AtikahNomii's Reading List
2 stories
BELONG TO MR HOT LECTURER  by HashAuliaEbooks
HashAuliaEbooks
  • WpView
    Reads 5,072
  • WpVote
    Votes 54
  • WpPart
    Parts 3
Orang tanya accounting, dia calculate body suami sendiri.. Kelas TAX467 pukul 8 pagi. Tapi, aku dah terconggok dalam kelas pukul 7.30 pagi. Sementara menanti pelajar masuk kelas, aku tidur-tidur ayam. Malas nak layan Emma bersembang satu hal. Pasal, takde benda lain. Pasal Mr hot lecturer tu aje! Maya pun sama. Semua oranglah! Semua duk puji Ghibran. Sir Ghibran single ke? Ke dah ada tunang? Aku harap dia tak kahwin lagilah. Semua orang duk menyimpan harapan. Kalaulah mereka tahu, Ghibran tu dah kahwin dengan aku. Rasanya, semua orang memusuhi aku. Dahlah sekarang ni pun, ramai orang tak suka aku. Sebab, aku anak orang kaya. Aku kurang ajar. Takde adab. Itu gelaran yang dorang bagi dekat aku. Padahal aku buat semua tu, bersebab. Sebabnya.. dorang memang layak dilayan seperti itu. Kaki buli. Berlagak nak jadi Queen. Maki orang, hina orang.. dah macam sarapan bagi dorang. Aku panggil, Queen and the geng. Maya dan konco-konconya. Acah ala-ala diva. Datang university bukan nak belajar. Nak menggedik aje kerjanya. Nak bercinta. Si Haider tu..salah seorang mangsa dia. Boleh katakan, si Haider tu paling kacak dalam kelas kami. Maya pula, cuba cucuk jarum. Bila Haider tak layan, dia buka cerita buruk-buruk pasal Haider. Tapi nasib baiklah takde orang layan. Mungkin, semua orang dah tahu perangai Maya macam mana.
𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 by lvndrella
lvndrella
  • WpView
    Reads 2,232,136
  • WpVote
    Votes 89,137
  • WpPart
    Parts 37
"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Mana mungkin dia menerima kehadiran wanita lain selain daripada Zaharah. Dia seolah-olah enggan menerima bicara segenggam takdir yang melakarkan seribu dusta. Jiwa dan akalnya masih lagi percaya bahawa Zaharah pasti akan kembali di dunia. Sayang dan cinta kepada Humaira? Mustahil. Rasa itu masih belum berputik di dalam hatinya. Masih belum dapat dia utarakan. Dia masih menafikan itu. Menyelimuti semuanya dalam satu perasaan benci yang mendalam. Bagaimana mungkin dia melupakan kenangan indahnya bersama Zaharah? Bahkan setitik tinta sekalipun tidak dapat mengukir aksara untuk mengutarakan mahalnya kenangan di antara mereka. Maha dalam kasih seorang Azriel terhadap Zaharah. "Abang minta maaf, Zaharah. Abang dah kahwin dengan perempuan lain."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Sedangkan Humaira? Menyimpan harapan yang tinggi menggunung. Kasihnya tumpah. Namun tiada siapa yang kutip. Penantiannya seiring waktu yang berjalan itu seolah-olah tidak berguna. Hati Azriel bukan untuknya. Sehingga apa yang dia harapkan itu luntur. Hancur menjadi debu-debu lara. Humaira memilih untuk mengalah. "Kita berpisah boleh?"-𝐋𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐇𝐔𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀 Akankah kewujudan cinta di antara mereka itu nyata? Akankah bahagia menjadi milik mereka? © lvndrella ⚠️ Hanya manusia berhati ultraman yang LAYAK baca.