Reading later
198 stories
Dia, Zayn Raffael (TERBIT) by hayysfarisya
hayysfarisya
  • WpView
    Reads 425,004
  • WpVote
    Votes 4,876
  • WpPart
    Parts 14
Mawar percaya cintanya bersama Raffael akan berakhir di pelamin, namun takdir seakan mempermainkannya. Dikejutkan dengan hakikat pahit pada hari pernikahan, lelaki yang baru saja bergelar suami rupanya 'Raffael' yang berbeza! "Ni semua mesti rancangan kau kan Naufal? Kau tak nak aku kahwin dengan Raffael, kau cari Raffael lain!" -MAWAR NASUHA "Mawar... dengar apa yang abang nak cakap ni. Sebenarnya abang dulu yang datang sini minta restu dengan ayah dan Naufal. Ayah dan Naufal cakap, Mawar setuju. Jadi abang teruskan niat abang untuk halalkan Mawar." -ZAYN RAFFAEL "Kau bukan Raffael yang aku nak... Kau bukan dia." -MAWAR NASUHA Terperangkap dalam sebuah perkahwinan tanpa rela, Mawar memberontak, menolak kehadiran Zayn sebagai suami sedangkan Zayn terus bersabar. Namun, kesabaran seorang suami juga ada batasnya, lebih-lebih lagi apabila rahsia hitam Mawar terbongkar. Dipulau, dihina, dan kehilangan kepercayaan Zayn, Mawar akhirnya sedar. Dialah yang harus berjuang untuk mempertahankan perkahwinan ini. Mampukah Mawar menebus segala kesilapan? Atau semuanya sudah tersurat tanpa peluang kedua?
Jika Dia Untukku [C] by nheaxara
nheaxara
  • WpView
    Reads 74,648
  • WpVote
    Votes 1,342
  • WpPart
    Parts 103
[DALAM PROSES EDITING] Jannatul Haura telah mengambil keputusan menutup rapat pintu hatinya kepada mana-mana lelaki selepas cintanya dikhianati oleh tunangnya sendiri. Hancur luluh hatinya hanya tuhan saja yang tahu. . Kerana wasiat arwah datuknya, Luth Mikael sanggup mengupah seseorang untuk menyamar menjadi teman wanitanya. Misi pencariannya itu berakhir apabila dia bertemu dengan Haura. . Berjayakah Mikael memenuhi kehendak wasiat arwah datuknya? Adakah Haura gadis yang bakal disunting oleh Mikael untuk menjadi teman wanita "olok-olok" nya itu?
Cinta Dia  by Naqqqie
Naqqqie
  • WpView
    Reads 218,699
  • WpVote
    Votes 5,860
  • WpPart
    Parts 77
Muhammad Taufiq dan Qistiena Haura. Qistiena Haura merupakan seorang doktor psikiatri. Berusia 25 tahun. Dia mempunyai seorang kawan baik yang usia persahabatannya lebih dari 10 tahun. Lebih 5 tahun dia menyimpan perasaan terhadap rakan baiknya, Zariq Zaqwan. "Mama, mama rasa dia suka tak dekat Qis?" Soal Qistiena Haura. Kedatangan sepupunya, Qaseh Tiara yang telah menambat hati Zariq Zaqwan telah merobekkan hati Qistiena Haura. Dia tidak menyangka, pertemuan singkat mereka itu mampu membuatkan hati dua insan tersebut berpaut antara satu sama lain. "Sweet juga kan Zariq tu?" -Qaseh Tiara "Aku tak pernah tahu kau ada sepupu cantik macam tu?" -Zariq Zaqwan. Adakah Qistiena akan mengalah atau dia akan terus berjuang menambat hati lelaki idamannya? Adakah hubungan persahabatan mereka akan runtuh sekiranya Zariq mendapat tahu Qistiena ada hati padanya selama ini? Dikala Qistiena dalam kesedihan, datanglah seorang jejaka yang mencuba untuk mengenal hatinya. Muhammad Taufiq, berusia 31 tahun. Dia menemani Qistiena dikala wanita itu masih lagi lemah. Dia melihat betapa wanita itu mencintai Zariq. Taufiq setia berada di sisi dan menjadi pendengar buat wanita itu "Selama ni, awak yang tak sedar. Saya pandang awak ketika awak pandang dia yang tak langsung toleh ke arah awak" -Taufiq- "Saya masih tak boleh lupakan dia, Taufiq" -Qistiena- "Then use me. I dont mind if i get hurt. I dont mind if your feelings is not the same as mine" -Taufiq- "No! Saya takkan buat awak macam tu" -Qistiena- "Kalau dengan gunakan saya, awak dapat lupakan dia, then im willing to do that." -Taufiq- "Muhammad Taufiq! Cukup!" -Qistiena- "Saya happy kalau awak happy" -Taufiq- Warning!! Karya ini adalah seratus peratus dari idea saya sendiri. Tiada kene mengena dengan dunia nyata ataupun dengan karya² penulis yang lain, kalau ada yang sama maka itu hanya kebetulan. Dilarang untuk mengambil atau meniru cerita saya! Status: complete Start: 7 Jun 2024 Finish: 20 Dec 2024
INARA : His Eternal Love [TERBIT] by irenicmia
irenicmia
  • WpView
    Reads 6,823,692
  • WpVote
    Votes 91,491
  • WpPart
    Parts 17
[COMPLETE] [TERBIT] 1st romance BUKU INI TELAH DITERBITKAN DI BAWAH RUMAH PENERBITAN IDEA KREATIF Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah ciri-ciri seorang Inara. Kawan? Dia tidak mempunyai kawan selain Firdaus dan Sarra. Hari-harinya yang ceria kini berubah menjadi semakin berwarna apabila dia dipertemukan dengan lelaki dingin bernama Adrian Khalaf. Peribadi lelaki itu cukup membuatkan hatinya meronta-ronta ingin memiliki lelaki tersebut. "Miss whatever your name is, can you please leave me alone?" -ADRIAN KHALAF Pertemuan pertama mereka cukup membuatkan Adrian rimas dengan perangai si tipikal diva itu. Bagi Adrian, Inara bukanlah seseorang yang layak untuk berdamping dengannya. Perangai wanita itu tidak ubah seperti perigi mencari timba. Namun siapakah dia untuk melawan takdir? Setiap kali dia menidakkan perasaan yang menjentik tangkal hati itu, setiap kali itu jugalah dia mula berasa bingung dengan perasaannya. Dia keliru. Perasaan yang tidak pernah dirasakan olehnya. Dan sehinggalah satu peristiwa berlaku menyebabkan sisi lainnya hadir. Janjinya, Inara akan dijaga dengan sepenuh hati. Itu janjinya. Warning : Some people might love this story and found it cute, but some people will also say this story is so cringe. This is my first attempt in writings so please, cut me some slack. Thank you! ⚠️please note that this story is so cringey ⚠️extremely cliche ⚠️cringe ⚠️sexy storyline ⚠️no censored⚠️ highest ranking - ✿ 1st in #romance ✿ 1st in #novel ✿ 1st in #cinta ✿ 1st in #comedy ✿ 1st in #love ✿ 1st in #romantik ✿ 1st in #melayu
Dia Penjaga Hati | C by JaenRhapsody
JaenRhapsody
  • WpView
    Reads 334,647
  • WpVote
    Votes 11,504
  • WpPart
    Parts 53
Harraz Althaf, seorang jejaka yang sudah malas untuk memikirkan soal percintaan, namun, pasangan yang ditetapkan orang tuanya bukanlah suatu petanda yang baik dan perlu dielakkan. Hana Raisya, seorang gadis yatim piatu yang sentiasa cuba untuk berdamai dengan nasib kehidupan. "Mak Mah tolong la carikkan Harraz jodoh, Harraz percaya dengan taste Mak Mah"- Harraz Althaf "Impian saya tahun ni, saya nak jadi orang yang paling lama single dekat kampung ni." - Hana Raisya "Orang cakap bercinta lepas nikah menarik, so are you in?"- Harraz Althaf "Kalau betul saya ni perampas, saya akan undur diri" - Hana Raisya Berjayakah Harraz untuk bertemu dengan pasangan hidupnya? Mampukah Hana berdamai dengan masa lalunya? Romance story 🦋 Happy story 🤍 Banyak kesalahan ayat dan typo. cerita cringe dan cliche.. START - 26/1/2024 END - 1 /10/2024
[C] Bukan Bidadari Nufail by flowerbeandee
flowerbeandee
  • WpView
    Reads 826,283
  • WpVote
    Votes 25,590
  • WpPart
    Parts 72
BOOK 2. Spin-off Aryan: Her Biggest Heartbreak Kata Darya, Arden Nufail ini bersikap lembut walaupun dingin. Namun, kenapa dia bersikap kasar terhadap Inaya Maleeqa? Tutur kata lelaki itu pedas sekali. Lansung tidak menjaga sekeping hati Inaya. Dan tidak pernah sekalipun, lelaki itu kisah akan dirinya. Seolah dia tidak wujud. Inaya, akuinya yang dia sukakan Nufail. "Kau suka aku?" Dingin. Wajahnya juga datar. Inaya abaikan. Dia sudah biasa dengan sikap dingin Nufail. Inaya angguk. Nufail mengukir senyuman sinis. Inaya dipandang dari atas ke bawah. Penuh menghakimi. "Tapi kau tak bertudung macam dia." Inaya tersenyum tawar. Dia tahu. Jurang dia dan Darya terlalu besar. Tapi wanita itu merupakan isteri orang! Rakan baik Nufail sendiri. 15 Sept 2024 - 03 Okt 2024.
Only You [C] by Emshalia__
Emshalia__
  • WpView
    Reads 193,762
  • WpVote
    Votes 9,600
  • WpPart
    Parts 58
[Saya tulis cerita ni masa tingkatan 4. Jadi kalau jumpa banyak kekurangan atau kepelikan harap dimaafkan] Tengku Darweena. Cita-citanya ingin menjadi chef tercapai. Dia kini bekerja di sebuah hotel terbesar di Malaysia sejak setahun lalu. Kepulangan anak pemilik hotel itu, Tengku Ariz Zeyyan membuatkan Darweena rasa ingin mencampakkannya ke dalam periuk untuk dibuat sup. Baru kenal, terus diajak kahwin. Memang tak lah Darweena nak setuju. Kenal pun tak apatah lagi cinta. Akhirnya Ariz meminta peluang untuk membuat Darweena jatuh cinta padanya. "Darweena, kalau kucing sukakan ikan, saya pula sukakan apa?" "Entah." "Saya suka awak." Semakin lama, Darweena terbiasa dengan kehadiran Ariz. Rasa cinta mula bercambah di dalam hati namun tak ditunjuknya. Pada masa yang sama, mama Ariz tidak menyukai Darweena kerana menyangka dirinya adalah orang kampung. "Aku tak perlukan apa-apa penjelasan dari perempuan jijik macam kau. Semua dah jelas. Kau perempuan murahan." "Ariz." Darweena terperangkap dengan rancangan mama Ariz menyebabkan Ariz meninggalkan Darweena. Dan Darweena pulang ke pangkuan keluarga dengan hati yang lara. Setelah kebenaran terbongkar, ingin saja Ariz menjumpa gadis itu untuk meminta maaf dan menambat semula hatinya. Tapi kerana dia sudah terikat dengan perkahwinan bersama Tengku Haura Aryana, dia memendamnya. Satu peristiwa membuatkan Darweena dan Ariz bersatu dalam keadaan Darweena sudah terikat dengan pertunangan bersama Tengku Aril Zeyyan, kembar Ariz. Darweena sudah nenerima dengan hati terbuka manakala Ariz ego untuk menerima Darweena dalam hidupnya selepas kehilangan Tengku Haura Aryana. "Awak pergi mana?" "Suka hati aku lah nak pergi mana. Kau sibuk apa hal aku?" "Saya tanya je. Perlu ke nak marah-marah? Soalan saya pun senang je." "Bising lah kau ni. Berambus lah." Apakah kesudahannya? Read and vote Published : 6 June 2021 - 9 August 2021
LELAKI TERAGUNG [18+] by amnahsyarim
amnahsyarim
  • WpView
    Reads 73,140
  • WpVote
    Votes 960
  • WpPart
    Parts 21
Tidak pernah Aisy Aqasha bayangkan dia akan terjatuh cinta dengan kekasih hati sahabat baiknya sendiri, iaitu Widya. Namun, perasaan itu dipendam rapi kerana lelaki itu amat membencinya kerana satu sebab. Tamat persekolahan Aisy Aqasha terpaksa berkahwin dengan pilihan ibu saudaranya. Walaupun hati tidak rela, dia akur dengan keputusan itu. Tetapi perkahwinan yang terbina tidak kekal lama. Dia diceraikan! Pertemuan semula bersama Zafriel menjentik kembali rasa cinta yang sudah terkubur lama tapi perasaan itu terpaksa ditolak jauh kerana lelaki itu telah pun bertunang dengan sahabatnya. Namun, sesuatu telah menarik Aisy Aqasha menjadi isteri sah kepada lelaki itu. Hanya kerana satu kesalahfahaman, mereka disatukan. Difikirkan panas hingga ke petang, ternyata hujan di tengah hari. Mempersuamikan seorang lelaki bernama Zafriel hanyalah menghadirkan kembali bayangan luka yang selama ini telah Aisy Aqasha lalui bersama bekas suaminya. Hanya tubuhnya yang disayang, bukan hatinya. Dia berasa amat walang kerana cintanya yang tulus diinjak-injak ke tanah. Perkahwinan yang diharapkan bahagia hanyalah derita. Sehinggalah pada suatu hari, rahsia yang mereka simpan terbongkar di tangan Widya. Mampukah Zafriel dan Aisy Aqasha mengecapi bahagia? Adakah cinta tiga segi antara mereka bertiga akan berakhir tatkala salah seorang undur diri?