singalautnihh's Reading List
17 stories
W A J D I - [  وجدي  ] [ OG ] by hrknnse
hrknnse
  • WpView
    Reads 10,082
  • WpVote
    Votes 1,848
  • WpPart
    Parts 13
[ 2022 ] - slow update Kehadiran sebuah keluarga yang baru sahaja berpindah di sebelah rumah Nayla Huwaina membuatkan dia rasa teruja. Manakan tidak, jiran baharunya ini mempunyai sepasang anak kembar seiras ala-ala Pak Arab! Boleh kata daripada kepala hingga kaki, mereka berdua benar-benar seiras. Perkenalan Nayla bersama Wajdi dan Wildan telah membuka satu lembaran baharu di dalam hidupnya. Pelbagai peristiwa dan cerita suka dan duka dikongsi bersama membentuk sebuah kenangan yang akan sentiasa disemat di dalam jiwa. Ikuti kisah persahabatan mereka sewaktu di bangku sekolah. *nanti sy baiki balik sinopsis START : 31/1/21 | 14/4/22 END :
Imam Kelas Sebelah ✓ by hanzerry
hanzerry
  • WpView
    Reads 5,254
  • WpVote
    Votes 559
  • WpPart
    Parts 30
𝘴𝘩𝘰𝘳𝘵𝘦𝘯 𝘢𝘴 𝘪𝘒𝘦𝘴, 2024 , spin-off kepada BDA Semuanya berlaku sejak lelaki itu menjadi imam solat tarawih di sekolahnya. Idna Hensem, seorang pelajar yang baru pindah ke sekolah SHOOW semasa penghujung tingkatan 3. Seorang yang berkelakuan baik, tetapi jika bersama orang yang dia rapat, dia boleh jadi watak humoris. Rasyidah, gadis yang bijak pandai dalam soal akademik tetapi pemalu orangnya. Kadang kala dia berubah menjadi bendul dan juga boleh menjadi baran! Ia terjadi bila ada orang mengungkit tentang kegagalannya dalam subjek Bahasa Arab. "Weh kau kenal tak mamat yang jadi imam malam tadi?" "Oh yang baca merdu tu ke?" - Rasyidah "Nanti... bakal imam sesorang di masa depan la." - Idna Hensem Oleh kerana satu salah faham, Rasyidah telah membaling kasutnya tepat pada wajah Idna Hensem. Si imam sudah memaafkan tetapi apakah nasib Rasyidah apabila sahabat baik si imam ingin membalas dendam terhadapnya? HIGHEST RANKING 9/4/24 #1 islamicfiction #2 lawakhambar #2 ramadhan #4 ramadan #5 novelmalay
UNKNOWN [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,258,060
  • WpVote
    Votes 96,818
  • WpPart
    Parts 71
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat! Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA. pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya. "Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI "Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ. Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka. Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas. "Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala. Memang introvert. "Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata... "Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng? "Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."
SENDIRI [ BY F] [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 26,194
  • WpVote
    Votes 1,816
  • WpPart
    Parts 28
Han hidup dalam dunia yang sunyi dan penuh luka. Dibelenggu masalah keluarga, dia membina tembok tinggi agar tiada siapa mampu menyentuh hati dan jiwanya. Baginya, percaya pada manusia, apatah lagi pada cinta, hanyalah satu kebodohan. Namun segalanya berubah apabila hadir Fatihah, seorang psikiatri yang ditugaskan untuk merungkai sisi gelap hidup Han. Dalam usahanya menyelami trauma lelaki itu, Fatihah tidak pernah menyangka bahawa masa silam Han jauh lebih perit daripada yang dia bayangkan. antara rahsia, luka lama dan derita tercipta, mampukah kegelapan ditembusi cahaya....atau cahaya dimamah gelapnya dunia
HYDRA 187 (COMPLETED) by eynaasarah
eynaasarah
  • WpView
    Reads 47,344
  • WpVote
    Votes 1,093
  • WpPart
    Parts 43
𝘼𝙚𝙡𝙚𝙖𝙨𝙝𝙖 𝘿𝙮𝙧𝙖 yang berumur 23 tahun kini sedang menjalani kehidupannya seperti biasa sebagai seorang pelajar universiti. Namun, ada sesuatu yang telah berlaku membuatkan gadis itu menjadi buruan seseorang yang dianggap sebagai 𝙥𝙚𝙢𝙗𝙪𝙣𝙪𝙝 bermula selepas kejadian pertemuan pertama mereka. 𝙋𝙚𝙢𝙗𝙪𝙣𝙪𝙝 itu bertopeng yang menutup sebahagian besar mukanya kecuali mata kiri dan rambutnya serta mempunyai gigi palsu dan gusi yang terdedah. Sejak pertemuan itu, Dyra turut menjadi buruan kepada pembunuh yang lain. Siapa sebenarnya lelaki bertopeng itu? Mengapa Dyra menjadi sasaran? Gadis biasa. Lelaki bertopeng. Suatu rahsia yang cukup untuk mencetuskan pemburuan berdarah. Sebuah kisah penuh misteri, ketegangan, dan rahsia yang bakal terbongkar, satu demi satu. [Action I Thriller I Mystery I Romance I Comedy] 𝘿𝙄𝙇𝘼𝙍𝘼𝙉𝙂 𝙋𝙇𝘼𝙂𝙄𝘼𝙏 𝙁𝙄𝙆𝙎𝙔𝙀𝙉 : 𝙍𝙀𝙆𝘼𝘼𝙉 𝙎𝙀𝙈𝘼𝙏𝘼-𝙈𝘼𝙏𝘼 𝙎𝙏𝘼𝙍𝙏 : 8 𝘑𝘶𝘯 2023 RE-𝙎𝙏𝘼𝙍𝙏 : 4 May 2025 𝙀𝙉𝘿 : 1 𝘑𝘶𝘯 2025 ©️𝙀𝙔𝙉𝘼𝘼 𝙎𝘼𝙍𝘼𝙃
Lanets by -zunally
-zunally
  • WpView
    Reads 3,127,039
  • WpVote
    Votes 309,593
  • WpPart
    Parts 89
「 completed 」 「 inspired by Ouran Highschool Host Club 」 [AMARAN: bab awal awal sedikit cringe dan karakteristik kurang konsisten. kalau nak versi yang sempurna, belilah buku fizikal (akan datang) 👍🏻] Ini kisah sekumpulan 5 orang pelajar lelaki rupawan yang menjalankan bisnes dengan menawarkan servis teman lelaki upahan. L untuk Lee A untuk Ariyan N untuk Nazmi E untuk Edhan T untuk Thaqid. Nampak apa yang kurang? Yeap. Lanets perlukan seorang lagi ahli yang namanya bermula dengan huruf 'S'. Apa Lanets buat? Mereka tawarkan Shah satu tempat kosong. Atau perkataan yang lebih sesuai, paksa. Shah ada masalah. Rambut pendek dan hoodie The Beatles membuatkan Lanets fikir Shah adalah seorang mamat jambu kurang zat besi. Tapi Shah sebenarnya Aishah. Seorang gadis yang masih menangis waktu layan drama korea. ❝ Selamat datang ahli baru Lanets! ❞ ❝ Laknet. ❞ Dah banyak kali Shah cuba beritahu, tapi gagal. Genre: Slice of Life, Teen Fiction Started : 260517 Ended: 110822 [ #1 in teen fiction 121217 ]
Hutan  ✔  by nhudarahim
nhudarahim
  • WpView
    Reads 36,196
  • WpVote
    Votes 1,940
  • WpPart
    Parts 19
Hani,Aniq,Muaz dan Suri.siapa tidak tahu persahabatan mereka memang sudah akrab sejak dahulu lagi.pertempuran silat dan kuat agama mereka.hanya kepada-Nya mereka berserah. Mika adalah kawan baharu mereka. Hani dan kawan-kawannya sanggup masuk didalam hutan yang tebal samata-mata untuk mencari siti. Mika pula terdapat satu seribu kisah yang belum diketahui rakan-rakannya. Terdapat sebuah rumah agam yang masih utuh di dalam hutan tersebut. Cikgu badrul atau nama sebenarnya adalah Fikri asyik disebut-sebut dalam mimpi.penyeksaan demi penyiksaan. Mereka menyangka perbuatan ini dilakukan oleh cikgunya sendiri. Satu persatu remaja hilang sehingga menjadi perbualan orang kampung bahawa hutan tebal itulah berpunca segala-galanya. Masuk sekali tidak akan kembali semula.bagaikan tiada jalan pulang. ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥ Apa yang akan jadi pada hani dan rakan-rakannya? Mampukah mereka menemouh segalanya bersama? Sesat di dalam hutan dan tiada jalan pulang? Siti hilang? Kalau nak tahu dipersilakan baca. Jangan lupa vote and coment♡
SELINDUNG✔ by Aimmm_
Aimmm_
  • WpView
    Reads 208,331
  • WpVote
    Votes 20,809
  • WpPart
    Parts 50
"Kalau kau boleh berselindung atas nama syaitan, aku akan berselindung atas nama Tuhan," - Hazrel Dalam tidak sedar dia menempah sekelumit dendam pada hati manusia yang penuh dengan titik hitam. Hingga akhirnya membawa dia menelusuri sejarah hitam buat dirinya, dan juga si dia. // yes the cover from cerita IT, but this book takde kena mengena lansung pun dengan movie tu okies xoxo//
OG |  AIRPODS by liyasarahnur
liyasarahnur
  • WpView
    Reads 1,542
  • WpVote
    Votes 283
  • WpPart
    Parts 21
"I can hear the voice from your heart, dear..." MENGISAHKAN tentang seorang gadis yang dibenci oleh mak dan ayahnya tanpa sebab. Walaupun setiap hari dimarahi, namun gadis itu memilih untuk tetap bertahan kerana mereka satu-satunya tempat dia bergantung. Sehinggalah suatu hari segala-galanya terbongkar dengan berkat satu airpods yang ditemui tempoh hari ketika berkunjung ke sebuah kafe. Dan sejak dia menemui airpods itu, segala-galanya telah bermula membuatkan gadis polos itu bertekad ingin mengakhiri hidupnya. "Aku hanya beban yang tidak berguna." "Awak tak boleh mati sekarang." Start: 1 Dec 2022 End: - Beautiful cover by: @skrrtboom TRIGGERED WARNING ⚠️: - Mental - Abuse - Harsh - Cringe - Hambar - Banyak kesalahan bahasa Update tersangat lambat sebab otak tak berapa nak jalan <<<
HUD 1 [C] by __syhadh
__syhadh
  • WpView
    Reads 13,062
  • WpVote
    Votes 1,295
  • WpPart
    Parts 47
﷽ Cover by: @PutraRize_ - SYUHADAH 7th BOOK MUHAMMAD HUD HAZWAN. Sememangnya tidak mudah hidup sebagai orang kurang upaya. Meskipun hanya sedikit kecacatan yang dialami, dugaan yang menerpa diri lebih berat. Redha. Satu kalimah yang mudah untuk disebut, tetapi sukar untuk dilaksanakan. Sakit. Tetapi dia yakin, bahawa Allah SWT akan memancarkan sinar kebahagiaan buatnya suatu hari nanti. Layanan kasih sayang daripada ibu bapa juga tidak dia rasai. Adik-beradik juga tidak mahu menerima kekurangannya. Hanya caci maki, penghinaan dan kebencian yang mengiringi hayatnya. "Ayah, Hud takut... sejuk." "Kau ada bilik, kan? Berambus pergi bilik kau sana!" Insan yang sepatutnya melindungi juga memberikannya layanan buruk. Apatah lagi ibu yang melahirkan. Hendak menangis juga tidak berguna. Dia sudah kekeringan air mata. Dia sudah lali dengan segala ujian yang menimpa diri. Di sekolah juga dia keseorangan. Hendak berkawan tiada yang sudi, tetapi ejekan pula yang dia terima setiap hari. "Hud cacat." "OKU! Cacat!" Sabar sajalah yang dia mampu buat masa itu. Remuk di kalbu sudah tidak dihiraukan lagi. "Esok mungkin lebih indah." Terimalah, HUD 1. - Sebahagian daripada cerita ini adalah berdasarkan kisah benar manakala sebahagian lagi cumalah rekaan penulis semata-mata. - Nama watak yang terdapat di dalam cerita ini tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. - Semoga kisah ini dapat dijadikan iktibar oleh semua pembaca. START: 20 DISEMBER 2024 END: 4 FEBRUARI 2025