Yuszaiela's Reading List
2 stories
Suami Ku Ketua Pengawas by aariyys
aariyys
  • WpView
    Reads 946,895
  • WpVote
    Votes 47,084
  • WpPart
    Parts 43
Apabila terpaksa menerima kehadiran antara satu sama lain, atas permintaan keluarga. Perkahwinan antara Nik Sumayah Yaqana dan Tengku Irfan Hakim. Pada awalnya, mereka membantah. Tapi bila difikirkan balik, takkan lah mereka mahu menghampakan ibu bapa mereka, kan? Apabila sudah mendirikan rumah tangga, bertikam lidah pula antara dua insan ini. Ada aje yang mahu digaduhkan, sampailah satu rasa asing yang hadir dalam diri mereka. ❛❛𝗠𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗮𝗸𝘂 𝗻𝗮𝗳𝗶 𝗽𝗲𝗿𝗮𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗮𝘀𝗶𝗻𝗴 𝗶𝗻𝗶, 𝗺𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗸𝘂𝗮𝘁 𝗵𝗮𝘁𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝘁𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗶𝗻𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗶𝗻𝘁𝗮𝗶 𝗱𝗶𝗿𝗶𝗻𝘆𝗮.❞ - Tengku Irfan Hakim. ❛❛𝗠𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗰𝘂𝗯𝗮 𝗮𝗸𝘂 𝗷𝗮𝘂𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗿𝗶, 𝗺𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗹𝗲𝗸𝗮𝘁 𝗽𝘂𝗹𝗮 𝗵𝗮𝘁𝗶 𝗶𝗻𝗶 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗻𝗮𝗺𝗮 𝘀𝗶 𝗱𝗶𝗮.❞ - Nik Sumayah Yaqana. ❛❛𝗔𝗱𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗶𝗻𝗶 𝗰𝗶𝗻𝘁𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿?❞ - IrMayah Rumah tangga mereka, menjadi huru-hara apabila banyak rintangan yang datang. Bermula dengan seorang gadis, guru, dan rakan. ❛❛𝗔𝗸𝘂 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝘂𝗸𝗮 𝗸𝗮𝘂 𝗿𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗮.❞ ❛❛𝗞𝗮𝘂 𝗰𝗲𝗺𝗯𝘂𝗿𝘂 𝗲𝗵?❞ ❛❛𝗧𝗮𝗸.❞ Semakin banyak rintangan yang mereka hadapi, makin kukuh masjid mahlighai mereka. ❛❛𝗧𝗼𝗹𝗼𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗿𝗴𝗶! 𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗴𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂 𝗮𝗸𝘂!❞ ❛❛𝗦𝘂𝗺𝗮𝘆𝗮𝗵, 𝗶𝗻𝗶 𝗮𝗸𝘂. 𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗸𝘂𝘁, 𝗶𝗻𝗶 𝗮𝗸𝘂.❞ Mampukah Irfan dan Maya mempertahankan rumah tangga mereka sampai akhir hayat mereka?
LEO'S POSSESSION | eBook by Mi_Amethyst
Mi_Amethyst
  • WpView
    Reads 76,827
  • WpVote
    Votes 6,750
  • WpPart
    Parts 45
RAPHAEL LEO BIN RONNY ABDULLAH, seorang lelaki berdarah kacukan Melayu Vietnam. Pemilik mansion dan sebuah empayar perdagangan yang diberi nama EMPAYAR WHITE OWL. Dia lelaki yang punya segalanya, kecuali satu, iaitu didikan AGAMA DAN KASIH SAYANG. Hidupnya hanya bertunjangkan nafsu, kuasa dan wang ringgit. Ketika berusia 17 tahun, Leo sudah kehilangan kedua orang tuanya yang telah terlibat dalam kemalangan ketika berada di dalam kapal di atas laut. Bagi Leo, perempuan hanya lah untuk berseronok. Bukan untuk disayangi, apatah lagi untuk dicintai. Selepas kematian kedua orang tuanya, Leo dibesarkan dengan persekitaran keluarga yang hidup dalam pergaulan bebas oleh ayah saudaranya, David. Dan Leo terus membesar menjadi seorang lelaki yang lupa agama. DARLINA SOFEA BT IDRIS, anak yatim piatu dan gadis gelandangan. Satu peristiwa hitam telah meragut nyawa kedua ibu bapanya ketika dia berusia 12 tahun dan menyebabkan dia terus terpisah dari ahli keluarga dan saudaranya yang lain sehingga hilang jejak. Dan sejak itu, Darlina telah menjadi anak gelandangan dan dia berkawan rapat dengan dua beradik yang juga gelandangan, Haris dan Zed. Mencuri sudah menjadi kebiasaan mereka bertiga demi untuk mengisi perut. Kerana satu kejadian ketika tiga sekawan itu memecah masuk ke mansion WHITE OWL untuk mencuri atas arahan Master James, telah menyebabkan mereka tertangkap. Adakah mereka terkorban atau sebaliknya? Dan detik ini, menjadi pertemuan pertama antara Leo dan Darlina. Pertemuan yang berlaku dalam keadaan yang sangat tragis dan langsung tiada manisnya. Namun siapa sangka, hati Leo yang tak pernah kenal erti cinta itu, mula berpaling tadah dan menderhaka. "Ê, tên trộm, cậu đã đánh cắp trái tim tôi rồi! (Hei pencuri! Kau telah mencuri hati aku!)" - Leo