Fantasii
5 stories
Hikayat Insan Nayanika by dinasayfu
dinasayfu
  • WpView
    Reads 6,289
  • WpVote
    Votes 711
  • WpPart
    Parts 31
Sungguh benar malang tidak berbau. Apabila Allah telah mentakdirkan Puteri Syarifah Seroja terperangkap di kerajaan musuh iaitu Kerajaan Grindacara. Dia sebagai puteri sulung Kerajaan Puspawangi mula runsing. Apakah cara yang dia boleh lakukan supaya dapat merahsiakan dirinya yang sebenar tanpa terbongkar atau dibongkari? Seroja yakin bahawa amat sukar bagi dirinya untuk orang ramai tidak tertarik akan dirinya. Kerana matanya yang lain daripada yang lain, maka dia yakin ramai orang akan tertarik pada dirinya. Nayanika. Ya, Puteri Syarifah Seroja memiliki mata yang indah dan memancarkan daya tarikan tersendiri yang tidak dimiliki oleh orang lain. Ini semua kerana mata kanannya yang berwarna biru itu pasti menjadi tumpuan ramai. Selepas beberapa hari terperangkap di kerajaan musuh. Hari demi hari dia merasa masa berjalan sangatlah perlahan. Lukanya pula ambil masa agak lama untuk sembuh jika dibandingkan dengan dirawati oleh tabib istana. Hatinya gusar. Dia tidak boleh buat sesuatu tindakan sesuka hati. Pertemuan Puteri Syarifah Seroja dengan dia membuatkan sang puteri gusar. Gusar akan keselamatannya dan orang sekelilingnya. Adakah rahsianya akan terbongkar? Adakah rohnya masih kekal dalam jasadnya setelah terperangkap di kerajaan musuh? Atau sebaliknya? status: slow update
Hati Patik Sudah Dicuri, Hati Tuanku Bila Lagi? by Merci_Misha
Merci_Misha
  • WpView
    Reads 38,196
  • WpVote
    Votes 3,795
  • WpPart
    Parts 62
"Sahabatku, hamba rasa hamba telah jatuh cinta!" Zarina, anak dara pingitan Makcik Zakiyah yang diminati ramai jejaka, telah patah hati setelah mendapat tahu watak novel kegemarannya mati di medan peperangan. Sungguh, dari kecil sehingga besar, dia sering menghanyutkan diri dalam dunia novel. Sehinggalah muncul sebuah novel kegemarannya yang mana memaparkan seorang watak yang telah membuatnya jatuh cinta. Namun, dia setia kepada yang tidak nyata walaupun ramai yang telah melamarnya. Walaupun begitu, tiada sesiapa pun yang tahu perwatakannya yang sebenar. Di luar nampak lembut. Di dalam? Wah, siapa tahu. Dalam kesedihan dan keperitan yang dirasainya itu, tanpa disangka perlian sahabatnya menjadi nyata. Seorang jejaka yang berperwatakan sebiji dengan watak kegemarannya, muncul di layar mata! Apakah benar apa yang dia lihat ini? Apakah ini... cinta sejati? "Hamba akan cuba tarik perhatian dia! Tak nak pikat, sebab nanti bahaya!" Tekad Zarina. Tengku Shafhan Iyyad, putera impian para gadis, tidak tahu bahawa dirinya kacak. Malah, dia juga tidak lepas daripada memandang wajah Zarina yang comel dan mulus bak mutiara di laut. "Perasaan apa ni ya?" Soal Shafhan, tidak memahami rasa hatinya itu. Tetapi, suka dan duka bukanlah memenuhi cerita, namun lawak dan jenaka turut ada. Sahabat dan musuh haruslah dimasukkan, jikalau tidak, manakan cerita dapat berjalan? Mari kita lalui kisah si Zarina yang telah jatuh cinta dan Shafhan yang sedikit kureng orangnya. "Apa erti cinta sekiranya status memisahkan kita?" Bermulanya kisah di istana kerajaan negara Angin Putih. Genre :- Teen Fiction-Romance-Classic-Fantasy-Islamic • ────── ✾ ────── • Ditulis pada tahun : 2020 ♡Penulis : Merci_Misha / Haninay ♡Sumber : Wattpad 🌸🌸Lovely cover by @jebatqays_🌸🌸
Di Bawah Salju by khrnisoff
khrnisoff
  • WpView
    Reads 696,459
  • WpVote
    Votes 53,631
  • WpPart
    Parts 60
[COMPLETED] Dia hanya gadis yang cuai. Tidak pandai berbohong malah polos. Keberanian sebati dalam jiwanya menyebabkan dirinya bangkit untuk meneruskan kehidupan. Dialah Adira Humaira, yang tersesat di dalam hutan semasa mengembara bersama pasukan berkudanya. "Aduh! mana kawan kawan aku ni. Ya Allah janganlah aku sesat waktu macam ni." - Adira Humaira Seorang pemimpin yang berkuasa dan gagah. Menolak semua ajaran sesat. Menghancurkan salib itu haknya. Memburu dan berperang itu menjadi kebiasaan baginya. "Musnahkan semua salib, jangan biar satu pun tersisa di sini." - Qaid Darwisy Menegakkan Islam sudah semestinya. Dia bukan lahir lahir sudah pandai berperang tetapi dia di ajar dari kecil untuk menjadi panglima perang. Tiada niat untuk berlawan dengan kaum yang lemah tetapi muncul seorang wanita di dalam hutan yang berani ingkar arahannya. Dia tidak marah, cuma ego lelakinya tercabar. "Kau tidak mahu mendengar arahan aku?" - Qaid Darwisy "Semestinya tidak." - Adira Humaira "Kejar dia." - Qaid Darwisy Di situ, bermulanya bertempuran antara mereka berdua. Menjadikan nyawa sebagai taruhan sehingga kemuncaknya seorang daripada mereka mengundur diri. start : 28102019 end : 06072021
Arliana Qailani ✔️ by FawlAtyn
FawlAtyn
  • WpView
    Reads 15,597
  • WpVote
    Votes 2,494
  • WpPart
    Parts 53
Status : COMPLETE! ______________________________________________ Arliana Qailani, seorang gadis malang yang dibuang oleh keluarga sendiri akibat tuduhan tidak berasas. Dirinya bertemu bersama Afif, crush sejak di bangku sekolah. Mereka disatukan kerana mahu menutup malu sahaja. Setelah perasaan semakin terasa, dugaan menimpa pasangan ini. Arliana Qailani telah dibawa arus ke sebuah pulau yang terlalu asing baginya. Diduduki oleh orang asing yang berbahasa pelik. #1- Pasangan (16/8/2021) #1 - Moment (23/9/2021)
HIKAYAT CINTA DUA DUNIA✔ by Anati_Althafunnisa
Anati_Althafunnisa
  • WpView
    Reads 840,813
  • WpVote
    Votes 28,058
  • WpPart
    Parts 26
Cinta Dua Dunia. Tak tercapai dek akal bagaimana cinta antara 2 jiwa ini bersatu namun istilah mustahil itu tidak pernah wujud jika takdir antara keduanya telah tertulis. "Aku keliru.Mengapa mesti aku?Mengapa aku yang perlu mengharungi ujian sebesar ini? Mengapa perlu aku yang terperangkap di dunia ini?" -Bella Amanda- "Beta tidak memaksa kamu namun jika kamu ingin keluar dari dunia ini maka tunaikan syarat itu." -Raja Andhika Sadewa- Perkara gila apa yang perlu aku lakukan ini?Aku hanya gadis yang baru berusia 18 tahun.Mana mungkin aku rela mengorbankan tubuhku untuk seorang Raja yang dianggap tuhan di dunia pelik yang penuh khayalan ini demi melahirkan seorang zuriat kepadanya? Published: Start: 5/1/2018 End: 17/7/2021 Status: Completed Highest ranking: No.2 out of 2.21K in fantasy ( 22/1/19) No. 1 out of 2.89K in thriller (30/11/21)