DZHisyam's Reading List
7 stories
Hutan - Derhaka by liyanazulkffle
liyanazulkffle
  • WpView
    Reads 2,613
  • WpVote
    Votes 23
  • WpPart
    Parts 11
Penulis : Zambri Perasan Page FB : DJ Zambri Derhaka merupakan salah satu cerita dari Kompilasi Hutan karya sulung Zambri Perasan. Derhaka mengisahkan suatu pengalaman yg menginsafkan yang dialami penulis ketika berada dalam salah sebuah hutan di Malaysia ini. Nikmati dan hayati karya yang menyentuh perasaan dan memberi penginsafan ini dengan budi bicara anda sendiri. Ingat, ZP bercerita, Anda Membaca. Karya ini diterbitkan di dalam Wattpad atas izin dan budi bicara penulis Zambri Perasan sendiri. - Editor: Seri Tembam
Sang Purba by NaimTamdjis
NaimTamdjis
  • WpView
    Reads 3,848
  • WpVote
    Votes 143
  • WpPart
    Parts 8
Masanya sudah tiba! Kuasa hitam sudah bangkit! Kuasa yang akan memusnahkan dunia jika tidak dihalang! Dato Saufie segera mengumpulkan manusia yang telah ditakdirkan menentang Sang Purba yang dibantu oleh Tar dan Nyi Ratu Kidul. Pengembaraan mereka bermula menyelusuri alam bunian, bertemu naga Tasik Chini, berdepan dengan hantu gigi jarang dan menentang tentera junta Myanmar. Mampukah Dato Saufie mencari serta meyakinkan Haziq, Aiman Aklaken, Raiqal, Salim Bach dan Shikin menentang makhluk durjana yang dibangkitkan apabila sumpahannya terlerai? Berjayakah misi mereka menentang Sang Purba?
AMAT by sawalnuwa
sawalnuwa
  • WpView
    Reads 3,465
  • WpVote
    Votes 120
  • WpPart
    Parts 17
Ikuti liku-liku kehidupan Amat sepanjang penglibatannya dalam dunia persilatan ghaib yang meliputi pelbagai perkara sakti, mistik, saka, khurarat, jin dan sebagainya.
PENDAMPING MALAM by karnadyapublishing
karnadyapublishing
  • WpView
    Reads 728
  • WpVote
    Votes 9
  • WpPart
    Parts 5
"Aku sudah gilakah? Tapi mengapa? Aku tidak tertekan pun sebelum ini," - AKMA Dalam melayari bahtera rumah tangga bersama Karim dan anaknya, Akma tidak menyangkaTuhan menguji dirinya saban malam akibat disihir oleh seseorang. Hasutan syaitan yangditerima telah selalu kedengaran di indera dengar wanita ini yang menyuruhnya dia membunuh si anak. Menahan segala gangguan dan kesakitan dan terus berikhtiar dan berdoa sehingga akhirnya Allah menemukannya dengan seorang perawat Islam yang sudi membantunya. Siapakah perawat itu? Mampukah masalah Akma diselesaikan oleh si perawat? Tiada istilah kalah dalam menentang kebatilan. Akma yang hamil juga tidak mudah menyerah walaupun diuji sebegitu berat. Dia bukan saja disihir, tetapi mengalami gangguan saka dan gangguan penempatan jin di tapak rumahnya sendiri. Dan kerana mahukan penyelesaian, Akma mempelajari selok-belok ilmu perubatan Islam disamping menerima rawatan perubatan Islam daripada si perawat. Berjayakah Akma dalam menentang kejahatan yang mendamping diri wanita itu pada setiap malam? Akan tersingkapkah kebenaran dan dapatkan identiti si penghantar sihir diketahui Akma? Jawapannya ada dalam Pendamping Malam tulisan Ida Munira ini!
Psychomanteum by ZonGigil
ZonGigil
  • WpView
    Reads 1,878
  • WpVote
    Votes 49
  • WpPart
    Parts 10
Genre : Seram Mistik Harga : RM27.90 Blurb : Salah seorang ahli penyiasat paranormal telah menyeru apa yang tidak sepatutnya diseru dan kini ia tidak mahu pulang. Menuntut supaya mantera dilengkapkan supaya ia boleh bersatu di alam manusia. Dalam masa yang sama, pemuda itu sudah menghidupkan semangat yang telah lumpuh buat sekian lamanya... **TINDAKAN COPY PASTE CERITA INI ADALAH DILARANG SAMA SEKALI KERANA IA MEMPUNYAI HAKCIPTA TERPELIHARA** **BOLEH DAPATKAN IA DI KEDAI-KEDAI BUKU BERHAMPIRAN ANDA ATAU MESEJ ACC INI UNTUK MEMBELI**
TANAH by karnadyapublishing
karnadyapublishing
  • WpView
    Reads 527
  • WpVote
    Votes 8
  • WpPart
    Parts 5
Saban hari HANNI diekori kelibat yang menakutkan. Hanni keseorangan. Tiada siapa yang mahu percaya. Hatinya dipenuhi curiga. Bisikan-bisikan aneh selalu mengganggu. Hanni berwaspada. Sukar mahu mempercayai orang lain, waima ibu kandung sendiri. Ada kebencian dan dendam yang tersimpan. Sehingga muncul watak demi watak yang cuba meyakinkan bahawa Hanni adalah 'YANG TERPILIH.' "Mak kan ada pesan anak kita bukan hak kita berdua je, bang. Saya seram bang, bila teringatkan kata-kata arwah mak." PUAN INDAH Bang Somad dari Tanah Seberang, muncul menjejaki Hanni. Kedatangannya hanya menambah buruk keadaan. Dia tidak sendirian, Khursani tubuh menemani. Lelaki berurat dawai bertulang besi itu bukan hanya ditakuti Hanni. Dia turut digeruni oleh dua zaman yang berbeda. Tarungannya adalah manusia harimau dan Ajeng Ambar. Mereka terikat dengan sumpah perjanjian lama. 'Kulo tahu itu. Tetapi kowe gak usah begitu kasar. Jaga dikit air muka kulo. Kowe suka jika meliat kulo marah? Kowe tahu bukan? Jika kulo udah marah kowe gak akan pernah bisa melihat Hanni lagi, Ajeng Ambar!' BANG SOMAD. ZIYAD berusaha mendampingi Hanni walaupun Hanni begitu membenci. Lewat sorot mata Hanni, Ziyad dapat melihat kejahatan. Telah begitu lama ia berakar umbi di dalam diri Hanni. Kejahatan tidak hanya memakan diri. Bahkan turut menjerumuskan Ziyad ke dalam belengu yang menjerat. Mereka bertarung untuk diri sendiri, namun dengan matlamat yang sama. Bisikan-bisikan aneh yang mengganggu belum berakhir. Manusia-manusia di sekeliling Hanni amat mencurigakan. Gangguan yang menyeksa hampir membuat dia nanar. Siapa kawan dan siapa lawan? Adakah Hanni akan berjaya merungkai segala-galanya?
KELIWON by karnadyapublishing
karnadyapublishing
  • WpView
    Reads 495
  • WpVote
    Votes 17
  • WpPart
    Parts 5
Sekian lama tidak pulang ke kampung, Aariz kembali setelah menerima berita kematian ibunya. Harta peninggalan arwah ibunya, PUAN MASTURA dimiliki Aariz. Kejadian pelik yang berlaku di banglo peninggalan Puan Mastura menyebabkan Aariz tidak jadi kembali ke bandar semula. Awalnya dia mengesyaki kejadian pelik dan menyeramkan itu kerja ayah tirinya, NORDEN. Sangkaan Aariz meleset. Kematian dan kehilangan mula menghantui penduduk kampung semula. Kisah MBAH ESAH dan keturunannya dibangkitkan. Mbah Esah pengamal ilmu hitam yang ditakuti penduduk kampung. Asal usul keturunannya, ilmu yang dimiliki harus diwariskan kepada yang waris perempuan. Puan Massuri cucu kedua Mbah Esah sudah menunjukkan taring. Tidak lagi berselindung. Penduduk kampung dalam ketakutan. Aariz menjadi penghalang. Tegar menolak ilmu turun-temurun itu. Namun, ada rahsia lain yang tesingkap satu per satu yang bakal memberikan kejutan kepada Aariz. "Aku cuma tahu keliwon tu malam jumaat. Katanya malam tu makhluk-makhluk halus berkeliaran. Maksud aku hantu." - AARIZ "Lebih baik kamu tak usah terus pulang. Bermalam di rumah kami. Ada bilik tamu disediakan. Lagipun malam ini malam Jumaat keliwon. Malam keramat." - PUAN MASSURI Rahsia apakah yang telah diketahui Aariz? Apakah kesudahan kisah Keliwon? Selami keseraman karya Ilya Abdullah ini. Anda pasti merasa seperti ada yang memerhatikan anda ketika membaca kisah ini!