Natasha525669's Reading List
53 stories
Inara Amanda | C by ainelaaa
ainelaaa
  • WpView
    Reads 446,160
  • WpVote
    Votes 19,652
  • WpPart
    Parts 56
↳ KARYA KEDUA Inara Amanda adalah wanita yang memendam perasaan terhadap seorang jejaka buat bertahun-tahunnya. Kewujudannya tidak pernah disedari oleh lelaki tersebut sehinggalah.. "Hi! Nama siapa? Nak berkenalan boleh?" - AIDEEN Detik yang dilalui bagaikan mimpi sehinggakan dia selalu berharap agar dia tidak terjaga dari mimpi yang indah ini. Hari demi hari, layanan Aideen terhadap dirinya menguatkan lagi rasa cinta meskipun dia tidak meletakkan harapan yang tinggi agar Aideen turut membalas perasaannya. Satu kenyataan terbongkar, merobek jiwanya. Air mata jatuh tanpa diseka tetapi lelaki itu seolah-olah bangga dengan apa yang dibuat. "Awak tipu saya Aideen.." - INARA "Apa yang jadi dekat awak dah tak ada kaitan dengan saya." - AIDEEN Sakit. Itu yang dia rasakan apabila dikhianati sehingga dia rasa, mencintai Aideen adalah satu kesilapan yang terbesar dia pernah buat dalam hidup. Saban hari, dia mencuba untuk melupakan lelaki tersebut tetapi entah mengapa begitu sukar sekali. Muncul pula orang lain, menagih kasih yang bertapa di hati. Muncul pula Aideen, menuntut kemaafan, menyesali apa yang telah terjadi. "Saya minta maaf Ara. Saya menyesal.." - AIDEEN Lelah dia mencuba. Namun entah mengapa rasa benci tidak pernah singgah dalam diri. Rasa cinta dan sayang ternyata tidak pernah terhakis dalam diri buat jejaka bernama Aideen Haidar. "Awak kejam Aideen. Sepatutnya saya benci awak tapi mengapa rasa benci tu tak pernah singgah walaupun sesaat meskipun dah banyak kali saya cuba?" - INARA Akhirnya, ikatan terjalin. Namun, alur hidupnya tak selalu indah. Satu persatu dugaan mula datang menghentam diri menyebabkan pengorbanan terpaksa dilakukan yang akhirnya hanya melukakan dua hati dek kerana ingin menyelamatkan dua jiwa. "Saya sanggup buat apa saja asalkan awak berhenti ganggu diorang..." - INARA "Leave him and be with me." - ? Inara dan Aideen, tunduk pada takdir. Sama ada takdir yang mempunyai penamat yang diinginkan ataupun sebaliknya.
Eariq's Venemous Love by LifeSlave
LifeSlave
  • WpView
    Reads 13,986
  • WpVote
    Votes 735
  • WpPart
    Parts 9
🚨 BACAAN MATANG / DEWASA 🚨 🚨Yang masih dibawah umur, sila jangan baca novel ini.🚨 "Aeriq's Venomous Love" bukan sekadar kisah cinta. Ia adalah kisah penebusan, pengorbanan, dan kekuatan seorang wanita yang terpaksa menerima cinta dari lelaki yang pernah jadi ketakutannya... dan bagaimana lelaki itu sanggup membuang sisi gelapnya demi sebuah akhir yang bahagia. All right reserved: @LifeSlave
silence of love (SLOW UPDATE) by Isyahs
Isyahs
  • WpView
    Reads 1,707
  • WpVote
    Votes 70
  • WpPart
    Parts 15
Falling in love in silence. Perkara yang semua orang selalu buat. Menyukai seseorang itu dalam diam sehingga menyakitkan diri sendiri. Apatah lagi jika orang itu kawan baik sendiri. Namun, lebih sakit lagi jika didapati bahawa orang yang kita suka itu akan berkahwin dengan orang lain bila kita baru saja balik semula ke tanah air. Malah, dijemput sekali untuk datang ke majlis perkahwinan mereka. "Kau nak kahwin? With whom? Kenapa kau tak bagitahu aku dari awal?" - Tengku Alfaiz Zhuir "Aku mula nak bagi surprise dekat kau, tak sangka pula mama aku dah bagitahu." - Alyyzah Zhaina "I see. Hope you happy with your soon to be husband." -Tengku Alfaiz Zhuir. Alyyzah sedang bahagia bersama si suami sementara Tengku Alfaiz memerhati si gadis dari jauh. Sehinggalah dia tidak dapat lagi menahan dirinya, dia melakukan sesuatu yang tidak dijangka. Malah, Alyyzah itu hanya mengikuti perancangan Tengku Alfaiz. Dia sendiri pun tidak tahu mengapa, tetapi bila berada dengan si jejaka itu, dia berasa.... Tenang . Selesa . Suka . Tetapi, ada satu ungkapan yang Tengku Alfaiz Zhuir rahsiakan. Jika dia memberitahu ungkapan itu, maka hancur lah si gadis dan keluarga nya itu.
DANISH HAZIQ : Her Psycho Husband [OG] by queenyikah_
queenyikah_
  • WpView
    Reads 472,308
  • WpVote
    Votes 15,896
  • WpPart
    Parts 32
✅Revamp : 85% ✅Add Part : 95% ✅Cut Part : 70% ✅New Title. Old title 2023-2024 - Mr Psycho Husband. ------------------ Kerana terlampau sayang dia sanggup buat apa sahaja asalkan wanita dia ingini itu tetap bersamanya. Pantang melihat wanita dia cintai bermesra dengan lelaki lain. Perasaan cemburu mula menguasai dirinya sehingga tidak sedar dia telah menyakiti wanita itu. "Aku dah cakap dah dekat kau jangan sesekali dekat dengan jantan lain selain aku. Tapi kenapa? Kenapa kau susah sangat nak dengar cakap aku ha, sayang?" - DANISH HAZIQ "Eish sayang, lepas lah! Sakit tahu tak!" - LYDIA MARISSA "Ouh kau tahu sakit? Tapi sakit lagi hati aku tengok kau dengan jantan lain tahu tak!" - DANISH HAZIQ Sanggupkah Lydia mempertahankan dirinya dengan lelaki itu? Lelaki yang kuat cemburu dalam segala hal bila berkaitan dengan lelaki? "Betul awak sayangkan saya?" - LYDIA MARISSA "Ya. Aku sayangkan kau. Sangat." - DANISH HAZIQ "Jadi lepaskan saya." - LYDIA MARISSA Dang! Terasa berat permintaan itu meniti keluar dari celahan bibir wanita yang dia sayang. Melepaskannya pergi? Adakah permintaan Lydia akan di tunaikan oleh Danish? "Aku terlampau sayangkan kau sampaikan perempuan dekat luar sana pun aku tak pernah rasa wujud dalam hidup aku. Hanya diri kau sahaja yang aku mahu, Lydia" - DANISH HAZIQ -------------------------------------------- ⚠️PEMBACA MATANG. ⚠️CERITA INI REKAAN SEMATA MATA. ⚠️CRINGE & KLISHE ⚠️HIDUP KEKADANG KENA CHILL JUGAK. SO JANGAN NAK TAKE SERIUS SANGAT. ⚠️IF ADA TYPO AND KESALAHAN TATABAHASA MAAFKAN SAYA SERTA ABAIKAN DAN CUBA FAHAMKAN. TAK FAHAM KOMEN. ‼️LARANGAN KERAS JIKA ANDA PLAGIAT KARYA SAYA. IDEA 100% DARI OTAK SAYA SENDIRI. JANGAN JADI OTAK LEMBU MALAS HENDAK BERFIKIR UNTUK KARANG CERITA. ---------------------- Start : 30 MAY 2023. End : 19 APRIL 2024.
Jika Kau Yang Memiliki || EDITING 2.0 by chrysyaniezz
chrysyaniezz
  • WpView
    Reads 233,163
  • WpVote
    Votes 8,757
  • WpPart
    Parts 50
○Bacaan ringan dan santai○ ⚠️ tatabahasa tunggang-langgang. Read it at your own risk ⚠️ Zael Indera x Izel Aralyn Masa lalu kelam yang menghantui diri menjadikan Izel pesimis terhadap kehidupan berpasangan. Bagi Izel Aralyn, tiada istilah cinta dari lelaki luar yang boleh membahagiakan kerana kaum itu hanya menyakiti jiwa dan raga seseorang wanita. Namun, takdir menyimpan rahsia sebaliknya. Pertemuan Izel Aralyn dengan salah seorang sahabat abangnya merubah warna dalam hidup Izel. Memberi seribu persoalan dan ragu tentang layanan yang jejaka itu berikan kepada Izel. Dan dalam masa yang singkat, ternyata sang jejaka telah menaruh hati padanya. Pinangan lelaki itu ditolak, dan takdir memisahkan mereka buat seketika. Namun entah mungkin kerana jodoh mereka yang kuat, Izel tetap disatukan dengan sang jejaka. Awalnya Izel bertekad untuk membenci, tanpa sedar secebis hati telah diserahkan buat lelaki itu. Ikatan suci yang termeterai membina kepercayaan. Personaliti sang jejaka membelai sukma. Bagi seorang Izel Aralyn, Zael Indera terlalu sempurna untuk dia yang banyak kekurangan. Namun, saat hati mula meletakkan kepercayaan, dugaan demi dugaan datang membadai laut yang disangka akan selamanya tenang. Mampukah Izel bertahan? Atau adakah rumahtangganya akan hancur seperti apa yang ditakutinya selama ini? Jika dia yang memiliki, akankah bahagia itu kekal abadi? Start: 18 Februari 2025 End:-23 Disember 2025
Mrs.Kelvin Adyan[C] by Ku_Ashiqien
Ku_Ashiqien
  • WpView
    Reads 317,794
  • WpVote
    Votes 10,918
  • WpPart
    Parts 56
Kelvin Adyan|Arabella Naresha Berkahwin atas dasar keluarga? Tak pernah terlintas di fikiran bahawa dia akan dijodohkan dengan seorang gadis asing.Lebih tepat anak kepada kawan mama.Pada awalnya,Kelvin membantah keras kerana baginya perkahwinan ini adalah satu perkara tidak masuk akal. Namun dek kerana sikap mama yang terlalu memaksa.Kelvin akhirnya turuti permintaan wanita itu. "Saya tak pernah kenal awak dan awak juga tak pernah kenal saya.Tapi,kita boleh cuba bercinta selepas nikah."-Arabella Naresha. Sepertimana di awal perkenalan mereka,Kelvin cuba membuka hati untuk wanita itu.Namun lama-kelamaan,hati yang keras boleh bertukar menjadi taman cinta. "Hanya cinta yang layak berada di hati,abang."-Kelvin Adyan. Akan tetapi,benarkan cinta selepas nikah yang selalu diperkatakan indah belaka? Dan bagaimana pula dengan kisah silam yang pernah dia lupakan tiba-tiba muncul kembali. Start-19.12.2022 End-22.10.2024
Fahrin Mikael: Love and Addiction (completed) by nssignature
nssignature
  • WpView
    Reads 2,117,617
  • WpVote
    Votes 195,997
  • WpPart
    Parts 78
Sequel of: Ammar Zahrain: The Obsessive Husband & Fathi Gabrielle: A Broken Soul Fahrin Mikael | Ayla Zayra
𝐓𝐇𝐀𝐓 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄 by utieyab
utieyab
  • WpView
    Reads 1,575,247
  • WpVote
    Votes 59,570
  • WpPart
    Parts 77
( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 1 ) 🏅RANKING NO 1 MAFIA ( 20/8/2020 ) 🏅RANKING NO 2 MAFIA ( 28/02/2021) 🏅RANKING NO 2 SAD ( 20/12/2020 ) 🏅RANKING NO 2 COMEDY ( 07/01/2021 ) 🏅RANKING NO 2 ACTION ( 08/01/2021 ) 🏅RANKING NO 1 KILL ( 22/01/2021 ) 🏅 RANKING NO 2 KEJAM ( 5/05/2021 ) 🏅RANKING NO 1 CINTA ( 26/06/2021 ) 🏆THE BEST ACTION & TOP BOOK & TOP AUTHOR IN THE CUTIE AWARD Mengisahkan seorang gadis yang dulunya normal seperti gadis lain tetapi berubah 100% kerana satu kemalangan yang menyebabkan dirinya mendapat gegaran otak. Selepas kejadian itu dia menjadi budak AUSTISTIK! ********************* "Tula, lainkali pakcik hati-hatilah, Putri tak bawa lari pun aiskrim tu." Putri Qhaisara Qistina. *************** "Whatever budak." Tengku Irfansyah. Putri Qhaisara adalah adik kepada rakan Tengku Irfansyah iaitu Iskandar. Namun, dia tidak tahu pun bahawa rakannya itu mempunyai seorang adik yang sewel. Pertemuan mereka tidak sama sekali dirancang. Waktu pertama kali Tengku Irfansyah melihat gadis tersebut sudah membuatkan dirinya serabut kerana sikap gadis itu yang sentiasa menghilangkan sabarnya. Tengku Irfansyah adalah ketua mafia sangat berpengaruh di seluruh dunia. Dia juga mempunyai adik iaitu Tengku Atilia yang merupakan kawan kepada Putri Qhaisara. Mencintai perempuan? Memang tiada dalam kamusnya. Namun, sikap sewel Putri Qhaisara membuatkan hatinya tidak tenteram. Jika berjumpa dengan gadis itu, pasti ada sahaja yang membuatkannya marah. Kalau dicakap A, gadis itu jawab B. Namun, Tengku Atilia serta keluarganya ingin menyatukan dia dengan Putri Qhaisara. Adakah Irfan sanggup? Mampukah dia membuka hatinya untuk gadis tersebut
Isteri Tanpa Cinta (Complete) by lavenderyana
lavenderyana
  • WpView
    Reads 3,470,324
  • WpVote
    Votes 79,978
  • WpPart
    Parts 41
Ain Munirah terpaksa mengahwini anak boss, Zarriq Rayqal di atas suatu insiden yg memalukan. Walaupun dibenci sepenuh hati oleh suaminya, Ain rela kerana yakin dia akan dapat melembutkan hati suaminya. Zarriq Rayqal tidak dapat menerima kenyataan yang dia dipaksa berkahwin dengan anak driver keluarganya. Perempuan itu tak layak terutamanya dari segi kekayaan, terlalu menutup aurat, dan juga perlakuannya yg pendiam. Dapatkah Ain melembutkan hati Zarriq dan membuatkan suaminya menerima dirinya sebagai isteri yang sah. Walaupun berbagai halangan dia akan tetap bertahan dan yakin ada bahagia di depan.