aleksyxz's Reading List
2 stories
ARESTELLA  by SHA_ATASHA
SHA_ATASHA
  • WpView
    Reads 77,191
  • WpVote
    Votes 5,841
  • WpPart
    Parts 23
"Welcome back....... Our princess" Di sinilah bermulanya kemunculan seorang gadis bernama Estella. Anak perempuan yang dilahirkan dalam keluarga kaya, dibesarkan dengan limpahan kasih sayang daripada ibu dan neneknya. Dia hanyalah seorang gadis biasa, seperti para readers, dengan imaginasi yang terlalu tinggi, sehingga tanpa disedari, dirinya terjebak ke dalam sebuah dunia yang tidak pernah wujud. Semuanya bermula dengan sebuah novel lama. Sebuah buku misteri yang entah daripada siapa pemberiannya. Novel itu telah menarik Estella masuk ke dalam dunia yang selama ini hanya hidup dalam imaginasinya, namun tidak seperti yang dia jangkakan. Di sana, dia bukan sekadar watak sampingan. Dia menjadi watak utama. Estella perlu mengubah setiap chapter, membetulkan jalan cerita, dan membuat enam orang hero bersaudara jatuh cinta padanya 100% Hanya dengan itu, barulah dia dapat membebaskan diri dan kembali ke dunia realiti. Dia, Arestella Pearl Gabriella. Seorang reader yang terperangkap di dalam sebuah novel. Angello Handro Aurel William Isaac Morgon Zayn Hugo Lucca Harisson Noel Lois Adakah Estella akan terperangkap di dalam dunia ini buat selama-lamanya? Start : feb - 13 - 2025
DUDA [Dia Untuk Diri Aku] by MissBlushing_
MissBlushing_
  • WpView
    Reads 758,351
  • WpVote
    Votes 18,303
  • WpPart
    Parts 80
Bertemu dan berpisah adalah lumrah kehidupan. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta diuji apabila isteri yang disayangi menghadap ilahi. Kehadiran cahaya mata kembar menjadi penyeri dalam kehidupan. "Halalkan segala..Ma...makan dan minum Mia....Jaga an..anak-anak kita bie..."Tangan suaminya digenggam erat. Andai sudah tiba masa aku pergi dari dunia ini..Aku redha ya Allah. -Mia Maisarah- "Jangan cakap macam ni sayang... Bie tahu sayang kuat, please stay with us.."Dari tadi air matanya tak kering-kering. Mengalir deras ibarat paip air yang bocor. -Sayf Aydeen- Kepulangannya ke tanah air selepas 4 tahun berhijrah, menjadi titik permulaan pertemuan Sayf Aydeen dengan seorang gadis. "So...Ganti la balik...Sudah la main langgar sampai tercampak handphone ni.."Mujur masih berfungsi. -Syafa Adreen- "Excuse me, I...." -Sayf Aydeen- Siapa sangka pertemuan yang tak dijangka itu berterusan sehingga mereka berada di bawah satu bumbung yang sama sebagai pekerja dan majikan. "Saya..min..minta maaf encik...." -Syafa Adreen- "Senang je kan? Salah je minta maaf...Mama, sebab ni la Aydeen nak pilih betul-betul babysitter untuk diaorang...Aydeen taknak benda-benda macam ni berlaku...Harini melecur jari, esok-esok apa pula?" -Sayf Aydeen- Namun, siapa mampu menghalang takdir yang telah dicipta. Kehadiran Syafa Adreen dalam rumah itu telah menjadi penyeri buat anak kembarnya. Kasih dan sayang yang gadis itu tumpahkan untuk anak-anaknya tidak terkira. "Siapa yang nak bertanggungjawab dengan hati aku, Reen?"-Sayf Aydeen- "Encik cakap apa ni? Jangan nak main-main.." -Syafa Adreen Apabila cinta mula bersulam dan kasih diterima. Kebenaran terungkap. Hati yang diberikan kepada lelaki itu hancur lumat. Syafa Adreen tak sangka lelaki itu mempermainkan dirinya. Sakit yang berdarah itu sukar untuk disembuhkan. Apa akan terjadi dengan rumah tangga yang dibina?