Lylya22Adriana's Reading List
1 story
Cold Soul, Sweet Smile  by syxzxl
syxzxl
  • WpView
    Reads 64
  • WpVote
    Votes 19
  • WpPart
    Parts 19
Nayella Adeen bukan gadis biasa. Di balik senyuman manis dan sikap periangnya, ada masa silam yang kelam-penuh luka, pengkhianatan, dan kehilangan. Dia tidak pernah tunjukkan sisi gelap itu pada sesiapa. Baginya, cukup dia yang tahu. Cukup dia yang rasa. Ethan Aviel pula ialah CEO muda yang dingin, tak pernah senyum, dan tak percaya pada cinta. Hatinya telah mati sejak dikhianati oleh perempuan yang dia percayai dulu. Baginya, dunia hanya ada dua perkara-kerja dan kejayaan. Takdir mempertemukan mereka di satu syarikat elit. Dia seorang bos yang serius. Dia seorang staf baru yang terlalu ceria untuk hidup dalam dunia kelabu Ethan. Hubungan mereka bermula dengan dingin dan penuh salah faham. Tapi hari demi hari, Nayella mula mencairkan sisi beku Ethan tanpa dia sedar. Dan Ethan pula... perlahan-lahan terdorong untuk ingin tahu siapa Nayella sebenarnya. Namun, bukan semua yang kelihatan manis itu benar-benar manis. Masa silam Nayella mula menghantui. Dan ketika segalanya terungkai, Ethan terpaksa memilih-melindungi Nayella, atau hancur bersama rahsia yang terbongkar. Dalam dunia yang penuh dusta, dendam, dan kepercayaan yang rapuh... Adakah api boleh mencairkan ais tanpa membakar diri sendiri?