AyuAqishadiff's Reading List
199 stories
ACCIDENTALLY YOURS [OG] by flowerbean
flowerbean
  • WpView
    Reads 3,450
  • WpVote
    Votes 179
  • WpPart
    Parts 11
Asyiq Za'in x Hanna Erynna [From AU story] Slow update sebab AU storynya yang laju dekat tiktok hehe
Of Ruins and Roses by KaelAuren_
KaelAuren_
  • WpView
    Reads 124,025
  • WpVote
    Votes 5,876
  • WpPart
    Parts 125
Rayyan Harith tidak pernah lupa malam itu. Seorang pakar bedah muda. Dia menyaksikan sendiri tiga nyawa ditarik dalam satu kemalangan tragik-termasuk adik kandungnya sendiri. Namun yang paling menghantui hidupnya ialah, sepasang suami isteri yang gagal diselamatkannya... hingga meninggalkan seorang gadis yatim piatu. Gadis itu, kini bergelar wanita berdikari bernama Aira Humaira. Pemilik kafe comel bernama Pawse & Sip, tempat di mana manusia melepaskan lelah sambil membelai kucing sebagai penyembuh luka jiwa. Tuah, satu-satunya saksi bisu yang menjadi penguat Aira selama ini. Tanpa saling mengenali, Rayyan dan Aira ditemukan semula oleh takdir. Namun, rahsia masa lalu terus menghantui. Aira tidak tahu lelaki itu ialah doktor yang cuba sedaya upaya menyelamatkan ayahnya pada malam kejadian. Rayyan pula hidup dalam dilema-antara menyembunyikan identiti atau jujur dan kehilangan wanita yang perlahan-lahan dia cintai. Tatkala luka lama mula berdarah kembali, dugaan bertimpa. Hasutan, fitnah, keluarga yang menolak, kehilangan, perpisahan... hingga Aira dan Rayyan diuji antara percaya dan kecewa, antara menanti dan melepaskan. Akan adakah bahagia buat dua jiwa yang luka? Atau takdir sekali lagi memilih untuk memisahkan mereka? "π™ΌπšŠπš—πšŠ πš”πšŠπšž, πšœπšŠπš’πšŠπš—πš? π™ΉπšŠπš—πšπšŠπš— πšπš’πš—πšπšπšŠπš•πš”πšŠπš— πšŠπš”πšž." - Rayyan Harith. "π™°πš’πš›πšŠ πšπšŠπš” πš‹πš˜πš•πšŽπš‘. π™°πš’πš›πšŠ πšπšŠπš” πšœπšŠπš—πšπšπšžπš™. π™°πš’πš›πšŠ πš–πš’πš—πšπšŠ πš–πšŠπšŠπš." - Aira Humaira.
IVAN QIDRAN by Daniaaryanna
Daniaaryanna
  • WpView
    Reads 1,517,429
  • WpVote
    Votes 46,948
  • WpPart
    Parts 70
STATUS: COMPLETE IVAN QIDRAN x AERIS ALAIA Disebalik wajah ceria Aeris Alaia tersembunyi luka yang tak pernah sembuh. Membesar dalam dunia yang tidak adil, ibu yang bergelut dengan sakit mental, ayah tiri yang penuh kekerasan, dan bayang seorang ayah kandung yang langsung tidak pernah dikenalinya. Sehinggalah takdir mempertemukan dia dengan seorang lelaki asing yang sering muncul tanpa diundang, Ivan Qidran. Dari situ, hidup Aeris mula berubah. Hidup yang dulunya kelam kini mula bercahaya. Dalam satu keberanian yang hampir dianggap gila, Aeris melangkah lebih jauh. "Awak, awak nak kahwin dengan saya tak?" - AERIS ALAIA "Desperate sangat ke kau ni sampai ajak aku kahwin?" - IVAN QIDRAN Saat Aeris cuba mendekat, Ivan sentiasa memilih untuk menjauh. Ada benteng yang sengaja bina antara mereka. Katanya, Aeris hanyalah 'adik'. Tapi benarkah sekadar adik atau itu cuma alasan untuk menyembunyikan rasa aneh yang semakin bercambah? "Kerana janji dan amanah, takdir kita tercipta."
Rayyan' Half by Ashalley_
Ashalley_
  • WpView
    Reads 48,360
  • WpVote
    Votes 707
  • WpPart
    Parts 55
Tengku Rayyan Darwish | Dingin adalah sifatnya . Tenang adalah wataknya . Rupa parasnya yg kacak sentiasa menjadi rebutan para ii wanita , Jejaka yg berusia 27 tahun ini merupakan CEO kepada syarikat nya sendiri . RD'S CORPORATION . Satu syarikat yang menjadi sebutan disebabkan empayar sebesar ini berjaya terbina olehnya sendiri pada usia muda . Tengku Rayyan yang dikenali sebagai CEO itu juga mempunyai nama lain iaitu ''Heartless Ray'' dari dunia hitamnya . And no one know about that . Clingy ?! . only with his ''special love''. Inara Sofyea | Seorang gadis yang cantik . Polos dan manja wataknya . merupakan satu-satunya anak dan adik perempuan dalam keluarga kecilnya . Inara Sofyea kini berusia 21 tahun . Penyayang . Seorang penulis novel . Mudah nangis plus degil . Mestilah , nama pun anak bongsu . Gadis yang lemah namun menjadi kekuatan untuk ''si dia'' yang memilikinya . ''T-Tolong !!.. Saya merayu t-tolong jangan bunuh saya !!'' ''Then choose baby , be mine or die..'' hyee there , this is my first story that i did . dan ini kali pertama sye cuba bakat sye yg tak seberapa kat sini hehe .. i hope you guys can enjoy when reading it !! . kalau ade salah atau kekurangan dalam cerita bagitahu yee . dont worry ! saye akan terima pendapat korang jugakk ~ : > ENJOYY !!
Tengku Rafael Zafran: Obsessed Husband [C] by niniaaar
niniaaar
  • WpView
    Reads 88,329
  • WpVote
    Votes 2,261
  • WpPart
    Parts 28
Tajuk: Tengku Rafael Zafran: Obsessed Husband Genre: Dark Romance | Obsession | Sad Love SINOPSIS Aleesya Safiya tidak pernah meminta untuk dijodohkan, apatah lagi dengan lelaki yang membencinya sepenuh hati. Tengku Rafael Zafran, lelaki berdarah Sepanyol yang sempurna di mata semua orang, tetapi dingin dan kejam terhadapnya. "Aku takkan pernah cintakan kau. Jangan berangan." Kata-kata itu menjadi luka yang tertanam dalam hati Aleesya. Bagi Rafael, perkahwinan ini hanyalah paksaan. Dia sudah ada kekasih yang dia cintai, dan Aleesya hanyalah beban dalam hidupnya. Dia mengabaikan Aleesya, melukakan hatinya, dan membiarkan gadis itu menangis dalam senyap. Namun, semuanya berubah pada satu saat. Saat Rafael kehilangan Aleesya. Dari kebencian, perasaan itu bertukar menjadi obsesi. Rafael mula menginginkannya, merinduinya, dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan Aleesya tidak meninggalkannya. Tetapi, bagaimana jika hati Aleesya sudah mati untuk Rafael? Dan lebih penting lagi-adakah Rafael mampu mendapatkan kembali cinta yang dia sendiri telah hancurkan?
Cinta Helena [C] by _noninu
_noninu
  • WpView
    Reads 80,478
  • WpVote
    Votes 4,503
  • WpPart
    Parts 58
Cinta Helena : Dia luka yang aku pilih. Cinta Helena x Qays Hayyan SUDAH tertulis di langit takdir, dua jiwa itu bersatu dalam mahligai cinta yang disangka abadi. Setiap senyuman mereka seperti puisi yang dibisikkan angin. Dunia menyaksikan cinta yang seolah dipupuk dari syurga. "Qays... promise me your love won't ever belong to anyone but me. Forever." "Cinta... you're my whole heart. I promise I'll love you today, tomorrow, and every lifetime after this. You're my forever." SATU JANJI. Tapi sejauh manakah layar sebuah janji mampu berlabuh saat badai takdir mula menjentik layar bahagia mereka? Dalam satu detik yang malang, Helena kehilangan segalanya. Luka bukan sahaja menghuni tubuhnya, tapi juga relung hatinya yang terdalam. Dan ketika itu, setia Qays mula dipertaruhkan. "You masih sayangkan I? Walaupun I dah tak sempurna lagi?" "Ya, Cinta. I akan sayangkan you sampai mati..." Namun setia itu diuji dengan satu perkataan yang paling ngeri buat seorang isteri ' poligami '. Mampukah hati yang retak menampung luka yang lebih dalam lagi? Sedang takdir menjemput wanita lain mengisi ruang yang dulunya hanya milik Helena. "Mummy nak Qays kahwin dengan Inara. She's a real woman, Qays. She can carry your child... not like Helena." "You nak kahwin lain? You nak duakan I!?" Dunia yang dulu cerah, kini gelap dan kelam. Apatah lagi saat pengkhianatan datang dari arah yang paling tak terduga. "Helena...aku-" "Kau kawan aku, Inara. Orang yang aku tak pernah sangka akan tikam aku!" Rasa dikhianati itu menghunjam dada lebih dalam dari sembilu. Hanya kerana kekurangan diri Helena di paksa mengerti walaupun hatinya tiada yang peduli. "I have no choice... H-Helena izinkan. Kalau itu yang buat semua orang bahagia... biar Qays kahwin." Sanggupkah dia terus bertahan, sedang mahligai yang dibinanya kini berkongsi nama dan kasih? Sedang senyum suaminya bukan lagi hanya untuk dia? Sejauh manakah layar perkahwinan ini akan terus belayar di lautan luka dan harapan?
[C]βœ“Bidadari Tengku Hael by Faijaa
Faijaa
  • WpView
    Reads 3,113,407
  • WpVote
    Votes 127,493
  • WpPart
    Parts 59
|My first sad romance| - Stand alone series - "Tolong jangan munculkan diri kau dihari pernikahan itu nanti..." TENGKU HAEL HAZREEQ - Jejaka yang mempunyai segalanya dari paras rupa ke harta dan mampu memikat hati setiap gadis, Dirinya yang terpaksa menikahi seorang gadis hanya disebabkan wasiat yang ditinggalkan atuknya sendiri, Dan itu telah menghancurkan janji yang telah dicipta dengan kekasih hati hubungan yang mereka cipta sudah berlayar 3 tahun tetapi hampir saja retak disebabkan dia yang telah menikahi gadis yang langsung tidak dikenali, Dia menikahi hanya disebabkan terpaksa... "Saya minta maaf saya tak mampu tunaikan permintaan awak..." NAYLEA SYAZAL - Sigadis cantik yang menjadi segala mangsa keadaan bukan dirinya tidak ingin meninggalkan hari pernikahan itu, Tetapi dia tidak mampu untuk mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh kakaknya sendiri, Yah kakaknya melarikan diri sewaktu hampir menikahi lelaki pilihan kedua ibu bapanya, dan dia tidak ingin kedua ibu bapanya akan merasa benda yang sama itu lagi, Disebabkan itu rasa bersalah menyelubungi hati kerana keputusan yang dibuatnya telah menghancurkan sekeping hati milik seorang gadis, Yah dia telah melukai hati kaumnya sendiri . Dugaan demi dugaan datang menghempap diri, Mampukah mereka mencapai puncak kebahagiaan? Amaran: (Sad Romance) (Emotional too heavy) (Mengandungi kekerasan rumah tangga) (Polygamy) (Mencarut) (Cringe) (18+) ⚠️ So read on your own risk ⚠️ Ofc clice hehe...
Last Wishes  by FloraDaniella
FloraDaniella
  • WpView
    Reads 446,159
  • WpVote
    Votes 14,460
  • WpPart
    Parts 55
[COMPLETED] Muhammad Qaif ❀️ Enara Nur Cliché + sad + romance ___________ Cinta? Itulah yang Enara Nur mahukan dari Muhammad Qaif. Namun Qaif tidak mempunyai perasaan itu terhadapnya walaupun mereka bergelar suami isteri. ____________ Satu bab sehari (daily update) Short story 🌼 ⚠️ Bacaan matang
Cinta Kedua Tengku Firhan (Complete) by ykaqis
ykaqis
  • WpView
    Reads 57,835
  • WpVote
    Votes 1,492
  • WpPart
    Parts 60
Tengku Firhan Harraz seorang duda tampan, kaya, dan berkarisma menjalani hidup hanya dengan fokus kepada kerja dan anak kesayangannya, Qaireen Ellyra. Selepas perceraiannya, dia menutup hatinya untuk mana-mana wanita, hanya mahu menjadi ayah terbaik buat Qaireen. Dalam dunia korporat yang penuh dengan kesibukan, sahabat baiknya, Hud Denniez, sering menjadi tempat dia berbicara dan bertukar pandangan. Suatu hari, pertemuan yang tidak dirancang terjadi apabila Hud membawa adiknya, Laura Irish, ke pejabat Firhan selepas kelas di universiti berdekatan. Sekilas pandang, hati Firhan bergetar Laura bukan seperti wanita lain yang pernah dia kenal. Ada sesuatu dalam dirinya yang membuat Firhan tidak mampu mengalihkan pandangan. Yang lebih mengejutkan, Qaireen Ellyra juga tertarik kepada Laura! Hubungan mereka menjadi semakin erat sehingga Qaireen dengan polosnya memanggil Laura "Mommy," sesuatu yang Firhan tidak sangka akan berlaku secepat itu. Dalam perjalanan mengenali Laura, Firhan mula berdepan dengan perasaan yang sudah lama dia kuburkan. Namun, dengan statusnya sebagai duda dan luka silam yang masih bersisa, mampukah dia membuka ruang di hatinya untuk cinta sekali lagi? Sementara itu, Laura yang ceria dan penuh kasih sayang mula menerima kehadiran Firhan dan Qaireen dalam hidupnya. Namun, konflik kecil mula timbul apabila Laura dihimpit dengan dilema adakah dia cukup layak untuk berada di sisi seorang lelaki sehebat Firhan?
APRICITY | C by itstheqiel
itstheqiel
  • WpView
    Reads 91,074
  • WpVote
    Votes 6,158
  • WpPart
    Parts 47
【SERIES 2】 (n.) - The warmth of the sun in a cold winter's day. "Literally a carbon copy of Darwin Naufal, but with Amelda Iris's attitude" Kata-kata itu sudah terlalu biasa buatnya. Senyuman palsu, lensa kamera yang tak pernah berhenti mengekori-semuanya datang tanpa dipinta. Keterkenalan yang wujud hanya kerana dia dilahirkan sebagai anak kepada dua ikon terkenal dunia. Dean Anmir, pewaris sebuah empayar perniagaan dan anak sulung kepada pelakon lagenda, membesar dengan bayangan masa lalu ibunya yang penuh luka. Trauma melihat ibunya bertarung dengan kesempurnaan sekaligus merasakan dirinya adalah beban keluarga, menjadikannya seorang lelaki yang memendam segala rasa dan sentiasa mempersoalkan kelayakannya dalam sesuatu perkara. Perkahwinan tanpa cinta bersama Arabella Erysha bermula atas dasar saling membantu-Dean melunaskan hutang Bella, dan Bella membantunya mencari jalan untuk merawat luka emosinya. Namun, Bella tidak sekadar memenuhi perjanjiannya. Dia membawa kehangatan ke dalam hidup Dean yang dingin, menyentuh hati lelaki itu dengan cara yang tidak pernah Dean jangkakan. Walau begitu, rasa bersalah dan ketakutan terus menghantui. Hinggalah satu tragedi membuka mata Dean, memaksa dia memilih antara terus tenggelam dalam bayangan silam atau berjuang untuk kebahagiaannya bersama Bella. Mampukah Dean melepaskan masa lalu yang membelenggu dan membuka hati kepada peluang baru? Atau adakah dia akan terus membiarkan kebahagiaan itu berlalu begitu sahaja?