beli✨
5 stories
Mr Troublemaker by cikbawang
cikbawang
  • WpView
    Reads 12,236
  • WpVote
    Votes 262
  • WpPart
    Parts 2
FAHIM DAN NASUHA Fahim si atlet sekolah. Suha si kaki buku. Pantang berjumpa ada saja benda yang nak digaduhkan. Tapi semuanya bermula dari Fahim yang memang terkenal dengan perangai suka perdajal orang. Bagi Suha, Fahim bukan saja menjengkelkan. Tapi perangai macam Jin! Bagi Fahim pula Suha adalah gadis polos yang sangat suka dia kenakan. Mula-mula mereka seperti kucing dan anjing. Kemudian entah bila mereka jadi sahabat. Tapi ada sesuatu yang terjadi membuatkan hubungan mereka kembali renggang. Suha terluka dan menjauh. Fahim pula marah dan membiarkan Suha pergi.
Lecturer Itu Duda Aku! ✓ by Fahizah_Reena
Fahizah_Reena
  • WpView
    Reads 1,009,961
  • WpVote
    Votes 13,728
  • WpPart
    Parts 13
Berawal usia 26 tahun, dia telah menjadi janda. Janda tapi tiada anak. Diceraikan oleh bekas suaminya kerana lelaki itu punya pilihan hati sendiri. Al maklumlah, kahwin pilihan keluarga. Tapi, bila dia tak ada zuriat, keluarga mertuanya juga turut tidak menyukainya. Sikap manusia, kan? Berubah-ubah. Laila bangkit dan mahu sambung pelajaran di peringkat Universiti, menebus kembali masa yang dibazirkan selama bersama Qais Ukasy! Sekurangnya, jika dia punya segulung ijazah, dapatlah juga dia berlagak depan Qais yang sombong dan bongkak itu! Baru nak bahagia pada hari pertama menuntut di Universiti, segalanya terasa seperti langit runtuh atasnya. Lecturernya, adalah Qais. Dr Qais lebih tepatnya, terkejut... Walaupun dia tahu pekerjaan bekas suaminya, tapi ini sangat-sangat mustahil berlaku. Dia tak pernah tahu Qais dahulu mengajar di sini. Kalau tidak, dia sudah angkat kaki ke tempat pengajian lain. Bermulalah dari situ, kesinisan, ketegasan, dan kenakalan Dr Qais mengganggu dia. Laila tidak melayan, malah menjauhkan diri. Namun makin dia berlari, makin dikejar pula. Gila! Dr Qais itu gila! "Buat apa buang masa belajar, kau pandai ke? Dulu lembab sangat otak, aku ajar dan fahamkan kau pun. Masih tak boleh hadam kata-kata aku. Sebab tulah jugak aku tawar hati dan ceraikan kau." -Dr Qais Ukasy "Suka hati sayalah nak belajar pun. Ada habiskan duit awak? Huh... PTPTN adalah! Lembab ke tak lembab ke saya bersyukur diceraikan oleh lelaki yang..." -Laila Kaisara Macam anjing dengan kucing tapi setiap sindiran itu sedikit melukakan hati Laila, cuma dia pendam saja. Mujur ada adik perempuannya, yang turut belajar bersamanya. "Beri abang peluang untuk tebus salah abang..." -Dr Qais Ukasy "Oh, sorry! Saya dah ada kekasih hati... Tak lama lagi nak bertunang. Selamat tinggal, bekas suami berlagak!" -Laila Kaisara Start : 27 Okt 2022 Ending : 29 Dec 2022
The Angelz's Killerz [EBOOK] by arynlxa
arynlxa
  • WpView
    Reads 1,371,043
  • WpVote
    Votes 66,326
  • WpPart
    Parts 59
The Angelz yang dianggotai 4 gadis dikenali sebagai tunggak disilpin Expo Highschool sejak dari Tingkatan 1 lagi. The Killerz yang dianggotai oleh 4 jejaka merupakan pengganti The Angelz tidak kurang hebatnya. Apabila api bertemu api, apa yang bakal terjadi? Mampukah Highest Prefect Organization survive apabila dua kumpulan yang terbaik ini menjadi lawan? Dalam pada itu, masih ada rahsia yang perlu mereka sembunyikan dari pengetahuan orang ramai. Mampukah mereka menyembunyikan rahsia tersebut? START ON 13 AUGUST 2017 AND ENDED ON 2 DECEMBER 2017 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ INFO: For the Chapter Title yang ada (E), it's means, it has been edited. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ {Ranking} #10 in Teen Fiction (17/11/17) #9 in Teen Fiction (26/11/17) #7 in Teen Fiction (27/11/17) #6 in Teen Fiction (8/12/17) #5 in Teen Fiction (9/2/18) #3 in Teen Fiction (25/4/18) #2 in Teen Fiction (25/6/18)
e-Book ERWAN & HELENA | Best Seller by pena4kayu
pena4kayu
  • WpView
    Reads 7,469
  • WpVote
    Votes 251
  • WpPart
    Parts 12
Terbitan: Rumah Pena Kayu Isbn: 978-967-14386-2-6 Harga: Rm30.00 (Sm/Ss) Status: Ready Stock Blurb/ Sinopsis: Helena berkenalan dan bercinta dengan Ilyas, dan setelah dua tahun, dia ditinggalkan tanpa rasa dan tanpa penjelasan. Tetapi kenapa setelah dia putus dengan Ilyas, Erwan yang mencuri perhatiannya? "Saya minta maaf, Helena." - Erwan Kenapa Erwan perlu minta maaf? Secebis zarah pun Erwan tak pernah bersalah pada Helena. "Awak okey?" - Erwan "Saya okey. Saya bukan kena rogol atau kena rompak. Saya jadi begini sebab saya culas." - Helena "Saya bukan maksudkan sikap culas awak, tapi tentang hubungan awak dengan Ilyas." - Erwan Kenapa Erwan mesti mengambil berat? Erwan bukan saudara Helena. Jauh sekali kawan Helena. Erwan itu kawan Ilyas. "Awak nak tahu perkara sebenar?" - Helena "Ya. Saya takkan berkejar macam orang gila, dan langgar semua had laju untuk datang ke sini, semata-mata nak dengar awak mengarut. Sekarang cakap apa yang awak nak cakap dengan saya. I'm all yours now." - Erwan Erwan kalau marah, mulutnya laju macam bertih jagung. Lontaran ayatnya boleh mengelirukan. Helenalah yang selalu Keliru dengan ayat dan gerak geri Erwan. "I love you, Mira. Tak ada wanita lain yang boleh ganti tempat awak dalam hati saya." - Erwan Oh, begitu rupa-rupanya. Erwan dan Helena cuma dongeng. Yang wujud, Erwan dan Mira. Helena mengeluh dan mengesat mata. Erwan itu gila. Sama gila dengan Ilyas. Dan Helena lebih gila, sebab dia nekad mengubah dongeng menjadi kenyataan.
ADAM NAKHAIE by cikbawang
cikbawang
  • WpView
    Reads 15,293
  • WpVote
    Votes 774
  • WpPart
    Parts 18
Muhammad Nakhaie itu lelaki paling baik. Seorang yang rajin dan bertanggungjawab. Tapi takdir berkata lain. Selepas kematian Nakhaie, Aisyah Erina hidup susah di kampung membuatkan dia bertekad mahu mencari kerja di bandar. Pertemuan dengan Adam Nakhaie buat dia hampir pitam. Raut wajah Adam persis dengan seseorang yang sangat dia rindukan. Jadi, setiap kali memandang Adam, dia melepaskan semua rasa rindu yang menggunung. "Kenapa setiap kali you tengok muka I, you nampak sedih?" - Adam Nakhaie "Wajah Tuan persis suami saya. Dia macam ada tetapi tak boleh disentuh." - Aisyah "Nama suami you Nakhaie?" - Adam Nakhaie "Ya, Muhammad Nakhaie bin Nazmi." - Aisyah Erina "Nazmi?" - Adam Nakhaie Adam semakin curiga. Apatah lagi imbasan masa lalu yang telah lama hilang mulai muncul. Ada seseorang yang dia sangat rapat di masa silamnya tetapi kini langsung tidak wujud di dalam hidupnya. Siapakah mereka dan dimanakah mereka sekarang? Apa sebenarnya yang terjadi pada dirinya?