Action
151 история
Bae на itsclarasss
itsclarasss
  • WpView
    Прочтений 266,180
  • WpVote
    Голосов 6,524
  • WpPart
    Частей 74
⚜️ 1st King Series ⚜️ #1 family #1 loyal #2 action Tengku Nafidz Mustasyar Dhia Delisha Kekuatan Tengku Nafidz adalah Dhia Delisha, dan kekuatan Dhia Delisha adalah Tengku Nafidz. Di saat Dhia Delisha sudah tidak percaya akan sebuah cinta, kepercayaan yang telah hancur akibat orang yang paling dipercayainya. Tuhan hadirkan seorang hamba bernama Tengku Nafidz Mustasyar untuk menggantikan setiap duka dan tangis di dalam hidupnya. "Save others not me." "A soldier never asks what his country can do for him; instead, he asks what he can do for his country." ❗️contain harsh words ❗️mature scene ❗️typo bersepah
THE SKY FOUND YOU (slow update) на lvyzee_
lvyzee_
  • WpView
    Прочтений 1,303
  • WpVote
    Голосов 73
  • WpPart
    Частей 3
Tiada siapa menyangka lelaki seperti Ezran Rizq akan jatuh cinta. Sebagai seorang tentera elit yang terkenal dengan ketegasan, keberanian dan wajah yang sentiasa dingin, Ezran tidak pernah berminat untuk mengenali mana-mana wanita. Baginya, cinta hanyalah perkara yang akan mengganggu fokus dan tanggungjawabnya. Sehinggalah dia bertemu dengan Emylia Raisya. Seorang wanita yang sangat cantik, ceria dan sentiasa menghiasi harinya dengan tawa. Emylia adalah kebalikan dirinya-sementara Ezran hidup dalam dunia yang sunyi dan penuh disiplin, Emylia pula hadir seperti cahaya yang mampu menghidupkan suasana. Pertemuan mereka berlaku secara tidak sengaja. Pada mulanya, mereka hanyalah sahabat yang sering bertelagah dan saling menyakat. Namun tanpa disedari, persahabatan itu perlahan-lahan bertukar menjadi sesuatu yang lebih bermakna. Di saat Ezran mula membuka pintu hatinya yang selama ini terkunci rapat, Emylia menjadi satu-satunya wanita yang berjaya membuatkan dia percaya bahawa cinta itu benar-benar wujud. Daripada sahabat menjadi kekasih. Daripada dua orang yang tidak pernah menyangka akan bersama, menjadi dua hati yang memilih untuk kekal selamanya. "Dia mencintai langit, sedangkan aku mencintai dia."
[ C ] | Rayyan Ardel Shah: The Annoying Bodyguard Husband [BAKAL TERBIT 2026] на Qstnaafrn
Qstnaafrn
  • WpView
    Прочтений 609,944
  • WpVote
    Голосов 23,396
  • WpPart
    Частей 58
Elara Saffiya, seorang gadis berumur dua puluh lima, hidup bebas mengikut rentak sendiri: tanpa peraturan, tanpa sekatan, dan tanpa sesiapa mampu menundukkannya. Namun, satu perintah daripada ayahnya, Dato' Seri Zayden Khalid, mengubah seluruh dunia Elara. Perkahwinan yang dijanjikan sebagai hukuman dan bukannya cinta membuatnya terperangkap dalam ikatan yang bukan dipilih sendiri. "Papa dah bagi amaran dulu. Sekarang kamu dah calarkan maruah papa lagi sekali. So this time, no more warnings. This is the only way to make you learn." - Dato' Seri Zayden Khalid Rayyan Ardel Shah, pengawal peribadi Dato' Seri Zayden Khalid; lelaki dingin yang muncul tanpa amaran, bukan sahaja bakal menuntut haknya sebagai suami, tetapi juga menjadi pengawal, penguji, dan guru tanpa belas kasihan. Tingkahnya tenang, kata-katanya tajam, dan matanya mampu menembusi dinding ego Elara yang selama ini kukuh. "Kalau bukan sebab bapak kau, aku lagi rela kahwin dengan kuda kat kandang belakang ni daripada kahwin dengan kau yang mulut macam bontot kuda pakai sarung nangka. Tak ada beza," - Rayyan Ardel Shah Setiap hari bersama Rayyan adalah peperangan diam, pertukaran kata-kata kasar yang sarat sindiran, dan ujian sabar yang memaksa Elara menilai semula segala prinsip dan kebebasannya. Dalam rumah kampung lama yang jauh dari gemerlap dunia kota, Elara terpaksa menghadapi realiti baru: kemewahan bukan lagi ukuran, ego bukan jawapan, dan cinta tidak semestinya hadir di permulaan. Dari pertengkaran yang pedas hingga malam yang sepi, setiap detik mengajar Elara satu perkara; bahawa untuk belajar tunduk pada hati, kadang-kadang perlu membiarkan diri tersakiti terlebih dahulu. "Aku sumpah... aku akan pastikan kau menyesal. Kau takkan mampu untuk simpan aku, Rayyan. Kau yang akan lepaskan aku sendiri. Ingat tu!" - Elara Saffiya Apakah Elara mampu mengekalkan identiti dan kebebasannya, atau dia akan rebah di bawah kuasa Rayyan yang dingin tapi misteri? Start: 6 JAN 2026 End: 22 MAC 2026
+ еще 16
Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum | C на fiqalynaaa
fiqalynaaa
  • WpView
    Прочтений 951,682
  • WpVote
    Голосов 40,342
  • WpPart
    Частей 83
Bagi Darina Farissa, kerjaya dan keluarga adalah segala-galanya bagi dirinya, perasaannya pula ditepikan. Sudah beberapa kali dia didesak oleh orang sekeliling, kata mereka dengan umur Darin semakin meningkat dewasa, tidak elok jika bersendirian lama-lama. Takut tidak laku sahaja nanti. Sehingga lah teman baiknya, Mawar si pakar 'matchmaker' terhandal mengatur temu janji untuknya. Darin melayankan saja walaupun dia memang tiada niat mencari cinta. Dia bertemu dengan Yazzed Qayyum. Kebetulan, Yazeed juga sedang didesak oleh maminya supaya cepat-cepat mencari jodoh. Temu janji pertama mereka, gagal. Darin melarikan diri walhal mereka masih tidak habis berbual. Yazzed hanya redha, mungkin bukan jodoh mereka. Kali kedua, mereka bertemu di kenduri kahwin kawan mereka. Namun Darin tidak mengecam Yazzed. Kenduri kahwin tersebut berakhir dengan insiden memalukan bagi Darin. Darin mula menyimpan dendam dengan Yazzed sejak daripada itu. Mereka bertemu untuk ke sekian kali di hospital tentera, Darin bertugas selama 3 bulan di hospital tentera di kem Yazzed. Bermula lah sesi kejar mengejar. Awalnya Darin jual mahal, lama-lama luluh juga hati apabila setiap kali dia dilanda masalah, Yazzed yang akan menjadi hero untuknya. Namun hati Darin ragu-ragu, dia masih terperangkap dengan masa lalu. Walaupun kehidupan Yazzed penuh dengan disiplin dan keberanian sebagai anggota pasukan khas, menghadapi hati Darin yang tertutup akibat kehilangan, bukanlah misi mudah. Dia tahu, untuk menawan hati Darin, dia perlu sabar dan memahami luka yang dibawa gadis itu. "Saya... tak pasti kalau saya boleh mencintai lagi, Yazzed." - Darin Farissa "I'll be your healer's heart then, Nur Darina Farissa." - Yazzed Qayyum "Ruang dalam hati kau ada tempat lagi tak? Aku nak ada dalam ruang tu, boleh?" - Yazzed Qayyum Start : 29 januari 2025 End : 18 februari 2026
Bunga Jagaan Bodyguard [C] на Nur_Haura
Nur_Haura
  • WpView
    Прочтений 167,856
  • WpVote
    Голосов 7,654
  • WpPart
    Частей 53
Gelaran Miss Universe Malaysia menaikkan nama Dewi Anggerik sebagai model dan selebriti tanah air. Saat dia dipuji dan dipuja, ramai yang mahu melihat dia jatuh ke dasar paling dalam. Pelbagai gossip tersebar dan kritikan diterima, tidak menjadi kudis pada diri Anggerik. Dia percaya itu semua adalah halangan untuk dia kekal berdiri teguh di dalam industri ini. "Sebab I Dewi Anggerik. Ada orang kat luar sana nak tengok hidup Dewi Anggerik sehancur-hancurnya." Kes pecah rumah Dewi Anggerik menggegarkan media massa. Pelbagai spekulasi timbul, banyak fitnah tersebar, dan keselamatan diri terancam. Mengebabkan dia melanggar perjanjian dengan Tan Sri Aman, datuknya. Zuhair Elyas, pengawal peribadi yang diupah datuknya muncul untuk menjaganya. Dalam kata lain, segala gerak-gerinya diperhatikan oleh Tan Sri Aman. Tetapi sehari bekerja dengan Anggerik, jejaka itu sudah berani melamar gadis itu. "You baru bekerja dengan I baru sehari. Buat apa I nak share hidup I dengan you?" - Dewi Anggerik "Sebab tu la saya ajak Cik Anggerik kahwin dengan saya. Senang sikit cik share apa-apa dengan saya." - Zuhair Elyas Kehilangan dulu buat hati Anggerik keras seperti batu. Zuhair pula tidak jemu dengan lamarannya biarpun tidak diendahkan oleh gadis itu. Dalam bait si jejaka, terselit nasihat untuk Anggerik hadam di dalam jiwa. Apabila ribut datang melanda hidup Anggerik, jejaka itu menjadi sandarannya. Segala perit yang dilalui suatu ketika dulu dihakis sedikit demi sedikit sehingga rahsia sebenar terbongkar. Lamaran Zuhair Elyas ada maksud. Jagaan jejaka itu penuh tersirat. Antara sedih dan kecewa, Anggerik memilih untuk melupakan.
𝐂𝐇𝐀𝐒𝐄 𝐎𝐍! [C] на bulanlopie
bulanlopie
  • WpView
    Прочтений 451
  • WpVote
    Голосов 25
  • WpPart
    Частей 19
Akif Hayyan, seorang petinju negara yang telah kehilangan seorang kawan baik ketika dia berumur 10 tahun. "Awak masih simpan gelang saya, Akif?" - Ayana Harisa "Mestilah. Setiap kali saya rindu awak, saya akan tengok gelang ini." - Akif Hayyan Jejaka ini telah mendapat satu tawaran yang menarik daripada sebuah syarikat pembekal alatan sukan, iaitu Syarikat Omu Fitness. Tetapi, terdapat sesuatu yang mencurigakan tentang syarikat itu. Sejarah lampaunya membuatkan Akif ragu-ragu dengan keputusannya. "Kau kena menang perlawanan dengan Johnny. Kalau kau tak menang, kau mati." - T.A "Aku akan menang. Walau apa pun yang terjadi, aku akan menang." - Akif Hayyan Let the chase begin...
𝐊𝐚𝐩𝐭𝐞𝐧 𝐇𝐮𝐝 𝐓𝐡𝐚𝐪𝐢𝐟 | OG на syirahnees_
syirahnees_
  • WpView
    Прочтений 24,911
  • WpVote
    Голосов 2,323
  • WpPart
    Частей 44
STAND ALONE 𝐇𝐮𝐝 𝐓𝐡𝐚𝐪𝐢𝐟 & 𝐌𝐞𝐥𝐮𝐫 𝐓𝐲𝐚𝐫𝐚 Angkat sumpah setia demi negara, maka selamanya bersiap siaga melantangkan suara demi daulat. Nyawa sedia menjadi galang ganti andai takdir inginkannya di medan tempur. Menyandal pangkat kapten GGK untuk melatih pasukan komando dan bakal komando di bawah suara sendiri. Hud Thaqif. Lelaki yang bukan hanya tahu memberi bicara kosong melalui mulut, begitu juga bahasa tubuh yang tidak lelah menyalurkan semangat perwira ke dalam darah komando. "Kepala kau ke mana?! Serupa ayam remuk terapung kat padang!" - HUD THAQIF Muka ketat di pangkalan, namun dalam hati ada taman. Hanya bersama Melur Tyara, dia mampu ketawa selama mana. "Tak ada apa yang istimewa tentang saya, Encik Thaqif." - MELUR TYARA "Kalau bunga melur tak istimewa, dunia ni dah lama kehilangan wanginya." - HUD THAQIF Bila operasi tergempar berlaku di hutan Borneo, Lahad Datu yang memanggil para rejimen menyelesaikan misi pencerobohan militan asing, semuanya membawa kepada rahsia era penjajahan Tanah Melayu dulu. Mengheret mereka kepada arwah Leftenan Hamdan, seorang askar Melayu yang memperjuangkan nama merdeka dahulu kala. Namun, entah kenapa pada masa yang sama Melur di ambang bahaya. Tapi bagi Thaqif, sumpah setia adalah janji selamanya. Tak ubah seperti sumpahnya bila menyarung beret ke kepala, begitu juga dia bersumpah untuk berbakti selamanya di sisi Melur. "Ada sesuatu tentang Leftenan Hamdan, yang abang serta rakan seperjuangan tak tahu..." - MELUR TYARA Serangan demi serangan yang cuba mengancam isteri, membuatkan Thaqif lebih yakin musuh yang sama cuba memperkotak-katikkan rumah tangga mereka. Mereka mahukan Melur, bukan dia. Satu demi satu bukti ditemui, jawapan diseret menghadap Melur. Badai datang mengetuk, ada ancaman musuh dalam selimut bersama gunting dalam lipatan! Namun sekali sumpah, Melur sentiasa adalah amanah untuk dia berbakti. Selamanya.
[C] Captain Qalif, His Protector на Nuratikahtarmizi
Nuratikahtarmizi
  • WpView
    Прочтений 58,022
  • WpVote
    Голосов 2,704
  • WpPart
    Частей 31
Qalif Haiqal, seorang doktor bedah tentera yang tegas, berdedikasi, dan sentiasa berdepan risiko di medan perang. Ariana Airis pula seorang gadis cerdas, bercita-cita tinggi untuk menjadi pensyarah muda di universiti. Pertemuan mereka bukanlah sesuatu yang dirancang, bermula daripada salah faham, berlanjut kepada persahabatan, dan akhirnya cinta. Namun, perjalanan mereka tidak mudah kerana dipenuhi pengorbanan, dugaan keluarga, kerjaya yang menuntut, dan konflik orang ketiga.
Bukan Takdir Kita  на ayuha_
ayuha_
  • WpView
    Прочтений 7,853
  • WpVote
    Голосов 314
  • WpPart
    Частей 31
𝓦𝓱𝓪𝓽 𝓲𝓯... 𝑠𝑒𝑟𝑖𝑒𝑠 𝐴𝑀𝑀𝐴𝑅 𝑀𝑈𝐾𝐻𝑅𝐼𝑍 & 𝑀𝐼𝑁𝐴 𝐴𝑅𝐼𝑆𝑆𝐴 My first story. What if kalau orang yang paling kau benci datang balik dalam hidup kau? ... Trigger Warning-⚠️ She fell first, he fell too late... Komando Ammar Mukhriz, atau yang lebih dikenali sebagai sebagai Wolf kerana ketangkasannya dalam operasi. Di sebalik wajahnya yang tenang dan disukai ramai terutama gadis, tersimpan satu rahsia besar yang tidak diketahui oleh orang lain. Mina Arissa, seorang gadis yang menghidapi Skizofrenia dan kemurungan akibat trauma masa lalu cuba melupakan masa lalunya yang menyakitkan menghilangkan dirinya demi mengelakkan diri dari orang yang ditakutinya. 5 tahun berlalu, wajah yang tidak ingin dilihatnya muncul kembali di hadapannya. Tetapi dalam versi yang berbeza. "Hi sayang. Miss me?"-Ammar Mukhriz "Apa yang kau nak hah?"-Mina Arissa "Abang nak tuntut balik hak abang."-Ammar Mukhriz Sejauh mana Mina pergi, selagi itu Mukhriz akan mencari. "Beri abang peluang untuk tebus balik salah abang." "Walau apa pun yang terjadi, aku takkan terima kau kembali dalam hidup aku!" Dapatkah komando itu mengejar cinta gadisnya semula? Atau perpisahan adalah satu-satunya jalan? Tiada pengakhiran yang bahagia di akhir cerita kita... =Sedang dalam proses mengedit semula. Kadang² tukar plot & ada juga penambahan plot. Hehe... ;). =Sorry kalau plot ni pening sikit. Abaikan tatabahasa dan typo. Sorry kalau bosan. Thanks!