Azrielshaz
Arif, seorang remaja berusia 18 tahun yang hidup serba kekurangan di dunia moden, mati secara tragis selepas diserang oleh sekumpulan samseng ketika cuba melindungi seorang budak kecil. Namun, kematiannya bukanlah pengakhiran sebaliknya, ia menjadi permulaan kepada sesuatu yang luar biasa.
Apabila Arif membuka matanya semula, dia mendapati dirinya berada di dunia asing yang penuh dengan sihir, makhluk ghaib, dan kerajaan-kerajaan purba. Dalam dunia itu, setiap manusia memiliki core kuasa mereka sendiri tetapi Arif menyedari dia tidak memiliki apa-apa... sehinggalah satu suara bergema di dalam kepalanya.
> [Sistem Terlarang Diaktifkan]
Selamat datang, Pemilik Ke-13.
Sistem itu memberi Arif kekuatan yang tak pernah dimiliki oleh sesiapa pun ,kuasa untuk meniru, mencuri, dan menyesuaikan mana-mana kuasa lawan. Namun, sistem tersebut membawa sumpahan: setiap kali dia menggunakannya, sebahagian jiwanya akan hilang sedikit demi sedikit.
Arif kini berjuang untuk bertahan dalam dunia yang menganggap pemilik Sistem Terlarang sebagai ancaman kepada keseimbangan alam. Dalam perjalanan itu, dia menemui sahabat, musuh, dan rahsia tentang siapa dirinya yang sebenar bahawa dia bukan sekadar manusia biasa, tetapi reinkarnasi seorang wira purba yang pernah menghancurkan separuh dunia seribu tahun lalu.