read
3 stories
MR PIRATE [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 5,646,398
  • WpVote
    Votes 406,660
  • WpPart
    Parts 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatkan Husna teringat sampai sekarang. Mengapa Mr Blue? Kerana di dalam mimpi indah itu cuma menampakkan mata biru yang dianugerahkan buat lelaki itu. Sangat cantik. Buatkan dia jatuh cinta pada pandangan kali pertama mata mereka bertembung. Dan dia pasti, bukan cuma dia sahaja yang merasakan perasaan aneh itu. "Salah satu kenangan yang mahal. Adalah pertemuan kita."- misteri. Kemunculan Nathan iaitu bakal Ceo Ocean Resort, buatkan Husna semakin yakin jodohnya berada di jarak yang dekat. Lelaki itu juga memiliki mata biru sama seperti mimpinya. Namun disaat dia ingin meluahkan isi yang terbuku dihati, nasib malang menimpa diri sendiri. Dia terperangkap ditengah-tengah pulau. Atau lebih menakutkan, di kawasan zone merah. "Sudah nama pun Lanun. Kalau jumpa sesuatu yang berharga, tak mungkin aku akan lepaskan. Rugilah kalau macam itu."- Lanun "Saya akan cari jalan keluar walau apa pun caranya asalkan bukan tinggal dekat tempat miskin ni!"- HUSNA "Kalo kau mau keluar, keluarlah, tapi kalo aku jumpa kau balik. Memang teruk nasib kau nanti aku kerjakan."-LANUN Si Lanun itu memang lelaki tak mempunyai hati. Kalau ada pun, mungkin dah digoreng dengan minyak tanah. Egh, boleh jadi gila kalau dia terus tinggal di kampung kecil ini. "Sampai bila lagi kita nak tunggu, pa? Nasib Husna dalam bahaya. Kita kena selamatkan dia sekarang!"-Nathan "Siapa aje yang boleh hidup dekat tengah-tengah pulau sana? Mungkin Husna dah mati lemas?"- Datin Khadijah Apakah nasib malang yang bakal menimpa Husna? Adakah dia menjadi tawanan si Lanun atau sebaliknya? "Kenapa awak tutup sebelah mata ek? Saja nak acah-acah Lanun?"-Husna "Setiap cacat cela yang dilahirkan bersama ada keistimewaannya. Dan istimewa tu hanya untuk yang teristimewa juga."-Lanun Siapakah Mr Blue yang sebenarnya? "It's you?!"-Husna
BOOK 3: GADIS IDAMAN MR. RICH [IN EDITING] by IamOpi_
IamOpi_
  • WpView
    Reads 1,331,120
  • WpVote
    Votes 40,606
  • WpPart
    Parts 51
#1 in romance (2/5/2021) 𝑩𝒆𝒂𝒖𝒕𝒊𝒇𝒖𝒍 𝒄𝒐𝒗𝒆𝒓 𝒃𝒚 @KuSyifaa_ Lelaki kaya itu. Hidup berlandaskan duit, pangkat dan juga wanita. Petik sahaja jari, berderet yang datang mahu menjadi kekasihnya. Siapa sahaja yang tidak mengenalnya? Sesiapa sahaja yang mendengar nama TENGKU AFIQ IKHWAN pasti akan menggigil ketakutan. Dia bukan sahaja memiliki darah diraja namun mempunyai sebuah pusat membeli-belah yang cukup terkenal yang dikenali sebagai Golden Mall. Disebabkan kekayaan yang dimilikinya, ramai yang mengambil peluang untuk meminjam wang terhadapnya atas sebab tertentu. Namun, sudah pasti ada cagarannya! Anak gadis dan isteri mereka harus dikorbankan jika mereka gagal untuk melunaskan hutang. Sayangnya, dia tidak mempercayai cinta dan hanya menjadikan wanita sebagai tempat bergembira. Cinta sucinya hanya untuk gadis bernama Mahmudah. Namun, kehadiran mangsa bernama NADHIRAH SYAZWANI mengubah hidupnya... "Tak. Aku nak jadikan dia isteri aku." - TENGKU AFIQ IKHWAN. Jadi mangsa keadaan? Siapa yang nak jadi mangsa keadaan?! "Kawan cik dah pinjam dekat saya RM 100 ribu tanpa memberikan tujuan yang jelas. Saya nak duit saya balik tapi dia selalu cakap yang tidak ada duit untuk bayar balik hutang dia. Dia suruh saya cari cik dan meminta cik untuk membayar bagi pihaknya..." - TENGKU AFIQ IKHWAN. "Jangan harap!" - NADHIRAH SYAZWANI. Ada sahaja perkara-perkara menjengkelkan dibuat oleh Nadhirah Syazwani agar tidak jadi berkahwin dengan lelaki kaya itu! Namun, semuanya gagal. Selepas Nadhirah Syazwani sah bergelar isteri kepada Tengku Afiq Ikhwan, pelbagai cabaran yang harus dia harungi. Satu persatu rahsia terbongkar... "Apa niat tengku pada saya sebenarnya? Perempuan simpanan? Pemuas nafsu tengku?" - NADHIRAH SYAZWANI. "I miss you. I miss you so much. Nad!" - TENGKU AFIQ IKHWAN. Adakah Nadhirah Syazwani mampu mencairkan hati keras milik Tengku Afiq Ikhwan yang beku tentang cinta?
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐈𝐪𝐛𝐚𝐥'𝐬 (𝐂) by Ai_Kha
Ai_Kha
  • WpView
    Reads 79,613
  • WpVote
    Votes 2,944
  • WpPart
    Parts 62
Tengku Adam Iqbal | Aara Kaifiya AARA KAIFIYA -Pelajar yang masih lagi bersekolah di sekolah menengah. Kpopers setia kepada kumpulan nct iaitu Jeno. Sepanjang hidup dia tidak pernah tahu tentang kasih sayang disebabkan masa lepas dia. Seorang yang pandai tetapi agak bermasalah di sekolah. "Muka dia sama dengan Jeno je. Tak mungkin aku suka dia." -Aara Kaifiya TENGKU ADAM IQBAL -Pelajar biasa tetapi atlet yang hebat di sekolah. Terkenal kerana rupa dia dan kekayaan ibubapa dia. Pewaris sah kepada Empire's hotel yang terkenal di seluruh negara. Musuh ketat kepada Aara dan rakan sekelasnya. Seorang yang pandai tetapi bermasalah seperti Aara. "Apa pandang-pandang? Nak gaduh ke? Sini lah." -Tengku Adam Iqbal Apa yang terjadi apabila Aara jatuh cinta kepada Adam? Adakah itu perasaan kekal atau hanya sementara? "Tolong... Jangan suka orang lain." -Aara Kaifiya "... Maafkan aku, Aara." -Tengku Adam Iqbal Ada pula masalah yang ganggu hubungan mereka. Ex kekasih Adam dan secret admirer Aara yang ingin memusnahkan hubungan mereka. "Kau fikir Adam hamak sangat ke kat kau?! Tak payah nak berangan lah!" -Aleena Farisha "Aara, lupakan dia. Saya ada bersama dengan awak. Pilih saya." -Nazmi Hashraf Tak sangka pula, rahsia yang Adam simpan akhirnya terbongkar. Disebabkan rahsia itu, Aara akhirnya membawa diri ke luar negara setelah tamat sekolah. Adakah akhirnya Aara dan Adam akan bersama? Mungkin ke perasaan itu kekal selamanya? Start: 26/8/2022 End: 14/2/2023 𝙉𝙞 𝙤𝙧𝙞𝙜𝙞𝙣𝙖𝙡 𝙥𝙪𝙣𝙮𝙖 𝙘𝙚𝙧𝙞𝙩𝙖 𝙙𝙖𝙧𝙞 𝙠𝙚𝙥𝙖𝙡𝙖 𝙤𝙩𝙖𝙠 𝙨𝙚𝙣𝙙𝙞𝙧𝙞 𝙮𝙖! 𝙆𝙖𝙡𝙖𝙪 𝙩𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙗𝙪𝙠𝙪 𝙡𝙖𝙞𝙣, 𝙞𝙩𝙪 𝙝𝙖𝙣𝙮𝙖 𝙠𝙚𝙗𝙚𝙩𝙪𝙡𝙖𝙣 𝙨𝙖𝙝𝙖𝙟𝙖!