SyafiqahNursyafiqah3's Reading List
2 stories
𝐇𝐚𝐳𝐞𝐥 𝐢𝐧 𝐊𝐚𝐬𝐡𝐦𝐢𝐫 | OG by syirahnees_
syirahnees_
  • WpView
    Reads 1,981
  • WpVote
    Votes 167
  • WpPart
    Parts 12
[STAND ALONE] 𝐐𝐚𝐢𝐬 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐲𝐚𝐥 𝐊𝐡𝐚𝐧 & 𝐍𝐮𝐰𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐘𝐚𝐬𝐦𝐞𝐞𝐧 Two souls, one gaze, love found its voice. Minat yang mendalam terhadap sejarah telah membawa Nuwaira Yasmeen ke Kashmir. Sesi penyelidikan dilakukan sebelum dicoretkan di atas buku jurnal. Selain Kashmir, Lahore, sebuah negeri di Pakistan yang terkenal dengan budaya cinta klasik menjadi pilihan hati. Sejarah Islam Mughal menghambat hati Nuwaira. Di lembah Kashmir yang berbalut salju, takdir mempertemukan dua rohani asing. Nuwaira... bersama seorang jejaka misteri bermata hazel biru yang di pandangan Nuwaira menyimpan duka di sebalik tatapan indahnya. Tiba di Kashmir bersama hati penuh impian, Nuwaira mencari ketenangan di sebalik gunung bersalju. Tidak jangka rancangan Allah itu sentiasa cantik, bertaut rapat dengan Qais Daniyal Khan, anak kepada pelakon lelaki Hindustan kegemarannya, Hamza Bilal Khan. Wajah yang jarang terlihat akibat dua puluh empat jam berbalut separuh muka, namun sorotan mata hazel tidak berjaya perbodohkan Nuwaira. Pertemuan demi pertemuan di jalanan sempit Srinagar, di pasar yang penuh warna, hingga di tepi tasik Dal yang tenang, menumbuhkan getar halus yang sukar untuk mereka nafikan. Semakin mengenali, semakin tersingkap rahsia yang mengikat akan kisah silam dua keluarga yang pernah terpisah kerana cinta yang dilarang. Sejarah seolah-olah cuba berulang, menuntut mereka untuk menyambung kisah yang terbantut. Rahsia silam yang bertali arus dengan sejarah pahlawan yang pernah menjaga lembah tertentu di Kashmir. Kisah yang berabad lalu terkubur, perlahan-lahan digali semula oleh dua jiwa yang akhirnya merakam semula cinta lintas sempadan Kashmir dan Lahore. Hazel in Kashmir menjadi bukti sejarah yang pernah wujud, dan mengikat semula tali antara dua jiwa.
7 Jejaka Idaman|COMPLETED by irislov3r_
irislov3r_
  • WpView
    Reads 160,288
  • WpVote
    Votes 9,508
  • WpPart
    Parts 66
CRUSH! Siapa ja yang tak crush kalau lelaki itu adalah Syed Putra Ehan Khairul bin Syed Hakim. Jejaka dingin, tinggi lampai, badan tegap dan yang paling penting dia pemain bola. Perempuan yang bersuami pun akan jatuh hati pada jejaka itu apatah lagi gadis pemalu seperti Irsha Hani Mohd Nordin. Surat cinta dikirim secara diam. Nampak sombong tetapi ada sisi baiknya. Itulah yang membuatkan Irsha Hani berani meluahkan isi hatinya di sekeping kertas kecil. Dan perlahan-lahan dirinya diterima baik oleh pihak sana walaupun masih 'bersembunyi' identitinya. "Siapa awak, Daisy?" - Syed Khairul Bahagianya hanya sementara. Salah faham yang berlaku menyebabkan si pemilik surat mengundur diri. Namun, jika dinamakan takdir apalah sangat 8 tahun yang tersisa. Siapa sangka crush pertamanya akan muncul semula sebagai majikannya? 'Daisy? Tulisan ini! Tak...tak mungkin!' - Irsha Hani "Eh, perempuan! Apa kau buat dalam bilik aku ha?!" - Syed Khairul Dikala takdir menemukan mereka kembali, kehadiran pemilik surat disalah ertikan. Sekali lagi Sha mengundur diri. Dan apabila semua sudah terungkap, hulur pula satu suara memanggil "Abang nak memperisterikan Sha." - Syed Adam Siapa yang perlu mengalah, abang atau adik? Setinggi manakah ego Syed Khairul untuk berdiam diri? Dipertemukan dengan 7 jejaka, yang manakah bakal menjadi idaman seorang Irsha Hani? Bagaimanakah kisah ini akan dibawa pergi? Warning: Cerita ini memang akan ada banyak characters. So, harapnya readers telan betul betul siapa dan siapa untuk elak kekeliruan. Start: 10 Mac 2024 End : 31 August 2024