MALAYSIAN
4 stories
Guardian: Brian Austen (C)  by missdiyyah
missdiyyah
  • WpView
    Reads 3,453,482
  • WpVote
    Votes 170,036
  • WpPart
    Parts 75
Known as Love Mafia <1st Novel> Highest Ranking-#1inRomance (7/7/21) Book 1 of Austen's family 🖤 [Completed] Evelyn Rose, keputusannya untuk melangkah masuk ke dalam dunia gangster dan mafia itu ialah kerana ingin membalas dendam. Dia sendiri tak kisah jika nyawanya berada di hujung tanduk sekalipun. "Aku akan pastikan, aku akan bela kematian papa dan mama aku!"-Evelyn Rose Brian Austen, seorang lelaki yang dingin dan kasar. Hadirnya dia di sisi Evelyn Rose hanya kerana satu amanah. "Saya akan buat awak jatuh cinta dengan saya, Brian."-Evelyn Rose "Well, we'll see. Perempuan macam kau ni bukan taste aku" - Brian Austen. ___________________________ ♠️ Evelyn mengembungkan pipinya. Mata dilarikan dari pandangan tajam Brian. Muka selamba dipamerkan kepada Brian yang sedang mengetap bibirnya. "Apa yang kau bawa ni?" Evelyn memuncungkan mulutnya. "Takkan tak tahu apa dalam beg tu." Jawab Evelyn. Pipinya masih dikembungkan. Tangan bermain-main dengan hujung baju Brian. Dipintal perlahan baju Brian. Brian mendengus marah. Dicekak pinggangnya. Pandangan orang di lapangan terbang tidak dipedulikan. "Coklat, keropok dan maggie! Apa yang kau buat ni Eve? Beg roda besar ni yang sepatutnya diletakkan baju aku, kau pergi letak makanan! Are you kidding me Eve?" Brian mencerlung matanya. Evelyn tersengih-sengih. Terbongkar pula kegiatan dia ni. "We complete each other." Brian Austen & Evelyn Rose. ©Copyright Missdiyyah
UNKNOWN [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,291,500
  • WpVote
    Votes 97,917
  • WpPart
    Parts 71
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat! Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA. pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya. "Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI "Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ. Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka. Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas. "Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala. Memang introvert. "Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata... "Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng? "Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."
LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART [BAKAL DITERBITKAN] by easyizzy
easyizzy
  • WpView
    Reads 5,328,113
  • WpVote
    Votes 63,574
  • WpPart
    Parts 13
[ 2021 ] LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART. Bijak! Kaya! Dingin! Itulah antara kata sifat yang sesuai diberikan kepada NASH ADRIAN.Keberhasilan jejaka itu mendirikan syarikatnya sendiri membuatkan dirinya lebih terkenal dan dihormati ramai.Tidak kira tua atau muda, semua perkataan lelaki tersebut pasti akan dituruti tanpa sebarang bantahan. Namun, disebalik bersinarnya lelaki itu dimata dunia, masih ada sisi lain yang disembunyikan.Tiada siapa yang tahu selain kawan rapatnya.Bahkan, keluarganya sendiri tidak tahu sisi tersebut! Dia kejam. Dia psiko. Dia gila. Apabila dirinya sudah bertukar ke sisi gelap itu, maka tiada siapa yang dapat menghentikannya.Segala kekejaman dan kesakitan yang diberikan olehnya bukanlah sesuatu yang boleh diambil remeh. Silap sedikit, lenyap! "Awak, jangan marah - marah lagi tau?" Bertemu dengan ARIN MIKAELA, umpama jejaka bermata hitam gelap itu telah menjumpai painkillers nya.Melihat saja wajah polos gadis itu, dirinya yang tidak terkawal dapat kembali normal.Dan.. Hanya Arin Mikaela saja yang dapat mengawal dirinya. *** [Action × romance] [Nashadrian × Arinmikaela] Start : 8 Sept 2021 Status : completed
FARREL'S BOO©️ | TERBIT by nabilllss
nabilllss
  • WpView
    Reads 4,940,989
  • WpVote
    Votes 97,032
  • WpPart
    Parts 19
Under Series Vol I. [Terbit PBAKL2025] Known as His Boo. Dedaun luka yang tetap indah, bertemu ais kutub yang dingin dan mematikan. Dua jiwa dari dunia berbeza, disatukan oleh takdir yang tidak pernah mereka pinta. Aisy Melina tidak pernah meminta untuk menjadi kuat. Namun selepas kehilangan ibu bapa, dia menjadi benteng terakhir buat adik-adiknya. Ketabahan itu teruji apabila sebuah kecuaian meragut nyawa, menghancurkan hidup yang sedia rapuh. "Adik saya mati sebab awak!" - Aisy Melina Khalaf Farrel, nama yang menjadi mimpi ngeri Aisy. Dingin. Misteri. Bermata kelam dan wajah sekeras arca. Darah Jermannya tak hanya mengukir ketampanan, tapi juga tembok beku yang sukar didekati. Sejak kematian ayahnya, Khalaf tidak kenal erti simpati. "I won't forgive and forget." - Khalaf Farrel Mereka tidak pernah mencari antara satu sama lain, namun dunia seolah-olah telah menetapkan ikatan. Tiada siapa percaya lelaki itu mampu menyimpan nama sesiapa dalam hatinya. Dia tidak memberi peluang. Apatah lagi membuka ruang. Dia ada hati ke? Namun di balik beku itu, ada bara yang menyala. Dan satu-satunya yang membangkitkannya hanyalah Aisy Melina. "You will make me need you in my life without anyone realising it," - Khalaf Farrel Sekeras mana pun seorang Khalaf, dia tetap punya titik rapuh, Aisy... dan keluarganya. Sentuh mereka... maka dunia akan melihat sisi Khalaf yang tak pernah mengenal ampun. "She's mine. If you make me repeat those words, I won't speak with my mouth, but with my hands." - Khalaf Farrel Saat bahagia dan luka mula bersatu, satu rahsia mula terbuka. Rahsia yang bisa menghancurkan segalanya. Khalaf teruji. Mampukan dia menerima kebenaran itu? Marah yang dikumpul, siapakah akan menjadi sasarannya? Aisy? Ibunya? Atau bayangan lain yang diam-diam menanti untuk memusnahkan mereka? "He chose you. And you need to know, belonging to Farrel means no harm will ever come to you." All Rights Reserved Nabillss. [DI BAWAH TERBITAN FAJAR PAKEER]