📑
4 stories
SALJU KYOTO (Published) by sara_aisha
sara_aisha
  • WpView
    Reads 258,120
  • WpVote
    Votes 10,968
  • WpPart
    Parts 25
'When a man truly loves a woman, she becomes his weakness. When a woman truly loves a man, he becomes her strength. This is called Exchange of Power.' Musim dingin 2015. Kyoto. Semuanya bermula pada malam itu. Aku cuma seorang wanita biasa yang ingin mencari sahabat yang hilang. Namun, malam itu mengubah segala-galanya. Dia muncul umpama samurai dalam persalinan kimono hitam dan sebilah pedang. A.K, dia sang jejaka misteri. Bermata helang, beraura garang. Bersamanya, terselit amaran. "Stay away from him." Tetapi, bagaimana mungkin aku lari daripadanya bila dia tiba-tiba mengumumkan bahawa aku miliknya? "She's my woman. You touch her... and you die." - A.K. Hakikat bahawa Badri sudah menjadi yakuza mengeruhkan keadaan. Dia sahabat baik yang tulus, jadi kenapa dia menghumban diri ke jalan ini? "If you feed an evil soul, he'll become a devil." - Badri Bila dua pilihan terhampar depan mata, aku akhirnya membuat keputusan muktamad. Tinggal di Kyoto dan berjuang... dengan status sebagai isteri kepada Arjuna Kaede. Dari awal, aku sedar bahawa menjadi isteri kepada lelaki itu bukan mudah. Nyawa sentiasa di hujung tanduk. Namun, aku ialah Nailah Farafisha. Seperti agungnya cinta Nailah al-Farafishah, srikandi Islam buat suaminya, Khalifah Uthman Ibn Affan, seperti itu juga tingginya darjat Arjuna Kaede di mataku. Mereka boleh datang menyerang, tetapi bukan semudah itu untuk aku menyerah kalah. Pantang maut sebelum ajal! "Masanya sudah tiba untuk aku jadi singa betina." - Nailah Tetapi, mampukah aku terus bertahan dihimpit dunia gelap yakuza? Mampukah aku menjadi penyelamat tatkala Arjuna hampir tersungkur antara prinsip dan nyawa? Apa pula yang akan terjadi kepada Badri? Ini bukan kisah cinta semata-mata. Ini tentang pilihan, pengorbanan dan akibat. Ini... kisah aku.
Mi Esposa (TERBIT) by Hudanajwa__
Hudanajwa__
  • WpView
    Reads 7,910,817
  • WpVote
    Votes 209,544
  • WpPart
    Parts 32
Book 1 "To be loved by me is a privilege"- TENGKU ADREAN RUIZ Pengkhianatan daripada keluarga adalah luka paling dalam bagi seseorang. Arisa Rania. Dibenci oleh bapa kandungnya sendiri kerana dianggap sebagai punca kematian ibunya. Keadaan bertambah buruk apabila bapanya mengahwini Puan Suria iaitu janda beranak satu. Kehidupannya tidak ubah seperti berada didalam neraka selama berada dirumah itu. Disaat Rania merasakan seperti ingin berputus asa, hadir seseorang menariknya keluar dari dunia kelamnya. Hidupnya yang sebelum ini dipenuhi derita berubah sekelip mata apabila bertemu dengan jejaka bermata kelabu cerah itu. Tengku Adrean Ruiz. Seorang jejaka yang dingin dan beku. Sepatah ditanya sepatah jugalah yang dijawab. Senyuman? Tiada! Wajah tampan itu tidak pernah dihiasi dengan sebarang senyuman sebelum ini. Aura yang terdapat pada lelaki itu cukup untuk menggerunkan sesiapa saja yang melihat. "I love my husband and you are my husband"- ARISA RANIA Namun perkahwinan yang awalnya bahagia mula ditimpa masalah apabila satu rahsia yang disembunyikan oleh Tengku Adrean mula terbongkar. "Yes, yes I kill them. My sins were terrible indeed. But they taught the world to fear me, and that fear protect my family and my people"- TENGKU ADREAN RUIZ Holy Dragon? Rahsia apa yang tersembunyi disebalik nama itu? Kumpulan Mafia? Atau pasukan perisik? "Dragón siempre será el dragon"
Fi Hifzillah Wahai Yang Dirindu|√  by HauraMawar
HauraMawar
  • WpView
    Reads 245,502
  • WpVote
    Votes 14,761
  • WpPart
    Parts 68
Ahmad Mujahid Nasruddin,seorg lelaki soleh,hafiz Al-Quran, terpaksa meninggalkan maahadnya utk mengambil SPM di sebuah sekolah agama. Dari hari pertama persekolahannya,dirinya menjadi perhatian. Ramai pelajar perempuan yg tertarik dgnnya.Namun dia x mempedulikan semua itu. Hatinya tertarik dgn seorg wanita solehah yg sgt menjaga ikhtilatnya.Nur Syauqah Wardah langsung tidak menunjukkan sebarang minat terhadapnya. Di sudut hati, masing-masing menyimpan perasaan namun tak diluah kerna bimbang andai perasaan itu dimurkai Allah. Hanya kpd Allah mereka berserah. Ungkapan 'Fi Hifzillah'hanya terpendam di dlm jiwa,x terluah dek kata-kata. Setelah STAM, masing-masing membawa haluan ke menara gading. Si teruna ke bumi Anbia, manakala sang bidadari ke bumi Korea. Rindu kian membara di jiwa mereka. Kerna bimbang hafalannya hilang dari ingatan,sang teruna melamar sang bidadari utk menjadi yg halal buatnya. Adakh lamaran itu diterima? Adakah bahagia kesudahannya?
Sweetie Mr Mualaf ✔️  by mayiraa
mayiraa
  • WpView
    Reads 172,574
  • WpVote
    Votes 12,493
  • WpPart
    Parts 59
[COMEDY ROMANCE] Chris nak jadi muslim? Adakah itu namanya fakehope anak-anak? Kepercayaannya kepada Tuhan hanya err 0.1% mungkin? Atau tiada langsung. He's an atheist. Apa yang dia tau, semua benda terletak pada nasib diri. Kalau malang, malang lah, begitu juga sebaliknya. "I doesn't believe God and yes I'm an atheist" -Chris Wilkins Aliesya Ezryn, wanita yang telah terberi hatinya pada sang lelaki. Tetapi, bagaimana mahu diluahkan? Dia seorang Muslimah dan jejaka itu pula... He's non muslim! "Aku akan pastikan kau jadi saudara seislam aku" -Aliesya Ezryn "Oh yeah? OKEY we'll see" -Chris Wilkins Kalau dah namanya Aliesya Ezryn, mesti keras kepalanya. Tetapi, mahukah lelaki yang bukan muslim itu mendengar cakapnya? Atau hanya diperlekehkan? Tapi hati sang hawa sudah tekad. Adakah cintanya bertepuk sebelah tangan? "Wahaha...itu azan bukannya jajan lah Chris" - Aliesya Ezryn "Ish, tu Shin la bukan Chin berapa kali nak cakap?" -Aliesya Ezryn "Ha,panjang sikit harkat dia" -Aliesya Ezryn "Ha, macam mana puasa pertama? Penat?" -Aliesya Ezryn Banyak juga yang telah dibuat oleh sang hawa yang dibantui keluarganya untuk mendapatkan saudara Islam baru iaitu Chris.Tapi, adakah kejayaannya itu realiti atau hanya sekadar MIMPI? "I want to know the miracles of Islam more" -Chris Wilkins "Remember, masuk Islam kerana Allah, bukan cinta" ⚠️Grammar yang agak tidak berapa mantap Penulisan saya tak matang kerana kurang pengalaman dan pengetahuan tentang alam semesta k bye. Beautiful cover and banner by @Purnama_Min🤙🏻❤️ Completed ♡︎☻︎