Faatulips
4 stories
CALL SIGN: KNIGHT by faatulips
faatulips
  • WpView
    Reads 46
  • WpVote
    Votes 4
  • WpPart
    Parts 2
Kapten Hilman Mateen X Dr. Ayra Irina Mereka pernah bertemu dua kali, sebagai orang asing. Ayra Irina menyangka lelaki yang ditemuinya di Lapangan Terbang Heathrow hanyalah seorang lelaki biasa. Dia tidak tahu bahawa di sebalik sikap tenang itu, lelaki tersebut ialah seorang juruterbang TUDM yang terkenal dengan call sign Knight. Bagi Kapten Hilman Mateen, Ayra bukan sekadar seorang pensyarah. Dia adalah wanita daripada keluarga yang begitu dekat dengan dunia yang Hilman sendiri perjuangkan. Semakin kerap mereka bertemu, semakin sukar Kapten muda itu menafikan perasaannya. Namun antara tugas, keluarga dan jurang yang tidak pernah mereka sedari sejak awal, mampukah seorang lelaki yang biasa menjaga langit negara akhirnya memilih untuk menjaga satu hati? Ada pertemuan yang kelihatan seperti kebetulan, sebelum akhirnya kita sedar ia adalah takdir.
Dr. Semantik Cinta by faatulips
faatulips
  • WpView
    Reads 12,548
  • WpVote
    Votes 368
  • WpPart
    Parts 41
[COMPLETED] Lecturer & Student Edition Di fakulti, dia pensyarah 'hot' yang paling diminati. Di luar kampus, dia cuma seorang lelaki berumur 35 tahun yang penat disoal, "Bila nak kawin?" Bagi Dr. Fairel Calief Atharizz, pelajarnya tidak lebih daripada sekadar adik-adik. Mendidik itu keutamaan, cinta itu kemudian. Namun, tanggapannya punah bila perkahwinan aturan keluarga menemukan dia dengan Inara Helena-pelajar fakultinya sendiri yang memegang jawatan Ketua Pegawai Operasi (COO) empayar perniagaan keluarga! Bernikah dengan pensyarah sendiri? Itu langsung tiada dalam perancangan Inara. Demi menjaga nama baik keluarga dan amanah kerjaya, mereka sepakat merahsiakan status rumah tangga. Maka bermulalah lakonan acuh tak acuh di dewan kuliah dan sikap Fairel yang selalu menduga kesabaran Ammara di depan pelajar lain! Ingatkan hidup berahsia ini tenang, rupanya tidak. Gaya hidup mewah Inara dan kereta mewah yang memukau mata mula mencetuskan fitnah hangat warga kampus, sehinggalah satu hantaran di confession universiti membongkar segala-galanya dan meletupkan ruang media sosial. Daripada hubungan 'pensyarah-pelajar' kepada rahsia yang terbongkar, mampukah Fairel dan Inara mempertahankan cinta ini?
(E-BOOK) MUNGKIN INI TAKDIRNYA by faatulips
faatulips
  • WpView
    Reads 303,659
  • WpVote
    Votes 11
  • WpPart
    Parts 22
[CEO & LAWYER EDITION] Sebuah karya daripada Faatulips "Takdir itu indah, jika ikhlas dan reda sentiasa menghiasi hatimu." Selepas membawa pulang segulung ijazah undang-undang dari England, Anisa Sherryna hanya mengimpikan ketenangan serta peluang untuk membina kerjaya di tanah air sendiri. Namun, belum sempat dia melangkah jauh, impian itu terhenti apabila ibu bapanya menetapkan perkahwinan aturan keluarga dengan seorang lelaki yang tidak pernah dikenalinya, iaitu Ammar Faiz. Di sudut kota yang lain, Ammar Faiz yang merupakan seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang tegas terperangkap antara cita-cita dengan ugutan bapanya. Demi mempertahankan kedudukan syarikat yang dibina dengan titik peluhnya sendiri, Ammar terpaksa mengalah lalu menerima Anisa sebagai isteri, walaupun hatinya sarat dengan niat yang tersembunyi. Dua jiwa daripada latar belakang yang berbeza kini disatukan tanpa kerelaan. Di sebalik sikap dingin dan perjanjian silam Ammar, terselit bibit kemesraan yang mula menerbitkan rasa kasih. Namun, ketika kebahagiaan mula bercambah, bayang-bayang kisah lalu kembali untuk menuntut kemaafan serta tempat di hati Ammar. Kehadirannya membawa badai yang besar dan menguji keteguhan rumah tangga mereka. Mampukah Anisa bertahan apabila ketaatannya dibalas luka? Adakah Ammar mampu melupakan masa lalunya sebelum ikatan perkahwinan mereka pula yang terlerai? Mungkin Ini Takdirnya