Malay books
4 stories
CERITA SERAM KONTOT - #certotRC by ridcreeps
ridcreeps
  • WpView
    Reads 10,322
  • WpVote
    Votes 312
  • WpPart
    Parts 23
Kini wujudnya cerita seram ringkas yang dinamakan CertotRC, membawa maksud cerita kontot ridcreeps. Tak terlalu panjang dan meleret. Perlukan daya imaginasi yang tinggi semasa membaca, barulah dapat merasai bahang seramnya disetiap potongan ayat dan jalan cerita. Hati-hati...
Menggunung (Completed) by HelmiEffendy
HelmiEffendy
  • WpView
    Reads 214,763
  • WpVote
    Votes 13,795
  • WpPart
    Parts 54
Menggunung, sebuah pekan yang terletak di tanah tinggi, betul-betul berjiran dengan sebuah empangan yang kalau sekali imbas dianggap seperti sebuah pekan biasa, yang terletak di Malaysia sama seperti pekan-pekan biasa yang lainnya. Namun, ada seribu rahsia yang sedang menanti untuk dibongkarkan. Semuanya bermula apabila Izzat Razali berhijrah dari bandar Eurasia ke pekan Menggunung kerana mula tinggal bersama dengan pakciknya, memandangkan kedua-dua orang tuanya terkorban dalam sebuah kemalangan jalan raya. Apa yang dihadapi oleh Izzat ditempat barulah bukan sahaja sahabat dan orang baru yang baru sahaja mula memasuki kisah hidupnya. Namun, Izzat berdepan dengan sebuah fenomena pelik yang sepertinya hanya berlaku di Menggunung. Urban legend, khabar angin dan mitos yang berlegar di internet, semuanya menjadi realiti di Menggunung dengan syarat, ia dipercayai oleh banyak penduduk Menggunung itu sendiri. Dari kejadian sekecil seperti kucing bertanduk yang dijumpai dalam hutan, atau penampakkan naga di dalam empangan Menggunung, pekan itu berdepan dengan kejadian pembunuhan, kemalangan dan kehilangan yang meletakkan Menggunung yang berpopulasi 10, 000 orang itu di hujung tanduk. Kejadian pelik yang bersiri dan berantaian memaksa Datuk Seri Shahrin Ruslan, Perdana Menteri Malaysia untuk memastikan setiap penduduknya keluar dan pekan yang terletak bersebelahan dengan empangan itu ditinggalkan. Namun, Izzat yang sudah jatuh cinta dengan Menggunung tidak mahu pekan itu menjadi ghost town. Bersama sahabat sekolahnya, dia bertekad untuk menyiasat sendiri fenomena ini, sekaligus menyelamatkan Menggunung!
KOLEKSI CERITA SERAM - #ridcreeps by ridcreeps
ridcreeps
  • WpView
    Reads 37,960
  • WpVote
    Votes 894
  • WpPart
    Parts 18
Bukan seorang penulis yang professional, tapi cukup sekadar memberi anda kejutan dengan setiap jalan cerita yang menyeramkan dan tak dijangka. Kisah-kisah yang dikongsikan bedasarkan pengalaman dan rekaan semata-mata. Peringatan: baca atas risiko anda sendiri. Khas buat pembaca yang penakut supaya berhenti membaca seketika apabila merasakan ada sesuatu yang tidak kena.
MISTERI RUMAH KOSONG by ridcreeps
ridcreeps
  • WpView
    Reads 5,173
  • WpVote
    Votes 70
  • WpPart
    Parts 12
C O M P L E T E - Karya Ridcreeps yang ditulis oleh Ridhuan. Novel fiksyen bergenre Thriller. [SINOPSIS] Dua orang pemuda yang belajar di bandar telah bercuti. Salah seorang daripada pemuda itu bernama Rafi telah mengajak Rizman untuk pulang ke kampung halamannya. Semasa di kampung, Rafi telah merancang satu perkemahan di hutan yang berdekatan. Dia mempelawa dua orang lagi sahabat yang sedia ada di kampungnya. Namun, terdapat satu peristiwa yang mengejutkan mereka bertiga apabila salah seorang daripadanya hilang. Misi mencari rakannya yang bernama Izz itu menemukan sebuah rumah kosong yang besar di tengah-tengah hutan belukar. Bukan itu sahaja, bertambah mencemaskan lagi apabila keesokkan harinya seorang lagi rakannya yang bernama Zul hilang di dalam rumah tersebut. Terdapat pelbagai peristiwa yang mencemaskan. Adakah Rizman dan Rafi berjaya menyelamatkan Izz dan Zul? Apakah tindakan mereka?