fav 🎀
4 stories
[C] Aryan: Her Biggest Heartbreak by flowerbeandee
flowerbeandee
  • WpView
    Reads 528,661
  • WpVote
    Votes 18,312
  • WpPart
    Parts 73
BOOK 1. [Unedited] Berdamai dengan takdir. Sebaris ayat itu ringkas, bukan? Namun, Nurdarya tidak mengerti. Kenapa orang sekelilingnya seringkali berpesan sebegitu kepada dia. Sedangkan dia hanya mengakui dia bencikan Aryan Hameen. Darya bencikan Aryan. Luka yang lelaki itu tinggal begitu dalam. Curang. Bukan sekali, malah berkali-kali. Lantas, mengapa dia perlu memaafkan lelaki itu jika hatinya tidak ikhlas menerima setiap perbuatan menyakitkan dirinya itu? Darya buntu. Juga keliru. Dari awal lagi, dia sepatutnya tidak bertemu dengan Aryan. Kebenaran itu menyakitkan. Aryan Hameen, patah hati terbesar Nurdarya. status : in-editing started : 25/2/2024 completed: 14/9/2024
𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 by lvndrella
lvndrella
  • WpView
    Reads 2,165,339
  • WpVote
    Votes 87,729
  • WpPart
    Parts 37
"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Mana mungkin dia menerima kehadiran wanita lain selain daripada Zaharah. Dia seolah-olah enggan menerima bicara segenggam takdir yang melakarkan seribu dusta. Jiwa dan akalnya masih lagi percaya bahawa Zaharah pasti akan kembali di dunia. Sayang dan cinta kepada Humaira? Mustahil. Rasa itu masih belum berputik di dalam hatinya. Masih belum dapat dia utarakan. Dia masih menafikan itu. Menyelimuti semuanya dalam satu perasaan benci yang mendalam. Bagaimana mungkin dia melupakan kenangan indahnya bersama Zaharah? Bahkan setitik tinta sekalipun tidak dapat mengukir aksara untuk mengutarakan mahalnya kenangan di antara mereka. Maha dalam kasih seorang Azriel terhadap Zaharah. "Abang minta maaf, Zaharah. Abang dah kahwin dengan perempuan lain."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Sedangkan Humaira? Menyimpan harapan yang tinggi menggunung. Kasihnya tumpah. Namun tiada siapa yang kutip. Penantiannya seiring waktu yang berjalan itu seolah-olah tidak berguna. Hati Azriel bukan untuknya. Sehingga apa yang dia harapkan itu luntur. Hancur menjadi debu-debu lara. Humaira memilih untuk mengalah. "Kita berpisah boleh?"-𝐋𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐇𝐔𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀 Akankah kewujudan cinta di antara mereka itu nyata? Akankah bahagia menjadi milik mereka? © lvndrella ⚠️ Hanya manusia berhati ultraman yang LAYAK baca.
Maktub by ash-hrayra
ash-hrayra
  • WpView
    Reads 4,170
  • WpVote
    Votes 150
  • WpPart
    Parts 3
Sekuel sambungan kisah Amir Talhah dalam novel pertama Mato, Hiatus yang diterbitkan pada tahun 2018. "Semoga dalam perjalanan cerita takdir ini, ada satu bab tentang bahagia tertulis untuk aku." Maktub mengisahkan tentang seorang graduan perubatan yang bergelut dengan emosi sendiri. Amir Talhah yang sama yang ingin membina nama dan kerjaya, Amir Talhah yang sama yang ingin merasa kasih dan cinta, Amir Talhah yang sama juga yang terlalu lama memendam segala rasa amarah, sedih dan kecewa. Amir Talhah yang sama juga yang menghancurkan semua yang cuba dia bina. Kalau dulu aku minta kau jaga rahsia aku, biar kali ini aku buka semua. Ceritakan saja, kau tak perlu jaga. Kau juga yang terlalu memaksa untuk aku tuturkan saja, singkap segala rahsia. Sebab pada akhirnya, aku tetap kalah dengan aku. Jadi biar kali ini kau tahu, kalah ini pilihan aku. Selamat datang ke dalam dunia Amir Talhah, dunia di dalam dunia, yang di dalamnya ada lagi dunia.
Introvert & Tuhan by auzainal
auzainal
  • WpView
    Reads 18,291
  • WpVote
    Votes 1,074
  • WpPart
    Parts 25
Introvert dan anxiety, gabungan dua perkara ini membuatkan hidup agak mencabar. Tapi akhirnya membuatkan diri lebih mencintai diri sendiri dan lebih akrab dengan Tuhan. Ini cuma random posts aku sepanjang perjalanan itu.