princeparkjay
🩸 SEVEN GATES OF BLOOD - SINOPSIS
Dalam satu petang yang tenang, tiga sahabat - Evan, Evelyn, dan Sky - secara tak sengaja terperangkap dalam satu gerbang dimensi misteri selepas mengejar bayang-bayang mencurigakan di sebuah kawasan sunyi. Tanpa mereka tahu, itu hanyalah permulaan kepada mimpi ngeri yang bakal merobek realiti mereka.
Dunia yang mereka masuki terdiri daripada tujuh dimensi berdarah, setiap satu dikawal oleh makhluk legenda: vampire haus darah (ENHYPEN) dan werewolf pemangsa bulan (&TEAM). Di dalam dimensi-dimensi itu, nafsu, ketakutan dan kepercayaan akan diuji - dan tidak semua akan selamat.
Sepanjang perjalanan, mereka bertemu kembali dengan teman-teman yang hilang - Ilse, Elyse, Moon, K, dan Draven - namun tidak semuanya adalah seperti yang mereka ingat. Sebahagian menyimpan rahsia gelap, dan sebahagian lagi mungkin bukan lagi manusia.
Darah menjadi kunci.
Pengorbanan menjadi harga.
Dan tiada jalan keluar... tanpa kehilangan.
Ketika pintu terakhir terbuka, hanya satu persoalan kekal:
"Berapa banyak nyawa perlu dibayar... untuk pulang?"
"To escape, they must bleed. To survive, they must betray."