Malay
3 stories
MATCH FROM HELL by lairawr_
lairawr_
  • WpView
    Reads 12,619
  • WpVote
    Votes 587
  • WpPart
    Parts 31
Kes pembunuhan bersiri berlaku berturut-turut dalam satu minggu. Nadine Huan cuba menyelesaikan kes misteri itu sepantas mungkin memandangkan liputan media sibuk membahas kredibiliti anggota polis. Dia percaya lambang yang dia bawa di dada bukan hanya kerjaya tapi juga amanah dan tanggungjawab. "Kita ada pengkhianat."- Nadine Huan. Penyiasatan mereka tak ubah seperti permainan yang dimainkan oleh seseorang. Setiap langkah dan keputusan selalu diperhatikan. Nadine menyedari akan masalah utama. "Awak tak percayakan saya?"- Hans Ilhan. Nadine sedar pembunuhan bersiri itu ada hubungkait dengan orang sekitarnya. Namun kematian yang berlanjutan ke atas orang-orang yang terlibat dengan dadah buat Nadine mula kehilangan moral dan arah. Apatah lagi artis terkenal yang menempa nama di industri lakonan disyaki turut terlibat dalam pembunuhan itu. Adiknya. "Kau yang dorong aku untuk buat benda ni."- Carla Huan. Hari demi hari, dia makin gila. Nadine membuat keputusan yang tak pernah dia fikirkan. Dia akan tamatkan semuanya dengan caranya sendiri memandangkan pembunuh itu makin tak terkawal. Misinya: Bunuh The Reaper. "Jangan buat macam ni, Nad. Tindakan awak ni salah!"- Hans Ilhan. "Walau apa pun yang jadi, kami percayakan puan."- Inspektor Khairy Afghan. "Jangan sentuh dia kalau kau tak nak mati!"- Que. Mampukah Nadine menghentikan pemburuan The Reaper dengan cara yang benar? Atau perlukah dia menamatkan riwayat adiknya agar nama adiknya itu tidak akan tercemar? Warning ⚠️: There is a violent scene and a trigger scene.
THE REVENGE BEGINS [OG] by _niahara_
_niahara_
  • WpView
    Reads 327,270
  • WpVote
    Votes 13,499
  • WpPart
    Parts 70
TUNKU ZAYN QAISER | DINDA ANAYLA "Kenapa aku?! Kenapa mesti aku yang kena tanggung semuanya?" "Salah kau cuma satu. Sebab kau berkongsi darah yang sama dengan dia." Dinda Anayla, kelahirannya hanya untuk dibenci. Dianggap pembawa malang, dipersalahkan atas kematian ibu kandungnya dan akhirnya kehilangan satu-satunya tempat untuk dia berlindung. Hidupnya tidak lebih dari bayang-bayang yang tidak pernah diingini sesiapa. Malam itu, dia dijual oleh darah daging sendiri. Terhumban ke kancah kegelapan, di sebuah kelab malam yang sepatutnya menjadi noktah segalanya. Namun, di saat dia hampir tenggelam, seseorang menariknya keluar. Dia diselamatkan. Itulah yang dia sangka. Namun, hakikatnya penyelamat yang dianggap malaikat itu adalah pemilik neraka yang lebih gelap. Di sebuah pulau terpencil, dia dikurung, diseksa dan dijadikan boneka dalam permainan dendam yang dia sendiri tidak mengerti. "Sejak kau bawa aku ke sini, hanya jasad aku je yang bernyawa." "Dan kau tak boleh mati, selagi aku tak izinkan." Bagaimana dia harus bertahan bila setiap jalan keluar telah tertutup? Bila hatinya mula goyah dengan musuh yang sepatutnya dia benci? Adakah dia mangsa... atau sekadar bidak dalam permainan ini? ⚠️ TRIGGER WARNING & MATURE CONTENT ⚠️ Cerita ini mengandungi unsur emosi berat, keganasan, manipulasi, serta adegan yang mungkin mengganggu sesetengah pembaca. Tidak sesuai untuk pembaca di bawah umur atau mereka yang mudah terpengaruh dengan kandungan sebegini. 📌 Baca atas risiko sendiri! 📌 Jika tidak selesa, sila skip atau berhenti membaca. 📌 Penulis tidak bertanggungjawab atas sebarang kesan emosi yang mungkin timbul. You've been warned! 🚨
Aryan Wong : Badboy For Her (Complete) by hawadyraa
hawadyraa
  • WpView
    Reads 410,042
  • WpVote
    Votes 13,824
  • WpPart
    Parts 59
Badboy dan perempuan malang? Boleh ke bersatu? Alia Wafia, seorang perempuan yang boleh dikatakan bernasib malang di dalam hidup. Dibenci keluarga? Kena pukul? Kena fitnah? Semua pernah. Sampai dihalau keluar dari rumah kerana difitnah. Dari situlah dia berjumpa dengan heronya. Aryan Wong, seorang lelaki yang digelar sebagai seorang badboy oleh orang yang mengenali dirinya. Dirinya dilimpahi dengan kesenangan dari kecil lagi. Tak pernah bercinta sehinggalah dia berjumpa dengan heroinnya. Mula-mula, tak nak pun ada walau satu perasaan. Lama-lama, terbit rasa cinta di dalam hati Alia dan Aryan. Dengan Alia yang menawan dan Aryan yang jenis melindungi, hidup mereka saling melengkapi. Namun, tindakan Aryan yang telah menolak cinta Alia membuatkan Alia beralih arah. Dan apabila Aryan mula menyedari hatinya mula terpaut pada Alia, adakah dia dapat menawan hati Alia semula? start: 7 March 22 re-publish: 12 May 22 end: 10 June 22