴇʜᴀɴᴀ Adrith Dzulkarnain, seorang jejaka yang ceria berpangkat mejar dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Zalliesya Riehana, seorang gadis dingin berpangkat leftenan dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Dua insan yang mempertahankan negara, namun dipertemukan secara tidak diduga di rumah Puan Rosmah. "Siapa laki tu?" - Zalliesya "Cucu angkat yang Nek kata haritu. Adrith Dzulkarnain namanya." - Puan Rosmah Pertemuan singkat itu cukup untuk membuatkan hati Adrith terusik, seolah-olah jatuh cinta pada pandangan pertama. Namun bagi Zalliesya, kehadiran Adrith hanya menimbulkan rasa rimas buatnya. Disangka pertemuan itu yang pertama dan terakhir tetapi takdir mempermainkan mereka. Adrith dan Zalliesya diarahkan bekerjasama dalam satu misi berbahaya-menangkap lanun jahat yang mengancam perairan negara. "By the way kan weh! Aku dengar cerita yang kita akan bekerjasama dengan tudm untuk tangkap lanun tu." -Eizanis "Aku pun dengar benda yang sama. Betul ke?" -Aieman Misi selesai, namun segalanya berubah apabila Asyraaf, sahabat baik mereka, melamar Zalliesya secara mengejut. Dan tidak lama selepas itu, Asyraaf disahkan meninggal dunia akibat kanser yang selama ini dirahsiakan sehingga kes pembunuhan yang dijangka punca kematian tersebut. Salah faham mula tercipta. Dalam kesedihan dan amarah, Zalliesya menuduh Adrith sebagai punca kematian sahabatnya itu kerana dia tahu yang dalam pada masa yang sama, Adrith juga suka akan dirinya. Cinta yang sepatutnya diputik bertukar menjadi kebencian, dan kebencian itu menyalakan api dendam. Zalliesya nekad-perkahwinan bukan lagi tentang cinta, tetapi balasan atas sebuah kehilangan. "Assalamualaikum Hana. Abang datang ni." -Adrith. "Kau jangan bermimpi yang aku akan balas cinta kau. Aku kahwin dengan kau untuk balas dendam ja." -Zalliesya Start: 2 November 2024 End: 20 April 2025
ISTERI SEORANG TENTERA  by itswynaa
itswynaa
  • WpView
    Reads 471,986
  • WpVote
    Votes 19,322
  • WpPart
    Parts 48
[Completed] Hariz Jibrail. Sebaris nama yang dikenali orang-orang dengan sifat ketegasan dalam melakukan tugasnya sebagai seorang tentera. Wajah kacaknya membuatkan ramai gadis yang tergilakan dia. Walaupun sifatnya tegas, namun masih juga si gadis tersebut mencuba untuk masuk jarum. "It takes a strong women for a military man." - HARIZ JIBRAIL Itulah ayat yang sering dia jugakan untuk menolak gadis-gadis yang cuba mendekatinya. Baginya, tiada wanita yang akan dapat bertahan sebagai teman hidupnya. Tugas dia berhikmat pada negara sepanjang hidup. Dia tidak mahu menyiksa mana-mana wanita dengan risiko sebagai pejuang negara. "Aku nak kahwin dengan tentera. Tak langit, darat. Tak darat, laut." - SOFEA ADRIEANA Entah mengapa ayat ingin menikahi tentera sering meniti dibibirnya. Apabila dia ditemukan dengan Hariz Jibrail, seorang barista, dia terpikat dengan jejaka tersebut tanpa mengetahui kerjaya sebenar jejaka itu sebagai tentera laut. "Kau nak ke sampai tua jadi bujang? Tak ada seri nanti! Tak bersinar dimata dunia sebab bujang." - SOFEA ADRIEANA "Moon are alone too, but still shines." - HARIZ JIBRAIL Kalau dah namanya Hariz Jibrail, pasti ada aje alasannya. Tapi sifat Hariz yang itu juga membuatkan Sofea makin tertarik dengannya. Setelah dia melihat kegigihan gadis yang tidak pernah mengalah dalam mengambil hatinya, Allah mendetikkan rasa cinta pada gadis tersebut. "Jibrail. Nama malaikat yang diutuskan untuk sentiasa mendampingi Rasulullah. Dan aku Hariz Jibrail, Allah utuskan aku sentiasa mendampingi kau, Sofea Adrieana." Mahligai yang baru sahaja dibina kian dilanda ombak yang menimpa. Satu demi satu ujian diturunkan oleh Allah. Kuatkah Sofea Adrieana untuk memegang gelaran Isteri Seorang Tentera? Atau menyerah kerana lelah? 𓂃ֶָ֢𓍯𓂃 PLAGIAT DI LARANG KERAS ‼️ ©wynakim
Cinta Hati Raid Mateen by AISHSUHAIMI
AISHSUHAIMI
  • WpView
    Reads 116,879
  • WpVote
    Votes 3,606
  • WpPart
    Parts 75
Di usianya yang masih awal, dia sudah bergelar tunangan orang. Namun, hanya untuk beberapa ketika. Dia diputuskan tanpa dia tahu yang dia sudah diputuskan. Kecurangan seorang lelaki bersama sahabatnya memberi kesan kepada hatinya. Ain Nadhirah, pilihannya. Aku terima dan aku reda. Dia bukan untuk aku. "Saya nak awak tahu, saya mencintai awak seorang saja, Aisy Afiya. Sayang tunggu ye. Habis training kita kahwin." - Amar Zuhal. Janji yang hanya tinggal janji. **** Namun, perginya dia bukan bermakna hatinya tidak layak dimiliki lelaki lain. Raid Mateen, seorang Kapten. Raid Mateen yang mulanya hanya seorang pendengar kepada Aisy Afiya mahukan hubungan yang lebih mesra. "Raid Mateen, bukanlah seorang yang sempurna. Tapi, dia akan cuba jadi sempurna untuk bidadari yang ditakdirkan untuknya." -Raid Mateen "Maksud Tuan Raid? Tuan Raid nak promot diri sendiri ke ni?" -Aisy Afiya "Macam tu lah lebih kurang. Cik Aisy berminat?" -Raid Mateen. Biarpun begitu, umpama sudah jatuh ditimpa tangga. Sekali lagi, lelaki yang dicintainya pergi menghilang membuatkan hatinya sukar menerima lelaki lagi melainkan pilihan keluarganya. Iya, pilihan keluarga. Tetapi siapa je tahu jodoh yang tertulis, dia kembali. "Saya minta maaf. Saya tak ada niat untuk tinggalkan Cik Aisy. Saya minta sangat Cik Aisy percayakan saya. Percayakan keikhlasan saya untuk menghalalkan Cik Aisy." "Saya janji akan mencintai Cik Aisy sampai saya mati." Dalam mencari kebahagiaan, dugaan demi dugaan yang datang. Mampukah mereka menghadapinya dengan tenang? Akankah berkekalan mahligai yang dibina? Masih adakah peluang untuk Aisy Afiya merasakan kebahagiaan?
Kau Yang Ku Nanti (COMPLETED) by humairaamaulana
humairaamaulana
  • WpView
    Reads 136,216
  • WpVote
    Votes 5,550
  • WpPart
    Parts 69
Leftenan komander Shafiq Ilham x Imaya Adelina "Penantian itu bermakna jika dia pengakhirannya." - + Sequel Bunga Untuk Leftenan ATTENTION - Sebelum baca cerita ni, pastikan khatam cerita Bunga Untuk Leftenan dahulu.
COAST GUARD : Lieutenant Nadhif by yourstrulysal
yourstrulysal
  • WpView
    Reads 396,515
  • WpVote
    Votes 13,468
  • WpPart
    Parts 69
(complete) ⁺✧ - COAST GUARD SERIES #1 blurb can be found in the first chapter of the book.
Bae by itsclarasss
itsclarasss
  • WpView
    Reads 265,626
  • WpVote
    Votes 6,522
  • WpPart
    Parts 74
⚜️ 1st King Series ⚜️ #1 family #1 loyal #2 action Tengku Nafidz Mustasyar Dhia Delisha Kekuatan Tengku Nafidz adalah Dhia Delisha, dan kekuatan Dhia Delisha adalah Tengku Nafidz. Di saat Dhia Delisha sudah tidak percaya akan sebuah cinta, kepercayaan yang telah hancur akibat orang yang paling dipercayainya. Tuhan hadirkan seorang hamba bernama Tengku Nafidz Mustasyar untuk menggantikan setiap duka dan tangis di dalam hidupnya. "Save others not me." "A soldier never asks what his country can do for him; instead, he asks what he can do for his country." ❗️contain harsh words ❗️mature scene ❗️typo bersepah
Bunga Pujaan Hero [C] by Nur_Haura
Nur_Haura
  • WpView
    Reads 198,740
  • WpVote
    Votes 10,371
  • WpPart
    Parts 48
"She just like amaryllis. The flower has splendid beauty but at the same time full of pride. She doesn't care about herself or her future. All she care is her pride." - Saif Kaizer. Amaryllis Adra, si sosiopat. Anak luar nikah yang masih mengharapkan kebahagiaan. Selalu inginkan si jejaka yang tidak tergoda dengannya. "You mesti tahu yang salah satu ciri ASPD ialah keinginan untuk memiliki sesuatu. And you make me craves you badly." -Amaryllis Adra Saif Kaizer, si penyiasat. Muncul sebagai pemadam api buat si sosiopat. Hatinya digoda oleh si bunga. Jiwanya mahukan amarilis jadi miliknya. "Jika saya betul-betul jatuh cinta pada awak, saya tak tahu apa yang saya akan lakukan pada masa depan." Kaizer benar-benar cintakan bunga itu.
SAAT CINTA TERCIPTA (C) by Zueikha23
Zueikha23
  • WpView
    Reads 1,408,234
  • WpVote
    Votes 35,261
  • WpPart
    Parts 45
Percutian di sebuah Pulau meninggalkan kenangan pahit apabila Luis Esqandar di tangkap basah dengan seorang gadis yang dia tidak kenal identitinya. Mereka di paksa menikah dengan segera, jika tidak aib mereka akan disebarkan kepada umum. "Apa la malang, esok nak pergi sambung belajar hari ni kena berkahwin dengan makhluk asing daripada planet mana entah, lepas tu kena halau dengan abah." - Enees Hejira "Kau panggil aku makhluk asing? Kau yang masuk ke dalam bilik aku sampai ke kita kena tangkap basah sepatutnya aku yang panggil kau tu makhluk asing." - Luis Esqandar Selepas pertengkaran di jeti, mereka membuat haluan masing-masing. Beberapa tahun berlalu mereka ditemukan semula. "Kenapa kau tiba-tiba muncul kau nak apa daripada aku?" Luis Esqandar "Ceraikan saya." - Enees Hejira "Kau ingat aku senang-senang ke aku nak melepaskan orang yang telah memalukan aku?" Luis Esqandar "Encik Es dapat malu, saya ni kena halau dengan abah dan terikat dengan status isteri Encik Es, sedangkan Encik Es bahagia dengan tunang tersayang." Enees Hejira Apabila mereka bertemu pasti ada saja yang menjadi isu untuk mereka bertengkar tetapi bila jauh hati masing-masing merindu. Hubungan mula akrab apabila Luis Esqandar memerlukan Enees Hejira untuk mencari adiknya yang hilang sejak bayi. "Bukan ke seorang isteri tu perlu sentiasa berada di sisi suaminya?" Enees Hejira "Aku tak perlukan kau di sisi aku." Luis Esqandar Mulut kata benci, hati kata rindu. Rindu yang sukar diungkapkan. ⚠️Maaf jika ada kesalahan tatabahasa dan typo